"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, November 25, 2008

Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan

Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak.

''Majlis Ekonomi Negara akan bermesyuarat dan membincangkan konsep yang perlu dibuat dalam keadaan penurunan harga minyak dunia kini.

''Kita akan bincang, sama ada hendak menggunakan kaedah harga lantai (minimum) atau terus mengekalkan keadaan sekarang yang bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia,'' jelasnya.

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Spekulasi turun malam esok tak jadi ke?

Mr Joker said...

Selagi Bik Mama, Jin, Bijan & Pak Hal tak balik Malaysia, rambut putih x blh buat apa-apa.

yang rambut putih blh buat cuma - meracau..!

Anonymous said...

Kepentingan sume pihak ke kepentingan kroni peniaga stesen minyak???

Adui,cukup la nak bodohkan org2 Melayu oi Banshee Jantan Berambut Putih

Anonymous said...

Sabar...Kita tengok dulu isnin depan, macam mana kaedah yang nak digunakan untuk tentukan harga minyak... Belum apa-apa dah nak emo...