KUALA TERENGGANU 15 Sept. - Kerajaan negeri akan menyenaraihitamkan bengkel kenderaan yang didapati menipu dalam mengendalikan kerja-kerja penyenggaraan kenderaan rasmi serta yang digunakan oleh ahli Exco.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, semua pemandu diarah supaya berhenti menghantar kereta yang digunakan ahli Exco ke bengkel terlibat untuk disenggara jika bengkel berkenaan terbukti melakukan kesalahan itu.
''Kita tidak akan hantar lagi kereta untuk disenggara ke bengkel berkenaan jika mereka didapati bersalah," ujarnya selepas mengagihkan 8,000 bungkus bubur lambuk di Dataran Shahbandar di sini hari ini.Beliau yang berpuas hati dengan siasatan BPR bagaimanapun berkata, jumlah tuntutan palsu RM91,350.64 yang dikatakan dituntut oleh dua pemilik bengkel berkenaan tidak menggambarkan jumlah keseluruhan penyenggaraan Perdana V6 ahli Exco yang tinggi iaitu mencecah RM1.07 juta dari 2004.
''Jika bengkel atau pemandu menipu dalam hal senggara kenderaan ini, mereka tanggunglah akibatnya," ujarnya.
-Utusan Malaysia Online
TP - Biasanya dalam urusan perniagaan dengan mana-mana kerajaan negeri atau pihak swasta secara formalnya ada urusan tawar-menawar... ngko hantar barang, aku verify apa yang perlu ditukar-ganti, quot harga & tunggu samada ngko setuju atau tak sebutharga pada quotation.
Kalau ngko setuju. ngko akan procede dengan P.O. kalau ngko tak setuju, rundingharga akan berjalan... tapi dalam hal ni aku tak tau urusniaga macam tu berlaku atau tak...
Ntah-ntah ngko tengok quotation, ngko terus sign (pasal bukan bayar pakai duit ngko pun kan???)... aku pulak sebab aku meniaga, 1st time letak rege patut... approve... 2nd time aku "up" sikit... approve jugak... 3rd time aku "up" lagi... pun approve jugak... kali yang seterusnya mestila aku tekan harga 1-1 barang sama ngan harga gunung Kinabalu... ala bukan ngko semak pun regenya tu... lagipun bukan duit mak bapak ngko kan?
Jadi dalam hal ni aku rasa sepatutnya 2-2 pihak yang patut dikenakan tindakan... ntah-ntah duit claim tu ngkorang tontong-tontong pun sape yang tau kan??? seronok sama-sama... kene dakwa... lu sindri mau hingat laa..!
Lain kali kene"AMANAH".
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment