"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 05, 2009

Tamat - malaysiakini

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

Ia dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac lalu.

Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

KENYATAAN ISTANA


Kenyataan itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari.

Terdahulu, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada 2.15 petang.

Ia menjelaskan bahawa Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

Najib, selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.

SOKONGAN 31 ADUN


Pada majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang ADUN dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.

Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda.

Terdahulu Najib berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

62 comments:

Anonymous said...

Kecewa btul aku ngan sultan perak ! kata belajar pandai... xkan xble fikir ! Rakyat pon ble fikir ! ni yg nak derhaka nih !!

Anonymous said...

sultan memang berjiwa umno betoi la.... sambut la jubli perak sorang2...

Anonymous said...

habis la negeri perak lepas ni

Anonymous said...

sultan berjiwa umno

Anonymous said...

sedihnya dengan keputusan sultan. diharapkan semua penyokong2 pr diharap bersabar dan bertenang. Insya Allah 'kemenenangan' BN ini akan menjadikan rakyat semakin benci dengan umno. Utk Ir. Nizar semoga tabah dan jgn patah semangat.

Anonymous said...

sedih aku nengok sultan perak nie..
sungguh menghampakan!!!

Anonymous said...

sultan pun ikat telo oleh Beruk Negara

HeroHuruHara said...

fitnah dajjal berjaya di Perak...
berwaspadalah di negeri-negeri lain

Anonymous said...

kami rakyat perak kecewa dengan tindakan sultan...
sememangnya sejak dari zaman portugis lagi penyakit2 sultan2 melayu tiada perubahan.. tetap mengikut telunjuk penjajah, dari mendengar keluhan rakyat...

Anonymous said...

sikalang aaa...sulah terbukti itu sulutan mukan bejiwa lakyat tapi bejiwa kalat...manyak biru maaa...lintihan n pilihan lakyat langsong taklak masok lia munya telinga. Wa pon mau chow...mau pindah lulok utan sana...lagi aman maaa...

Team Sauk said...

abis la negeriku sebelum PRU13 ni.....

Anonymous said...

Sultan pun leh kena beli....

Anonymous said...

Kome kasi terbalik itu sultan punya gambor le yop...

Anonymous said...

hahaaahaaa
raja.....raja...
rakyat Perak bole terima ke?
hahahaahha
tengok nanti jadi durhaka atau lanun moden
hahahahahaha

Anonymous said...

cuba bagi tuanku tengok guestbook kat web dia.. Baru dia tau camna sambutan rakyat...

Anonymous said...

Hehe..korang berani ker nak terbalikkan gambo sultan perak?
Korang nak mampos?

Anonymous said...

semua blogger kelua buku pelawat kat entry.
Apa mcm?
Kalu berani la
hahahaahah

Anonymous said...

aku x sangka bekas hakim boleh buat keputusan yg tidak adil...tidak wajar...berpihak kepada pemimpin penyamun...sungguh kesal dgn sultan perak yg ku percayai selama ini..

Anonymous said...

bunuh aje 4 ekor dun tuh..pastu buat PRK...

Anonymous said...

Kununnye pernah jadi Hakim Besor Malaya...yg sebenornye, jadi Hakim Besor Meloya..kenapa tuanku taknak kasi peluang pada rakyat Perak utk memilih??? Tuanku ada "mashuk" ke??
Teman tau le yg si najib tu byk duit,dapat dari komisen juai kape selam..kenapa tuanku sanggup bebaik dgn mangkuk hayun yg byk buat kes tu?? kes bunuh ada,kes seks ada, kes rasuah ada dan byk le lagi...Takan le bekas Hakim Besor Malaya takleh pikir ????

Anonymous said...

aku ingat najib pi istana ugut nak guna C4, bg sultan ikut ckp dia

Anonymous said...

sabo
oorang islam mesti kembali pada al Quran dan as sunnah.
Tiada keadilan melainkan ajaran islam.
selain islam mmg kita rugi
Ingaaat.......selamat beramal

Anonymous said...

