Monday, June 30, 2008

Pemuda Cacat Di Sodom!!!

Assalamu'alaikum...

Hari ni baru berpeluang nak menyelit-nyelit disekitar celahan isu liwat-meliwat sodom-menyodom yang sedang hangat diperkatakan oleh sekelian juak-juak persekongkolan aktivis anti liwat@sodomy.hangat memang hangat & kehangatannya berjaya menghilangkan bunyi letupaN C4 dipuncak Sah Alam.

Tak nak la komen pasal betul ke tak betul DSAI mengsodom budak pekerjanya ni...nak ulas pasal sikena sodom je...

Handsome ye mamat ni...kira taraf-taraf jambu la...tapi jambu ni lain macam sikit.bukan jambu batu, tapi mungkin jambu air...banyak airnya...lembut...badan pun tara-tara model gitu.tengok pada gambar tu cukup la sifatnya sebagai seorang lelaki sejati ditambah pula dengan kejayaannya bertunang dengan gadis pilihan...bagus...ada perancangan masa depan.

Tapi 1 je aku heran bebeno-benor dengan mamat sepul ni...

Yang si sepul ni...katanya kene sodom...ish...sodom tu...sodom tu kan ke kene tutuh tang belakang.herannya sebab "kemachoan" sepul ni la.tak daya ke sepul ni...ops...bukan sepul...tukar nama...LEMBU...lembu lebih sesuai...tak daya ke lembu ni nak melawan masa DSAI nak sodom dia?lembik sangat ke lembu ni?

Umur baru 23 tahun...bulan depan kalau tak salah aku lembu ni nak nyambut harijadi dah...24 tahun kot bulan depan...tapi sayang...lembu lembik...aku rasa lembu ni jenis lembu cacat.tak cukup sifat & sifat yang paling terserlah sekali yang tak de pada lembu ni ialah "akal".maklumlah lembu...mana ada akal kan?

Kalau lembu tu ada akal, mesti la dia dah bergelut dah dengan DSAI masa DSAI nak liwat dia kan??? tak pun sekurang-kurangnya mestila DSAI makan penerajang sulung lembu ni...ini tak...macam hubungan suka sama suka je...dah biase kene sodom ke lembu ni?tak kan tak larat nak lawan orang tua umur 61 tahun?kalau aku la kan...confirm patah 8 dah tulang DSAI tu...

Saiful - Lembu.

Pas tu cuba korang fikir.nak liwat mesti la kene bukak sluar dulu kan?kurang-kurang MESTI nak kena bergelut jugak ni.tak tau la pulak aku kot-kot DSAI mintak kebenaran untuk meliwat lembu ni & lembu ni dengan rela hati lak bagi kerjasama menanggalkan seluarnya tanpa melawan...musykil...tapi dalam report,mamat ni cakap "tanpa kerelaan saya ( lembu )".macam mana tu??? oh...Malaysia Boleh ( Lembu Boleh! ).

Tapikan...aku tak risau langsung la dekat lembu ni.biasa la tu...lembu...yang aku risau & kesian ialah tunang lembu ni.tengok comel sangat...untung la kalau jadik bini sesape...tapi budak ni la yang rugi...sebab bertunang dengan lembu...adois...lembu???

Kalau la ada kengkawan tunang lembu ni ataupun tunang lembu ni sendiri terbaca taipan aku ni...aku mintak dia pikir balik la.berbaloi ke bertunang dengan lembu yang lembut@lembik@cacat ni?kehormatan diri sendiri pun tak larat nak pertahan,inikan pulak nak pertahankan kehormatan tunang@bakal isteri...

Jadi cik adik tunangan lembu...pikir la panjang-panjang...mana la tau kan kot ade sesape pulak esok-esok mintak nak "rasa" tunang si lembu ni kan...entah-entah lembu tu bagi gitu je...kene pulak kalau orang yang level umurnya 61 keatas...bahaya tu...karang nak naik mahkamah lagi buat pengakuan kene rogol pulak.adois...malang nasibmu tunangan lembu...

Dayus betul la lembu ni...dengan orang tua umur 61 tahun pun kalah...aku rasa kalau sesape jumpa lembu ni kat mana-mana la...boleh kot mintak kebenaran nak lempang dia barang sedas-2...aku rasa lembu ni akan bagi kerjasama.tahan je pipi tu untuk memudahkan pelempang padu kat pipi lembu ni...maklumlah...species L E M B I K...

Tapi kan...mak nyah kat lorong pun reti melawan kalau kene raba...betoi dak???

Kalau aku la kan...orang pegang bontot aku pun aku dah cukup untuk buat alasan nak bertumbuk...korang macam mana lak???nak tonggong jugak ke?korang jangan jadi macam lembu tau!malu......

Najib nafi terlibat; beri penjelasan mengenai gambar

diciplak dari : klpos



Oleh Utusan
Isnin, 30 Jun 2008

KL: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau terlibat dalam kes dakwaan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) tidak pernah terlibat dalam mengugut ahli-ahli politik.

Berkaitan dengan gambar lelaki tersebut dengan pegawainya, beliau memberitahu, lelaki yang membuat aduan terhadap Anwar itu datang ke pejabatnya untuk mendapatkan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat yang dibuat tiga bulan lepas.

``Lelaki terbabit merupakan seorang pemimpin pelajar dan adalah perkara biasa mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawainya untuk mendapatkan sokongan.

``Lelaki terbabit juga ada mengambil gambar dengan menteri-menteri Kabinet lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib mengulas mengenai tindakan seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lepas.

KES DSAI II : Dah pun bercanggah fakta.

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 16:42:54 MYT oleh reformis

Oleh kicap_melayu


" Belum pun masuk kemahkamah atau didakwa telah terdapat pertelagahan fakta dalam kes DSAI Liwat Siri 2

Kenyataan Najib : Tengahari tadi di TV3 Najib buat penjelasan katanya gambar Saipul dengan pegawai dia itu diambil 3 bulan lepas. Untuk memohon biasiswa.

Berita dari Agendadaily : "Namun bagi mendapat kepastian mengenai tarikh gambar berkenaan diambil Agendadaily telah menghubungi pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Seorang pegawai pejabat itu memberitahu gambar berkenaan sebenarnya diambil pada bulan Januari 2008. "

Apa yang kurang menyenangkan ialah sikap pengarang Agendadaily yang seolah-olah memeprsendakan theori DSWA. Jika artikel itu dibaca sepenuhnya. Tindakan yang tidak professional dalam bidang kewartanan.

Usaha Agendadaily untuk mendapatkan maklumat yang jelas patut dipuji namun apabila mula membuat komentar-komentar yang mempersendakan seseorang adalah tidak wajar.

Jika beberapa tahun dulu saya tidak boleh tidak mesti menjengok Agendadaily setiap hari, tetapi sejak lapan atau sembilan bulan kebelakangan terasa Agendadaily mulai berbunyi seperti lain-lain media arus perdana BN walaupun tidak seteruk BH, UM, TV3 dan RTM. Namun untuk mengetahui perkembangan kes ini terjenguk juga saya ke laman Agndadaily tengahari tadi.

Apa yang menggelikan hati ialah telah terdapat percanggahan fakta tarikh dalam kes gambar ini. Semoga ulangan kes DSAI 1998 tidak berulang.

Akhir Qalam:
Berbincang-bincang dulu sebelum membuat kenyataan, nanti dipanggil penipu da n pembohong."

BUNUH ANWAR!!!

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 16:53:28 MYT oleh reformis


Oleh ulitmayang

 Sebenarnya , pening kepala memikirkan kaedah pemakaian sistem politik demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. MasyaAllah


Ini dah sampai ke peringkat kemungkinan , untuk bunuh dan membunuh , mungkin tak ada dalam etika berpolitik demokrasi berparlimen , yang dipegang oleh banyak negara , telah menjadikan semua rakyat Malaysia keliru.

Ekoran daripada itu , DSAI telah memohon perlindungan di Kedutaan Turki , kerana keselamatan diri dan nyawa beliau , dikhuatiri terancam


Untuk tidak membuat spekulasi atau telahan yang tidak betul , beberapa pertanyaan di bawah , mungkin ada jawapannya di luar sana.


Siapa yang mengarahkan DSAI dibunuh ?

Pak Lah ? Mungkin atau tak mungkn ?

DS Najib ? Mungkin atau tak mungkn ?

Pemimpin – pemimpin UMNO lain ? Mungkin atau tak mungkin ?

Ahli – ahli UMNO ? Mungkin atau tak mungkin ?

Jemaah Menteri dan Kabinet kerajaan pusat ? Mungkin atau tak mungkin ?

Pakatan Rakyat , PAS ? DAP ? atau PKR sendiri ? mungkin atau tak mungkin ? Ini sudah pasti TIDAK MUNGKIN

Kenapa DSAI mahu dibunuh ?
Menghalang DSAI dari menjadi PM ?

Menghalang PR mengambil alih Putrajaya ?

Bila DSAI perlu dibunuh ? Sekiranya betul
Sebelum 16 September 2008 ?

Minggu depan ?

Khabarnya semua 43 ahli parlimen yang dah setuju untuk berhijrah

Bagaimana DSAI hendak dibunuh ? sekiranya betul perancangan itu ada
Dengan menembak menggunakan pistol , senapang , peledak C4 ?

Dengan mengebom kedutaan Turki ?

Dengan melepaskan peluru berpandu ke kedutaan Turki ?

Di mana DSAI akan dibunuh ?
Di dalam kedutaan Turki ?

Di mana – mana puncak bukit di Semenanjung Malaysia ?

Di luar negeri , tempat di mana DSAI akan mendapat perlindungan politik ?

Nota
Soalan – soalan dan kira – kira di atas , telah dihalusi oleh mereka yang merancang untuk MEMBUNUH DSAI , sekiranya betul – betul ada komplot berkenaan

Sekiranya tidak ada abaikan semula tulisan di atas

Anwar Di Ancam Bunuh, Umno Kepanasan

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 09:34:26 MYT oleh greenboc
Oleh Jundullah-PASJB

aGempar satu Malaysia dengan khabar angin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbangkan keselamatannya termasuk kemungkinan dibunuh.

Khabar tentang Anwar diancam bunuh saya terima melalui panggilan telefon dari Ust Dr Md Ali Jamil selaku Timb Pesuruhjaya PAS Wilayah yang menghubungi saya semalam berhubung keadaan negara yang semakin panas dengan kontroversi politik dari semua pihak.

Gempar satu Malaysia dengan khabar angin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekarang berlindung di Kedutaan Turki kerana bimbangkan keselamatannya termasuk kemungkinan dibunuh.

Khabar tentang Anwar diancam bunuh saya terima melalui panggilan telefon dari Ust Dr Md Ali Jamil selaku Timb Pesuruhjaya PAS Wilayah yang menghubungi saya semalam berhubung keadaan negara yang semakin panas dengan kontroversi politik dari semua pihak.

Beliau menasihatkan supaya semua ahli dan penyokong parti PAS supaya jangan menggelabah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah supaya isu ini ditangani sebaik mungkin tanpa sebarang provokasi dan ancaman yang boleh membahayakan keselamatan negara dan imej parti PAS itu sendiri.

Pakatan Rakyat yang diterajui bersama oleh PAS, PKR dan DAP yang berjaya menawan 5 buah negeri dengan berjaya memperoleh 82 kerusi parlimen sekaligus mencipta sejarah menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional sejak 51 tahun negara kita merdeka dari British.

Umno dan Barisan Nasional kali ini benar-benar gelabah, dan saya menjangkakan puak-puak ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mampu untuk terus berkuasa sekaligus menindas suara rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat selama ini.

Persoalannya sekarang, siapa yang mengancam Anwar untuk dibunuh. UmnoBN boleh sahaja menafikan perkara ini tetapi tidak boleh menolak sekiranya polis ada bukti siapakah yang sebenarnya menjadi konspirator dalam isu ini.

Akhbar semalam melaporkan pembantu beliau Saiful Bukhari Azlan 23 tahun mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit.

Paling biadap ialah kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan ancaman bunuh Anwar ialah tidak masuk akal
dan diambil semata-mata kerana Anwar mahu mengalih tumpuan, sama seperti yang dilakukannya ketika beliau dituduh satu masa dahulu.

Termasuklah anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin yang menuduh anwar seorang ahli politik yang 'kreatif' dalam meraih simpati masyarakat dengan tuduhan tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai.

Biarlah kitaran politik itu berputar namun Pakatan Rakyat tetap utuh dengan agenda kebajikan dan kebaikan kepada rakyat sebagai alternatif kepada kerajaan BN yang sudah terlalu banyak menindas dan menzalimi rakyat selama lebih 50 tahun diberikan mandat oleh rakyat.

Yang pentingnya disini, siapapun yang menuduh liwat tidak akan terlepas dari mahkamah Allah di akhirat nanti kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang sangat berat dalam undang-undang syariah.

Tahun 2004 sendiri mahkamah telahpun memutuskan Anwar dibebaskan dan dibersihkan namanya dari tuduhan liwat, lihatlah apa yang terjadi kepada Azizan yang pernah menjadi pemandu peribadi beliau, sahabat saya menceritakan beliau kini seperti orang tidak siuman dan kelihatan merayau-rayau di Alor Gajah dan di Bandar Melaka.

Dalam hudud tuduhan zina atau liwat boleh menjatuhkan maruah seseorang dan tuduhan itu mestilah ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.

Semoga Allah selamatkan Anwar sekiranya beliau tidak bersalah dan kukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat dan mudah-mudahan Allah pecah belahkan perpaduan Umno Barisan Nasional yang tidak sudahnya dengan khianat...

Turun Protes Harga Minyak 04 dan 06 Julai nanti... AllahuAkbar

Sumber : Jundullah

Layari : http://pasjohorbahru.com/

KES ANWAR : APA KATA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 09:19:15 MYT oleh greenboc

Oleh sofiwahab

aYAB Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Tuduhan terbaru terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mencalarkan imej pembangkang dan polis perlu menyiasatnya secara terperinci ".

"Tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar"

"Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini,"

"Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi."

"Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahu lah (benar atau tidak),".

Dipetik dari Malaysiakini yang memetik dari Bernama.

YAB Lim Guan Eng, Setiausaha DAP

"Seperti yang Datuk Seri (Anwar) cakap, tunggu dan lihat kerana kebenaran akan terdedah dengan sendiri. Laporan polis sudah dibuat, jadi tunggu saja siasatan itu, kita serahkan pada polis.

"Sekiranya dakwaan itu hanya dibuat dengan bertujuan untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti juga lambat-launnya,".

Lagi artikel dan analisis berita di :-

http://pemudabukitkatil.blogspot.com/
http://mutaligat.blogspot.com/

Siapa Saiful Bukhari?

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 08:57:54 MYT oleh greenboc

Oleh Truckster

aMemang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Pautan lain:

Penafian DSAI
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

http://ainisazreen.wordpress.com

Anwar fail saman keatas Saiful

diciplak dari : klpos

Oleh AP, Mstar
Isnin, 30 Jun 2008

KL: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini memfailkan saman terhadap seorang lelaki yang mendakwa diliwat oleh pemimpim pembangkang itu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap lelaki berusia 23 tahun itu.

