"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 05, 2008

Ahli UMNO Seronok Politik Wang..!

Politik wang masih berterusan berlaku dalam Umno kerana peraturan serta etika pemilihan tidak berkesan untuk membendung amalan tersebut sewaktu pemilihan parti diadakan, kata beberapa pemimpin Umno.

umno 2008 annual general meeting 310708Menurut mereka lagi, pihak-pihak yang melakukannya sebenarnya tidak takut dengan peraturan kerana jawatan parti menguntungkan mereka.

"Saya hairan semakin banyak etika pemilihan, semakin orang berani mencabarnya kerana orang tidak laku lagi kepadanya," kata Ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

"Mereka tahu , jika mereka dekat dengan orang yang ada kuasa, mereka boleh terlepas daripada tindakan," katanya.

Suhaili (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kelmarin atas dua tuduhan rasuah berhubung pemilihan parti.

Mohd Nor, 47, seorang ahli perniagaan, dituduh secara rasuah memberi suapan RM200 kepada Ketua Cawangan Umno Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.

Wang itu sebagai dorongan supaya Rezwat Shahril semasa dalam mesyuarat agung Umno cawangan itu 3 Ogos lalu, mencalonkan Mohd Nor sebagai calon ketua Umno bahagian Seremban bagi pemilihan untuk bagi sesi 2008-2011.

'Sanggup lakukan apa saja'

suhaili abdul rahmanSuhaili (foto) yang juga ketua Umno bahagian Labuan berkata, orang yang gila jawatan dan mahu berkuasa, sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai.

Katanya, Umno tidak memerlukan orang sedemikian rupa kerana ia boleh merosakkan parti dalam tempoh jangka panjang.

Sementara Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail pula berkata, ada pemimpin parti yang menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi dan bukannya menolong orang.

"Perjuangan mereka telah terpesong sedikit setelah mendapat kesenangan daripada jawatan yang dipegangnya," katanya.

ishak ismailMenurut Ishak (foto), beliau percaya kegiatan sebegini berlaku di merata tempat dan ianya dilakukan oleh orang muda yang "mahu cepat naik".

Katanya, jika masalah ini tidak dibendung, Umno akan pupus di kalangan orang Melayu.

Ishak berkata, masalah itu boleh dibendung jika ahli-ahli parti sedia membuat laporan BPR terhadap individu yang disyaki melakukan rasuah politik.

isa samadBekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad (foto) pula berkata, politik wang berlaku kerana ramai yang mahu menjadi pemimpin parti.

Bagaimanapun, katanya, ini bukanlah bermakna mereka yang mahukan jawatan semuanya kerana kepentingan peribadi semata-mata.

Sebaliknya, tambah bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, ada yang memerlukan jawatan untuk berkhidmat kepada parti dan masyarakat.

-malaysiakini

No comments: