PETALING JAYA: Gejala politik wang yang berlaku di kalangan ahli Umno sekitar pemilihan di peringkat cawangan menunjukkan segelintir ahli parti itu masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Pemerhati politik, Profesor Dr. Chandra Muzaffar berkata, mereka yang masih mengamalkan politik wang untuk meraih undi supaya dipilih mewakili cawangan ini tidak mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
“Pilihan raya baru berlangsung lima bulan yang lalu dan keputusannya ternyata tidak menunjukkan kesan yang baik kepada Umno tetapi mereka masih lakukannya (politik wang) walaupun mereka sedar, ia adalah salah satu punca yang membawa kejatuhan parti,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Chandra berkata, amalan politik wang dilihat sudah menjadi darah daging di kalangan ahli-ahli parti itu terutama menjelang sesuatu pemilihan.
“Mereka ini boleh diibaratkan seperti perokok dan penagih dadah... terlalu ketagih untuk melakukannya demi kuasa dan kalau sudah namanya ketagihan. Ia memang tidak dapat dipisahkan,” katanya.
Katanya lagi, amalan politik wang yang tidak berkesudahan ini tidak mustahil akan dimainkan oleh parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh akan datang.Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin berkata, amalan politik wang dalam Umno bukanlah hal yang mudah untuk diselesaikan walaupun ada usaha untuk membasmi gejala itu daripada terus menular di kalangan ahli.
“Memang ada usaha untuk membasminya tetapi tidak menampakkan perubahan besar-besaran berlaku.
“Memang ada laporan dibuat (berhubung politik wang) tetapi ia baru sedikit. Mungkin ada banyak lagi yang tidak dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, walaupun mereka tahu amalan itu salah tetapi enggan menghindarinya kerana ramai yang beranggapan jika mereka tidak melakukannya, harapan untuk menang pada pemilihan adalah tipis.
“Selain itu, mereka juga fikir kalau mereka tidak melakukannya, orang lain akan tetap lakukan. Justeru, mereka menganggap tidak salah jika mereka melakukannya,” katanya.
Sementara itu, pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, amalan politik wang di kalangan ahli Umno akan mencemarkan nama parti itu di mata rakyat.
“Walaupun dalam pilihan raya lalu, politik wang atau rasuah ini merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang tetapi apa yang berlaku hari ini tidak menunjukkan yang Umno telah melalui proses perubahan,” katanya.
Beliau berkata, amalan politik wang merupakan perkara biasa dalam parti lebih-lebih lagi parti pemerintah seperti Umno kerana mereka selalunya menjanjikan ganjaran berbentuk material kepada para pengundi.
“Berlainan dengan parti pembangkang, walaupun perebutan jawatan tetap berlaku, kebanyakan mereka menjanjikan ganjaran berbentuk ideologi, bukan material. Itu bezanya,” katanya.
TP - anjing...kalau dah biase hidu taik...pegi la mana-mana pun...letak la dalam situasi macam mana pun, memang taik jugak yang akan dia carik...lepas PRU12 hari tu aku dengar ramai yang nak ubah UMNO, ramai yang nak perbetulkan UMNO...macam mana nak perbetul kalau sebelum nak perbetul tu hangpa dah buat bende tak betul? aku yang tak betul ke hangpa yang tak betul???...bagi aku la...UMNO memang bangsat...khak ptuih..!
No comments:
Post a Comment