"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 18, 2008

ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis

MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.

Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.

'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr Asri.

'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu.

Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.

Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.

Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah 'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam

1 comment:

Anonymous said...

Bungayara said,
saya nak jawab Mufli Perlis yang nampaknya sangat yakin dwengan pendapat beliau mengenai Islam tak perlukan ISA.
Betulkah?
Maka apabila Yahudi menjahanamkan Palestine. Masyarakat Islam Palestine tak perlukan senjata modern kerana dengan membaling batu pun Tuhan sentiasa akan membantu. Tapi Islam Palestine sentiasa dipihak yang kalah.
Tuan Mufli,
Jika kita berikan senjata kepada pihak yang memusuhi islam, itu namanya kerja yang bodoh dan bebal.
Walaupun kita dikehendaki bersangka baik sesama Manusia, tetapi ada waktu dan ketikanya kita tak boleh bersangka baik. Umpamanya kepada kaum Yahudi di Israel. Samalah macam di Malaysia. Kita tidak boleh bersangka baik kepada Teresa Kok dan Raja Petra ini kerana sekian lama ini membuktikan keyataakenyataan mereka kearah menjehanamkan Islam dan Melayu. Sedangkan kita asyik dengan bersangka baik berterusan dengan mereka.