"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 14, 2011

Ahli Seumur Hidup MCA Tak Puas Hati Laungan Azan Di Pantai Dalam

Seorang Peguam dan Ahli Seumur Hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan laungan azan di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam. Peguam yang juga Ahli Seumur Hidup MCA yang merupakan salah 1 Parti Komponen Barisan Nasional tersebut ialah Ng Kian Nam yang tinggal di alamat No. 1-21-4, Phase 2, Pantai Hill Park, Pantai Dalam, 59600 Kuala Lumpur dan boleh dihubungi melalui HP: +6012-6973840 dan email: wu_jiannan79@yahoo.com

Beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz dan Koh Tsu Koon pada 20hb. Disember, 2010 yang lalu dan telahpun dihantar melalui fax dan email.

Kalau dulu MP Kepong (DAP), Dr Tan Seng Giaw pernah dihentam teruk oleh penyokong-penyokong UMNO/BN kerana membangkitkan isu azan di Taman Putera, Jinjang Utara dan sekarang ini saya nak tengok adakah penyokong-penyokong UMNO/BN juga akan melakukan perkara yang sama terhadap ahli MCA selaku sekutu rapat UMNO/BN. UMNO jangan hanya berani pada DAP tapi takut pada MCA.

Rujuk photo 1, 2 & 3 (laporan dari peguam tersebut)




Wednesday, January 12, 2011

Kenyataan Media: Debat janji 100 hari Pakatan Rakyat

  1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sememangnya telah merancang untuk menganjurkan Forum Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat antara Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat pada 18 january 2011 di Chinese Assembly Hall KL pada jam 9.30 malam.
  2. Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak UMNO dan BN. Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria - ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut. Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
  3. Insya-Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasmi kepada beliau esok. Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak UMNO dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai Kerajaan kelak.
  4. Forum ini adalah untuk mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan jauh sekali untuk bertegang urat. Sebaliknya ia adalah medium yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.
  5. Orang ramai dijemput hadhir.
Nasrudin Hj Hasan
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

Thursday, January 06, 2011

HIDUP BN (Barang Naik)...!!!

Harga bawang pula naik

Ketika isu ketiadaan bekalan minyak masak di pasaran belum dapat ditangani, kini pengguna terus dibebani dengan kenaikan harga beberapa barangan terutama bawang secara mendadak sehingga sekali ganda.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu menyebabkan pengguna dan peniaga merungut ekoran terpaksa menanggung bebanan itu.

HIDUP BN...!!!

Mohon Penjelasan...

Penghakiman terbuka: Teoh tak bunuh diri atau dibunuh

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.
Sebenarnya Teoh Beng Hock ni dah mati ke belum...???

Bodo...!!!

Wednesday, January 05, 2011

Kenyataan Media DPPP: Rakyat Didahulukan..?

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA

5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432

(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(02/11)

TAJUK

HARGA MINYAK NAIK : RAKYAT DIDAHULUKAN?

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat

"Anggapan"

Bila aku baca Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS, aku terus publish tanpa edit mana-mana bahagian walaupun ada bahagian (seperti yang aku quot dekat bawah) agak mengelirukan aku... baca:
Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Maka pada anggapan saya (rujuk pada bahagian yang diboldkan):

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Setiausaha Kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Titik (.)

Tuesday, January 04, 2011

Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

Nasruddin Tantawi, Khairy Jamaluddin & PAS

Risiko paling besar dalam bidang penulisan ialah apabila kita menulis atau mengeluarkan sesuatu pendapat yang kita tahu ianya amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling kita.

Hari ni aku berhajat untuk mengambil risiko tersebut memandangkan pendapat aku dalam hal ini diyakini amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling aku.

Mekasih...

Perkara pertama yang menggembirakan aku dalam minggu pertama tahun 2011 ialah apabila terbaca berita dibawah:
Nasrudin tawar Khairy masuk PAS

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.
Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang.

Mungkin KJ dan wang adalah kembar seperanakan. yang tu aku tak tau. kena tanya mak dengan bapak KJ.

Balik pada topik.

Kehadiran KJ didalam PAS pastinya akan mendapat tentangan daripada para pemikir-pemikir "ortodoks" ala-ala "taliban" dan juga "extremist" didalam PAS. dosa-dosa silam KJ akan berkumandang dicorong-corong media tidak rasmi dan juga kedai-kedai kopi dan pasti aroma wang akan kembali subur dibibir para forumer-forumer bebas dimana-mana sekiranya KJ memohon dan diterima menjadi ahli PAS...

Jangan lupa... istilah "beruk" akan kembali hangat dipasaran... beruk, beruk, beruk..!

Aku tak nak ulas panjang hal-hal remeh-temeh (bagi aku la) dekat atas sebab untuk menguasai Putrajaya, PAS & Pakatan Rakyat perlukan seorang yang berfikiran "fresh", "berkarisma" & juga "praktikal" seperti KJ.

