"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 08, 2009

Terkini Dari Perak - malaysiakini

Dato' Seri Ir Nizar masih lagi tinggal di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dan diberitakan bahawa beliau telah diberi notis selama sebulan supaya mengosongkan Kediaman Menteri Besar tersebut.

Sementara itu, 9 individu yang ditahan kerana terlibat dalam demonstrasi di Masjid Ubudiyah akan dijamin sendiri oleh Dato' Seri Ir Nizar pagi ini dan mereka dijangka akan dibebaskan selepas urusan jaminan selesai.

Ketika ini, Perak telah melakar sejarah di Malaysia di mana ia menjadi satu-satunya negeri berdaulat yang mempunyai 2 menteri besar iaitu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat iaitu Dato' Seri Ir Nizar Bin Jamaluddin yang SAH dilantik melalui perundangan selepas melalui Pilihanraya Umum dan seorang lagi ialah Menteri Besar dari UMNO/BN yang telah dinobatkan buat julung-julung kalinya sebagai Menteri Besar HARAM yang dilantik melalui apa yang difahami sebagai "rampasan kuasa" atau pencabulan undang-undang yang berselindung disebalik institusi beRaja.

Nasib Menteri Besar Haram ini bakal ditentukan oleh mahkamah tidak lama lagi tetapi diharap supaya kita tidak menaruh harapan yang tinggi sebagaimana yang telah berlaku beberapa hari lalu berkaitan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, NYATA dan JELAS bahawa Sultan TIDAK BOLEH MEMECAT Menteri Besar. Tetapi dalam hal ini, sesuatu yang unik telah berlaku mungkin ini adalah implikasi dari kempen "Malaysia Boleh" yang sering dicanang-canangkan oleh KERAjaan pusat.

Kebiasaanya didalam sistem demokrasi peninggalan penjajah yang didokong oleh UMNO/BN, Menteri Besar hanya boleh dijatuhkan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Sultan dan itu juga MESTILAH melalui proses UNDI TIDAK PERCAYA di dalam sidang Dewan Undangan Negeri seterusnya dibawa kebawah Duli Sultan untuk memperkenan Pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Itu adalah proses yang sepatutnya dilalui dan cara yang kedua pula ialah Pelepasan Kuasa secara sukarela oleh Menteri Besar sendiri.

Kita mengharapkan supaya proses perundangan yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam kes ini akan segera selesaikan oleh Mahkamah dan diharapkan supaya institusi kehakiman juga bertindak mengikut perundangan dan Undang-Undang sedia ada dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang "BACUL".

Chiow...!!!

6 comments:

Tinta Biru said...

salam..
terima kenyataan walaupun pahit..

bukit chandanian said...

Salam Sdr Moderator,
Mohon bantuan untuk buat pengumuman di blog saudara, iaitu:

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

Terima Kasih
Jazakallah khairan khathira

Dang Anum said...

salam semua

seperti yang telah saya jangkakan, sultan Azlan mungkin punyai agenda tersendiri.
Baginda mungkin telah dipaksa oleh Lanun Najis dan kuncu-kuncunya untuk menolak DS Nizar.
Sebagai seorang yang arif tentang undang-undang, baginda telah mengambil keputusan memecat MB, dimana baginda sendiri tahu bahawa keputusan ini secara langsung boleh dicabar di mahkamah dan seterusnya akan memperlihatkan kesahihan Kerajaan PR dan MB DS Nizar OR pembubaran DUN. Insyallah.
Jika ini benar, baginda telah mencemar duli dengan sanggup menerima tohmahan dari rakyat sendiri demi kepentingan dan masa depan rakyat dan negeri Perak.
Wallahualam.

Umno n Najis are digging their own grave no matter what will the court says later.
The 3rd 'Reformasi' Tsunami Wave will rise and it is going to be greater than before!!
Bersedialah kamu wahai Najis!!!

PPP Oxford said...

rasanya sultan tak mau boneka DAP jadi menteri besar. tapi menurut laman wiki pasal reserve power, raja ada kuasa untuk memecat cm/pm. sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Reserve_power.

PAS janganla jadi boneka DAP sampai menderhaka kat Raja, nak defend 18 ketul adun DAP sampai raja sendiri dibaling dengan batu. Cuma pandangan teman....

Anonymous said...

boneka DAP?
apa keputusan MB selama ini yg didorong oleh DAP. Cuba mike bagitau. Teman nak juga tau.
suruh hapuskan tulian jawi?
hapuskan sar?
hapuskan BM?
beri tanah pada tokey mca?

Anonymous said...

Kekadang tu ada udang balik batu, ada seluang balik kayu, ada MB kenan nisan batu, ada ADUN yang dah mula keliru.....macam-macam ada. Tapi kena ingat, Jangan ASYIK KUTUK ORANG AJE, taku nanti kita terkutuk. Orang politik yang sabar akan menang juga di akhirat nanti, YANG GELOJOH......nanti dia rasa pedihnya bila dimalukan rakyat yang belajar dan faham arti kuasa rakyat dakam demokrasi. Innallaha ma'as ssobiriin, itu pesan Sultan Perak kepada Dato' Nizar, tentu ada hikmah Sultan bertitah, kalau tak tentu baginda sebut..(gamaknye le) "The door is open, you may take your leave, as you please!" Tuanku bukan orang tak sekolah, dia tahu apa dia buat, cuma mungkin terlepas cakap sebab keadaan dah berubah.