"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Caj ceramah RM8,000; MOSTI minta publik kemuka bukti jika ada

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof meminta supaya pihak yang mendakwa dikenakan bayaran dalam siri ceramah Angakasan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil mengemukakan maklumat kepada kementeriannya bagi membantu siasatan.

"Setakat ini kita masih belum menerima aduan secara formal, jadi kalau ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati yang mengatakan beliau ada mengenakan caj supaya menulis surat kepada kementerian dan kemukakan maklumat.

"Maklumat-maklumat tersebut ialah seperti baucer bayaran, resit serta nyatakan berapa jumlah yang dibayar, tempat dan siapa ejennya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Tambah beliau lagi kini pihak kementerian sedang menjalankan siasatan dan ia akan diteruskan hingga semua pihak berpuas hati.

"Kita teruskan siasatan dan akan lihat segala aduan hingga kita capai keputusan yang memuaskan hati semua pihak," katanya.

Jelas beliau berdasarkan pertemuan yang diadakan bersama Sheikh Muszaphar, angkasawan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

"Ikut pertemuan saya bersamanya semalam, beliau menidakkan. Mungkin caj yang dikenakan itu ialah daripada penganjur.

"Maknanya penganjur yang anjurkan sesuatu ceramah itu yang mengenakan caj-caj tertentu, tapi bukan Sheikh Muszaphar... untuk penganjur sendiri," katanya.

Tambah beliau lagi, angkasawan itu kini bergerak menerusi Agensi Angkasa di bawah kementeriannya dan tiada caj yang dikenakan jika beliau menyampaikan ceramah anjuran kementerian berkenaan.

4 comments:

Anonymous said...

Topeng Perak,

MOSTI meminta orang yang mendakwa Angkasawann Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil mengemukakan maklumat kepada kementeriannya bagi membantu siasatan.

Pada pandangan anda adakah orang yang menabur fitnah terhadap angkawan negara itu berani menunjukkan bukti...?

Kes ini akan berlalu tanpa dakwaan seperti berlalunya angin sepoi ditepi pantai.

Dan cerita yang belum disahkan lagi iaitu angkasawan negara itu akan masuk dunia seni sebagai artis

Mr Joker said...

Kalau pada faktanya, yang mempunyai bukti ialah penganjur sebarang acara atau organiser mana-mana acara yang melibatkan angkasawan negara.

Kebanyakan maklumat kemungkinan diperolehi dari penganjur atau organizer...

Tapi...... kalau angkasawan terlibat menafikan jumlah tersebut, kemungkinan penganjur dan juga organizer tidak akan tampil menunjukkan bukti sebab aku yakin mereka tak akan tampil...

kalau depa tampil, yang kena depa jugak (organizer/penganjur) sebab mangikut angkasawan terlibat, depa tak dapat pun duit tu & tak tahu menahu.

Sape lagi yang "ngap" duit tu kalau bukan organizer/penganjur... tak pun mungkin jugak orang tengah...

siapa orang tengah tu? (ini suspek utama).

Anonymous said...

Isu angkasawan yang mengenakan harga tinggi untuk ceramah disensasikan oleh pembangkang. Mereka yang bangkitkan isu ini. Dan kemudian menghentam Dr Muzaffar 'kaw-kaw'.. Padahal dalam hal ini, kita perlu lihat juga siapa sebenarnya yang meletakkan harga. Selalunya dalam apa jua acara, mesti ada penganjur dan orang tengah. Kadang mereka inilah yang suka ambil untung atas angin. Mereka yang letak harga tinggi. Kepada mana pihak yang ada bukti silalah tampil bukti tersebut supaya mudah perkara ini disiasat...

Anonymous said...

Dah kalau ada penganjur, bukankah ada orang yg dianjur? Tak munasabah rasanya org yg dianjur tu sanggup ke sana ke mari tanpa bayaran,kan? Tambahlah pula kalau orang yg dianjur tahu yg penganjurnya dapat baqyaran yg lumayan!
Abangnya nafi caj rm8000, tapi menyatakan ada juga dapat bayaran. See, there must be some truth in the accusation, kalau tak takkan orang boleh buat2 cerita ttg angka rm8000. Kalau ia pun SMS tak dapat semua bayarannya, dia patut tampil ke depan memperkenalkan dalang sebenarnya yg oportunis tu sekali gus membersihkan namanya.
Tapi masalahnya berani/sanggupkah dia?
Cik haris fadzilah, anda cuba memburukkan pembangkang, tapi anda sendiri sedang mepolitikkan isu ni. Bukankah duit rakyat perlu ada 'accountability'nya? Janganlah mentang2 orang yg terlibat tu dibelai oleh pihak tertentu, kita lupa tentang bab amanah & ketelusan