"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 28, 2008

Pak Lah: kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan... - malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa masyarakat antarabangsa bekerjasama mengembalikan hak dan maruah rakyat Palestin.

"Kita perlu menunjukkan keprihatinan khusus tentang impak pendudukan (Israel) terhadap belia dan kanak-kanak kerana mereka mewakili masa depan Palestin," kata Perdana Menteri dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika menyampaikan mesej bersempena memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin pada 29 Nov, Abdullah menambah, memusnahkan harapan dan impian mereka dan mencabuli hak asasi manusia dan maruah mereka akan mendatangkan kesan serius terhadap prospek mencapai keamanan berkekalan di Timur Tengah.

TP - pernah dengar tak peribahasa kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan... gitulah Pi Em kita ni... kalau bab masalah negara luar, macam hero... prihatin bagai nak rak... tapi bab masalah dalam negara... hampeh...

Hak dan maruah rakyat Palestin... tak salah bagi aku kalau Pak Lah nak bela hak dan maruah rakyat Palestin... tapi apa jadi dengan hak dan maruah rakyat Malaysia?

Siapa yang mencabul hak dan maruah rakyat Malaysia selama ni? ISA tu apekejadah.

Bodo punya Pi Em..!

5 comments:

Anonymous said...

ko ni bodoh ke apa.Dr.M sendiri pun pernah kata yang sama.salah ke mereka yang berkemampuan memberi support kepada rakyat Palestin.tak semestinya support mesti datang dalam bentuk harta.doa kita pun boleh jadi satu bentuk sumbangan.

lagi satu Abdullah kata menggesa masyarakat antarabangsa bekerjasama mengembalikan hak dan maruah rakyat Palestin.bermakna seluruh masyarakat diserata dunia lah.lagi satu Abdullah kata begitu sebab bersempena memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa bersama rakyat Palestin.

bukaklah pancaindera tu sikit.jadilah lebih sensitif.kita kat sini ISA tapi mereka kat sana kena berdepan dengan kekejaman rejim Zionis.

Anonymous said...

tak salah Abdullah memberi pandangan sebegitu.kita memang kena beri sokongan kepada mereka yang kita rasa perlukan sokongan seperti rakyat Palestin.hidup dinegara sendiri tetapi merasa macam hidup dinegara yang dijajah.tak lah Abdullah terlalu bodoh untuk membiarkan rakyat Malaysia dibiarkan dalam keadaan sengsara.

bersyukurlah sebab negara kita takde tragedi pengeboman seperti yang berlaku baru-baru ini diMumbai.

Archer Daniel Smith said...

Ni nak sokong puak Hamas ko puak Arafat???? Team A lawan Team B, yang menang kita sokong! Biar dia bermuzakarah dulu... hei hei hei

Archer Daniel Smith said...

Tajuk baru "KJ di rembau disusukan, Najib di Pekan mati kehausaan"

Mr Joker said...

Tepat skali Dato'!