Sunday, February 14, 2010

Royalti Minyak: Mat Sembab "Kecewa"...

Setelah agak lama pemimpin utama kerajaan UMNO BN menyepi dengan sikap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang hadir dan menggunakan platform Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Maka, hari ini Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataannya.

Beliau kononnya kecewa dan memandang berat apa yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.
  • "Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan Pusat atau platform UMNO, saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS. Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti,”.
Beliau mengulas pendirian Ku Li berkenaan isu Royalti Petroleum melalui platform Pakatan Rakyat pada 28 Januari lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata, bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal Royalti Minyak.
  • "Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya. Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi kini terserahlah kepada kebijaksanaan Ku Li,”.
TPU - Korang baca dulu komen Muhyiddin dekat atas tu, aku nak out jap ada jemputan Tahun Baru Cina. karang baru aku komen... sementara tu korang main-main dulu dekat ruang komen... hehehe...

Siap lu Mat Sembab..! Gua ganyang lu dalam post gua seterusnya..! keh keh keh keh keh...

2010 年农历新年快乐!

Dari kami di http://perisik-rakyat.com/.
AdukaTaruna
Alfa200
Tulang Besi
pengliporlari
Hasbullah Pit
Kudin Mansor
Topeng Perak Unmasked
Sakaratul Maut
BANGSA MALAYSIA
Xenan

Wenger vs KBDDS..?

Kepada Mahaguru Topeng Perak Xungwei,
*TPU - Cilako kau Wenger... Nick Name aku "Topeng Perak Xin Wugi" la... "Xungwei" tu sape..? kau kene mintak mahap balik, tak kang aku saman kau..! hahaha...!!!

Salam 1Malaysia,

1. Disini saya ingin memohon jasa baik tuan dalam hal yang berikut.

2. Kita sedar, sudah bertahun tahun, Pak Lah diselar oleh kawan baik diktator-diktator sedunia (KBDDS) dalam kes MV Augusta.

3. Sebagai pengenalan, saham MV Augusta, iaitu sebuah syarikat yang mengalamai krisis kewangaan yang teruk dibeli oleh KBDDS pada harga yang cukup tinggi iaitu RM560 juta. Ini langkah bodoh dan kita tertanya tanya, adakah anak KBDDDS mendapat syer dalam pembeliaan tersebut.

4. Setelah PM-5 mengambil alih, syarikat yang mati tak segan, mampus tak mahu dijual dalam proses bernama divesmen. Ini kerana syarikat tersebut menanggung hutang yg cukup tinggi - iaitu lebith RM400 juta yang belum dijelaskan.

5. Mungkin KBDDS tak paham beza membeli saham dengan menanggung hutang.

6. Kemudian KBDDS ni cuba mengungkit cerite lama dalam laman blog haram jadahnya.

7. Lebih lebih lagi ada pengkomentar telah mencabar saya untuk memberi pandangan.

8. I kuota:
By jimi on February 12, 2010 12:24 AM
dearest Tun,
Surely Tun would like to hear advice n views of Wenger J khairy on the subject.He seems to know more on many subjects than Tun.I personally would love to read comments and advice from Wenger J Khairy of the wisdom the previous administration in selling MV Agusta. I could have bought it at RM10 and ask them to keep the change.
Nway,thanks Tun for sharing updating and educating us Malaysians. Tun, you are our most valuable asset.
9. Wenger J. Khairy orang yang pantang dicabar. Lalu saya merungkai segala misteri berkenaaan MV Augsuta dan memaparkan kisahnya dlm bentuk ceramah supaya senang difahami oleh penyokong2 Tun.

10. Saya tidak berkomen panjang lebar dilaman blog haram jadahnya. Saya hanya berkata saya telah menjawab tomahan terkhutuk KBDDS dalam posting saya di Wenger At War.

11. Terpulang kepada para pembaca samada nak terus teruja kepada KBDDS ataupun berdepan dengan "THE TRUTH."

12. Akan tetapi KBDDS telah menahan komen saya menggunakan ISA. Dia dulu yang komplen tiada diberi wadah untuk bercakap kini menggunakkan taktik lama tidak mahu berdepan dengan kritikan.

13. Ini pendekataan yang cukup bacul.

14. Oleh demikian saya meminta jasa baik tuan untuk memberi pautan kepada cerite tersebut.

Ada dua versi.
Versi Ceramah (baca sambil menghirup mee maggi)

Versi Ringkas (baca sampil kena leter oleh isteri)
Terima Kasih,

Saya Yang Pantang Di Cabar

Wenger J Khairy

TPU - Apa kes..? pepehal aku sokong WJK sebab WJK punya hujah best... yang lain-lain semua hujah low class mengalahkan budak umo 3 tahun..! hahaha...!!!

