Tuesday, June 02, 2009

Muktamar ke 55 - Persediaan PAS untuk menggantikan Umno

Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.

Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.

Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.

Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.

Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.

Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".

Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.

Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.

Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.

Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.

Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu

Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.

Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.

Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.

Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.

Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.

Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.

Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .

Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.

Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.

PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.

PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.

Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?

Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN

Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.

Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.

Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.

Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.

Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.

Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).

Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS

Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.

Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'.

PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.

Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur.

PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.

Kesimpulan

Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi� dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.

PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.

Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.

Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.

Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.

PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.

Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.

Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!

(Penulis adalah AJK PAS Pusat).

Utusan Malaysia Berkempen Untuk Calon Timbalan Presiden Mereka Lagi

Nampaknya, suara rasmi UMNO, Utusan Malaysia sedang berkempen lagi untuk calon idaman kalbu UMNO dan BN.

Artikel terbaru pengarang Utusan, Zulkiflee Bakar bertajuk ”Menilai Hujah Husam” mendedahkan kepada kita betapa bencinya Utusan Malaysia kepada Husam Musa.

Jelaslah, bahwa satu-satunya calon yang dibenci dan ditakuti oleh UMNO/Utusan Malaysia adalah Husam Musa. Jelas juga, bahawa UMNO amat takut calon idaman hati mereka kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mereka.

Zulkiflee Bakar juga menulis:

” Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui”

Ia mengesahkan bahawa UMNO tidak mahu Husam menjadi Timbalan Presiden kerana tidak mahu usaha membawa PAS kepada UMNO ini dihentikan.

Zulkiflee Bakar juga menampakkan kebodohan dan ketonggongan beliau berkenaan dengan PAS. Hakikatnya, kuasa atau faktor yang menyebabkan PAS tidak mahu langsung merapati UMNO sekarang ini adalah faktor Tok Guru Nik Aziz dan tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.

Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.

Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.

Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini.

Untuk membaca lagi berkenaan dengan dosa-dosa UMNO kepada PAS sila klik:

http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/31/menjawab-rencana-zulkiflee-bakar-mingguan-malaysia/

Disenaraikan bukti betapa Kelantan ditindas oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah atas desakan pimpinan2 UMNO Kelantan semata-mata.

Tolonglah para perwakilan semua. Kalau tak suka kat Husam Musa pun, undilah Abg Mat SAbu. Janganlah undi calon yang mahu merapatkan hubungan dengan mereka yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan memfitnah beliau.

Sayanglah PAS dan sayanglah Islam. Janganlah beri peluang UMNO menghancurkan Islam sebegini rupa.

ADUN Paloh Mangsa Blogger Pendendam...

Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.

Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.

Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Baca selanjutnya di[sini]...

Subjek SPM: Ada Udang Sebalik Batu..?

Salam kawan-kawan khususnya para guru.

Saya dulupun seorang guru, guru yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Sejarah Islam (STPM). Setelah mengajar 15 tahun, saya bersara awal (mac 2004). Pernah mengajar di SMK Ahmad Pekan, SMK Tg. Afzan Kuantan, SMK Tanah Putih Kuantan dan terakhir di SMK Kota Marudu Sabah.

Apa yang tak kena dengan Kementerian Pelajaran? Apa dah jadi Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri? Apa yang menyebabkan mereka hendak menghadkan pengambilan mata pelajaran/subjek dalam Peperiksaan SPM kepada 10 subjek sahaja. Apa dah jadi?

Bukan semua pelajar SPM yang ambik 18, 19 atau 20 subjek. Hanya segelintir sahaja, tak sampai 1%pun daripada bilangan pelajar yang mengambil SPM. Pihak sekolahpun tak paksa pelajar ambik 18, 20 subjek melainkan yang mampu, itupun guru-guru bantu.

Tahulah kami para guru. Guru-guru adalah golongan professional.

Apa alasannya? Alasan yang munasabah dan masuk akal.

Tak ada satu alasanpun untuk dihadkan pengambilan mata pelajaran. Kalau nak ditinjau dari segi bebanan akademik tak timbul kerana memang mereka mampu, subjek teras tak terganggu. Ditinjau dari segi kewanganpun tak ada masalah kerana pihak guru secara sukarela membantu. Kekangan dan susah payah ibu-bapa hantar tuisyen tak timbul kerana pelajar boleh mengambil subjek minima. Ditinjau dari segi jadual peperiksaan pun tak timbul kerana boleh diselaraskan oleh Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya risau, takut-takut ada agenda yang tersembunyi.

Kita tak lupa nasib yang pernah menimpa SAR (Sekolah Agama Rakyat) apabila kerajaan menarik balik bantuan perkapitanya. Banyaknya sekolah SAR yang ditutup. Muslim Tak Mudah Lupa, yang lupa orang Melayu.

Saya risau dan bimbang kalau ada hidden agenda atau agenda sulit. alMaklumlah yang mendapat pelajar terbaik SPM 2006, 2007 dan 2008 adalah pelajar-pelajar dari sekolah agama. Siti Fatimah mendapat 18A (SPM 2006), Azali Azlan 20A(SPM2007) dan terbaru(SPM 2008) Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, Sek Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan, mendapat 20A . Cuma pada tahun 2005 pelajar terbaik SPM ialah Nor Amelina, itupun hanya mendapat 16A.

Kita hendaklah adil, professional... Janganlah kerana bunyi ‘agama’ mula nak buat kajian kononnya. Sudahlah mengkhianati dan memusuhi sesuatu yang berbunyi Islam atau agama.

Buangkan jauh-jauh semangat perkauman dan anti agama.

Sekian, terima kasih.

Sulaiman

MSO Meroyan Menjelang Muktamar PAS Ke 55

Salam Sejahtera....

Nampaknya perlawanan idea, hujah dan buah fikiran masih berterusan di antara penulis/blogger politik cari makan MSO berhujah dengan blogger Kickdefella...

Kedua-dua mereka ni aku tak kenal pun, cuma aku ada baca dua tiga buah buku tulisan MSO dan ruangan blognya, manakala Kickdefella aku hanya baca blognya...

Hangpa mungkin tanya balik, yang aku dok sibuk apa hal... aku sibuk pasai MSO terlampau-lampau menghentam Dato' Husam, kalau ada sekali pun masalah peribadi mereka berdua, janganlah dihentam sebegitu rupa, dia sendiri sebut TGNA minta dia berhenti menghentam Dato' Husam, tapi dalam dia dok bercerita tu dia hentam lagi, apa jenis manusia ni...

Apa yang aku nampak MSO memang jenis manusia pendendam apabila kehendaknya tak kesampaian... hangpa perasaan atau tidak, memang dia dah buat persediaan terancang untuk menjatuhkan Husam, cuba hangpa klik dairymaya MSO dalam blognya, dah masuk siri 11 tajuk baju petak merah... ini pun satu dari usaha penulisannya untuk menjatuhkan Husam.

Sebagai penulis politik, MSO tak peduli apa dia tulis, yang penting dia nak glamour, dia nak terkenal, dengan cara itu blog dia sentiasa di kunjungi pembaca, mempunyai pengikut yang cukup tinggi sampai 371 pengikut, disamping itu buku-buku tulisan politik yang dia nak menjatuhkan seseorang itu laku terjual, memang itu punca dia cari rezeki.....

Sekarang MSO dah rasa terdesak, bila Kickdefella mengeluarkan bukti-bukti mengenai kes projek kambing jamnapari. Pandai pulak mengaku dia tak terlibat, mana ada nama dia sama kat dokumen-dokumen tu, cittt... macam bebudak darjah 1 punya jawapan... hangpa baca blog dia tu hangpa sendiri fikirla... standard MSO yang dah nak hampir terjerat diri sendiri.

Kemudian si MSO ni buat pengakuan yang si Mohd Amin tu bukan kenalan dia... dia kenal Mohd Amin sama dengan kenal Husam, satu lagi cakap yang sukar untuk di percayai... Kalau dah baru saja kenal Mohd Amin kenapa sehingga sekarang dendamnya kepada Husam, cuba hangpa bayangkan... kira hebatlah MSO ni... seorang yang begitu pengasih kepada orang yang teraniaya macam Mohd Amin... walaupun sebelum tu dia tak pernah kenal...

MSO sebelum ini ia sangat berbangga kerana dia ada menulis mengenai ramalannya Anuar akan jatuh dalam era Mahathir seketika dulu, kebetulan dengan izin Allah S.W.T maka berlaku betul kejadian tersebut, itu yang aku selalu baca apa yang ditulis dan diulang-ulangnya... yang mana dia juga meramalkan dengan ini tulisan-tulisannya akan menjatuhkan pula Dato' Husam...

Oiii... jangan takbur sangat... itu semua kerja Allah, kalau dah tertulis yang Dato' Husam akan menggantikan Ustaz Nasa sebagai presiden, tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya... itu semua kerja Allah, kalau niat Dato' Husam ikhlas nak memperjuangkan Islam, nak menjatuhkan UMNO laknatullah, Insya-Allah Dato' Husam akan menang pada pemilihan muktamar nanti. Yakinlah... perwakilan yang memilih hanya sebagai sebab sahaja, yang nak memenangkan itu semua kerja Allah.

Sumber - Manjung Mari

Betul Ke Mustafa Ali Salah Guna Kuasa..?

Semalam, kawan gua dari Kedah call gua, bgtau satu cerita panas beb.

Member gua bagitau yg Mustafa Ali (Cikgu Pa) dah salahguna kuasa dia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan kali ni. Ada 2 kesalahan NYATA yg dia dah buat :

1) Cikgu Pa telah turun ke Kedah utk jumpa Ust Azizan. Motifnya? Nak cuba pujuk dan deal ngan Ust Azizan utk pengaruhi YDP2 kawasan kat kedah spy undi Nasa sebagai Timb Pres. Apa cite Pengerusi SPR PAS tolong berkempen utk Nasa?? Gua rasa baik perwakilan kemukakan usul supaya pecat Cikgu Pa drp jawatannya, sebab dah melanggar etika dan akhlak sebagai Pengerusi SPR.

2) Cikgu Pa telah cuba mempengaruhi Ustazah Nuridah, calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, untuk menarik diri daripada bertanding, dan memberi laluan kepada adiknya (Dr Asiah Ali). Bab ni yg aku paling tak puas hati. Dah la melanggar etika, pastu ada unsur2 kronisme, nak memenangkan adik sendiri menggunakan cara yg kotor.

Gua dapat info ni daripada sumber yg sahih. Kalau korg semua tak percaya, boleh tanya Ust Azizan sendiri utk kes 1) dan tanya Ustazah Nuridah sendiri utk kes 2).

Nampaknya geng2 Nasa ni dah guna taktik kotor untuk mengekalkan jawatan sebagai Timb Pres. Memperkudakan Pengerusi SPR pemilihan, dan bekerjasama dengan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi.

Tapi Utusan Malaysia lupa, bahawa perwakilan2 PAS kali ni lebih bijak dalam membaca percaturan keji UMNO-BN. Perwakilan dah nampak semacam apabila Utusan Malaysia tanpa segan silu memuja Nasa, dan membalun Husam seteruk-teruknya. Budak darjah satu pun tau ni semua menunjukkan bahawa kemenangan Nasa akan memberi KEUNTUNGAN BESAR kepada UMNO-BN, dan kemenangan Husam akan membawa KERUGIAN BESAR kepada percaturan UMNO-BN. Patutnya kalau la Husam ni betul2 ada agenda nak rosakkan PAS, patutnya Utusan Malaysia akan biarkan je Husam menang. Sebaliknya, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO telah memburuk2kan Husam dan meminta perwakilan PAS memelihara perjuangan PAS selama ini. Aik? Gila ke apa ni?

Takkan kita nak kena tipu hidup2 dengan percaturan media musuh yg selama ini sering menyerang ulama2 PAS?

Apakah percaturan UMNO-BN ini? Percaturan mereka ialah untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat sebelum tiba PRU-13, dan UMNO-BN tahu bahawa senjata terbaik untuk meruntuhkan komitmen PAS dalam PR ialah dengan menggunakan “orang dalam”, (bak kata TG Haron Din), iaitu org yg hatinya, fikirannya, tindaktanduknya, aktivitinya TIDAK menjurus kepada usaha memperkukuhkan PAS dalam PR. Bukan sahaja tidak berminat nak perkukuhkan PAS dalam PR, malah menjual nama Majlis Syura Ulama untuk menghalalkan pertemuan sulit dengan pimpinan UMNO-BN, disamping menipu AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan sendiri. Ini antara kekesalan Mahfuz Omar tentang penipuan "orang dalam". Boleh baca kat sini : http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

Memandangkan “orang dalam” itu mempunyai KPI, prestasi yg sangat mandom di dalam parti dan sebagai ahli parlimen, maka perang saraf telah dilancarkan oleh penyokong2 “orang dalam”, kononnya “kepimpinan ulama terancam”, “erdogan vs ulama”, “ulama vs professional” dan macam2 lagi momokan. Tujuannya hanyalah untuk MENGALIHKAN perhatian perwakilan daripada menilai track record, report card, KPI dan merit calon2 yg bertanding.

Walhal TGNA dah banyak kali sebut bahawa isu itu tidak relevan kerana PAS sudah ada Majlis Syura Ulama untuk menjaga, memandu dan menasihati Majlis Eksekutif PAS sepanjang masa. Perlembagaan PAS juga telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja boleh diangkat sebagai kepimpinan, kerana konsep kepimpinan ulama sudah didokong dengan kewujudan institusi Majlis Syura Ulama.

Gua dengar cerita, pada awalnya ramai la jugak perwakilan yg TERMAKAN dengan momokan2 yg dijaja oleh parasit2 dalam PAS. Tapi menjelang pemilihan ni, gua dengar ramai perwakilan dah tau duduk perkara yg sebenar, dan kebanyakannya rasa menyesal kerana telah termakan dengan hasutan yg takde asas.

Apapun, gua yakin Allah akan pelihara PAS dengan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa percaturan “orang dalam” PAS dan “majikannya”(UMNO-BN).

Gua juga yakin UMNO-BN akan kecewa besar pada muktamar kali ni, apabila perwakilan membuat keputusan bijak untuk TIDAK mengundi calon pilihan Utusan Malaysia (Nasa), sebaliknya memilih calon yg DIBENCI oleh Utusan Malaysia (Husam ataupun Mat Sabu).

Ucapan terakhir gua untuk “orang dalam” dan UMNO-BN :

Selamat tinggal UMNO-BN ke lembah kehancuran bersama fraksi2 mereka dalam PAS!!!

Selamat tinggal muqabalah!!!

Selamat menggigit jari kaki melihat perwakilan PAS memartabatkan Islam menjelang PRU-13!!!

Sumber -KEPALA OTAK BERJAMBUL

Stadium Runtuh: Siasat Semua Projek Libatkan Kontraktor Yang Sama..! - malaysiakini



Sumber : Internet

Client/Owner : Terengganu State Government

Architecture Firm : Senibahri Arkitek - Tak banyak info berkenaan syariket ni, website pun tak de hape pun tak de... yang ada ciput sangat... klik dekat [sini]... entah anak sape punya syarikat aku tak tau... ni nak kena tanya "Kami nak Deris Natang..!"... mungkin "Kami nak Deris Natang" tau serba sedikit pasal syarikat ni...

Walau macam manapun informer kami di Terengganu akan cuba dapatkan maklumat berkaitan syarikat ni. insya-Allah.

Principal Architect : Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah - Bila aku try search, keluar la pulak kisah yang dekat [sini]... aku tak tau la pulak ni orang yang sama atau orang lain... tapi bila aku tengok balik nama syarikat dekat atas tu, macam ada persamaan... ish... tunggu laporan seterusnya dari Kemaman, Terengganu.

Project Architect : Badrul Hisham

Main Contractor :

Main Stadium : Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV

Indoor Stadium : Ahmad Zaki Sdn Bhd - Ni lagi 1 aku rasa syarikat cap ayam yang dapat kontrek besar... website tak de, email tak de, hape pun tak de... info yang ada cuma dekat [sini]... oi Ngok..! pakcik jual ayam kat pasar malam pun ade email tau..!

Mechanical & Electrical Engineers :

Main Stadium : Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division)

Indoor Stadium : Samudra Consult - Info pasal syarikat ni aku tak jumpa, yang aku jumpa cuma Pradeep Samudra... yang ni sah tak de kena mengena... yang pastinya buat masa ni semua kontraktor yang terlibat ialah kontraktor cap ayam... tak dak rekod... hampeh...

Civil & Structural Engineers :

Main Stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium

Indoor stadium : MECIP (M) Sdn Bhd - Dalam banyak-banyak yang tersenarai dekat atas tu, yang ni satu je yang ada website sendiri... yang lain semua cap ayam... ringkas cerita, projek sebesar gajah, diserahkan kepada ayam-ayam peliharaan... ayam-ayam peliharaan pulak hanya mendapatkan khidmat nasihat aje...

Paham tak paham, tuan penasihat tak tau, yang tuan penasihat tau, projek gajah yang ayam-ayam ni laksanakan dah hancur luluh jadik debu...

Bila dah hancur luluh, pakat-pakat dok salahkan kontraktor luar... ceh... modal kapok...

Jadi sekarang nak buat apa?

Apa kata kalau MB Terengganu siasat semua projek-projek terdahulu yang ada kaitan dengan nama-nama syarikat-syarikat dekat atas tu...

Mesti ada banyak rahsia boleh dibongkarkan... geng-geng "Kami nak Deris Natang..!" gerenti tengah kecut telur..!

Siasat jangan tak siasat..!

Gambar cilok dari - The Blog Of My Life

Baru Rasmi, Baru Runtuh, 1 Lagi Projek UMNgok...

Dari malaysiakini -
  • Bumbung di bahagian tempat duduk VIP Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang baru dirasmikan oleh Sultan Terengganu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
  • Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.
  • Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.
Kah kah kah kah kah ... !!!

Aper la nak herankan? 1 lagi projek UMNgok/Barisan NASIyonal untuk WANGMalaysia..!

Kah kah kah kah kah ... !!!

Keh keh keh keh keh ... !!!

Koh koh koh koh koh ... !!!

Khaaakkk... *tolong sambung......

Kenyataan Akhbar Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato' Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

1. Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.

2. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

3. Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

4. Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

5. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

6. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas

6. mengutip dana.

7. Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

8. Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

9. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

Dato' Norzula Mohon Maaf, Bersih Nama Husam Dari Skandal

Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hhari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.

Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato' Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato' Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.

Antara laporan tersebut adalah:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.

Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.

"Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum," katanya.

Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.

"Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan," katanya.

Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," katanya.

Sumber - HarakahDaily.Net

TPU - MSO bila lagi nak mintak maaf..? tak habis-habis lagi ke dendam lama sebab gagal dapat komisyen..?

Kalau rasa susah sangat nak mengaku salah dan kalau rasa-rasa dendam dalam dada tu tak boleh nak hilang, elok isytihar keluar dari PAS... pi la masuk parti karat UMNgok... parti macam tu sangat-sangat sesuai dengan Ngok-Ngok macam MSO kaki kemisen dan yang sewaktu dengannya.

Nak Muqabalah..? boleh blah..!

Husam Musa Ejen Anwar, Tidak Wala' Pada Presiden..?

by Tulang Besi

Assalamu'alaikum,

Soalan pertama saya, kenapa tidak menuduh Tok Guru Nik Aziz sebagai Agen Anwar dalam PAS. BUkankah Tok Guru menjadi penyokong terkuat kerjasama Pakatan Rakyat dalam PAS?

Soalan kedua, apa bukti bahawa Husam Musa memberi wala' kepada Anwar melebihi Presiden?

Bukankah Husam Musa di dalam mesyuarat AJK PAS PUsat membincangkan calon untuk PRK Kuala Terengganu yang mencadangkan supaya keputusan dibuat sepenuhnya oleh Presiden PAS dan semua yang dibawah akan menuruti?

