"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

Keputusan fatwa: Rujuk Majlis Raja-raja, titah Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum.

Menurut baginda ia adalah bagi memastikan supaya kaedah menyalurkan sesuatu keputusan fatwa itu dapat dilaksanakan secara bijaksana bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kontroversi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini, berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Majlis Hal Ehwal Agama Islam yang mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam, Sultan Selangor menjelaskan bahawa keputusan itu belum berkuatkuasa di Selangor kerana perkara itu belum dibawa ke peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, akan bersidang membincangkan perkara itu dengan lebih mendalam berkenaan aktiviti senaman yoga di Selangor, dan selepas keputusan muktamad dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, ianya akan disembahkan untuk perkenan baginda.

Ini selaras dengan prosedur yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 berkaitan dengan menerima pakai sesuatu keputusan fatwa.

4 comments:

Anonymous said...

fatwa tentang Yoga ini perlu dikaji semula.bukan hendak mempersolkan hukum hakam Islam cuma macam tak diterangkan secara lanjut kenapa fatwa ini harus diikuiti sedangkan yoga tanpa amalan unsur hinduism diamalkan secara meluas.

malah Mufti Perlis juga menggesa agar yoga tanpa unsur amalan bukan Islam dibenarkan.

Anonymous said...

sebenarnya takde masalah untuk beryoga.sebab kalau kita faham betul-betul akan fatwa ni kita akan tahu yang haram untuk mengamalkan yoga yang ada unsur syirik/bukan Islam tetapi yoga yang cuma mengambil hanya aspek fizikal tanpa unsur ritual masih dibolehkan.

jadi fatwa sebegini membantu golongan Muslim untuk mengamalkan yoga bagi menyihatkan tubuh badan tanpa perasaan was-was.

yang tak faham fatwa tu yang akan mempersoalkan kenapa fatwa sebegitu diwujudkan.bila tak faham yang mula wujud kontroversi.contoh mcm Sisters in Islam.mereka tak faham sepenuhnya fatwa tu dan kemudian buat kenyataan yang hanya menambahkan kekeliruan masyarakat.

Anonymous said...

Sepatutnya isu fatwa tidak perlu disensasikan dan jangan ada yang cuba-cuba ulas jika tak tahu. Kalau nak ulas, fahamkan dulu apa itu fatwa. Kemudian barulah kaji serba sedikit berkenaan yoga dan fahami kenapa fatwa pengharamannya dikeluarkan. Yang seelok-eloknya, akur sajalah dengan fatwa berkenaan. Tak rugi pun. Kenapa perlu dipertikai. Takkanlah kerana Majlis Fatwa Kebangsaan ada kaitan dengan kerajaan, maka tindakan mereka keluarkan fatwa pun dihentam disebabkan kebencian terhadap kerajaan. Inilah sikap bangsat pembangkang. Kenapa perlu pertikaikan. Hanya yoga sajakah senaman yang terbaik dalam dunia ni? Kita masih ada alternatif lain. Jangan terlalu taksub pada yoga. Kalau malas nak buat senaman yang lain, amalan solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari pun sudah terkandung amalan senaman di dalamnya..

Anonymous said...

Kesilapan kerajaan seperti ini akan menjadi kenang-kenangan selama-lamanya bagi pembangkang. Oleh itu, seharusnya kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan fatwa. Apapun saya setuju dengan fatwa pengharaman yoga…