Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneliti isu pembelian Eurocopter yang ditangguhkan semalam pada hari ini walaupun Selasa lalu kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembelian helikopter terbabit.
Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata mesyuarat tersebut tidak hanya memberi tumpuan kepada isu pembelian Eurocopter sebaliknya turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab jawatankuasa tersebut.
"Kita ada banyak perkara yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat ini, Eurocopter adalah salah satu daripadanya," katanya yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berhenti rehat di Parlimen semalam.mesyuarat tersebut akan berlangsung selama dua hari.
Isu yang melibatkan Eurocopter pada hari ini akan membincangkan perkara-perkara teknikal yang dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan tambahnya lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mengumumkan penangguhan tersebut semalam berkata, PAC diberi peluang untuk memperhalusi mengenai perkara yang berkaitan dengan cadangan pembelian 12 buah Eurocopter EC-725.
"Yang itu (mesyuarat PAC) telah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu supaya PAC diberi peluang untuk menghalusi mengenai perkara berkaitan cadangan untuk membeli helikopter ini.
"Ini pun ada juga baiknya. Biarlah mereka tahu apakah prosedur yang telah kita gunakan... mengapakah begitu tinggi (harganya)... apa sebab-sebabnya," katanya.
Bagaimanapun ia tiada kaitan dengan pertikaian yang dibangkitkan oleh pembangkang di Parlimen baru-baru ini.
Hehehe... boleh percaya ke cakap Pak Lah ni?ntah-ntah saje je dia nak pekena Mat Najib Monggol...keh keh keh keh keh...Pak Lah + tingkat 4 = Mat Najib Monggol tersembam...keh keh keh keh keh...
Hangpa percaya ke "peralihan kuasa"???
Mampuih aku tak caya selagi benda tak berlaku...keh keh keh keh keh...Mat Najib tunggu buah yang tak gugur-gugur...last skali aku ingat Mat Najib yang gugur...betoi dak???
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment