(Dikemas kini) PETALING JAYA: Calon dengan nama yang bermula huruf 'A' sudah pasti akan bertembung. Yang menarik, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) merupakan 'anak buah' Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lebih sedekad lalu.
Kali in mereka akan bertemu semula dari sudut yang berlainan - masing-masing sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rayat.
Beliau merupakan satu-satunya calon BN menguasai salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu.
Dengan itu beliau mewarisi harapan agar mendapatkan semula kerusi Permatang Pauh.
Di sebalik kesibukan merebut jawatan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah kini menjadi tumpuan seluruh negara sejak malam tadi selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Saya sudah bersedia untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau mungkin popular, tetapi saya tidak bimbang dengan beliau.
"Saya akan jadi giant killer kali ini. Saya mengenali beliau dari dulu lagi. Saya merupakan Ketua Pemuda Umno semasa Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh," kata beliau selepas diumumkan sebagai calon Umno dan BN bagi pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh.Anwar merupakang bekas wakil rakyat Permatang Pauh - dari 1982 hingga 1999 dan diketuai isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding kali pada pilihan raya umum 1999.
Semalam ketika mengumumkan calon BN, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN serta Timbalan Presiden Umno berkata, pemilihan Ariff Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.
Kata Najib, beliau adalah calon terbaik menentang Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.
Anwar pula ketika dihubungi mStar Online untuk mendapatkan ulasan mengenai pemilihan Ariff Shah berkata beliau akan mengadakan sidang media waktu terdekat.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Dr. Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.
Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.
Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.
Ariff Shah mula terpilih sebagai ADUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 dengan mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.
Pada pilihan Mac lepas beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua menewaskan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.
Pemilihan Ariff Shah juga adalah atas faktor kemenangannya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya pada pilihan raya umum lepas.
Ariff Shah dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Beliau petah berbahasa Mandarin dan Hokkien dan kefasihannya bertutur bahasa itu menyebabkan ramai kaum Cina kagum dengan ucapannya.
Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Seberang Jaya dan ketua penerangan tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam parti pada pemilihan lepas.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment