KUCHING: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Dr Stephen Rundi hari ini menafikan khabar angin mengenai kira-kira 600 anggota dan penyokong BN, termasuk dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRs) dari Uma Apan di Belaga menyertai pakatan pembangkang.
Dr Rundi yang juga setiausaha agung PBB dan anggota Dewan Undangan Negeri Kemena berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana anggota BN dari kawasan penempatan Orang Ulu yang terletak dalam kawasan projek empangan eletrik hidro Bakun itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kami sudah siasat, perkara itu sebenarnya tidak berlaku walaupun mungkin ada seorang atau dua anggota yang berada dalam keadaan 'atas pagar' di kawasan itu," katanya kepada Bernama.
Khabar angin mengenai perkara itu mulai bertiup kencang selepas salah sebuah penempatan rumah panjang Uma Apan, diruntuhkan oleh pihak berkuasa setelah penduduk kawasan itu diberikan notis mengosongkan kawasan itu ekoran perbalahan mengenai tanah.
Dengan projek empangan Bakun dijangka siap pada tahun 2011, kawasan penempatan berkenaan juga sebelum ini dikenal pasti akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit dan lain-lain industri berasaskan pertanian.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment