"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 24, 2008

SIS Persoal Keputusan Majlis Fatwa

Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

3 comments:

Anonymous said...

SIS bercakap benar " Ia tidak nampak amalan yoga boleh memesong aqidah umat islam", SIS bercakap benar tidak ada kes tukar agama kepada Hindu oleh pengamal Yoga.

Namun apa yang perlu diteliti dengan fatwa ini ialah "merosakkan Aqidah", bukan tukar agama kepada Hindu. Syirik kepada Allah adalah merosakkan agama seseorang. Kita meletakkan apa sahaja pada kedudukan Allah, bermakna kita mensyirikan Allah dan ini merosakkan agama kita. Amalan yoga yang pada asalnya membawa kita memuja tuhan agama Hindu, boleh membawa syirik bila fikiran kita melayang ke arah itu semasa kita mempraktiknya walaupun amalan fizikal pada asasnya tidak berkaitan langsung dengan chanting2 tersebut.

Unknown said...

Sebenarnya SIS tu sendiri yang mesti juga disiasat ....pembawaan mereka pun boleh merosakkan akidah umat Islam...tapi anak2 orang besaq dok dalam tu...majlis agama pun kelam mata ....

Anonymous said...

Makcik Yati ni dah nyanyuk kot... YB Aziz Kaprawi tu kena tengok2 la sikit adik hang tu... Suruh2 la tobat sikit, jgn keluo kenyataan ikut dan je.
Kalo dah pakai jampi serapah, menderam dan penyatuan diri dgn tuhan tak ke terpesong namanye....
Rasanye dah mabok dapat duit pemilihan calon UMNO ni.....
Campak2 la duit tu buat beli tudung dan pakaian menutup aurat