Wednesday, April 14, 2010

18 Cawangan MIC Ugut Bubar

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palanivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, " kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini," katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: "Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad."

TPU - alamak... kalau letak Palanivel, macam mana CyBeruk UMNO nak main isu "Bukan anak tempatan" nih..? CyBeruk garu kepala sambil 2-2 kaki dok kira duit... keh keh keh keh keh...!!! 1Malaysia..? Kepala Bana kau la...

Ekslusif: Biografi & Menifesto Dato' Zaid Ibrahim

*Sila muat turun disini dan sini untuk bahan cetakan dan sebaran.

Nama: Mohd. Zaid Ibrahim

Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan

Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975

Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)

Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/

Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim

Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.

2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.

2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.

2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).

Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.

Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.

Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.

Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.

Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.

Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.

Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.

Keadilan dan Kebajikan untuk Semua

Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

Politik Hak, Demokrasi & Kebajikan

Keadilan itu untuk Semua: Penolakan politik perkauman

Kita mesti menolak politik perkauman dengan sekeras-kerasnya. Ini hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika kita bersungguh-sungguh menghargai keragaman kebudayaan rakyat kita. Kita mesti menghormati dan mempertahankan hak saksama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tanpa mengabaikan kumpulan-kumpulan terpinggir yang perlu diberikan bantuan. Inilah tuntutan agama Islam dan inilah tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

Kita mesti membela ketuanan rakyat dengan memartabatkan kuasa rakyat dan memelihara proses-proses dan badan-badan yang menjaga demokrasi. Beliau percaya bahawa pilihan-pilihan politik yang bijak hanya akan diambil oleh rakyat yang mempunyai kuasa. Jika mana-mana perkumpulan rakyat ada mengemukakan permasalahan dan tuntutan-tuntutan yang wajar, samada Melayu, Cina, India, Orang Asal atau apapun kaum dan pekerjaan mereka, Kerajaan yang ihsan wajib membantu mereka.

Reformasi Politik & Kepemerintahan Negara

Proses politik kita mestilah memerdekakan dan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kuku besi, perkauman, gejala rasuah dan ketidakadilan.

ISU

Kontroversi tentang keistimewaan kaum Bumiputra

Kerana kritikannya terhadap UMNO yang sudah tenat dengan budaya-budaya tidak sihat, Datuk Zaid Ibrahim memang sudah sering diserang oleh kumpulan-kumpulan yang menggunakan unsur-unsur perkauman untuk melindungi kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi mereka.

Sebagai seorang Bumiputra yang berasal dari keluarga miskin, beliau sudah tentu tidak menentang dasar untuk membantu kaum Bumiputra yang memerlukan. Apa-apa juga dasar yang membantu membasmi kemiskinan dan memberi keistimewaan terhadap orang-orang miskin dan terpinggir, mestilah diteruskan. Namun, kebimbangan beliau terhadap kesan buruk penyalahgunaan ‘keistimewaan’ ini kepada negara kita sering diwar-warkan oleh pihak BN sebagai ‘bukti’ beliau mempersoalkan peruntukan perlembagaan terhadap kaum Bumiputra.

Dasar apa pun tidak boleh disalahgunakan untuk membolehkan penerimaan faedah tanpa usul periksa tentang latarbelakang ekonomi seseorang. Datuk Zaid sebenarnya amat bimbang bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menjadi ‘Dasar Ekonomi UMNO’, yang mana ia menggalakkan pemberian subsidi dan bantuan melampaui batas, yang memberikan projek-projek besar negara untuk memperkayakan Bumiputra yang sudah cukup serba serbi dan untuk jentera parti, tanpa memerlukan si penerima faedah berusaha gigih dan berdikari.

