Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Amir Sham Abdul Aziz ketika ditanya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Ismail di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dipercayai wang sebanyak itu dibawa masuk melalui Dana Khas yang tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara dan tidak dimasukkan dalam perkiraan Kumpulan Wang Disatukan dan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri setiap tahun.
Dato' Seri Idris hanya berjaya menjadi menteri besar sepenggal sahaja selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berkenan untuk Idris terus menjadi Menteri Besar Terengganu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.Bagaimanapun ke manakah perginya wang begitu banyak itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifuddin Natution ketika berucap di Kuala Ibai di sini baru-baru ini.
Saifuddin berkata, projek disalurkan ke Terengganu hanya dengan cara, taukeh-taukeh besar membawa surat dari Kuala Lumpur untuk diminta tanda tangan pemimpin kerajaan negeri itu (Dato' Seri Idris Jusoh). Surat itu dipercayai dari Pejabat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Apa projek yang nak dibuat, bagaimana proses tender tidak dinyatakan dalam surat berkenaan,"jelas beliau mengulas kenyataan wawancara Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said dalam sebuah akhbar berorientasikan ekonomi baru-baru ini.
Projek yang dibawa tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat negeri Terengganu, katanya.
Saifuddin menjelaskan bahawa yang menikmati hasil bumi Terengganu ialah orang luar dari negeri itu (Patrick Lim).
Ini katanya, adalah hasil dari hubungan rapat beliau dengan Abdullah.
Saifuddin turut memaparkan gambar-gambar melalui tayangan 'LCD' bagi menunjukkan bagaimana Abdullah meraikan taukeh-taukeh kaya termasuk Patrick Lim dalam satu majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur tidak lama dulu. - mks._
No comments:
Post a Comment