Dr. Mahathir berkata, seluruh negara mengetahui bahawa pemimpin-pemimpin Umno, walaupun bukan semua, mengamalkan politik ketika pemilihan parti.
Masalahnya Che'Det... kalau dah buang semua "pemimpin" tu... sape yang nak duduk dalam UMNO lagi? apalah ertinya UMNO tanpa mereka-mereka yang dapat menjana "ekonomi" ahli-ahlinya dalam setiap mesyuarat?
Apalah ertinya UMNO tanpa duit? bukan ke mereka-mereka ni menyertai UMNO dengan harapa setinggi gunung untuk memenuhkan poket-poket mereka dengan duit-duit dari para pemimpin?
Siapa lagi yang nak tinggal dalam UMNO yang tak berduit? Che'Det sendiri pun awal-awal dah blah dari UMNO... (walaupun bukan sebab duit) Che'Det blah dari UMNO pasai apa? dah tentu pasai Che'Det tak pandang duit kan?
Jadik kesimpulannya ialah, biarkanlah UMNO dengan duit-duitnya dan bagi yang berjuang bukan semata-mata sebab duit... boleh angkat kaki pi masuk mana-mana parti yang tak berjuang semata-mata untuk duit...
UMNO - Duit... ( tak mungkin dapat dipisahkan )
2 comments:
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya memerlukan duit.... Itu hakikat tapi pandangan saudara tentang UMNO dan duit, sebenarnya bukan begitu. Persepsi beginilah yang makin merosakkan UMNO. Saudara dilihat sebagai agen perosak nama UMNO dengan tulisan-tulisan saudara yang terlalu berat sebelah... Saudara perlu ingat, bukan semua ahli UMNO termasuk pemimpinnya yang mengamalkan politik wang. Masih ramai yang bersih. Tapi apakan daya mereka yang bermain dengan politik wang lebih menonjol sehingga menyebabkan pembangkang dan orang seperti saudara terus menggunakan politik wang sebagai 'modal' dalam serangan terhadap UMNO...Sungguh berat sebelah... Cuba tanya ketua pembangkang yang disanjung sangat tu, benarkah beliau bersih dari politik wang? Jika beliau menafikan jangan lupa suruh beliau bersumpah... Mesti beliau tak berani bersumpah dan mula memusingkan cerita... Begitulah keadaan politik di Malaysia yang tak pernah ada persefahaman antara kerajaan dan pembangkang sampai bila-bila...
"bukan semua ahli UMNO begitu"???
Tuan... yang memilih ditawarkan wang dan... mereka menerimanya dengan tangan terbuka...
jadi "siapa" pula yang tak terlibat dengan wang tu?
Yang tawar diri, dosertai dengan tawaran wang...
Yang menerima tawaran pula, menerima tawaran beserta dengan wang...
itu faktanya... usah menafikan hal ini.ada ahli ahli keluarga saya yang berkedudukan didalam UMNO dan topik perbualan sehariannya adalah wang.
Zaid Ibrahim yang dilihat "bersih"... juga terlibat dengan politik wang...
Siapa yang tak terlibat dengan wang dalam UMNO?
Mungkin saudara seorang... saudara adalah susu... "mereka" adalah "nila"...
setitik nila bisa merosak sebekas susu... adakah saudara tidak "terkena" tempiasnya?
Apa jadi pada laporan bahagian UMNO berkenaan politik wang?
berkenaan dengan anwar pula... kalau saudara ada bukti... dipersilakan membuat laporan pada yang berkenaan...BPR tidak pernah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat.
Kalau dengan UMNO...mungkin...
Post a Comment