"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 31, 2008

Sekitar Himpunan Keluarga Merdeka

Petang semalam aku sempat luang masa ke Majlis Himpunan Keluarga Merdeka anjuran Wanita KeADILan dekat Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Aku gerak dari rumah aku jam 12:00 tengahari naik bas, turun dekat Central Market(lama dah aku tak pi Central Market)pas tu aku sambung jalan kaki dari Central Market ke Kampung Baru.

Penat jugak beb...lama sangat dah aku tak jalan jauh.tadi saje nak ambik balik jalan-jalan lama yang selalu aku terjah masa zaman Re4ma-C 1998-99 dulu.kenangan banyak dekat situ.

Kat lorong-lorong tu la dulunya aku main kejar-kejar dengan FRU... 1st.time kene water canon kaler kuning merah berperisa gatal-gatal pun dekat situ... 1st.time kene bom asap pun dekat situ jugak... kene kejar dengan FRU pun dekat situ jugak... kene ligan dengan rotan FRU pun dekat situ jugak... kene bantai dengan cota polis balai pun dekat situ jugak... kene lanyak dekat SB dalam perlawanan yang adil(1 lwn 25)pun dekat situ jugak...

Hari ni sempena(menjelang masa aku tengah taip ni)hari kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta ni aku singkap balik, aku kenang balik kenangan-kenangan dulu.sentimental bro......

Kadang-kadang aku tertanya dalam diri aku - berbaloi ke apa yang aku perjuang selama ni? & malam ni sambil aku hirup udara segar malam bersejarah ni, aku tanya balik diri aku soalan yang sama... berbaloi ke apa yang aku perjuangkan selama ni?

Korang tau apa hati aku jawab..?

Jawab hati aku...

Apa yang aku buat selama ni langsung tak berbaloi untuk diri aku sendiri, tapi amat bermakna untuk generasi akan datang... anak cucu aku, anak bangsa aku...

Bila aku dapat jawapan tu, sikit pun aku tak kesal dengan apa yang aku buat hari ni.

Off topik.balik ke cerita asal.

Aku sampai Kampung baru lebih kurang jam 1:30 petang.try sms Mat Saman Kati.MSK cakap depa ada dekat hentian Sungai Buloh.berenti makan & solat...jam 2 baru depa gerak dari sana.

Belah kiri jalan nak masuk ke Kelab Sultan Sulaiman ada 8 bijik trak merah FRU tengah standby...pemandangan biasa bagi aku & semua yang biase dengan "perhimpunan haram"...sekarang aku tak gerun dah kalau selisih dengan trak merah ni.alah bisa, tegal biasa.

Hujan rintik-rintik dah mula turun.aku pusing keliling Kelab sambil shoot gambar-gambar sekitar.sempat jugak aku masuk dalam Kampung Baru, singgah D-Lima sambar Sinar Harian & air botol F&N.muka depa Sinar Harian berita biasa je...bajet...aku malas nak baca lagi jadi aku simpan dalam beg dulu.

Hujan makin rancak turun, aku cepat-cepat gerak masuk ke Kelab sambil-sambil snap gambar-gambar menarik.ngam-ngam aku masuk dalam Kelab, hujan turun bukan setitik-setitik dah, tapi 2-3 baldi sekali turun.nasib aku sempat berteduh bawah Gerai KeADILan Bahagian Setiawangsa.

Tak de yang menarik masa tu selain kaki seluar aku dah lencun kena tempias.

Ngam-ngam jam 3:00 petang MSK sampai, hujan pun terus stop... brader ni aku pakai la aku ingat.dia sampai je, hujan berenti.bahye ilmu orang Perak nih...

Acara start lebih kurang jam 3:15...antara yang hadir - Syed Husin, YB Zuraidi, Teresa Kok, YB Loh Gwo Burne, YB Saifudin Nasution, YB Tan Yee Kew & yang lain-lain aku tak ingat nama depa.

Kehadiran tak berapa ramai...ada la dalam seribu orang.mungkin sebab kurang promosi.aku pun baru dapat info pasal perhimpunan ni semalam...next time kena buat promosi awal-awal...ops lupa...last week busy dengan PRK P-044.dimaafkan.

Dung dang, dung dang, dung dang lebih kurang...perut aku keroncong... aku ajak MSK ngan member aku Edi pi kedarah dekat gerai-gerai tu...

Tak sampai 15 minit lepas kami gerak pi makan... ada member bagitau polis datang buat gempak... aduih... baru je berapa hari lepas & kejap tadi aku dok puji polis kat P-044 tup tup polis kat sini pulak buat hal... selekeh betoi la depa nih... macam biasa... lepas tu, kami start kutuk balik polis... loqlaq betoi la depa nih...

Lagi gambar sekitar Himpunan dekat [ sini ]

2 comments:

Anonymous said...

Steady la bro...

Gua pon nak gak ase pengalaman mcm tu..Tp tak dpt...

Gi demo PROTES psl harga petrol naik,ingatkan ade la adegan2 seghupe gitu...Takde plak...

Klu tak leh main ciak2 ngan FRU...Hehehhe

Anonymous said...

salaam,

hang cerita bab r4mc dodulu, ramai yang nostalgia termasuk aku. dah la jangan terlalu mengenang masa lalu. perjuangan kita tinggal sikit lagi. lepas tu kita boleh relaks dan serah tanggungjawab ni pada generasi akan datang.

gestapo itm