AKSI Ahmad Ismail ketika sidang media untuk menjelaskan pendiriannya tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang "orang Cina hanya menumpang" di Pulau Pinang, hari ini.
(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.Pada sidang akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini, Abdullah berkata, kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini... saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini... semestinya," kata beliau dipetik Bernama.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.
Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok (Selasa) bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.
"Kami akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu)," katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
"Beliau (Ahmad) melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalah-ertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.
"Apa yang berlaku itu kononnya amalan kebebasan untuk bercakap, menyuarakan pandangan sesuka hati mengikut apa yang dirasai oleh orang yang berkenaan yang membuat kenyataan. Ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.
"Tak payahlah cerita pasal blog hari ini," tegasnya.
-mSTAR Online
TP - Aku nak tengok je... yang aku tau, kalau orang Pakatan Rakyat buat statement macam Ahmad Mamak ni jam 8:00mlm, jam 8:30mlm polis dah tangkap & sumbat dalam ISA.
Yang ni memang aku boleh confirm. Kita tengok betul atau tak betul dakwaan Pakatan Rakyat (termasuk aku) bahawa UMNO/BN adalah kebal dari undang-undang.
Kalau Ahmad Mamak ni ahli Pakatan Rakyat, paling kurang akta hasutan mesti sangkut. tak yah bawak pi mahkamah.tangkap terus sumbat kat Villa Kamunting.
Anak bini tak yah ambik tau kat mana polis bawak.
Sampai waktu ni, yang aku tau Ahmad Mamak ni tengah happy-happy kat rumah ida dengan penyokong-penyokong dia...
Komponen BN yang bukan "melayu"... dah sampai masa hangpa pikiaq kedudukan hangpa dalam BN.jelas dah dari insiden ni "taraf" hangpa bukan macam yang Najib cakap.Najib cakap "rakan kongsi"... kenyataannya hangpa tak lebih daripada "sampah sarap" dalam BN.
Tak percaya??? hangpa bodoh..!
1 comment:
Woitt,
Syed Botak Albab, mana Akta ISA yang diagungkan tu..Tunjukkanlah pada Ahmad Mamak ni..bukan dia jer 1 malaya nak tengok..
Post a Comment