Lepas ni tukar Maybach/Rolls Royce barulah.....

Anonymous said...

saya sebagai rakyat Perak sungguh sedih dgn keputusan sultan Perak.alahaiiiii apalah nak jadi ni....semakin ku benci pd parti RASUAH=UMNO. bertambah kebencian ku pd NAJIBB keparat n berkarattt tuuuu

Anonymous said...

Korang agak-agak "Sultan Perak" akan jawab apa masa akhirat nanti yea?

Anonymous said...

Bangang nye sultan ! bodo !! BUSH pon xcmni... SULTAN ni makan taik ke ! Rakyat lagi pandai dr sultan

Anonymous said...

DAULAT TUANKU(3X)!!!!

TAHNIAH ATAS KEBIJAKSANAAN TUANKU,.

KAMI RAKYAT PERAK BERBANGGA DGN TUANKU,.

Syukur kpd Allah s.w.t. akhirnya ng perak terlepas dari cengkaman DAP yg bertopengkan PR,.

SYUKUR ALHAMDULILLAH,..AMIN,.

Anonymous said...

Sultan Perak tak baca Guestbook dia... dia PEDULI APA.....

Anonymous said...

Udah jadi sejarah dan adat.
Kira ok apa!!
3 penderhaka diampun raja
Nabi lagi ampun umat weh...
Tapi raja kena fikir dia bukan maksum
Ha'ah..
ingat kalu rakyat xampun!
mndpt satu proses maki amun
hahahahaa
raja...raja....

Anonymous said...

KAlo itu kehendak sultan... kita ble wat pe... PRU-13 kita mesti pastikan kerajaan yg adil dpt mnguasai malaysia

Anonymous said...

apa ada pada pangkat sultan baik pi tengok orang uttan....

Anonymous said...

berita terkini.
4 Dun Umno kemalanagan semasa dalam perjalanan pulang ke putrajaya...
dikabarkan kesua mereka meninggal dunia...
spr telah dimaklumkan untuk melakukan pilihan raya kecil....

Anonymous said...

Sabar dan teruskan perjuangan, sejarah dah buktikan yg raja2 Melayu memang begitu perangainya..
Yg penting ialah kesenangan mereka semata-mata..Kalu BN mengaut harta negeri Perak, sultan bukannye peduli sebab dia dapat apa yg dia mahu..Yg terus susah ialah rakyat..Wahai tuanku, jangan lah sampai rakyat mulakan revolusi seperti di Perancis dulu...

suratkhabarlama said...

kalau berdasarkan berita ni..rasanya Sultan ambil jalan mudah untuk buat keputusan (walaupun baginda mengambil masa untuk memikirkan permintaan Nizar utk bubarkan DUN)...

mungkin bagi Sultan, kalau dah majoriti ADUN setuju supaya BN memerintah semula Perak..buat apa nak pening2 kepala buang duit dan masa buat PRK...

Rasanya Sultan tak melihat sangat rekod peribadi ADUN dari BN tu..

mungkin bagi baginda BN & Pakatan ni sama sahaja...ada yang baik dan ada yang "mangkuk" dalam kedua2nya...

maka tak kisah siapa yang bakal memerintah...lagi pun bukan tugas baginda untuk menghukum kaki rasuah, kaki perempuan dan sbgnya...

bagi baginda..kalau dah ada cukup majoriti utk tubuh kerajaan..OK go ahead...

mungkin Sultan terfikir masa Pakatan ada majoriti dulu baginda pun dah bagi chance kpd Pakatan utk memerintah...

skrg bila BN ada majoriti maka Pakatan kenalah terima (walaupun BN mendapatnya secara muslihat)...

ini cuma pendapat saya...secara peribadi saya memang kecewa tapi nak buat camana lagi..itu kuasa mutlak Sultan...semoga Allah beri kesabaran kepada kita semua..sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Adil & Maha Mengetahui tentang perkara yang tengah berlaku sekarang ni..Wallahualam bissawab

Anonymous said...

hahahahaa
cerita mudah laa
mesti ada hikmah
jgn jadi taksub
mcm sb... sb...
mnbuta tuli
esok2 ada rezeki salin tikar aje
islam pada yang benar
innalaha ma'as sobiriin

Anonymous said...

sedihnya aku ngan sultan.... alahai al sultan negeriku....

