Heran bin ajaib saya. Saya mendapat maklumat yang SAHIH lagi TASHIH bahawa Khalid Samad juga telah dihantar surat tunjuk sebab oleh JK Disiplin PAS. Para pembaca boleh pergi mensahihkan perkara ini sendiri dengan Khalid.
Setahu saya perbincangan sewaktu Mesyuarat Khas tempohari berkisar tentang Hasan Ali dan salah laku beliau sebagai PJ. Ertinya, kalau ada yang sepatutnya disiasat, mestilah Hasan Ali dan mereka yang terlibat dalam aktiviti anti Pakatan Rakyat.
Kita semua maklum bahawa Khalid Samad BUKAN ANTI PAKATAN RAKYAT. Mengapa Khalid Samad disiasat sama?
Maklumat yang saya dapat adalah tuntutan supaya Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin telah dikeluarkan PAS Selangor SEBELUM mesyuarat khas PAS Pusat baru-baru ini. Sepatutnya, kes Khalid ini dibicarakan dalam sessi yang berlainan ataupun oleh JK yang berlainan. Ini kerana tema penyiasatan Hasan Ali and the gang adalah aktiviti anti Pakatan Rakyat.
Khalid Samad menghadapi tuduhan yang BERLAINAN dari “Hasan Ali and the gang”. Walaupun Presiden mengatakan PAS Selangor dihadapkan ke JK Disiplin, tapi TEMA atau SEBAB penghadapan itu adalah kegiatan anti Pakatan Rakyat.
Maklumat yang saya dapat juga, tuduhan kepada Khalid juga tuduhan bodoh. Misalnya, Khalid diminta dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat bersama dalam kumpulan “10 MP” yang menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz menyuruh memberhentikan idea kerajaan Pakatan Rakyat.
Tapi, yang peliknya, hanya Khalid Samad seorang yang didakwa. Yang 9 lagi tu tak pula didakwa? Inilah standard PAS Selangor sekarang ini. Nak buat tuduhan pun tak konsisten apa lagi hendak membuat pembuktian.
Juga, saya sudah rujuk perlembagaan parti, tiada peruntukan yang mengatakan perjalanan mesyuarat PAS Perhubungan Negeri itu rahsia parti. Ini kerana setiap ahli yang membayar yuran ada hak untuk mengetahui keputusan mesyuarat Perhubungan negeri mereka. Jadi, kenapa harus berahsia? Itu pun mereka hendak buat tuduhan terhadap Khalid Samad.
(NOTA : Tuduhan yang dibuat ke atas Khalid Samad ini bukan datang dari JK Disiplin tapi datang dari Perhubungan PAS Negeri Selangor. Cumanya, JK Disiplin telah pun menghantar surat tunjuk sebab pada Khalid Samad)
Apa pun, tiada siapa yang boleh membuktikan Khalid Samad telah engkar dan belot terhadap parti. Tiada siapa boleh buktikan tindakan Khalid Samad merugikan parti.
Tiada Arahan Menyuruh Hasan Ali Berhenti “Tour” di Selangor
Juga saya hairan kerana JK Disiplin PAS mengetahui kegiatan Hasan Ali menjalankan kempen membela diri kepada ahli2 dan AJK PAS seluruh Selangor. PErkara yang diperkatakan Hasan Ali dalam dialog2 ini adalah berkaitan dengan tuduhan beliau dalam kes beliau yang sedang berjalan.
Kalau dalam prosiding mahkamah biasa, apa yang dibuat oleh Hasan Ali ini boleh dikira sebagai “subjudis” yang boleh membawa kepada hukuman penjara.
Soalan saya adalah mengapa JK Disiplin tidak mengarahkan Hasan Ali supaya memberhentikan kegiatan subjudis beliau sedangkan JK Disiplin mengetahui dengan jelas akan kegiatan Hasan Ali ini?
Ini pun buat saya pening memikirkannya.
Muslihat atau Tidak Sengaja?
Saya tidak tahu samada ini muslihat atau tidak sengaja. Tapi yang kita tidak mahu adalah untuk melindungi Hasan Ali dan pada waktu yang sama mahu tampak adil, maka hukuman terakhir yang akan diberikan adalah amaran keras kepada kedua2 Khalid dan Hasan Ali.
Ini supaya nampak bahawa kedua-dua Khalid Samad dan Hasan Ali sama2 bersalah dalam isu ini. Sedangkan tiada bukti tindakan Khalid menjejaskan persepsi rakyat pada PAS padahal tindakan Hasan Ali telah maklum menjejaskan persepsi rakyat pada PAS.
Kita tidak mahu ini menjadi alat untuk melindungi mereka yang jelas bersalah.
Saya juga berharap apa yang saya tulis ini dibuktikan salah dan ianya cuma salah faham saya sahaja.
Tulang Besi

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label JK Disiplin. Show all posts
Showing posts with label JK Disiplin. Show all posts
Tuesday, November 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)