Dasar yang disalahgunakan bukan sahaja merugikan negara, tetapi boleh merugikan kaum Bumiputra itu sendiri. Datuk Zaid mahu melihat generasi muda kita memahami bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan. Para jutawan Melayu yang cuba diwujudkan oleh Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah berjaya hidup dengan kemewahan melimpah ruah tetapi kerana menerima habuan dengan mudah dan tanpa ketelusan, mereka tidak mengenal erti susah payah menguruskan perniagaan, dan akhirnya di ambang krisis ekonomi 1998, banyak syarikat mereka lingkup – malah ada yang terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan wang rakyat yang datang dari semua kaum. Ini belum lagi kita bercerita tentang budaya ali-baba yang ‘menjual’ nama Melayu untuk habuan sendiri tanpa apa-apa usaha. Tabiat-tabiat seperti inilah yang sebenarnya memalukan bangsa.

Semua rakyat harus memahami hakikat ini sedalam-dalamnya. Kejayaan hanya akan dapat diperolehi dengan peningkatan ilmu dan keupayaan secara gigih. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Jika kita benar-benar berasa gusar tentang nasib dan masa hadapan bangsa, jalan terbaik kita adalah mempertingkatkan ilmu, berusaha dan bersaing dengan cekal dan tulus, bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan, sindiran dan rintangan serta menolak budaya rasuah dan mengampu.

Kegemilangan bangsa tidak akan dapat dicapai dengan menyemburkan api perkauman dan menyalahertikan ‘keistimewaan’ sebagai ‘ketuanan’ mutlak. Kedua-dua ini adalah perkara yang mempunyai implikasi yang jauh berbeda. Jika kita mahu menjadi Tuan, kita mesti bekerja keras, itu sahaja caranya. Melaungkan tuntutan-tuntutan tanpa janji untuk berusaha keras dan dengan nada berbaur perkauman pula, disertai adegan mencium-cium keris, tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu sendiri jika sesuatu bangsa itu sendiri tidak berubah.

Seseorang yang menyuarakan pandangan mereka dengan jujur dan tenang, walaupun kedengaran kritis, bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Orang-orang yang berbahaya kepada bangsa dan negara sebenarnya adalah mereka yang meletakkan kepentingan diri di atas kepentingan rakyat. Inilah orang-orang yang menjual nama bangsa untuk mendapatkan habuan tanpa bekerja keras, orang-orang yang merompak harta kekayaan negara, orang-orang yang tidak menghormati hak-hak rakyat, orang-orang yang menahan warga tanpa membenarkan mereka dibicara, orang-orang yang menggubal undang-undang yang tidak adil dan mereka-mereka yang senang menggalakkan prejudis perkauman.


Orang Asal: Mengembalikan Hak Tanah Adat

Datuk Zaid Ibrahim telah banyak menyuarakan keprihatinannya terhadap nasib Orang Asal di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Beliau telah banyak berbincang dengan peguam dan aktivis hak tanah adat di Sarawak berserta melawat perkampungan Orang Asal di Bidor dan Temerloh bagi mengetahui dengan lebih jelas permasalahan-permasalahan mereka. Beliau juga telah menyatakan sokongan beliau tentang pentingnya Malaysia menggubal Dasar tentang Hak-Hak Orang Asal Malaysia bagi menjamin kesejahteraan masyarakat tersebut dan hak tanah adat mereka.

Apabila lebih 2,000 Orang Asal telah berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka yang menceritakan hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan BN selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka, beliau turut menyatakan kegusaran beliau bahawa Orang Asli Semenanjung tidak disenaraikan sebagai “Bumiputra” oleh Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Beliau percaya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal, tetapi juga disebabkan kemiskinan mereka.

Datuk Zaid Ibrahim mahu menumpukan perhatian terhadap pengiktirafan hak tanah adat kaum Orang Asal seperti yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan permasalahan tanah adat Orang Asli di negeri ini.

Kemiskinan, Isu Tanah & Kebajikan Semua

Datuk Zaid Ibrahim amat sedar tentang masalah kemiskinan yang melanda kaum buruh ladang di Hulu Selangor dan kehidupan mereka yang tidak cukup serba serbi, terutamanya dari segi kemudahan awam. Begitu juga dengan permasalahan pemilikan tanah rakyat yang tidak selesai-selesai sehingga kini dan kegusaran pemilik tanah bahawa tanah mereka sedang diintai oleh pihak-pihak tertentu.