Anonymous said...

any updates bro??

Anonymous said...

brapa hari sekutu Bend nak duduk dalam tu...lpaih 10 hari kita ambik balik....tengok org utan tu nak kata apa plak...

tok iskandar said...

Seperti dijangkakan keputusan Sultan Perak memihak kepada Najib dan Nizar telah dititahkan meletakkan jawatannya sebagai MB.

Tok tak pertikaikan keputusan baginda Sultan Perak tetapi rata-rata rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Demokrasi tidak berpuas hati dan menganggap ini sebagai satu sejarah hitam dalam amalan Demokrasi di Malaysia.

Bagi Tok,Nizar masih boleh pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan tidak meletakkan jawatannya sebagai MB Perak.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih ada waktu untuk berbuat sesuatu sehingga Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan usul tidak percaya ditujukan kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Ketika itu,Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya terpaksa dijalankan.

Tok tak faham kenapa Sultan Perak boleh mengarahkan MB Perak letak jawatan dan kosongkan pejabatnya.MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dipilih rakyat Perak dan bukannya oleh SPR,Mahkamah dan Sultan Perak.

Kepada semua penyokong Pakatan rakyat,marilah kita bersama-sama ke kediaman MB Perak dan solat hajat perdana di Stadium Ipoh malam ini.Kuasa rakyat lebih jitu daripada kuasa Raja Monarki Berpelembagaan.

Tok bimbang kelak rakyat Malaysia semakin hilang rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu yang seolah-olah membiarkan dikuasai Kerajaan Pusat UMNO-BN.

Dunia sedang memerhatikan lagak kerajaan UMNO-BN yang tidak menghormati perjalanan sistem demokrasi.

Polis perlu bersikap neutral dan jangan provokasi rakyat kerana tindakan sebegini tidak menguntungkan sesiapa dan dibimbangi berlaku darurat.

Baginda Tuanku Sultan Perak wajar memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan perlu mengambilkira kepentingan rakyat Perak dalam hal ini.

Anonymous said...

Jangan sedih rakan2 seperjuangan sekalian! Terengganu yang dulu dikuasai oleh PAS berjaya diambil semula oleh Beruk Natang...pun orang Tganu tak sedih! inikan pulak cara jahil menipu...Jangan Sedih...(sebanarnya aku sedang sedih tapi Tekad aku jadi lebih KUAT!!! aku akan berjuang bersungguh-sungguh...)

Anonymous said...

ALA.... Sultan xsuka wat pilihanraya sbb tkut membazir ! tp sultan suka tgok krajaan BN membazir!

Anonymous said...

hahaha..
padan muke korang..
smua meroyan la tu..
g la bwat demo..
baik tumpu pada ekonomi noh..

Anonymous said...

alhamdulillah
udah terbukti,kita semua cinta pada keadilan, terbukti tuan2 ada iman.
ayuh kembali islam melalui Aqidah n ahklak kita, redha manusia xkemana, redha a\Allah kita cari.
terima la Qada n Qadar Allah.
Insyallah mesti ada hikmah
Takbir!
DAh Sembahyang ke.....
tanya aje!!!!!

Anonymous said...

Sultan Perak paling berpendidikan antara Sultan2 yg ada di Msia,.

Jgn krn x sebelahi kita maka kita mendurhaka,.

Sultan Perak berjiwa rakyat,..
pengundi UMNO/BN juga adalah RAKYAT,.

Sultan Perak buat keputusan paling tepat,.paling bijak,.

Sultan Perak berjiwa islam dan melayu sejati,..

Boneka DAP spt MB Nizar wajar disingkirkan sejak dulu lagi,.

Syukur kpd Allah SWT,.akhirnya waktu yg ditunggu oleh "SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT YG MENYESAL MENGUNDI PR" tiba juga,..

Akhirnya rakyat perak sedar bhw perak xkan jadi spt kltan atau kedah,..di perak,jika BN kalah DAP yg memerintah,.

AMPUN TUANKU(3X)
DAULAT TUANKU(3X)

p/s: tadi lunch aku pegi kdai hrdware, cina maki melayu,. marah krn kuasa mrk dh tamat di perak,.depa ingat aku xfaham

Anonymous said...

MAKA ILANG LAH RASA HORMAT TERHADAP SULTAN2 UMNO.....

LAHIR LAA GENERASI HANG JEBAT...

Anonymous said...

selamat ke Beruk Natang tu semua? tak apalah meke seme doh buleh belacan! pakat hidulah rame-rame...Nasa calit sikit belacan tuh kat lubang hidung najib tuh...bagi sikit kat zahid hamidi...dua2 tuh nanti berebut pulok nok jadi MB...lepah nih MB Perak sape huh? Zahid ke Nasa? yang ada duit banyak sekarang Nasa, yang dapat taik hidung Najis(najib) sekarang Nasa, yang jadi hero dalam kes nih pun Nasa, agaknya Zahid ada peluang ke? Zahid setakat boleh menyalak macam anjing kurap kat najib je...tapi zahid tu adik kembar, bakal TPM lepah Najis jadi PM. Aduhai Bakal PM Malaysia ke? aduhai bakal TPM Malaysia ke? rosak-rosak susu sebelanga! kalau Nasa jadi MB Perak, beruntunglah orang Perak dapat bukan lagi katak tapi Beruk Natang suka lompat dari dahan ke dahan dan paling sekali suka belacan! (masa tuh "tempoyak" kome dah tolak tepi...

Anonymous said...

mulai hariini hingga akhir hayat,aku dengan murni hatinya mengisytiharkan PERANG terhadap UMNO dan BN.Kerajaan Perompak dan Perasuah tiada tempat tempat di hati rakyat.Bukan Adun melompat yang tentukan parti mana yang memerintah,tapi rakyat yang menentukan....

UMNO DAN BN - Parti Bacul..

Anonymous said...

Terimalah hakikat....Kalah di dunia belum tentu kalah di akhirat....Atah dunia ni manusia yang paling aku cintai ialah Rasulullah SAW.

Anonymous said...

apa ada sultan perak.... berak pun busuk juga... sultan perak ni sebenarnya macam najib juga kaki be.... Apon tuankuku ambo tersalah da......

Anonymous said...

ceh...
suma ckp BN rosakkan negeri perak tapi tak sedar PR baru 10 bulan je buat lagi byk kerosakan....

1. Isu hak milik tanah.
2. Isu penindasan kanak-kanak tadika.
3. Isu konflik Menteri Besar dan Sultan.
4. Isu masalah ADUN(rasuah).
5. Isu lompat parti.
6. Penipuan surat perletakan jawatan.
7. Isu berpaling tadah pada pilihan rakyat.
8. isu seks = sedekah

waktu adun BN lompat pi PKR tak bunyi pun tak adil semua tu... dasar taksub... ALLAH swt benci golongan macam korang!!!

Anonymous said...

Sultan telah melanunkan diri. Jual Perak kepada Najib untuk kepentingan diri sendiri.....mana Jebat!!????

kakicilok said...

kih kih kih...kalau dah sultan..oppp boleh jadi setan...pun dah berat sebelah dan dah ajar main ikut pintu belakang...tak guna ada sultan..ingat sikit...raja adil raja di sembah...raja zalim kito rakyat keno menyanggah...jadi...bubar aje institusi di raja...dan usahakan tubuh kan republik islam ....kalau sultan/raja dah jadi tunggangan hantu kopek umno dari monggolia...!!

