PETALING JAYA, 5 Sept (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan laporan sebuah akhbar parti politik tempatan yang mendakwa beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu.
Musa, yang kelihatan sihat dan ceria, berkata beliau kini dalam keadaan yang sihat dan semakin pulih setelah menjalani pembedahan selama empat jam itu dan akan kembali bertugas bulan depan.
Beliau yang berjalan tanpa bantuan tetapi secara perlahan-lahan turut melahirkan rasa kesalnya terhadap berita yang disiarkan dalam akhbar mingguan "Suara Keadilan" edisi 4-11 Sept 2008, yang seolah-olah menipu rakyat yang sentiasa menantikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya.
"Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Musa berkata sepanjang pembedahan itu beliau tidak langsung mengalami kesakitan sehingga dibenarkan pulang pada 25 Ogos lepas.
"Malah, kesihatan saya pulih dengan cepat sekali. Alhamdulillah," katanya sambil menunjukkan bekas pembedahan jantungnya yang semakin pulih.
Musa turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor yang merawatnya di IJN dan semua tenaga kerja IJN, serta rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.
Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan itu kerana menyiarkan laporan palsu tersebut, Musa berkata: "Adik beradik saya ada berbincang dengan saya mengenai perkara itu (tindakan).
"Tapi itu terpulang pada mereka kerana mereka pun rasa tak seronok dan tersinggung bila cerita begini keluar," katanya.
Ketua Polis Negara yang kini cuti sakit selama 49 hari, menghabiskan cutinya dengan berehat di rumah.
"Buat masa ini jawatan saya dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
rileks la kan...org polis dah biase dgn tekanan....tu yang xsakit hehehe....jagn angkuh sgt tan sri
ni kerabu nangka ke kerabu kerang basi,.
Org baru baik IJN dan ada sebut "Alhamdulillah" dikatanya angkuh,.
Nak sokong..MUSA ke nak Sokong Anwar ke kene tengok lah LU orang sokong siapa...
KALAU YG MEMANG SOKONG MUSA...waktu dia bawak tilam kehulu ke hilir masuk mahkamah nak kene kan Anwar..( walau pun lepas tur kes kene buang..) akan tetap sokong MUSA macam orang bengong...
KALAU YG MEMANG MINAT KAT ANWAR... akan tetap sokong ANWAR..kereana kesian ..asyik kene TINDAS dan Dizalimi..oleh mereka mereka yg tak de otak dah perasaan....
So untuk mamat ANTISODOMY...YG MEMANG BENCI KAT ANWAR.....terpulang lar kalau lu nak sokong orang yg pernah berbuat zalim kat ramai orangg...
Prince..
Bekas Murid Anwar..
(tapi bukan macam EZAMM)
Sya BENCI LIWAT
antisodomy - adeke sebabkan ngko benci liwat maka ianya menghalalkan untuk ngko bersekongkol dengan kemungkaran & adakah ngko betul2 yakin bahawa kes liwat antara DSAI & pemuda Saiful itu berlaku?
Adakah ngko betul2 yakin ianya berlaku?
TP,.sya dah nyatakan pendirian sya,. Sya yakin dgn PEMBALASAN ALLAH,..
Antisodomy,
Cuba kita renung penjelasan Imam Ramlang, itu rasanya sudah cukup jelas menerangkan ada konpirasi nak jatuhkan DSAI..Semalam Dr Osman pertahankan statement dia pun masih diragui lagi. Saya syorkan anda buat Solat Istikaroh moga2 anda diberi pertunjuk siapa Iblis yang bertopengkan manusia..
Renung2kan dan selamat beramal..
antisodomy - pemabalasan Allah adalah hukuman pada pelaku dosa.
yang penting dalam hal ni bukan pembalasan Allah.pembalasan Allah adalah antara pelaku dosa dengan pencipta(Allah)& yang tu memang tak rau-ragu ianya adalah benar & tertulis didalam Al-Qur'an.
Yang aku persoalkan ialah yakin ke ngko bahawa DSAI meliwat?
Yang ni asas pada jalan ngko & aku.dosa & pahala kita.
kalau ngko yakin DSAI meliwat walhal bende tu tak berlaku, ngko dah dikira bersubahat dengan kemungkaran(memfitnah)
Itu yang aku nak tau & semua orang nak tau... yakinkah ngko dsai meliwat?
Terima kasih atas nasihat iklas sdr,.
Adakah sdr juga dah buat Solat Istikarah utk menyokong DSAI???
antisodomy - solat istiqarah dibuat bukan untuk menyokong sesiapa. solat istiqarah dibuat untuk memohon petunjuk dari Allah, agar kita diberi jalan oleh Allah, supaya Allah membantu kita melihat dengan jelas apa yang benar & apa yang salah.
aku yakin dekat sini x de yang menyokong individu, kami hanya menyokong perjuangan.
perjuangan yang pada kami adalah benar(dan kami amat yakin).
kalau letak orang lain sebagai pemimpin pun kami terima asalkan orang itu terbukti ingin membawa perubahan kearah kebaikan.
jangan salah faham tentang solat.
Tepuk dada tanya selera...Allah Maha Mengetahui..Saudara tak perlu tahu..
Renung2kan dan selamat beramal..
Antisodomy - Bagi aku cuma satu sja, kalau DSAI benar2 meliwat say fool. kenapa masih ramai ulama2 m'sia tetap mempertahankan dan berjuang besama DSAI? kalau benar hal ini berlaku takkan ulama tetap nak bsetongkol dgn peliwat?
hanya allah yg lebih mengetahui.
-Renung2kan dan fikir2kan-
lawak dulu dulu ~ " BOleh Jalan daaaa..."
Musa Hassan kata orang buat Fitnah bila kata dia lumpuh.... dan orang ramai telah berlaku zalim dengan mengatakan beliau sedang nazak....
So... apakah yang beliau lakukan pada DSAI selama ini tak zalim? Dan apakah itu juga bukan Fitnah?
yg zalim tetap zalim...
Post a Comment