Bukankah Husam Musa satu-satunya pimpinan PAS yang pernah menaikkan suara dengan Anwar Ibrahim sendiri kerana menegur sikap beliau satu waktu dahulu yang tidak serius menyusun jentera dan strategi bagi menghadapi PRU ke 12?

Bukankah Husam Musa yang telah mewakili PAS di dalam pembahagian kerusi pada PRU 2008 sehingga Tan Sri Khalid memberitahu itulah negosiasi yang paling teruk pernah beliau hadapi. Dan beliau dahulunya seorang tokoh korporat ternama di Malaysia dan telah bernegosiasi dengan syarikat2 antarabangsa dengan berbagai2 bangsa dan negara.

Hanya kerana menolak kerjasama dengan UMNO, maka beliau dan mereka yang sealiran dengannnya telah digelar sebagai memberi "wala'" kepada Anwar Ibrahim?

Bukankah ini satu penipuan dan fitnah yang sangat dahsyat? Abang Mat Sabu antara yang jelas menghentam Ustaz Nasa atas isu ini, dan beliau sendiri menentang kemasukan PAS dalam UMNO ini. Sedangkan Abang Mat Sabu adalah penentang Anwar yang terkenal dalam PAS sejak Anwar mula2 dipecat dahulu?

Bukankah PAS yang mendapat laba paling besar dari pemecatan Anwar. PAS berjaya mendapat sebuah negeri di Pantai Timur (dan kalau Dr Harun Din tidak tarik diri, mungkin PAS akan berjaya mendapat dua negeri).

Keahlian PAS melonjak naik begitu tinggi sebab Anwar Ibrahim. Orang bukan Islam juga naik sokongan kepada PAS hasil dari imej Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dan penentangan orang bukan Islam pada Shariah juga berjaya dikurangkan apabila Anwar mengisytiharkan beliau tidak menolak hudud dalam PRK Kuala Terengganu

Mengapa sekarang ini hendak diburukkan Anwar dan mereka yang tidak bersetuju dengan PAS dibawa kepada UMNO sedangkan Anwar telah banyak menguntungkan PAS.

Saya ini suka melihat "empirical data" di dalam mebuat penilaian kerana data tidak boleh membohong. Dan, apa yang saya nampak ANwar Ibrahim lebih banyak membawa keuntungan dari kerugian kepada PAS.

Sebab itu saya tak berapa nak marah kepada S46 kerana meninggalkan PAS satu masa dahulu. Ini kerana, walaupun PAS dikhianati S46, tapi pada hakikatnya PAS telah mendapat laba yang lebih besar berbanding dengan S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Laba tersebut bernama Kerajaan Negeri Kelantan.

Lantaklah apa S46 nak buat, yang penting kerajaan negeri telah berjaya didapati oleh PAS. Biarlah Tengku Razaleigh khianat PAS, maki PAS dsbnya. Yang penting, Ku Li gagal dan kita berjaya. Saya percaya sampai hari ni Ku Li mesti termenung berfikir bagaimana sekumpulan Ustaz yang dipimpin Ustaz Fadzil Nor boleh "mempermainkan" seorang lulusan luar negeri dalam permainan politik seperti yang beliau hadapi sebelum ini.

Saya tak kesah apa hala tuju politik Anwar Ibrahim. Yang penting, PAS dapat laba dari kerjasama dengan beliau. DAn setakat ini Anwar Ibrahim tidak pernah mengkhianati PAS dan tidak pernah berbuat apa2 yang tidak baik dibelakang PAS.

Yang saya pasti, PAS akan jadi alas bersih kaki kalau bekerjasama dengan UMNO.

Sebagai penutup, saya meminta mereka yang menuduh Husam Musa dan lain2 pimpinan PAS sebagai agen Anwar, sila kemukakan bukti.

Saya yakin, kalau ada pun bukti, ialah penentangan mereka ini kepada usaha membawa PAS masuk UMNO. Itu sahaja.