Peguam Anwar memberitahu saman itu difail bertujuan membersihkan namanya di mahkamah yang dikaitkan sebagai skandal untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Anwar Ibrahim memfailkan dakwaan terhadap pembantu khasnya iaitu Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Sivil).

Beliau berbuat demikian setelah Saiful membuat laporan polis yang tidak benar dan berniat buruk terhadapnya.


"Saiful membuat laporan polis yang tidak benar dan berniat buruk terhadap Anwar"


BERITA SEBELUMNYA

Pembantu dakwa diliwat, Anwar sifatkan konspirasi politik

KL: Petang semalam polis menerima laporan daripada pembantu khas Penasihat Parti Keadilan (PKR), Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mengadu diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Saiful telah memfailkan laporan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Balai Polis Jalan Travers di sini pada pukul 5:45 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner II Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa polis ada menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana laporan itu masih dalam siasatan.
Anwar dipecat daripada jawatan Kabinet dan Umno pada September 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dakwaan rasuah dan beliau menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan.

Beliau dibebaskan dari penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak pensabitan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Sabtu Osman malam tadi mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat satu laporan kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pekerjanya.

Beliau berkata mangsa membuat laporan di balai polis Travers, Bangsar kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya mangsa mendakwa diliwat pada dua hari lepas (26 Jun) di sebuah kediaman di Bukit Damansara, di sini.

Mangsa yang berusia 23 tahun, dikatakan telah beberapa tahun bekerja dengan penasihat PKR itu.

Sementara itu, kenyataan media yang dihantar Biro Penerangan PKR menyebut bahawa polis menahan seorang pembantu khas Anwar petang semalam dan memaksanya supaya membuat pengakuan diliwat.

Kenyataan tiga perenggan itu juga menjelaskan bahawa kepimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Anwar berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyatannya awal pagi ini, Anwar percaya ia adalah ulangan apa yang berlaku padanya pada tahun 1998 di mana dakwaan yang sama telah dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

"Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan," kata Anwar.

Menurutnya laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-1999.

"Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam."

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya," kata Anwar.

Anwar turut menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah..

Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, Anwar dilaporkan mencari perlindungan di Kedutaan Turki, Kuala Lumpur kerana mendakwa dirinya diancam bunuh sejak seminggu yang lalu.

"Mungkin Anwar sendiri arah Saiful lapor untuk raih simpati rakyat" Khairy

diciplak dari : klpos

Oleh Utusan
Isnin, 30 Jun 2008

TEMERLOH: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.

‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.
‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang pemuda yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di ibu negara.

Pemuda berusia 23 tahun itu dan merupakan pembantu khas kepada Anwar telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang Khamis lalu.

‘‘Kononnya nyawa (Anwar) diancam, Anwar kini berlindung di Kedutaan Turki dan taktiknya bersembunyi di kedutaan asing mengiyakan pandangan sesetengah pihak selama ini beliau bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing.

‘‘Sepatutnya, jika benar nyawanya terancam, Anwar hendaklah membuat laporan polis dan bukannya berselindung di kedutaan asing di negara sendiri,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan taktik tersebut dan sebaliknya biarlah polis membuat siasatan mengenai dakwaan tersebut.

"Biar kerajaan tentukan" Mahathir

diciplak dari : klpos

Oleh Bernama
Isnin, 30 Jun 2008

BUKIT TINGGI: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terpulang kepada kerajaan untuk menentukan sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

"Ini kes baru. Kita tengoklah apa pihak polis nak kata. Apa pihak kerajaan nak kata," katanya selepas bertemu Presiden Bosnia dan Herzegovina, Dr Haris Silajdzic semasa lawatan presiden itu ke Colmar Tropicale dan Japanese Village di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata seperti biasa Anwar sudah pasti tidak mengakui kesilapannya, walaupun jika mahkamah memutuskan beliau bersalah.