Kalau nak harap dekat Ketua Dewan Pemuda PAS & Ketua AMK yang ada sekarang, jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin boleh sampai tanpa bantuan pemandu bas express. sesat dulu la baru sampai beb...

Pada aku, KJ ada semua kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menarik sokongan anak muda, baik yang jantan, mahupun yang betina. cuma nasib KJ dalam Pemuda UMNO kurang baik sebab sokongan agak berkurangan kerana tradisi UMNO ialah "pauk kau", "puak aku" tak leh campur-campur walaupun dalam 1 parti. biasa la... UMNO... United Monkeys National Organisation... Organisasi Kera terbesar di Malaysia... jadi kena paham...

Orang yang punya kepala otak bagus macam KJ ni kalau masuk dalam PAS, akan bawa 1 perubahan yang besar dalam politik Malaysia. cuma risiko paling besar yang bakal KJ hadapi sekiranya menyertai PAS ialah - bersedia untuk menjadi "punching bag". bukan mudah bagi seorang yang pernah bergelumang dengan kerja kotor berada dalam PAS.

Cukup-cukuplah berada didalam UMNO yang sudah berada di akhir zaman tetapi masih tak sedar diri. berjuanglah diatas nama Islam dan bukan MeLAYU.

Sunday, January 02, 2011

Gelinciran Aqidah - Wali Band, Tahun Baru Masehi & Solat Hajat

Assalamu'alaikum...

Ni kali pertama aku menulis untuk tahun 2011 (masehi). lama sangat meninggalkan bidang penulis buat aku sikit buntu nak mula penulisan. topik dah ada, isi dah ada, peluru dah ada, kira semua senjata dah cukup, tinggal lagi nak gaul jadi 1 artikel. pelan-pelan kayuh... hujung-hujung nanti ada la yang terbantai.

Topik untuk pagi ni: Gelinciran Aqidah - Wali Band, Tahun Baru Masehi & Solat Hajat

Kita mula dengan sikit ulasan berkenaan dengan bantahan beberapa pihak termasuk yang "Kununnya" pro PAS, "Pengundi" PAS dan juga "Aktivis" PAS terhadap konsert Wali Band Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. komen dari puaka-puaka UMNO aku malas nak layan sebab dorang dah memang bodoh...

Ada beberapa "Facebooker" yang membangkitkan isu ni... "kununnya" buat bantahan terhadap Konsert Amal Palestin semalam. kata "Khalifah-Khalifah" tersebut - "AKU SEBAGAI RAKYAT KELATE HOK PAKOH PAS TAK REDHA DAN TAK RELA..TUNGGULAH BALASAN DI HARI AKHIRATA WAHAI PEMIPIN DURAJANA CILAKO YANG MEMPERKUDAKAN ISLAM UNTUK PERUT".

Yang ni boleh rujuk dekat sini - http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs018.snc6/166881_482137528045_215868293045_5569902_1410655_s.jpg. bukak link ni dan perhatikan betul-betul adakah konsert berkenaan diadakan sempena sambutan Tahun Baru Masehi 2011 ataupun untuk tujuan lain..? kalau tujuannya lain dari untuk sambutan Tahun Baru Masehi 2011 sah-sahlah tukang-tukang bantah konsert ni buta kayu, kuda kayu, bangang, stupid, kurang akal, terencat pemikiran dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Team yang sama jugak mengutarakan pendapat yang agak "bernas" - lagi baik adakan solat hajat sempena kedatangan Tahun Baru 2011.

Ni idea paling "bangang" bagi "aktivis-aktivis" yang "kununnya" memperjuangkan pemerintahan Islam yang rujukannya adalah Al-Qur'an dan Hadis...

Ni nak tanya sikit soalan dekat "aktivis-aktivis" yang "kununnya" memperjuangkan Islam...

Tahun Baru Masehi ni sambutan apa..? bukan ke ulang tahun kelahiran Jesus..? kita yang beragama Islam ni nak Solat Hajat kejadahnya sempena hari ulang tahun kelahiran Jesus..?

Tak tau la pulak aku kot-kot puak-puak "Aktivis-Aktivis" yang "kununnya" perjuangkan Islam ni pakat-pakat buat Solat Hajat semalam sempena hari Ulang Tahun kelahiran Jesus... kau pengikut Jesus ke pengikut Muhammad s.a.w...?

Kalau nak jadi "Hero" pun... berpada-pada la... jangan sampai jadi "bangang"... ni nak "Mengkristiankan ajaran Islam" ke apa..? Islam - Islam la... Kristian- Kristian la... yang kau nak campur-campur ajaran lain-lain agama letak dalam 1 agama tu apahal..?

Saturday, January 01, 2011

Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Teks

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.