Rakaman Audio Dialog Presiden PAS Bersama PAS Shah Alam

Oleh kerana telah timbul beberapa kontroversi berkenaan dengan lawatan Presiden ke PAS Shah Alam minggu lepas, pihak Malaysiawaves mengambil keputusan untuk mengeluarkan rakaman audio program tersebut.

Dibawah juga artikel dari Misbahul Munir untuk rujukan di bawah. Selamat mendengar.

(NOTA: Rakaman itu agak panjang dan tidak boleh dimasukkan ke Youtube. Jadi, terpaksalah saudara/ri muat turun.)
JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA - Ustaz Misbahul Munir

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan - blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Flight jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Flight berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO/BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam Al-Qur'an supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

Penubuhan Tabung Guaman Sempena Aduan Salahlaku Pimpinan2 PAS Pusat

Memandangkan pengalaman Abdullah Karim yang telah mendapati aduan-aduan beliau telah dibakul-sampahkan, maka saya berfikir perlu saya mengambil khidmat guaman dalam usaha pengaduan saya ini.

Tujuan diambil khidmat guaman adalah:
1.0 - Memastikan aduan saya dapat dipantau perkembangannya oleh seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang.

2.0 - Memastikan aduan saya tidak disapu di bawah karpet dan terus berjalan.

3.0 - Menghadiri setiap sessi temu ramah dan siasatan dalam kapasiti "watching brief" bagi mendapat gambaran sebenar perjalanan kes.

4.0 - Memberi analisa serta pendapat berkaitan setiap dokumen rasmi yang berkaitan dengan kes ini.

5.0 - Menilai perjalanan serta fakta-fakta kes serta mengeluarkan laporan berkaitan dengan perjalanan kes tersebut yang akan dibentangkan kepada umum dan sebagainya.
Bagi saya, khidmat guaman amat diperlukan demi memastikan kes ini berakhir dengan hasil yang terbaik serta mengikut lunas-lunas keadilan.

Oleh kerana khidmat guaman memerlukan kos, maka saya, Tulang Besi, bercadang untuk menubuhkan sebuah Tabung Guaman bagi menampung kos guaman dalam isu ini.

Para pembaca yang berminat untuk menyumbang, dipersilakan untuk mendeposit sumbangan saudara ke akaun Maybank 164173601834 (Abdul Rahman Abdul Talib).

Semoga sumbangan saudara/ri diberkati Allah SWT hendaknya.

Sekian

Tulang Besi

SPRM Serbu Rumah IGP..?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.

Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.

"Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya 'bersara dengan aman'," kata laman web terkemuka itu.

Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai 'IGP Bodoh'.

Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.

"Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.

"Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka," kata laman itu.

Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.

Sumber - .: Suara-Keadilan.com :.

TPU - Kalau betul la SPRM serbu rumah IGP neh dan kalau betul la apa yang didakwa oleh laman web Malaysia Today dan kalau betul la IGP buat salah dan letak jawatan dan dikenakan tindakan undang-undang ikut peruntukan undang-undang yang ada...

Kalau betul la...

Aku akan buang logo terbalik dekat atas tu sebagai tanda penghormatan aku atas ketegasan SPRM... tapi jangan ada yang terbunuh la pulak..!

Dari Fail: Hasil Judi 2.37 Billion - Oh.. Malaysia Tanahairku

Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh Rakyat Malaysia.

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.
Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Lihatlah Faktanya
Syarikat Perjudian - Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad - 949,802,170

Sport Toto - 509,739,584

Magnum Corporation - 396,477,793

Pan Malaysia Pools - 270,764,197

Pan Malaysia Racing - 138,576,130

Daily One Corporation - 18,082,749

Sandakan Turf Club - 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club - 29,776,000

JUMLAH - 2.37 BILION
OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119 (http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18112009.pdf)

nasirzakaria.com

Keluar PKR: "Zahrain Budak Baik" - LGE

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah Anak Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri ditolak, kata Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran Kerajaan Negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha penyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju dengan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kreadibiliti Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan perlantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai Ahli Parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.

-Malaysiakini

TPU - Keh keh keh keh keh keh... kantoi... betul-betul perangai UMNO... BANGANG lagi memBANGANGkan... itulah UMNO...