"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 02, 2009

Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?

Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!

Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.

Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.

Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.

Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.

Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.

Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".

Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.

Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.

Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.

Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:

Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?

Email itu mendakwa "Ya"

Siapakah Nasharuddin Mat Isa?

Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.

Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
sumber - ~penarik beca

10 comments:

Anonymous said...

emm... artikel apa ni yek...

View Profile: Rantong™

Tuan Sadiq Segaraga said...

kahkah kecian kt nasa.asyik kena hentam ja.tu la sapa suruh dok bromen ngan umno.mamat ni kita patot lelong ja..anam dirham anam dirham

Tinta Hitam said...

Tuan Guru Hj Hadi bertindak bijak enggan terlibat dengan TaskForce 2010.TaskForce 2010 adalh perangkap utk PAS sebenarnya.

UMNo mahu PAS terlibat secara langsung dengan kemelut diPatanni.Selepas itu mereka akan menuduh PAS memberi sokongan logistik dan material pada Gerila Pattani.Selpas itu PAS akan dituduh sebagai pertubuhan pengganas dan pemimpin pemimpinnya ditangkap

Perlu diingat,apa shj usaha yg melibatkan UMNO,pihak PAS perlu berhati hati.sebab ular akan mematuk bila kita cuai.

joostspring said...

gerakan erdogan sial....xhbs nk jatuhkan golongan ulama..tambah2 lg dkt musim pemilihan...ternyata kebanyakkan penulis blog pakatan adlh golongan erdogan dan Pkr..penjilat jubur ALJUBURI

Anonymous said...

Salam Kepada Perisik Rakyat,

Saya nak tau apa matlamat saudara selain nak pecah belahkan PAS. Ya, walaupun ia sumber bukan dari saudara tapi saya nak tau kenapa Saudara siarkan juga. Saya tak tau erdogan ke, muqabalah ke yang saya tau PAS, PASlah. Tak da PAS - dot dot dot. PAS hanya PAS. Tolong kaji balik artikel. Saudara Erdogan ke, Muqabalah ke saya tak nak ambik tau. TAPI NAMPAK GAYANYA SAUDARA MACAM PENYEBAR FITNAH. Saya kagumi saudara kerana blog ini tapi jangan wat saya benci. KALAU BETUL UST NASA WAT MACAM TU, KITA USUL / CADANG PECAT DIA SEBAB MERBAHAYAKAN PARTI. TOOOLOOOONG HENTIKAN KERJA BANGANG NI........

DARI PEMUDA PAS PAHANG YANG SEJAK
PAS BERSAMA APU,
Firdauz.

aidilbalsus@yahoo.com

najib pegi negara komunis said...

kah kah kah bila masa pulak joostring ni memperakui golongan ulamak dalam pas.... sebelum sebelum ni tak penah mengaku pon golongan ulamak ni....etibe pulak aih nak letak komen nyokong ulamak PAS...

sudah laaa wei, lu kalau setakat nak pecah belahkan PAS, tak laku laa...

Unknown said...

Semoga segala macam artikal akan mematangkan lagi para pejuang dalam kancah perjuangan dan jgn kita mudah melatah tanpa berfikir ...Dalam perjuangan apa2 boleh trejadi ..so berwaspadalah...Tak perlu emosional..ok

EQUILIBRIUM said...

utk penyokong pas,

jgn le terlampau naive dalam berpolitik. teman tak juga nak percaya nasa 100% seperti digambarkan. tapi jgn kita lupa amno mempunyai pakar perang saraf/SB utk infiltrate pas.

kalau ceruta pasala al maunah dulu teman haram tak percaya mereka begitu hebat pi mencuri senjata. melainkan mereka dibelak dgn info dan ditipu.

mcm nasa pun tak mustahil beliau ditipu amno. bukan susah nak menipu org yg mempunyai cita2 tinggi hehehehe

pacat said...

kalau nasa naik lagi tahun ni.. aku keluar pas.
tu aku pasti.
bukan sebab pasal atikel ni saje.

kembara putih said...

Aku tak pandang dia belah mana, ulamak @ profesional, pro muqabalah @ pro PR (Erdogan). Juga aku tak terpengaruh dengan artikel ni. Kalau la aku boleh undi, aku tetap tolak Ust Nasaruddin Mat Isa. Dia langsung tak perform. Kita dah bagi dia peluang 2 penggal jadi Timbalan Presiden. Ramai lagi pemimpin2 PAS yang bagus2. Jadi pilihlah selain Ust Nasaruddin, pilih Husam @ Mat Sabu. Mereka berdua ni lagi kuat bekerja, bijak dan ada wawasan. Jangan kerana Ust Nasaruddin golongan ulamak, dia diharamkan untuk dijatuhkan. Kejatuhan dia boleh jadi pengajaran dan di masa depan dia boleh perbaiki mana yang lemah, jika cukup piawai, kita boleh lantik dia semula.