"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 13, 2008

I'm The Law...... So What..? ~ ref Malaysiakini

Depa cakap : Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan, penahanan penulis blog, Raja Petra Kamarudin dibuat berikutan tindakan-tindakannya yang boleh mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Tangkapan ini dibuat setelah polis berpuas hati bahawa pemantauan yang dijalankan menunjukkan beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat,"

Ismail berkata, Raja Petra ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Tangkapan terpaksa dilakukan untuk memberi ruang polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan Raja Petra,"
- rujuk [sini].

Depa cakap lagi : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya penahanan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilakukan demi menjaga ketenteraman awam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan sewenang-wenang menggunakan ISA tanpa ada satu alasan kukuh untuk menyokong tindakan itu.

‘‘Ini (tindakan) di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Saya yakin dia telah mengikuti perkembangan penulisan dan tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh Raja Petra.

‘‘Sudah tentu setelah memikirkan betapa penting ketenteraman awam tidak terjejas, maka keputusan dibuat dengan membenarkan polis menahan Raja Petra di bawah ISA,”

Syed Hamid ketika mengesahkan penahanan itu berkata, tindakan tersebut terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Abdullah berkata, kerajaan mempunyai tahap toleransi dalam mengendalikan isu sebegini.

Katanya, setiap keputusan yang dibuat akan berasaskan kepada keselamatan negara.

‘‘Kerajaan memikir sama ada tindakan diambil sekarang atau nak tengok dulu, nak kaji dulu, nak tengok kesan dulu, apa kesannya pada masyarakat.

‘‘Itu yang kerajaan buat. Kerajaan tidak guna ISA sewenang-wenangnya tanpa ada satu alasan konkrit yang mengikut pandangan kerajaan boleh membawa ancaman pada ketenteraman awam,” katanya
. - rujuk [sini].

ahmad ismail umno bukit bendera penang pc take down koh tsu koon photo stunt 080908 sequenceKita tanya balik depa yang ni : Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu' oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.

Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.

Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.

Jumaat lalu, Ahmad telah mengadakan sidang akhbar di mana beliau menegaskan tidak akan memohon atas atas kenyataannya itu.

Pendirian beliau itu disokong oleh kesemua 13 ketua bahagian Umno Pulau Pinang.
- rujuk [sini].

Yang ni pun kita nak tanya jugak dekat depa : Ahmad made veiled threats as well, saying that “He (Dr Koh) is a leader who is really good at tai chi but I would also like to remind everyone not to forget that the Malays are equally good at silat,’’ referring to two martial arts disciplines. - rujuk [sini].

Tindakan susulan keatas Raja Petra Kamaruddin : Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,"
- rujuk [sini].

Wartawan Sin Chew Daily pun tumpang sekaki :
Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan adalah wartawan pertama yang melaporkan kenyataan pemimpin, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.
- rujuk [sini].

Oleh kerana masih banyak ruang kosong di Kamunting maka : Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Teresa menjadi tumpuan laporan media - terutama akhbar harian berbahasa Melayu - selepas timbulnya dakwaan bahawa beliau telah meminta pegawai masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara ketika melaungkan azan
. - rujuk [sini].

Aku pening... Malaysia memang best..! Jangan pandai-pandai nak bercakap benar di Tanah Malaysia nih, Jangan sesekali berjuang demi keadilan, usah bicara soal kesusahan rakyat, usah persoal tentang kemungkaran, jangan cuba-cuba nak bawa masalah rakyat kepada penguasa..!

Engkar..?

Welcome To Kamunting..! I'm The Law...... So What..?

3 comments:

Anonymous said...

Remember Judge Dredge? He said "Ayam telor" (I am the law).

Anonymous said...

Salam sedara Topeng Perak,

Macam mana Malaysia ni….
Yang bercakap secara tidak bertanggungjawab tak kena ISA
Yang melapor secara bertanggungjawab kena cekop ISA
Inilah negara karton
Apa nak jadi lah Malaysia di bawah pimpinan orang yang tak tahu mentadbir. Muak dah!!!perangai pemimpin macam ni..
Semoga RPK, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng tabah menghadapi ujian ini.

Anonymous said...

Ada mata pandang,
ada telinga dengar,
ada otak pakai....! jangan gelabah.

Kezaliman yang ditunjukkan itu hanya untuk menyiksa dan menakutkan hati yang ingin merdeka. Mereka sedang memilih mangsa dan mereka akan tangkap lagi..

Jadi lah tentera semut,
biar pun kecil,
halus dan mudah dihapuskan
namun gigit tetap gigit....

Gigit sampai mereka rebah...