Apabila rakyat biasa sulit untuk mendapatkan jaminan tentang hak-hak mereka setelah lebih 50 tahun merdeka, perkara ini tentunya ada kena mengena dengan dasar dan cara pentadbiran Kerajaan BN selama ini yang tidak telus serta tidak menghormati hak rakyat kecil dan kebajikan mereka.

Dengan memperkenalkan dasar-dasar yang lebih baik yang menjamin hak-hak ini, mempertingkatkan ketelusan dalam pengurusan tanah dan kebajikan awam, membudayakan proses perundingan bersama rakyat dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kepentingan bersama dan bukannya pihak yang sudah kaya raya, Datuk Zaid Ibrahim percaya permasalahan sebegini akan dapat diselesaikan dengan baik.

YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Sumber - Malaysiakini

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

  • YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.
  • Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.
  • Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.
  • Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

ZainulFaqar Dipecat Dari Harakah?

Saya dapat maklumat, dalam mesyuarat AJK Kerja PAS baru baru ini hangat membincangkan pemecatan Zainulfaqar dari menjadi wartawan Harakah.

Ini adalah ekoran tindakan ZainulFaqar menegur Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, kerana lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen berkaitan isu APCO.

Yang sebuk melaungkan supaya ZainulFaqar dipecat adalah geng-geng Terengganu. Yang paling lantang (baca: becok) adalah Ustaz Abu Bakar Chik. Mereka dengan lantang mahukan ZainulFaqar dipecat kerana menegur Timbalan Presiden PAS.

Kononnya ZainulFaqar tidak ada akhlak jemaah kerana menegur kepimpinan PAS Pusat secara berdepan sebegitu.

Yang saya hairannya, Suyuti Umar, Pengarang Siasah, selama ini kerap memfitnah Husam Musa. Sehingga Husam Musa mengambil tindakan mahkamah sekarang ini menyaman akhbar Siasah dan Suyuti Umar.

Ini kerana parti sendiri melindungi kaki sebar fitnah bernama Suyuti Umar ini. Kenapa Bakar Chik tak bising minta Suyuti dipecat?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh ZainulFaqar itu adalah berasaskan kebenaran. Suyuti pula kerap membuat tuduhan liar dan fitnah terhadap Husam. Namun, Suyuti tetap diberi gaji oleh PAS dan jawatan beliau dikekalkan tanpa apa-apa tindakan.

Adakah PAS lebih suka melindungi kaki fitnah dari mereka yang menyatakan hak?

Adakah ini sifat sebuah parti Islam?

Adakah tindakan Zainulfaqar lebih buruk berbanding dengan Mohd Radzi Mustafa yang menjadi calon bebas di DUN Titi Tinggi sekaligus melanggar keputusan parti secara terbuka?

Kalau PAS bukan parti Islam, silalah pecat ZainulFaqar kerana tindakan beliau menyatakan kebenaran.

Tulang Besi

p/s - perangai Nasa suka bergaul dengan UMNO ni dah lama Tulang Besi terima laporan.

YBK Gadai Tanah Berjumlah RM102 juta.


NOTA EDITOR: YBK adalah salah satu contoh perangai UMNO. Apabila mereka tersepit kerana dah buat "perangai", terus mereka gunakan slogan "Melayu" dan slogan "Hak Melayu". Selama ini Zainal Sakom bermatian mempertahankan YBK dan tidak mahu memberi laporan audit kepada kerajaan Negeri Selangor. Sampai apabila juruaudit yang dihantar oleh Kerajaan Selangor pun mereka KECUT PERUT nak benarkan masuk.

Saya pun paham kenapa Zainal Sakom takut untuk diaudit. Macamana nak jelaskan ke mana tanah seluas 1,977.428 ekar telah digunakan untuk aktiviti basmi kemiskinan. Malahan, susah Zainal Sakom nak jelaskan aktiviti salah satu anak syarikat YBK,Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) yang terlibat mengadai tanah yang diberi kerajaan negeri berjumlah RM102 juta.

Untuk menutup pekung YBK dan Zainal Sakom, maka dilaungkanlah semboyan Melayu. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor menggadai hak Melayu dan menindas Melayu. Dikerahkan PERKASA untuk membuat demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Hakikatnya, semua ini untuk MENUTUP segala kebobrokan serta amalan tidak sehat YBK yang selama ini dipendam oleh Zainal Sakom and the gang.

Inilah dia sifat UMNO. Segala amalan salah guna kuasa dan rasuah akan ditutup dengan laungan "Hidup Melayu" dan "Perpaduan Melayu". Apabila Tengku Razaleigh menentang penipuan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987, Mahathir naik kampung turun kampung minta Melayu bersatu dan jangan bersengketa.

Hakikatnya, Mahathir tidak mahu ahli-ahli UMNO terus mempersoalkan kebobrokan serta salah guna kuasa yang telah beliau lakukan. LAgi beliau takut adalah ahli-ahli UMNO mempersoalkan penipuan dalam Pemilihan 1987 yang ditaja oleh beliau dan Sanusi Junid.

Zainal Sakom orang UMNO. Mustahil beliau dapat bertindak lain dari perangai yang bukan UMNO. Kita rakyat Malaysia mesti bijak supaya tidak jatuh dalam "trick" puak-puak UMNO ini.

Sekian
Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

Mahkamah Syariah Malaysia Tak Iktiraf Undang-Undang Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Negara: Malaysia

Agama Rasmi: Islam

Perundangan Yang Diiktiraf: Sekular/Barat

UMNO/APCO: One Israel, 1Malaysia + 1Indonesia..?

APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada KERAjaan Malaysia bahkan juga Kerajaan Indonesia selepas Israel.

Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel.

Yang bezanya di Israel diguna One Israel manakala di Malaysia dan Indonesaia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia.

APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.

Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep one Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin di Dewan Rakyat.

Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Menurut satu laman web, Milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia?

Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan". Adakah sekadar kebetulan?

Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib!

Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa

Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO

Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf.

Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut blog Milosuam adalah:
1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?
TPU - seingat aku... dulu diwar-warkan bahawa konsep 1Malaysia ni datangnya dari Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak... bila aku baca balik pendedahan ni (1Indonesia dan slogan "Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan") erm...

Bangang rupanya PM Malaysia ni... kaki ciplak... penyakit berkenan "Hak Orang" tak hilang lagi dari diri Najib ni... dulu berkenan dekat "bini orang", lepas tu... ah... korang pikir la sendiri...

Hulu Selangor: Cyber Troopers UMNO/BN On Duty..!

Yang ni aku jumpa masa meronda dalam blog-blog... baca je lah...
Semalam Dato' telah pergi ke Janda Baik untuk menghadiri satu high-powered kursus cyberwar yang dianjurkan oleh UMNO Malaysia.

Ringkasnya, kursus 3 hari ini mudah2an akan dapat mengasahkan lagi kepandaian blogger2 UMNO yang menulis hal2 politik sambil menangkis dakyah2 pembangkang dengan penjelasan yang lebih efektif.

Saya dengar ramai sopo blogger dan wartawan dipilih untuk menghadiri kursus ni. Dari Pahang katanya ada 2 orang.. Dato' dengan another sopo blogger.

Antara sopo blogger yang hadir termasuk mereka yang suka maki hamun, yang suka cakap besar, yang suka mencarut dan juga mereka yang rasa mereka hebat sangat tetapi sebenarnya tin kosong!

Ada jugak yang boleh dianggap sebagai pompous windbags!

Bagi Dato', dia hanya seorang bekas Adun yang mempunyai latar belakang politik yang sangat berharga.

Darah politik tetap mengalir dalam tubuh badannya walaupun dia bukan lagi YB. Cakap berdegar2 dan berlagak sombong diri memang bukan style dia. DSN dan MB Pahang tetap hormatkan dia. Alhamdullillah.

Kursus ini pada amnya bertujuan menggilapkan lagi kepintaran sopo blogger UMNO untuk membantu kerajaan BN kita berkempen menghadapi pilihanraya2 kecil sehinggalah ke pilihanraya umum.

Kepentingan media cyber tidak lagi dipandang ringan. Generasi muda kita yang cerdik pandai memang lebih berminat membaca di internet daripada suratkhabar.

