"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 14, 2008

Al-Fatihah: Tokoh Warisan Hidup meninggal dunia

PULAU PINANG 13 Sept. - Abu Bakar Jaafar, 83, antara lima individu yang dianugerahkan sebagai Tokoh Warisan Orang Hidup meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Besar Pulau Pinang, semalam.Beliau yang meninggal dunia pada pukul 6.45 petang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Tun Perak, di sini hari ini selepas solat Zohor.



Menurut balunya, Hafsah Sulaiman, 68, arwah yang mempunyai sembilan anak telah beberapa kali mendapat rawatan di hospital akibat penyakit berkenaan.



''Saya reda dengan ketentuan Tuhan dan sempat bersama beliau di saat-saat akhirnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



-Utusan Malaysia Online

No comments: