"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 06, 2008

Kisah Khairy Jamaluddin Part - 2

Kali ini adalah lebih sesuai kalau kita pergi dahulu kepada yang asas.

Siapa dia si Khairy Jamaluddin ?
Buat masa kini, Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang yang paling perkasa di negara ini.

Beliau amat berbeza dengan ramai ahli politik lain yang sudah dikesan akan asal usulnya kerana perjalanan hidup mereka memang sudah sedia ada dalam pengetahuan umum.

Tetapi Khairy adalah laksana 'dewa kayangan' yang tiba-tiba muncul dalam arus perdana politik Malaysia.

Ramai yang mula terpinga-pinga apakah dia ini sengaja dihantar khas oleh kuasa tertentu, seperti CIA ataupun mungkin juga perkhidmatan risikan Singapura.

Bukan mudah seseorang itu mendapat kuasa besar semacam dia kecuali mereka menerima bantuan khusus daripada sumber tertentu?


Inilah yang pernah dibayangkan oleh Yahaya Ismail dalam bukunya dahulu.

TKT Mahathir sudah naik risau mengenainya sehingga pada saat akhir beliau menjadi Perdana Menteri dia telah mengarahkan Cawangan Khas Polis menyediakan satu laporan mengenai Khairy.

Inilah laporan yang dibuat pendua dan salinan dan dihantar kepada Najib Tun Razak.

Satu salinan lagi telah dikirimkan kepada sahabat akrab Khairy di NST (Ketua Editor Kalimullah Masheerul Hassan - ini satu cerita lain untuk satu waktu yang lain ya!) Di sebalik janji-janji untuk berkhidmat secara "Mesra, Cepat dan Betul" pegawai polis yang berkuasa mengenai laporan itu tidak berani menyentuh perasaan bapa mertua Khairy yakni bakal Perdana Menteri (semasa itu) Abdullah Ahmad Badawi.

Lagi pun, ketika itu Abdullah hanya menunggu masa kira-kira beberapa bulan sahaja lagi untuk mengungguli kuasa.

Justeru, satu laporan yang mengatakan segala-galanya adalah dalam keadaan baik telah dikeluarkan.


Namun demikian, kita mesti sedar bukanlah perkara aneh kalau ada satu-dua pegawai yang menganggotai pucuk pentadbiran digunakan oleh kuasa asing sebagai perisik upahan (tentu kita masih ingat kisah bekas Setiausaha Mahathir sendiri yang bernama Siddiq Ghouse, yang dikatakan seorang perisik upahan KGB).

Segala kisah benar mengenai Khairy dan hubungan beliau dengan perkhidmatan risikan asing tidak akan tersiar secara merata kerana dia sudah terlalu rapat dengan puncak kuasa.

Berbeza dengan Siddiq Ghouse, Khairy kini sudah menjadi anggota keluarga Badawi dan sudah tentu kita tidak akan menuduh seorang anggota keluarga yang rapat sebagai seorang perisik? Namun, ini tidak mengetepikan tanggapan ramai apakah Khairy berjaya meloncat ke tahap itu tanpa bantuan daripada luar?


Sebenarnya, Khairy memang dapat bantuan daripada luar, tetapi mungkin bukan daripada orang asing.

Masanya memang amat sesuai untuk munculnya seorang anak muda yang bijak bestari seperti Khairy kerana selama dua puluh dua tahun TKT Mahathir mencengkam kuasa, UMNO sudah menjadi satu parti yang dianggotai oleh tukang angguk sahaja.

Tidak ada orang lain lagi, yang berani tidak sebulu dengan Mahathir dan sistem pentadbiran beliau.

Dalam parti yang dianggotai oleh tukang angguk dan pengamal rasuah, tentunya sesiapa yang nampak pintar dan mampu berceloteh boleh dianggap sebagai raja juga.


Maka kerana itu Khairy muncul sebagai ulat taik yang paling besar dalam tong taik yang bernama UMNO.

Eloklah kita mulakan dari tahap awal lagi.

Khairy Jamaluddin dilahirkan 29 tahun dahulu.

Bapa beliau ialah bekas seorang diplomat, Datuk Jamaluddin Abu Bakar yang sudah menjadi arwah sekarang.

Ayah beliau berasal daripada sebuah kampung kecil di Rembau dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang politik Negri Sembilan.

Salah seorang anak saudara Datuk Jamaluddin ialah Datuk Shahziman Abu Mansor, yang kini merupakan seorang Timbalan Menteri di dalam pentadbiran Abdullah Badawi dan beliau juga merupakan MP (Ahli Parlimen) Tampin.


Arwah Datuk Jamaluddin pernah berkhidmat di beberapa kedutaan kita di luar negara dan meninggal semasa berkhidmat di sana.

Cara hidup berpindah-randah begini yang memberi laluan kepada Khairy menerima pendidikan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom.

Khairy tidak pernah belajar di sekolah tempatan dan dalam negeri dan untuk satu tempoh yang panjang dalam hidupnya beliau amat kekok dengan bahasa ibunda sendiri, serta merasa tidak begitu selesa bersembang dengan ahli keluarganya.


Di sebalik khidmat luar negara yang panjang itu, Datuk Jamaluddin pernah juga pulang untuk berkhidmat seketika di negara sendiri.

Beliau pernah bertugas di Kementerian Belia dan Sukan semasa kementerian diterajui oleh Tan Sri Samad Idris.

Secara kebetulan Pengarah Belia ketika itu dan naik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian ialah seorang insan bernama Abdullah Badawi.

Sebagai orang gomen, mereka berdua mengongsi kegemaran yang sama termasuk menganggotai kumpulan yang dikira "Malay ultra".

Apabila Abdullah melepaskan perkhidmatan awam pada 1974 untuk bertanding sebagai MP di Kepala Batas (yang pernah diisi oleh bapanya, bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim), mereka terus menjalin talian persahabatan itu.


Apabila Jamaluddin meninggal dunia, Abdullah dan isterinya Endon Mahmood Ambak, terus menjalin persahabatan dengan janda Jamaluddin, yang berasal daripada Kedah.

Sesungguhnya kerjaya Datuk Jamaluddin bukanlah hebat sangat.

Beliau dianggap sebagai seorang yang angkuh, bergaya dan sombong.

Beliau kerap cemuh oleh para pembantunya kerana sikap beliau yang lebih mementingkan perkara yang remeh-temeh.

Seorang pembantu beliau pernah berkata bagaimana Datuk Jamaluddin pernah berkata bagaimana beliau lebih menghormati seseorang "yang pandai menyimpul tali-leher yang cantik daripada kualiti laporan yang disediakannya"


Khairy memang cepat pandai semasa belajar dahulu walaupun memang ada unsur-unsur besar kepala dalam dirinya.

Beliau begitu kritikal akan dasar pemerintahan negara.

Walaupun beliau pernah menunjukkan kekagumannya terhadap pentadbiran Mahathir, sebenarnya dia tidaklah sampai menjadi pengkagum Mahathir.

Malahan, dia pernah menentang banyak tindak-tanduk Mahathir.

Itupun secara diam-diam dan menyorok-nyorok.


Semasa menuntut di Oxford beliau pernah menyatakan keraguannya terhadap Mahathir kepada rakan-rakannya rakyat Malaysia di seberang laut.

Sewaktu itulah dia menarik perhatian seorang insan bernama Omar Ong.


Omar Ong adalah insan berketurunan Cina.

Beliau adalah anak Mustapha Ong, bekas Setiausaha Sulit Menteri Penerangan Mohamad Rahmat, dan pernah satu ketika berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik di New York dan Brazil. Kini Mustapha Ong menetap di New Zealand.

Si Mustapha Ong menjadi terkenal dalam 'skandal' Anwar Ibrahim.

Sepanjang perbicaraan itu telah terdedah kisah bagaimana dia cuba menyogok rasuah kepada seorang pemandu teksi keturunan Arab di New York, yang bernama Jamal Amro.

Tujuan sogokan itu ialah agar Jamal sanggup mengaku yang dia menyediakan budak lelaki dan wanita untuk menghibur Anwar.

Jamal Amro enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan polis menuduh Mustapha Ong cuba menyogok beliau.

Mustapha Ong mendapat perlindungan daripada Mahathir walaupun keghairahan beliau itu menyebabkan kerajaan menjadi teraib, dan keaiban itu khusus terasa oleh masyarakat diplomatik di seberang laut.


Apapun, Omar Ong ternyata memang mempunyai cita-cita tinggi.

Dia cuba naik dengan memaut kepada orang politik yang sedang meningkat bintangnya sebagai satu laluan mudah untuk merangkul kuasa.

Omar pernah mengetuk pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui ihsan dan bantuan segelintir Setiausaha Politik beliau.


Usaha itu ternyata berjaya apabila Anwar diminta menerima ketibaan Omar Ong dan kumpulan beliau secara peribadi.

Beberapa pertemuan susulan diadakan dan Omar Ong menjadi begitu berharap bahawa Anwar akan memudahkan pencapaian idamannya.

Akan tetapi, ada pula beberapa halangan disebabkan tentangan daripada beberapa orang Anwaristas seperti Suhaimi Ibrahim, Fuad Hassan, dan Zahid Hamidi yang begitu rakus tidak mengongsi Anwar dengan pihak lain.


Entah macam mana Omar berjaya bertemu dengan Daim Zainuddin secara tidak disangkanya.

Sejurus itu Omar sedar akan sesuatu yang besar sedang menggelegak di tahap atasan di mana Anwar Ibrahim dikatakan berkemungkinan akan dilanyak dan dilenyek.

Dengan pantas Omar bertindak untuk mengubah haluan dan melupakan "Projek Anwar" dan cuba mendekati Najib Tun Razak pula.

Tindakan ini dibuatnya kira-kira tiga bulan sebelum Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir.


Akan tetapi, Najib bukan calang-calang manusia untuk ditembusi oleh Omar Ong.

Beliau sedar betapa Najib sudah dikepungi oleh para loyalis yang ternyata setiakawan sejak beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dahulu dan sudah tentu sesiapa yang baru muncul akan ditapis secara rapi.

Kerana itu Omar berpendirian adalah lebih baik dia cuba nasibnya dengan Hishamuddin Hussein.


Ketika itu Hishamuddin Hussein merupakan muka baru dalam politik UMNO.

Cuma dia mempunyai nama besar di sebalik namanya sendiri.

Memang tidak syak lagi, selepas kematian Hussein Onn, TKT Mahathir berpendirian yang dia masih terhutang budi kepada Perdana Menteri Ketiga itu dan keluarganya.

Mahathir melonjakkan Hishamuddin ke laluan ekspres dalam dunia politik sehingga mengetepikan orang lama dalam Pergerakan Pemuda UMNO seperti Nazri dan Zahid Hamidi.
Hishamuddin naik pangkat beberapa kali dalam masa setahun.


Kenaikan pangkat yang bertubi-tubi itu telah menghenyak kepintaran Hisham.

Dia bukanlah seorang yang pintar sangat masa zaman persekolahannya.

Hisham pun bukan petah sangat bercakap.

Muka Hisham pun bukan laku sangat disebabkan senyuman sinisnya yang mudah mengimbau ingatan kepada senyuman seorang Pope (Papa Katholik) yang terbaring kaku selepas mati.

Omar Ong mula membantu menaikkan semangat Hishamuddin dan sahabatnya di Oxford yang bernama Khairy kerap datang membantunya.

Tidak lama kemudian, Hishamuddin mula lebih bergantung harap kepada Khairy berbanding kepada Omar Ong.


Sebagai membalas jasa, Hishamuddin telah memperkenalkan Omar Ong dan kumpulan beliau kepada orang yang rapat dengan Dr. Mahathir seperti Setiausaha Politik, Datuk Johari Baharom dan Ketua Pengarah ISIS, Dr. Nordin Sopiee.


Secara kebetulan ketika itu, anak perempuan Abdullah Badawi bernama Nori telah masuk berkhidmat dengan ISIS sebagai seorang pembantu penyelidik.

Nordin telah memperkenalkan Nori kepada Khairy.

Abdullah Badawi sudah menjadi Naib Presiden UMNO ketika itu dan berkemungkinan menggantikan Anwar Ibrahim seandainya sesuatu musibah seperti helikopter terhempas menimpa beliau.


Memang berlaku kejadian helikopter Anwar jatuh terhempas.

Dia tidak ada dalam helikopter itu semasa kejadian.

Tetapi pada September 1998 Anwar telah tersingkir.

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia Khairy tidak mempercayai segala tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar.

Akan tetapi, masa itu adalah satu keemasan baginya.

Itulah masa yang perlu dirangkul oleh Khairy dan Omar Ong.


Ada
satu metos yang berlegar selepas kejatuhan Anwar.