Hanya soalannya sekarang..kenapa perlu kita panggil sopo bloggers yang suka mencarut dan memaki hamun? Sudahkah kita terlalu terdesak atau ketandusan sopo bloggers yang boleh berkempen diblog dengan bahasa yang sopan?

Substance takder tapi cakap macam pandai sangat!

Harus kita ingat mereka ini akan menjadi 'penceramah2' UMNO dalam dunia blogging. Kalau cakap merapu, suka mencarut dan suka terpekik2, adakah kita terpaksa jugak pakai 'kepakaran' mereka ini? Are we that desperate??

Kalau nak berkempen diblog untuk UMNO, tolong lah..tak payahlah gunakan bahasa lucah atau mengata2 macam budak kutu berahak..gunakanlah bahasa yang sopan sikit. Argue intelligently laa..

Nanti orang lagi menyampah parti UMNO kerana kita gunakan sopo bloggers yang mulut suka pakai bahasa jijik..lagi orang tidak respect parti kita.

Suruhlah mereka ini jaga bahasa sikit..jangan cakap kasar dan kotor! Jangan gunakan sopobloggers yang asyik nak mencarut dan cakap tak senonoh tentang pihak pembangkang..kalau nak argue tu buatlah research sikit..baru boleh pujuk ramai lagi undi UMNO...mana2 UMNO bloggers yang bercakap dalam 'scum, foul language' must be thrown out!

Jangan buat orang meluat dan menyampah UMNO! Nak tolong UMNO blog elok2..jangan menambah malu dengan dirty language and zero substance!
Keh keh keh keh keh... blogger UMNO/BN "on duty"... langkah pertama dah bocai-bocai, kutuk sesama sendiri dalam blog... 1Malaysia..? slogan je lebih, praktikal haprak...

Kalau sesama sendiri pun tak leh nak ngam, tak yah cerita la nak 1Malaysia kan Rakyat Malaysia...

Eh... berapa "budget" untuk geng-geng blogger UMNO/BN kali ni ek..? keh keh keh keh keh... duit duit... dimana kau duit... keh keh keh keh keh...

Jalan Mati Untuk UMNO/BN Di Hulu Selangor

Dato' Zaid Ibrahim bukan satu nama yang terpencil dalam dunia politik Malaysia. baik pro UMNO/BN atau pro PKR/Pakatan Rakyat, cukup-cukup kenal akan nama Zaid Ibrahim.

Sebaik sahaja nama Zaid Ibrahim disahkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, serangan-serangan berbentuk peribadi bermula dari kem UMNO/BN. bukan cerita-cerita baru yang menjadi hidangan dan santapan bacaan, malah semuanya adalah ulang tayang.

Istilah "katak", "kaki botol", "kaki betina" muncul kembali. mana yang betul, mana yang salah... aku pun tak tau.

Cucu Tok Selampit menulis dalam blognya begini:
1. Datuk Zaid merupakan seekor katak yang terang-terang melompat dari parti UMNO ke PKR. Di dalam usaha terdesak puak-puak Pakatan Haram menghentam ahli-ahli mereka keluar parti dengan menjadi ahli bebas, Datuk Zaid merupakan Putera Katak yang sebenar. Saya namakan sebagai "The Prince Of Frogs"
Betul kata Cucu Tok Selampit, Dato' Zaid melompat dari UMNO ke PKR. itu kenyataan yang tak dapat kita tolak. tapi kita juga tidak lupa bahawa Dato' Zaid sebelum melompat ke PKR, adalah seorang yang memegang Jawatan "Menteri" di Jabatan Perdana Menteri, beliau juga adalah seorang yang memegang jawatan penting didalam Parti UMNO di Kota Bharu.

"Katak" ini meninggalkan semua Jawatan yang disandangnya didalam UMNO sebelum "melompat" ke Parti KeADILan Rakyat. dengan ertikata lain, "Katak" ini terjun dalam keadaan "bogel" padahal pakaian yang dipakainya sebelum itu adalah pakaian mewah yang lebih hebat dari pakaian barunya didalam PKR.

"Katak" yang "seekor" ini adalah 1-1 nya "Katak" yang meninggalkan kemewahan demi kerana menegakkan "prinsipnya" yang sealiran dengan rakyat.

Antara "Katak-Katak" yang melompat, saya memandang tinggi pada Zaid Ibrahim sebab dia adalah 1-1 nya "Katak" berjiwa rakyat. gelaran yang diberi oleh Cucu Tok Selampit pada Zaid tidak akan saya sanggah. "Prince Of Frog" agak sesuai.

Saya cuba untuk mencari 1 nama antara Katak-Katak yang melompat dan setaraf kedudukannya dengan Zaid Ibrahim tetapi saya gagal untuk mencari Katak yang mempunyai kriteria yang sama dengan Zaid.

Tiada antara mereka yang meninggalkan Jawatan yang disandang dan melompat dalam keadaan "bogel", meninggalkan kemewahan yang ada dan menikmati kehidupan "bangsat" sebagai rakyat biasa.

Jamal. Osman, Hwe, Fairuz, Zahrain dan lain-lain yang melompat setakat ini kehidupannya semakin mewah. mereka meninggalkan kehidupan sebagai rakyat biasa dari kedai-kedai kopi ke penghidupan elit di kafe-kafe dan lounge-lounge hotel 5 star.

Katak-Katak lain selepas melompat agak risau untuk muncul dikawasan DUN dan Parlimen masing-masing melainkan dengan kawalan ketat pihak berkuasa manakala Katak yang seekor ini (Zaid) tak pernah risau untuk balik ke kampung asalnya di Kota Bharu. rumah besarnya di Pasir Hor tak pernah bertutup pintu pagarnya dan tiada apa yang merisaukan beliau.

Itu beza lompatan yang "berprinsip" dengan lompatan yang "berduit". Katak yang seekor ini juga pernah bersama-sama dengan Rakyat dijalanan bermandi simbahan water canon dan bom asap dalam memperjuangkan Hak Rakyat.

Para pengundi di Hulu Selangor pada saya amat-amat beruntung sekiranya memilih Dato' Zaid sebagai Ahli Parlimen yang mewakili mereka sebab saya tahu, jika ada antara penduduk Hulu Selangor yang Haknya diperkosa oleh Kerajaan tak kira dari Pusat atau Negeri, Katak ini akan berada bersama anda mempertahankan Hak anda.

Alah bisa, tegal biasa. Zaid telah membuktikannya dalam isu ISA. prinsipnya tidak selari dengan parti yang dinaunginya dan Zaid tanpa segan silu, menyuarakan isihatinya walaupun berhadapan dengan tindakan tegas dari partinya sendiri. itu ciri-ciri yang baik.

Cucu Tok Selampit menulis lagi:
2. Datuk Zaid terkenal dengan kegemarannya "menonggang" botol-botol minuman haram. Sejak saya bertugas di sebuah Bank di Petaling Jaya awal tahun 90an, adalah menjadi kebiasaan bagi pegawai kredit seperti saya melawat pejabatnya, Zaid & Co. untuk urusan dokumentasi perundangan pelanggan. Bagi sesiapa yang pernah melawat pejabat Datuk Zaid dan rapat dengannya, pasti tahu kegemarannya dengan minuman syaitan ini.
Untuk isu ini, saya tiada maklumat yang tepat. cuma yang dapat saya ceritakan ialah, saya kenal seorang yang sangat-sangat rapat dengan Dato' Zaid Ibrahim sewaktu beliau berada didalam UMNO Kota Bharu dan inilah juga yang sering diceritakan pada saya selepas Dato' Zaid meninggalkan UMNO. sebelum itu ketika Pilihanraya Umum ke-12, kisah ini tak pernah timbul.

Saya yang memang dari dulu adalah penyokong Pakatan Rakyat (tanpa diketahui oleh "orang berkenaan") pernah bertanyakan perihal perkara tersebut ketika kempen PRU-12 dengan niat ingin menjatuhkan Zaid (dalam kempen PR-12), tetapi "orang berkenaan" menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut pada ketika itu.