Hanya kerana menentang usaha membawa PAS kepada UMNO maka kita telah dilabel sebagai tidak memberi wala' kepada Presiden PAS.

(Di Mesir, perkataan Wala' ini bermaksud "pemetik api").

Wala' saya hanya kepada Allah dan Rasul.

Hairan juga ya. Kenapa tak soal wala' kepada Tok Guru Nik Aziz pula. Bila Tok Guru larang jumpa UMNO, mereka masih jumpa.

Tu takda isu pulak?

Tulang Besi

Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?

Saya menerima satu email. Ia begitu detail dengan pelbagai maklumat. Oleh kerana saya tak berani nak simpan maklumat-maklumat itu, saya delete email tersebut. Di tempat trash pun saya tekan delete forever. Aku bukannya berani pun. Aku penakut!

Bagaimanapun, saya fikir, ada juga yang boleh dikongsikan seperti berikut (kecuali ayat-ayat laporan dari saya, saya tidak edit email itu):
Email itu ialah mengenai Task Force 2010 ditubuhkan atas dasar mengembalikan kestabilan di Selatan Thai. Ia diketuai oleh seorang berpangkat Jeneral daripada Kor Risik yang dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah Dato’ Wan Abu Bakar yang berasal dari Terengganu.

Email itu menuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa telah terlibat dengan Task Force ini dan telah dua kali menguruskan pertemuan diantara Dato’ Wan Abu Bakar dengan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimanapun, menurut email itu, Tuan Guru dengan jelas tidak mahu terlibat dengan agenda Task Force 2010 tersebut.

Nasib baik, menurut email itu lagi, Tuan Guru Nik Aziz tidak mahu membabitkan diri.

Ini kerana tidak lama kemudian, menurut email itu, agenda Task Force ini kemudiannya berubah kepada agenda perpaduan Melayu. Ianya mengalih isu Selatan Thai kepada isu menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi 'beyond 2010', menurut email itu. Tahun 2010 ialah tahun asal transisi kuasa antara Abdullah kepada Najib.

Email itu mendakwa, Task Force ini digembeling oleh Dato’ Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa untuk menganjurkan beberapa pertemuan di antara pemimpin tertinggi UMNO dengan beberapa pemimpin PAS. Akhirnya, Abdullah Badawi membuat pengakuan bahawa sedang ada rundingan antara kedua-dua parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyidin Yassin bagaimanapun berjaya membangkitkan keberanian terbuka ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO dan pemberontakan dalaman berlaku mengakibatkan Abdullah terpaksa berundur sebelum 2010.

Email itu menuduh "Task Force ini juga terlibat dengan mendedahkan maklumat-maklumat Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia yang bertujuan menjatuhkan Najib Razak. Antaranya ialah mendedahkan maklumat pembunuhan Altantunya kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian kepada Raja Petra Kamaruddin".

Setelah ketiadaan Abdullah, dakwa email itu, ada usaha untuk mengekalkan semula Task Force ini. Pertemuan di antara wakil Task Force bersama Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi diadakan, dakwa email itu.

Bagaimanapun, dakwa email itu lagi, Najib Razak tidak berminat kerana dia tahu dan sedar apa yang telah dilakukan oleh Task Force ini ke atasnya. Namun akhirnya, dakwa email itu lagi, Najib lembut hati apabila nama Nasharudin Mat Isa dibangkitkan.

Email itu selanjutnya mendakwa, antara yang akan menjadi usaha terkininya ialah mengembalikan kegemilangan BN dengan membawa semula PAS ke dalamnya. Email itu seterusnya yakin Najib Razak akan menerimanya kerana ia akan meneruskan legasi ayahandanya.

Seterusnya email itu mengemukakan dua persoalan:

Apakah peranan Utusan Malaysia di dalam keprihatinan tiba-tiba terhadap PAS adalah sebahagian daripada agenda Task Force 2010?

Email itu mendakwa "Ya"

Siapakah Nasharuddin Mat Isa?

Email itu menjawab, tanya Dato Wan Abu Bakar.

Di bawah sekali tertulis seperti berikut:
Ikhlas,
Hassan
sumber - ~penarik beca