Monday, December 08, 2008

Warga Sri Lanka Dilaporkan Tidak Dapat Dikesan, Operasi SAR Di Bukit Antarabangsa Di Sambung Semula - malaysiakini

Seorang warga Sri Lanka, yang merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr N Yogeswari, dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa Sabtu lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang kenalan Dr Yogeswari pada malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang diberhentikan pada pukul 6.30 petang semalam dimulakan semula pada 9.30 malam tadi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata operasi mengesan warga Sri Lanka itu ditumpukan di rumah banglo No 1, Jalan Bukit Mewah di mana mayat Dr Yogeswari dijumpai pada hari Sabtu lepas.

"Operasi kita tumpukan pada lokasi tersebut kerana percaya dia berada berdekatan dengan mangsa tersebut (Dr Yogeswari)," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kira-kira 2,000 penduduk Bukit Antarabangsa masih terperangkap dan usaha-usaha sedang dijalankan termasuk membina laluan baru.

Walaupun hujan renyai-renyai yang turun sejak awal pagi ini, penduduk Islam di sekitar tempat kejadian telah beramai-ramai turun untuk menunaikan solat Aidiladha di Surau Madrasah Ad-Dinniah yang terletak 500 meter dari tempat kejadian itu.

Kejadian tanah runtuh pada pukul 4 pagi Sabtu lepas telah menimbus 14 banglo di kawasan itu dan meragut empat nyawa setakat ini yang terdiri daripada Dr Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin,20 dan warga Indonesia Surinah, 30an.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?