Semalam, seorang lelaki berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh pemimpin pembangkang itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Dalam reaksi balasnya, Anwar menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Sementara itu Dr Mahathir ketika ditanya mengenai perkara yang dibincangkan dengan Dr Haris semasa lawatan itu, beliau hanya tersenyum dan berkata beliau gembira dapat bertemu kawan lamanya.

"Saya tak sangka dia datang. Beliau yang mempelawa saya datang ke sini. Saya kenal dia lama. Masa berperang dulu pun, dia (Dr Haris) dok datang sini. Kita tolong dia banyak. Itu sebab dia kenal," katanya.

Kenyataan Anwar Ibrahim dari Kedutaan Turki

diciplak dari : klpos

Oleh Anwar Ibrahim
Isnin, 30 Jun 2008

SAYA tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

Anwar telah diberikan amaran

diciplak dari : malaysiakini

Jun 30, 08 12:55pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.

Anwar 'akan segera pulang'

diciplak dari : malaysiakini

Jun 30, 08 12:13pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan segera keluar dari bangunan kedutaan Turki jika ada jaminan tegas pemimpin negara tentang keselamatannya.

"Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang," katanya di blognya hari ini.

"Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah."

Penasihat PKR berkata beliau dilarang mengadakan pertemuan dengan media atau rakan-rakannya di kedutaan itu kecuali anggota keluarganya, termasuk presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya," katanya lagi.

"Mudah-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga.

"Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan kedutaan."

Sejak tahun lalu Anwar kini tinggal di Segambut, Kuala Lumpur.

Tambahnya, pengalaman yang dilaluinya berdepan dengan dakwaan yang sama 10 tahun lalu "mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja daripada pendendam."

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau bercadang membuat aduan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

'Kami mahu umum pilihanraya kecil'

diciplak dari : malaysiakini

Jun 30, 08 12:47pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya.

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

[Laporan penuh menyusul]

DSAI Safe & Sound.


Assalamu'alaikum...

Petang tadi bertiup kencang khabar angin mengatakan bahawa DSAI telah ditangkap.tak tau la sape yang gatal tangan cari publisiti murah reka-reka cerita ni...

Aku lak lepas dapat sms tu je trus aku call rakan-rakan yang berkampung kat Hotel Quality dari semalam tapi yang peliknya sorang pun tak jawab...uish...berdebar-debar la pulak...

Last skali aku try sms YB Loh Gwo Burne (MP Kelana Jaya) tanya khabar DSAI...msg aku : Is it true DSAI has been caught???

5 minit pas tu tiiit tiiit..! Loh Gwo-Burne : Caught for what? Sodomy? Same old story ... Bn is desperate. They r planning to assasinate dsai!

Tak sampai 15 minit lepas tu sorang lagi informer perisik sms pulak...dun wery...DSAI selamat...ada bersama-sama sekalian yang ada & tiada bersama sekelian yang tiada.

Alhamdulillah...

Gulp...kering tekak aku bace sms dr Gwo...umang aih...takat kita-kita ni kan...baru kena celik dekat polis je ada yang terkencing.ni tahap nak bunuh-bunuh dah pulak ni...betoi...memang desperate...

Tapi bagi aku la...tak yah la nak plan sampai tahap tu...apa kata ubah plan...BN pakuk kapal sendiri biar lagi cepat karam...lagi bagus kan??? tak yah pening-pening kepala...

Ah...mampos la BN...UMNO tu biar kalau boleh nama pun orang tak ingat lagi bagus...kalau ada yang ingat nama UMNO kang, kita jugak yang susah...susah apa?ye la...susah la...nanti misti anak cucu tanya kang...Tok...UMNO tu ape???

Larat ke korang nak cerita sejarah UMNO balik kat cucu-cucu korang?aku tak larat aih...ni pun rase nak muntah dah...jap jap...aku nak pi muntah jap......khaik......