Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan-Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.
Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
- pembubaran Dewan Undangan Negeri.
- undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
- saya meletak jawatan secara sukarela.
Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.
Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.
Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak
Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
4 comments:
DS Nizar.. All the best to you..
Kami sentiasa menyokong DS Nizar..
Kami tetap bersamu mu DS Nizar..
Terus kan perjuangan mu membela agama,bangsa dan negara..
Tidak sekali kami akan tunduk kepada pemerintah yang zalim.....
Kami tidak akan bersekongkol
dengan pemerintah yang melakukan kezaliman,rasuah,pembunuhan orang serta pembunuhan demokrasi...
tidak sekali-kali kami akan redha kepada pemimpin yang maha zalim...merampas hak kami semua rakyat perak
MP Perak DS NIZAR mengikut resmi padi makin berisi makin tunduk... tak ikut resmi lalang makin panjang makin bergoyang.
Semangat Hang Tuah laungan UMNO, Semangat Hang Jebat pegangan PR.
Hang Tuah sanjungan UMNO berjuang dengan berpaksikan kepada ketaatan dan kepatuhan...(prinsip enggeh.. UMNO la tu!) menjadi kebanggaan dgn "Tak Melayu hilang di dunia" tersisip keris dipinggang... yang menjadi ikutan UMNO dulu, kini dan selamanya. Sanggup menipu dan melarikan anak dara org semata-mata atas kepatuhan pada Sultan... Terselamat dan disanjung berbekalkan TUAHnya saja.
Hang Jebat junjungan PR berjuang atas tunjang kebenaran dan keadilan... (prinsip adil.. keADILan tu!) berpegang dgn "raja adil raja dijunjung, raja zalim raja disanggah" . Menegak hakikat kebenaran, menentang mereka yg menzalimi Hang Tuah dari fitnah yg hasad dengki dan titah sultan yg tidak diadili. Menjadi kebanggaan dan paksi perjuang dan penegak keadilan... disanjung atas keHEBATan.
Kita nak jadi Hang Tuah ke Hang Jebat....
DARI ANAK JATI PERAK..
FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...
SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.
OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR
DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..
SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.
YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.
OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..
BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK
PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,
YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.
YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..
JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH
BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...
UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...
SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??
TAK ADA LANGSUNG..
SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.
DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG)
DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA
8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.
SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...
PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..
DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN..
OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTI
JANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.
OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..
SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...
SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..
SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYA
MELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..
SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...
PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...
SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..
PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...
DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...
KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...
DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...
WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..
DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..
MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..
DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..
DIMANAKAH MEREKA?
SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR
SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG
TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA, ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI
MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..DAN ORANG-ORANG YANG DATANG
DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.
OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.
PIKIRKANLAH DAHULU...
SEKARANG NI PON BARU MUCUL MUSH ISLAM SEBENARNYA....APA TINDAKAN PAS YANG MELAUNGKAN AGAMA ISLAM??
TAKKAN NAK SEKONGKOL LAGI DENGAN MUSUH ISLAM INI???
KEPADA DATUK SERI NIZAR...YANG ADA DISITU(SEKIRANYA ADA) SILA JAWAP MASALAH INI..BETUL ATAU TIDAK....
AKU PUN DAH BERTOBAT DAH NAK MENDERHAKA RAJA NI....
Post a Comment