"Orang berkenaan" yang saya maksudkan pada ketika ini telah berada di Hulu Selangor bersama dengan kontijen-kontijen UMNO Kelantan menaiki flight dari Pengkalan Chepa pagi tadi dan "beliau" akan pulang ke Kota Bharu selepas hari penamaan calon.

Saya juga pernah menghubungi Haji Mursyid, seorang yang saya tahu amat-amat rapat dengan Dato' Zaid dan meminta penjelasan akan perkara ini sebaik sahaja saya dapat tahu Dato' Zaid bakal mewakili Pakatan Rakyat, jawapan dari haji Mursyid ialah - kalau benar, pasti saya dahulu yang tahu.

Haji Mursyid bukan seorang yang asing dalam keluarga Dato Zaid.

Untuk isu ini, saya tak boleh nak cakap ya dan saya tak boleh nak cakap tidak.

Kata Cucu Tok Selampit lagi:
3. Datuk Zaid juga terkenal dengan penyakit goutnya. Buat penduduk-penduk di Hulu Selangor, banyak-banyakkanlah belanja Datuk Zaid makan daging merah dan makanan laut. Silap-silap bertongkat kemudiannya.
Masya-Allah... saya terkedu apabila membaca yang ini. penyakit adalah ujian dari Allah. hina sangatkah seorang yang berpenyakit dimata Cucu Tok Selampit..? saya harap dan saya berdoa memohon kepada Allah agar ahli keluarga Cucu Tok Selampit dijauhi dari sebarang penyakit, jika tidak, saya risau mereka akan disisihkan dari keluarga mereka sendiri kerana penyakit itu. amin...

Dato' Zaid bukan anak tempatan:
4. Datuk Zaid merupakan calon bukan anak tempatan Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding atas tiket UMNO bagi kawasannya di Kota Bharu dan kalah kepada calon PAS. Untuk calon bidan terjun sebegini adakah penduduk Hulu Selangor mengharapkan beliau akan membela nasib mereka?
Anak tempatan bukan 1 tiket atau jaminan bahawa seseorang itu akan komited memperjuangkan hak-hak rakyat tempatan yang diwakilinya. Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ini (Allahyarham) Dato' Zainal pun bukan anak tempatan tetapi beliau juga berjaya dan telah membuktikan bahawa beliau mampu untuk menjadi seorang wakil rakyat yang prihatin di Parlimennya.

Di Kelantan contohnya, Dr. Hatta Ramli bukan anak tempatan Kuala Krai, Saifuddin Nasution bukan anak jati Machang, Ustaz Nasaruddin Mat Isa bukan juga anak jati Bachok, tetapi kawasan Parlimen masing-masing tetap terjaga dengan baik dan mereka juga dihormati di kawasan Parlimen masing-masing malah di Negeri Kelantan kerana kewibawaan mereka dalam memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen masing-masing.

Isu calon bukan anak tempatan bukan isu pada zaman ini kerana orang Malaysia sudah cerdik. kalau dapat calon anak tempatan tapi "khidmatnya" seperti Fairuz, Jamal dan Osman, apa yang bagusnya..? mungkin bagus bagi UMNO sebab UMNO memang berminat dengan anak tempatan yang banyak menghabiskan masanya di padang-padang golf di luar negara.

Indonesia contohnya.

Cucu Tok Selampit menulis berkenaan Zaid Tolak Hudud:
5. Siapa yang pernah melupakan calon PKR ini. Puak-puak PAS jangan cuba buat-buat lupa. Datuk Zaid semasa di dalam UMNO adalah orang yang paling lantang menentang hukum hudud. Sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman Kerajaan PAS Kelantan sekiranya Kerajaan PAS mengadaptasikan hukum hudud di Kelantan.
Berkenaan dengan hal ini, telah dijelaskan oleh Dato' Zaid didalam wawancara antara Dato' Zaid dengan wartawan Harakah dan saya siarkan tanpa sebahagiannya seperti berikut:
Semasa Datuk dalam Umno dahulu, melalui firma guaman Datuk, Zaid Ibrahim & Co, Datuk telah menyaman undang-undang hudud yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketika itu, kenapa Datuk bertindak sedemikian. Dan ketika ini, bagaimana hubungan Datuk dengan para pemimpin PAS pula khasnya Tok Guru Nik Aziz sendiri berdasarkan sejarah itu?

Zaid: Saya sudah pun jelaskan banyak kali mengenai perkara ini dan saya pecaya Tok Guru Nik Aziz pun faham mengenainya. Walaupun saya saman PAS, saya bertanding di Kota Bharu, saya masih menang. Kalaulah PAS marah sangat pada saya, tak mungkin saya boleh menang kerusi yang kita kalah 15 tahun. Saya percaya penjelasan saya diterima.

Sebabnya begini...dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Saya cuma hendak kemukakan kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan. Hak negeri kekal dengan negeri. Kalau kita tidak jelaskan perkara ini maka kita akan menghadapi masalah kerana setiap Dewan Undangan Negeri mesti menggubal undang-undang jenayah sendiri. Jadi akan bercelaru dalam sistem perundangan.

Jadi tindakan saya itu hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan. Memanglah kalau kita fikir, orang politik tidak patut buat macam itu. Boleh mati politik dia. Tapi saya berpegang kepada sesuatu prinsip. Kalau saya rasa hal ini mustahak untuk dijelaskan kepada rakyat, saya perlu jelaskan. Kalau saya tidak maju dalam politik sebab ini tidak mengapalah.

Macam saya dalam BN dulu, kalau saya nak kekal sebagai Menteri pun boleh tapi apabila Kerajaan buat sesuatu yang melampau sangat, saya rasa ini tidak betul. Itu cara sayalah. Saya bukan nak hina PAS atau nak provok PAS atau hina agama. Itu tidak timbul. Cuma soal bidang kuasa siapa yang boleh ubah undang-undang sebegini.
Wawancara penuh boleh dilayari disini.

Melihat pada serangan-serang awal yang ditujukan pada Dato' Zaid yang lebih bersifat "peribadi" membuktikan bahawa betapa UMNO/BN sedar, peluang mereka untuk menang adalah tipis.

Kempen awal ialah menyerang peribadi calon lawan, tiada isu-isu tempatan yang berani diangkat oleh UMNO/BN sebab mereka tahu, isu-isu tempatan akan memakan diri mereka (UMNO/BN). mereka tahu antara isu yang paling-paling perlu diselesaikan ialah isu pemilikan tanah yang telah berlanjutan selama lebih 20 tahun dan ianya adalah isu lama yang gagal ditangani oleh UMNO/BN ketika mereka mengepalai Kerajaan Negeri Selangor.

Isu pemilikan tanah hanya boleh diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat TIDAK ADA KUASA untuk menyelesaikan isu ini.

Masuk ke felda-felda di kawasan Hulu Selangor, juga UMNO/BN gagal untuk menyelesaikan masalah "turun temurun" anak-anak felda padahal Pengerusi Felda sendiri ialah Perdana Menteri Malaysia.

Isu felda akan dihuraikan kemudian tetapi untuk pengetahuan anda, isu felda di Hulu Selangor, tidak ada bezanya dengan apa yang dihadapi oleh anak-anak dan peneroka felda di Pahang, Tanah Tumpah Pengerusi Felda - Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itu saya katakan - isu anak tempatan bukan isu utama pada zaman ini. sedangkan Najib sendiri pun gagal menangani isu felda di Negerinya (Pahang) padahal beliau adalah anak jati Pahang.

Kalau tak silap pengetahuan saya, peneroka-peneroka felda memegang saham sebanyak 51% didalam felda tetapi mereka-mereka ini TIADA HAK didalam felda. ini antara "Perjanjian Syaitan" dibawah UMNO/BN.

APCO pun bukan Syarikat anak jati Negara Malaysia tetapi boleh pula diberi tanggungjawab yang besar di Negara Malaysia. kenapa..? sudah pasti UMNO/BN akan menjawab - Kerana mereka (APCO) berkelayakan.

Jadi apa masalahnya kalau Zaid yang bukan anak tempatan tetapi berkelayakan menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor..?