Anonymous said...

nampak gayanye ketenangan teman merasekan di negeri betuah teman tingal kenangan...ketenangan akhirat juga yg abadi...takbir!!! Allahuakbar....yang soleh di syurge..ate yg rasuah,seks dan dot-dot-dot...nerakela jawabnye...xgitu mike!

Anonymous said...

aku naik x reti makne demokrasi kite...aku dan juge ramai org perak nak kan pilihianraya kecil sbb aku x nak perasuah dan penzina menjadi pemimpin...

Pewaris Melayu said...

KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PENJILAT PAKATAN RAKYAT,
JANGAN SEKSEKALI MENGHINA RAJA KAMI,
SEBAIK DAN SEBURUK MANA PUN TITAH SULTAN,
KITA PATUT MENYOKONG PEKENAN SULTAN TERSEBUT

AMARAN, JANGAN ANDA SEMUA PENJILAT PR BERANI UNTUK MENHINA RAJA KAMI
NEGARA KITA ADA UNDANG - UNDANG

Anonymous said...

Hanya aku nak cakap satuje...Ptuik.........

IndukYati said...

Mana yang lebih berharga...menang dulu atau menang kemudian?..biarlah kita kalah hari ini..tapi berkat kesabaran menyusun langkah,pastinya Allah beserta...sabar menghadapi ujian dunia.
-Jepun yang kalah perang,tetapi bangkit semula menguasai ekonomi..
-Daulat Tuanku..hamba patik menjunjung perintah tuanku..
-Sila baca ini..
Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).(dipetik dari blogCINA ISLAM)

Anonymous said...

NAJIB = JAMALUDIN = OSMAN = KAKI BETINA = SULTAN AZLAN OPPS....AMPUN YA SALAH TULIS PULAK

PUTRAKENCANA said...

Daulat Tuanku

Kami Rakyat Negeri Perak akan berdiri di belakang Tuanku , Apa yang tuanku lakukan adalah demi kesejahteraan Rakyat Jelata Negeri Perak dari dikucarkacirkan oleh Pengkhiatan bangsa dan agama yang menjadi talibarut bangsa pendatang yang ingin melihat Umat Melayu bersengketa sesama sendiri. Wahai Umat Melayu Fikirlah dengan waras jangan mengikut emosi. Kesultanan Perak telah memerintah Negeri Perak Beratus tahun lamanya. Baru aje 11 bulan memerintah politik Perak dah sombong dan bongkak. Itu lah Kerajaan Pengkhianat Rakyat ( PR ).

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Anonymous said...

didoakan penderhaka2 sultan lenyap tanpa kesan dari BUMI MALAYSIA selepas Smbahyang Jumaat nanti!!!!...sial pnyer rakyat bangang penjilat Pakatan Rakus(tu yang tumbang awal tu ha3)!

Anonymous said...

Nampaknya PR telah berjaya melahirkan ramai penderhaka.Cakap saja Islam rupanya tamak kuasa harta benda dan tidak redha dengan ujian Allah. Lupa akibat yang berlaku selalu diperingatkan Allah ....'sesungguhnya kamu telah menzalimi dirimu sendiri". Ini kifaratnya bila berkuasa lupa daratan dan zalim. Hi orang Melayu sejati jelas manusia PR bukan pembela agama,bangsa,raja dan negara tapi pendurhaka dan pengkhianat. KDN bertindak jangan terpengaruh demokarasi dan hak asasi gila PR ini. DAULAT TUANKU !!!

Anonymous said...

Pasal Sultan pandailah Sultan buat keputusan macam tu... Sultan bukannya buat keputusan sesuka hati dan membabi buta je. Semua aspek dinilai. Keputusan tersbut adil dan tak perlu dipertikai.