Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari ini dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru.
Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal akan turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
Hari ini di Kuala Terengganu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon BN.
Pengumuman mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman.
Pas pula dijangka mengumumkan calonnya esok. Difahamkan selain Mohamad Sabu, tiga nama turut dihantar kepada kepimpinan Pas pusat untuk dipertimbangkan.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
daripada 5 calon tu,calon BN dan PAS yang lebih nampak cerah harapan mereka untuk menang berbanding dengan 2 calon Bebas dan seorang dari Akim.apapun diucapkan selamat berjaya buat semua calon.
Post a Comment