Metos itu mengatakan bahawa Khairy sentiasa menaruh simpati terhadap perjuangan 'Reformasi" Anwar.

Ada berita angin mengatakan satu kisah betapa seorang pelajar pernah secara terbuka meminta Mahathir melepaskan jawatannya dalam satu pertemuan Mahathir dengan pelajar-pelajar di London.

Desas-desus itu mengatakan bahawa pelajar tersebut adalah Khairy, sebenarnya.

Ada pula satu cerita mengatakan bahawa ketika itu Khairy merupakan sahabat lelaki kepada Nurul Izzah, anak sulung Anwar.

Tetapi, persahabatan mereka tidak menjadi apabila Dr. Wan Azizah isteri Anwar enggan memilih Khairy sebagai Setiausaha Politik beliau.

Sebaliknya Azizah telah melantik Nik Affendi Jaafar (kini bertugas sebagai Pengurus Kanan Hubungan Seranta KWSP).


Nampaknya semua desas-desus ini sengaja direkacipta oleh para penyokong Anwar yang mahukan Khairy menyebelahi mereka, walaupun secara senyap-senyap.

Yang sebetulnya Khairy sendiri sudah nampak akan kelompongan yang disebabkan kejatuhan Anwar secara mendadak dahulu dan Khairy telah mengambil kesempatan itu untuk melonjakkan dirinya ke puncak mercu kuasa politik negara.


Inilah ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah semasa itu Dr. Mahathir.

Khairy telah menggunakan khidmat Nordin Sopiee untuk cuba mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri.

Permohonan beliau telah disokong oleh Hishamuddin Hussein.

Apabila Mahathir menolak, setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerak-geri Khairy, si Khairy telah cuba mendapatkan peluang dengan orang yang berpangkat rendah sikit daripada Mahathir.

Dia tidak pergi kepada Abdullah, tetapi kepada Najib.


Ketika itu Najib dilihat sebagai orang yang paling cocok menggantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malahan, Asiaweek telah bersuara lantang mengatakan Najib adalah tokoh yang perlu diperhati untuk jawatan itu.

Akan tetapi Najib amat teliti untuk mengambil orang baru kerana tidak mahu menyentuh perasaan orang lama yang setia kepadanya.

Malahan tidak ada sebab dia mesti mengambil Khairy kerana dia sudah yakin yang Mahathir akan memilih beliau sebagai pengganti.

Inilah keputusan yang amat disesali Najib kemudiannya.


Impian Najib tidak kesampaian pun.

Mahathir berpendirian adalah lebih mudah mengawal negara ini melalui Abdullah sebagai Timbalannya.

Mahathir tidak memandang tinggi terhadap Abdullah kerana dia pernah menyokong kumpulan Tim B dalam UMNO satu ketika dahulu (yang setia kepada Musa Hitam).

Orang semacam ini mudah dijadikan boneka yang baik.


Sejurus nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah menitiskan air mata di luar bilik penantian, kerana terkejut beruk dan tidak percaya akan nasib mereka.


Ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Abdullah mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong.

Sebagai contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan dua Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas dan bukan lagi dua orang.

Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah diberikan kepada Khairy.


Bagaimanakah Khairy berjaya merangkul jawatan itu? Inilah keadaan sama-sama saling bantu membantu.

Abdullah telah meminta Nordin Sopee memberikan beberapa cadangan akan nama orang yang patut mengisi jawatan yang kosong.

Dua nama telah dikemukakannya. Khairy dan seorang lagi nama penyelidik ISIS (yang kini bertugas dalam kerajaan juga) akan tetapi penyelidik ISIS itu telah gagal pemeriksaan keselamatan (ibu beliau adalah seorang penyokong Reformasi) lagi pun anak perempuan Abdullah sedang dilamun cinta dan begitu ghairah menyokong nama calon yang nombor satu.

Beginilah nasib baik Khairy.

Dia mula meniti tangga kejayaan kerjayanya.

Dengan pantas dia membalas jasa orang-orang yang membantu mendorong dia kepada laluan ekspres tadi.

Omar Ong telah ditempatkannya dalam pejabat Najib sebagai Pegawai Khas untuk menentukan segala-galanya ditanggung beres.

Inilah ketentuan dan perjalanan dan aktiviti politik dalam tong taik yang bernama UMNO.

-bersambung

No comments: