"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Liwat 2. Show all posts
Showing posts with label Liwat 2. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Saiful ulangi tidak aniaya Anwar, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

(Mukahir) KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.

"Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin... waktu terdekat," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan menyelesaikan sebelum 18 Ogos ini, beliau berkata:
"Itu tidak penting, yang penting kita meneruskan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana kes ini menarik minat orang ramai, menyentuh kesejahteraan dan ketenteraman kita.

"Kita akan melakukan yang terbaik untuk menentukan kes ini mendapat keputusan yang benar dan tepat."

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menentukan kebenaran bagi memastikan kepentingan pengadu dan orang yang disiasat terpelihara.

"Kedua-dua pihak akan terpelihara. Kita memberi jaminan pada (aspek) itu," katanya lagi.
Kelmarin, laporan perubatan yang tidak disahkan daripada sebuah hospital swasta mendedahkan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Mohd Saiful dikatakan diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan di Hospital Pusrawi.

Bagaimanapun, polis menyatakan laporan berita mengenai perkara itu bertujuan untuk mensabotaj penyiasatan mereka dan mengelirukan orang ramai.

Malah, kelmarin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

Ismail yang memberitahu, pihaknya telah menemu bual sejumlah saksi yang banyak sepanjang sebulan yang lalu dan akan memanggil pengendali portal berita untuk membantu siasatan jika keadaan memerlukan.

"Kita sedang mengkaji (untuk memanggil pengendali portal) dan jika perlu kita akan memanggil mereka," katanya.

Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: "Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini."

Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini - beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI.

Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan.

"Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut.

"Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan," katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini.

Mohd Saiful akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata, anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

"Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis," katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: "Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata, anak guamnya mempunyai "kes yang kuat" untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.

-mSTAR Online

Anwar: Qazaf liwat seperti zina

kemaskini 1:59pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberikan kenyataan berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Selepas pertemuan selama dua jam setengah, Anwar berkata beliau turut mengemukakan hujah daripada ulama usul fekah Dr Taha Jabir al-Ulwani yang menyebutkan qazaf bagi tuduhan liwat terpakai seperti tuduhan zina.

Anwar membuat aduan terhadap Mohd Saiful pada 9 Julai lalu agar jabatan agama itu menyiasat pemuda tersebut bawah kesalahan qazaf atau tuduhan palsu.

Sementara itu, para wartawan telah berkumpul di rumah Anwar di Bukit Segambut sejak jam 5.30 pagi tadi susulan khabar angin yang mengatakan beliau mungkin akan ditahan dan didakwa atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun tiada apa yang berlaku dan Anwar tiba di pejabat JAWI pada jam 10.30 pagi.

Dalam sidang media yang sama, penasihat PKR berkata beliau tidak risau dengan hasil pemeriksaan terhadap Mohd Saiful di hospital Kuala Lumpur (HKL) jika ia dijalankan secara profesional.

"Tahun ini, kita ada sedikit ruang, sebab itu kita dapat laporan doktor. Bahkan laporan HKL, saya tidak bimbang sama sekali. Soalnya apakah ada kemungkinan (laporan di HKL) selepas itu dikoyak atau dipinda," katanya.

[Berita penuh menyusul]

-malaysiakini

Anwar kini berada di JAWI, 12 jam selepas gesa polis henti siasatan liwat

(DiMutakhir) PETALING JAYA: Kira-kira 12 jam selepas meminta polis menghentikan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang dihadapinya buat kali kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara bagi memberi keterangan berhubung laporan di bawah peruntukam qazaf (tuduhan palsu) mengenai dakwaan tersebut.

Pagi semalam Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Anwar tiba di pekarangan JAWI pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Malam tadi ketika dihubungi mStar Online, Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar mengesahkan mengenai kehadiran Anwar di JAWI.

“Ya, Datuk Seri Anwar akan ke JAWI esok bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat dulu,” kata beliau yang menganggotai pasukan pembelaan Anwar.

Ini kali pertama Anwar membawa isu berkenaan kepada JAWI. Beliau berhadapan dengan dakwaan meliwat 10 tahun yang lalu.

Pada 9 Julai lalu Anwar telah memfailkan laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut seksyen itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia boleh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat dakwaan tersebut terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat atas nasihat ulama dan peguam mengikut undang-undang Syariah.

-mSTAR Online

Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini

(Mutakhir) PETALING JAYA: Kira-kira 12 jam selepas meminta polis menghentikan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang dihadapinya buat kali kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara bagi memberi keterangan berhubung laporan di bawah peruntukam qazaf (tuduhan palsu) mengenai dakwaan tersebut.

Pagi tadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar mengesahkan mengenai perkara itu ketika dihubungi mStar Online malam ini.

“Ya, Datuk Seri Anwar akan ke JAWI esok bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat dulu,” kata beliau yang menganggotai pasukan pembelaan Anwar.

Anwar dijangka memberi keterangan di JAWI pada pukul 10.30 pagi.

Ini kali pertama Anwar membawa isu berkenaan kepada JAWI. Beliau berhadapan dengan dakwaan meliwat 10 tahun yang lalu.

Pada 9 Julai lalu Anwar telah memfailkan laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut seksyen itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia boleh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat dakwaan tersebut terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat atas nasihat ulama dan peguam mengikut undang-undang Syariah.

-mSTAR Online

Wednesday, July 23, 2008

Akhirnya Filem ‘The Liwat 2′ Ditayangkan…!

Oleh C4boleh

Akhirnya filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat filem dari sequel yang pertama ‘The Liwat 98′ akan terubat jua setelah penerbit filem ini bersetuju menerbitkannya kerana telah mendapat suntikan dana yang baru. Filem ‘The Liwat 2′ kini sedang ditayangkan ke seluruh dunia setelah lebih 10 tahun berlalu. Filem ini dijangka akan memecahkan panggung dengan tangisan, suspen dgn aksi kejar mengejar, lif hampir meletup, komedi, air mata, pengorbanan paling menyentuh jiwa dan aksi liwat meliwat.

‘Filem ini terpaksa disambung oleh penerbitnya iaitu Bee End Film Production Sdn. Bhd. kerana penamat kepada cerita yang pertama masih tergantung…’ Kata JibTuya yang kini menjadi pengarah filem yang menggantikan Matded 10 tahun yang lalu. Matded telah bersara menjadi pengarah pada tahun 2003 setelah gagal membuat skrip yang lebih kemas. Dia telah dipecat oleh lembaga pengarah BNFPSB selepas itu.

‘Oleh kerana penjahat liwat tersebut masih belum serik-serik meliwat maka oleh itulah filem ini disambungkan…’ katanya lagi. ‘Watak penjahat masih dipegang oleh pelakon yang sama iaitu Anwa kerana masih menampilkan lakonan yang berkesan…’ tambahnya lagi.

Watak polis yang menyiasat kes ini telah bertukar kepada Bakri Zin setelah KP sedang disiasat oleh BPR kerana dia mempunyai kes dimana memalsukan keterangan dalam filem ‘The Liwat 98′ yang lalu.

Mangsa liwat juga adalah pelakon baru yang sedang mengilap namanya di arena seni tanahair iaitu Sai Fool yang masih berumur 23 tahun. Pada 10 tahun yang lepas mangsanya adalah seorang pemandu tertuduh yang bernama Azizan.

Menurut jalan ceritanya Sai Fool yang berbadan sasa dan tinggi 6 kaki mendakwa telah diliwat oleh Anwa di sebuah kondominium mewah berharga 2.2 juta ringgit. Anehnya mangsa tidak melawan semasa diliwat oleh seorang tua berumur 62 tahun, mungkin dia rasa syok juga sebab tu dia biarkan saja.

Walaupun Anwa telah bersetuju untuk menyerah diri pada pukul 2.00 petang ke balai polis tapi oleh kerana kecekapan polis menyaksikan kereta Anwa dipintas oleh polis bertopeng yang mendakwa mereka adalah sangat profesional.

Episod didalam balai ada unsur xxx dimana alat sulit telah diukur juga dipaparkan dalam filem ini. Babak ini sangat penting untuk menjayakan filem ini, tanpa babak ini tentu rosak jalan ceritanya.

Kepada peminat-peminat filem ini silalah menyaksikan jalan cerita seterusnya apabila tertuduh dibawa ke mahkamah untuk diadili nanti. Anda tidak perlu membeli tiket untuk menontonnya kerana ianya akan ditunjukkan melalui media massa dari masa ke masa. Jika anda tertinggal boleh melayari internet untuk mengetahui jalan akhir cerita ini samada Anwa akan dipenjarakan sekali lagi atau tidak seperti filem ‘The liwat 98′.

Tuesday, July 22, 2008

DNA : Pak Lah, PDRM & Rakyat Malaysia Kene Baca Ni...

Assalamu'alaikum...

Bosan dah nak jelaskan pasal DNA jadi aku surf internet untuk maklumat & antara banyak-banyak berita aku rasa 2 berita dari website luar negara ni patut Pak Lah,PDRM & semua rakyat Malaysia baca untuk pengetahuan.

Lepas dah baca 2-2 berita ni...baru boleh komen...jangan jadi BADUT ALIP MIM NUN WAU sarkis!

Yang ni aku ambik dari Washingtonpost.com

DNA Testing Helps Solve 1982 Murder of Md. Student
Montgomery County Detective Joe Mudano was searching an evidence supply room late last year when, on a top shelf, tucked out of plain view, he found a box that apparently had gone missing years ago.

Inside were tiny pieces of evidence from a 26-year-old unsolved slaying.

Using DNA extracted from a cotton swab stored in that box, investigators say they have solved the 1982 slaying of Wendy Stark, 20, who was shot four times on a porch near Kensington while trying to escape into a house from a man who had kidnapped and sexually assaulted her.

Investigators linked the genetic fingerprint through a nationwide database to Gerald A. Abernathy, who died of lung cancer last year at age 66 in a North Carolina prison. He had been serving a life sentence for an unrelated kidnapping and murder since 1994.

Police say Abernathy had escaped from a jail in Virginia five months before he killed Stark.

"I'm glad he's dead," Stark's mother, Marjory Stark, 72, said yesterday from her home in Damascus.

She said she would not have wanted to sit through a trial to hear "any terrible details of what happened to her."

April 10, 1982, the day after Wendy was shot, was certainly terrible enough. At the time, Marjory Stark lived in Manassas. Her daughter Wendy, who had played lacrosse and tennis and was a cheerleader at Rockville High School, was enrolled at the University of Maryland.

Marjory Stark and other family members were supposed to meet Wendy for lunch that day. When Wendy didn't show up, family members grew worried, couldn't find her and eventually started calling hospitals.

"What does she look like?" a woman at Suburban Hospital asked.

"She is tall and blond and has perfect teeth and she wears a Jules Jurgensen watch," Stark remembered answering.

The woman on the line was silent. Another person picked up the phone and told Stark that she had better come to the hospital, that a shooting victim might be her daughter. It was, and Wendy Stark died the next day.

By then, Montgomery detectives were well into the case. What they knew for sure was that at 9:02 p.m. April 9, Wendy had tried to enter a door at a house to escape her assailant. One of the home's owners, Bill Penkowsky, was inside alone at the time, in the basement. Police say he heard a woman's cry, followed by four gunshots. He went upstairs, where he saw a man on his porch pick up a small black and white dog and flee.

Penkowsky, who worked as a Russian translator, passed away three years ago, his widow, Peyton Penkowsky, said yesterday. She said the gruesome event on his porch left him less willing to venture outside. "I think that that incident changed my husband's life," said Peyton Penkowsky, 80.

Abernathy also came up earlier in the case, when a tipster told police about him. But Abernathy always denied involvement, and detectives had no evidence to link him. So the investigation languished, eventually assigned to the county's cold-case squad.

Late last year, Mudano, one of that squad's investigators, who was working on a different case, searched a locked storage room in Rockville used by Montgomery police to store old evidence dating to the 1970s, said Ed Golian, another cold-case investigator. That's when he came across the box, about the size of one that would contain a DVD player.

Inside was the cotton swab, used in 1982 to take a sample from Wendy Stark, along with hair and fiber samples, Golian said.

Mudano consulted with his department's DNA lab, which has been beefed up with new equipment. An analyst there was able to get a match, although the sample was degraded and minute, even by DNA standards.

Abernathy spent his life in and out of prisons, dating to at least 1959, Golian said. In 1973, he abducted two women at knifepoint outside a restaurant in Washington, forcing them to drive away in one of their cars. When he left the car momentarily at a gas station in Montgomery, they sped off. He jumped on the hood in an unsuccessful attempt to stop them, Golian said.

In late 1981, he was one of nine inmates who broke out of the Prince William County jail. They ran out an open door, which led to the dismissal of two jail guards, Golian said. He went to Montgomery.

Investigators said they think he crossed paths with Stark at the Hillandale Shopping Center about 4 p.m. April 9, when she stopped at a Zayre store on the way to her waitress job in Rockville.

Golian said the timing of the box discovery in the evidence room might have worked out for the best. About 12 years ago, he said, detectives looked for the box but could not find it. Had they done so, they might have submitted it for DNA testing, which was not as sophisticated then and might not have produced the match. And it would have destroyed the DNA for any future use.

"It probably worked out that he found it last year and not 12 years ago," Golian said.

Yang ni pulak aku amik dari Best News Website

Aussie man charged with 1984 killing on DNA match
MELBOURNE - A court charged a man Tuesday with the murder of a woman and her young daughter whose strangled bodies were discovered in their home in southeast Australia 24 years ago, police said.

Russell Gesah, 43, appeared at Sale Magistrates Court in Victoria state where he was charged with the 1984 murder of 35-year-old Margaret Tapp and her 9-year-old daughter Seana, police spokeswoman Vicki Vass said. Each charge carries a potential life sentence.

The child had also been sexually assaulted. Vass had no details on whether Gesah was to be charged with sexual assault.

Gesah was linked to the crimes after new technology allowed DNA found on the child's clothes to be compared with tens of thousands of genetic profiles held in a national DNA database, Detective Senior Sgt. Jeff Maher said in a statement. Gesah's DNA came up as a match, Maher said.

Detective Senior Sgt. Jeff Maher alleged in a statement that Gesah had made a random attack on the Tapps, whom he did not know.

Vass said Gesah did not enter a plea to the charges and will remain in custody. He is scheduled to appear Monday at the Melbourne Magistrates Court.

Jadi...fikir-fikirkan la...Pak Lah,PDRM & seluruh warga Malaysia...

Konspirasi AG dan IGP

Malam tu, depa parti sakan. Jabatan Kimia cukup seronok bila depa rasa, depa ada bukti kukuh terhadap Anwar, jadi memutuskan untuk merayakannya. Ada la sorang hamba Allah pi sponsor RM25,000 untuk Jabatan Kimia sebab, tak macam dulu, kali ni depa dapat pegang teloq Anwar.

RM25,000 tak jadi kudis kalau nak buat parti, tambahan pula kalau nak buat parti menyambut perkahwinan Perdana Menteri.Tahun lepas, masa Pak Lah kawin dengan Pembantu dari Putrajaya, depa belanja berjuta! RM25,000 pun tak jadi apa, kalau nak sambut hari dimana Najib jadi Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansor beli beg tangan lebih mahai dari tu. Tapi RM25,000 cukup besar kalau nak sponsor parti untuk merayakan kejayaan Jabatan Kimia kerana berjaya mencengkam teloq Anwar.

Pasai apa Hamba Allah ni perlu sponsor parti yang bernilai RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak sambut apa? Selalu ka depa buat macam tu? Ataupun ini adalah kejayaan sekali dalam seumur hidup kerana berjaya mempunyai 'bukti' untuk menghantar Anwar kepenjara untuk sekurang-kurangnya 10 tahun, dan memastikan Anwar tidak akan berjaya menubuhkan kerajaan pada 16 september 2008 nanti?

Oh oh!! Tunggu sat. Abdullah Badawi ada cakap, Anwar mesti memberikan profil DNA yang baru secara sukarela. Profil DNA tahun 1998 yang ada kat polis tu dah lama. Polis pulak kata, kalau Anwar tak mau bagi profil DNA yang baru, depa akan dapatkan perintah mahkamah untuk memaksa Anwar. Ho.ho.ho... ada banyak yang tak kena, brader.

Mula-mula sekali, kalau Jabatan Kimia sudahpun selesai dengan kes ini dan mempunyai bukti yang kukuh terhadap Anwar, pasai apa nak minta profil Anwar lagi? Profil DNA tak ada tarikh luput. Adakah polis juga memerlukan cap jari Anwar yang baru, sebab cap jari yang depa ambil 10 tahun dulu dah lepas 'tarikh luput'? Cap jari tak pernah berubah dari tarikh kita dilahirkan sampa mati. Profil DNA pun macam tu jugak! Awat la bodoh sangat?

Kalau hangpa ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali dan pemeriksaan membuktikan dia mati kerana keracunan arsenik. Dan Napoleon mati pada 5 May 1821, sama dengan 187 tahun dulu! Tak kan Profil DNA Anwar yang baru 10 tahun dah basi kot?

Sebenarnya, bukti kukuh yang dikatakan diperolehi oleh Jabatan Kimia itu diperolehi melalui contoh yang diperolehi pada tahun 1998. Jadi, depa perlukan contoh baru yang bertarikh 2008. Kalau tidak, sekiranya Anwar membawa pakar dari luar untuk mengaudit bukti Jabatan kimia itu, sudah pasti, pakar tersebut akan mendapati 'bukti' itu sebenarnya sudah berusia 10 tahun, dan bukannya dari kejadian 'liwat' pada 26 Jun 2008 seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Betui!! bukan saja pakar DNA akan dapat mengetahui 'air mani' yang ada pada seluar dalam Saiful itu kepunyaan Anwar, malah depa juga boleh tau sama ada ianya dari contoh tahun 1998 ataupun bertarikh 26 Jun 2008.

'Bukti'nya sudah sedia. Contoh airmani pada seluar dalam Saiful telah disahkan. Satu saja masalahnya ialah, kalau dibenarkan pakar bebas dari luar negara melakukan audit terhadap bukti Jabatan Kimia ini, sudah tentu pakar ini akan mengesahkan air mani itu berusia 10 tahun.

Jadi, depa mesti tukarkan contoh September 1998 kepda July 2008. Itu sebabnya Abdullah Badawi dan Syed Hamid Albar, dan ramai lagi, meminta Anwar menyerahkan contoh profil DNA yang baru. Mereka memerlukan contoh baru ini untuk 'membuktikan' bahawa airmani yang ada pada seluar dalam Saiful bertarikh 26 Jun 2008. Dan Pak Lah sendiri telah 'mengesahkan' perkara ini bila dia meminta Anwar menyerahkan profil DNA yang baru secara sukarela walaupun contoh yang lama masih boleh digunakan kalau setakat untuk mengetahui profil DNA.

Ya, pada September 1998, depa dah ambil contoh darah Anwar. Tapi depa tak boleh gunakan sebagai bukti dalam kes yang terbaru ini. Mereka perlukan bukti terbaru dan melainkan mereka boleh memaksa Anwar menyerahkan contoh terbaru, 'bukti' mereka dianggap lemah.

Itulah sebabnya polis terpaksa membebaskan Anwar atas jaminan polis sehari selepas dia ditangkap macam filem Hollywood. Mereka terpaksa membebaskan Anwar atau pun membawanya kemahkamah untuk didakwa. Tapi macam mana nak dakwa Anwar kalau 'bukti' tidak dapat diterima? Dan bukti yang menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh Anwar adalah menerusi contoh DNA tahun 1998 sudah pasti tak diterima oleh mahkamah. Anwar dituduh pada 26 Jun 2008, bukan September 1998!

Nampak tak, macam mana liciknya AG dan IGP berkomplot? Dan dua makhluk seperti ular ini juga yang memalsukan bukti pada tahun 1998 yang menyebabkan Anwar terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun. Dan an aku melakukan kesalahan menghasut dan memfitnah bila aku cakap perkara ini! Mintak-mintak macam tu la. Sementara kita masih lagi dalam hal ini, amacam kalau aku buat satu lagi 'kesalahan'? Aku akan menuduh AG dan IGP memalsukan bukti dan mengancam saksi.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

"Bukti' terhadap Anwar tidak cukup. Mereka kini mencari jalan lain untuk 'membuktikan' Anwar meliwat Saiful. Dalam pada itu, kita perhatikan, sama ada AG akan melakukan satu lagi repot polis terhadap aku dan sama ada IGP akan menangkap aku dan mendakwa aku dimahkamah kerana menghasut dan memfitnah kerana dakwaan ini.

Hei!! Aku dah pun ada empat tuduhan menghasut dan memfitnah. Tak jadi hal kalau tambah lagi dua atau tiga tuduhan! Yang penting ialah sama ada aku masuk jel atau tidak. Apa yang penting ialah dunia diberitahu bahawa mereka sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau masuk jel pun, pulang modal.

(Posting ini adalah terjemahan daripada artikel terbaru Raja Petra,How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar)

Semalam, aku post yang ini...

"Pada 18 jun 2008, Saiful telah pergi kePusat Rawatan Islam Kuala Lumpur, (Pusrawi KL), untuk medical check-up dan beliau telah diperiksa oleh seorang doktor Myanmar (PR) dan doktor mendapati tiada kesan terhadap pungkoknya.Doktor tersebut telah ditahan oleh polis selama 3 hari dan semua rekod-rekod perubatan Saiful didapati hilang."

Hari ini pula, Petra tulis yang ini.

You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.

Kebetulan? Khabar angin? Mesti ada sesuatu yang tak kena!

-mat saman kati

TERBARU :Sudah ribuan kes... tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif

Semasa bercakap kepada para wartawan lepas membuat lawatan ke Hospital Jasin di Melaka petang Isnin Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ribuan pemeriksaan perubatan kes melibatkan jenayah seks sama ada rogol atau liwat telah dikendalikan oleh pakar perubatan mengikut prosedur Kanun Acara Jenayah dan Prosedur Operasi Standard Perubatan selama ini berjalan dengan baik dan telus.“Tidak pernah ada orang pergi pada surat khabar bercakap dia dibogelkan, dia dianiaya dan dia diaibkan.“Kalau ada beribu orang yang menghadapi tuduhan sebegini rupa dan yang sekarang ini menunggu proses pendakwaan, menjelajah ke seluruh negara berkempen macam Anwar, apa akan jadi pada negara ini,” katanya mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau dibogelkan ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.Dr Latiff berkata, tuduhan meliwat ini merupakan kes peribadi dan sepatutnya Penasihat PKR menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain dengan pelbagai tuduhan.“Pegawai saya (di hospital) bukan ada mata bionik untuk melihat begitu saja untuk tahu berapa luas, berapa lebar, berapa banyak...pegawai saya tidak ada keistimewaan itu, dia kena tengok sendiri,” katanya - 21/7/2008

Monday, July 21, 2008

Saya yakin ada kes - Peguam Saiful...bapa pertikai sikap dolak dalik Anwar



Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang.

Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut.

“Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.

Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful (baju T merah) yang hanya mahu dikenali sebagai 'Uncle Pet'.

Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful,Azlan Mohd Lazim.

Sidang media tersebut yang bertukar seolah-olah menjadi sesi ‘perbicaraan’ turut menyaksikan isu sama ada laporan polis itu benar-benar wujud atau tidak ekoran kenyataan Anwar yang mempertikaikan sehingga kini beliau tidak mendapat salinan laporan polis berkenaan.

Zamri berkata, laporan polis memang telah dibuat dan beliau sendiri telah melihat salinan laporan polis tersebut.

Terdahulu semasa membaca kenyataan bapa Saiful itu mendesak supaya Anwar memberikan kerjasama kepada polis untuk menyegerakan siasatan termasuk memberikan kerjasama untuk membolehkan ujian DNA dijalankan.

Menurut Azlan, sikap berdolak dalik Anwar telah menyebabkan siasatan tersebut tidak dapat disegerakan dan mendesak pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes berkenaan dan membawa indvidu yang terbabit dalam kes berkenaan ke muka pengadilan.

Azlan juga dalam kenyataannya itu berkata, anaknya Saiful bersedia untuk bersumpah bersumpah menurut cara Islam yang di mana-mana masjid dengan disaksi ulama untuk menegakkan kebenaran.

Bagaimanapun katanya, sumpah berkenaan hanya boleh dibuat setelah pihak polis menyelesaikan siasatannya.

Ketika ditanya adakah Saiful seorang gay (homoseksual), Zamri menegaskan anak guamnya bukan terdiri daripada golongan tersebut.

Ditanya, adakah benar Saiful kini dalam jagaan polis, peguam itu berkata, saiful kini bukan dalam jagaan polis tetapi dalam perlindungan polis untuk menjamin keselamatannya.

Selain persoalan berkenaan, wartawan juga bertanya kenapa bapa Saiful sendiri tidak tampil untuk membuat kenyataan berkenaan, Zamri berkata, buat masa ini bapa Saiful mempunyai komitmen lain dan pihaknya diminta untuk berbuat demikian. – 21/7/2008

Bapa: Anwar 'banyak alasan, dolak-dalik'

Jul 21, 08 4:57pm
Bapa pemuda, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan penasihat PKR itu memberi "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes tersebut.

Azlan Mohd Lazim berkata anaknya Mohd Saiful Bukhari telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."

Kenyataan empat perenggan Azlan dibacakan peguam anaknya Zamri Idrus di sebuah hotel sebelah Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.

-malaysiakini

KES ANWAR : GERAKAN TAK SETUJU CARA PAK LAH

Biarpun Pak Lah memberi jaminan yang Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara tidak akan mencampuri urusan siasatan kes liwat Anwar, namun parti Gerakan mempunyai cadangan lain.

Menyedari terdapatnya konflik dalam siasatan kes tersebut dan juga terdapat persepsi yang negatif daripada rakyat mengenai ketelusan siasatan tersebut, maka Parti Gerakan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dan mengadili kes tersebut.

Cadangan dari parti Gerakan itu seolah-olah ingin memberi peringatan kepada Pak Lah supaya menangani kes ini secara bebas dan telus. Parti Gerakan mungkin sudah dapat ‘membaca’ implikasi yang bakal dihadapi oleh Barisan Nasional sekiranya cara kes ini diadili tidak disenangi oleh rakyat dan komuniti antarabangsa.

Sila klik di sini untuk menonton cadangan yang dibuat oleh parti Gerakan itu.

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Koh Tsu Koon? Nada suaranya sentiasa lembut. Mungkin sesetengah pihak menganggap saranan Gerakan itu satu cadangan, tapi saya fikir, ianya adalah gesaan yang perlu diambil serius oleh Pak Lah.

Hakikatnya kini, kerajaan Pak Lah tidak lagi boleh mengambil mudah cara siasatan ini dibuat kerana rakyat dan juga komuniti antarabangsa sudah mula mempersoalkan tahap integriti PDRM dan juga ketelusan siasatan kes ini. Pak Lah tidak lagi boleh berkata :

Jaminan yang dibuat oleh Pak Lah itu boleh dibaca di Malaysiakini.

Sunday, July 20, 2008

安華:從2001年到2004年‧醫院有我的8 DNA樣本 ( Anwar: From 2001 to 2004 ‧ hospitals have my 8 DNA samples )

  • 安華召開新聞發佈會,吸引大批媒體採訪。(圖:星洲日報)

(雪蘭莪‧八打靈再也)公正黨顧問拿督斯里安華說,吉隆坡中央醫院在他坐牢期間,已經收集了他約8種脫氧核糖核酸(DNA)檢驗樣本。

他說,這些脫氧核糖核酸樣本都是從他身上獲取,包括他的腎脫氧核糖核酸樣本,有關當局是在他過去6年監禁期間取得這些樣本。

“在2001年、2002年甚至2004年,吉隆坡中央醫院擁有我完整的脫氧核糖核酸樣本......這些證據都是可以拿上法庭,是不能被挑戰的。”

安華週六(7月19日)在公正黨總部向支持者發表演講時表示,政府醫院的醫生以“會還他清白為由”,要求他的血液樣本,從中進行脫氧核糖核酸檢驗,但是卻遭到他拒絕。

不過,他說,有關當局以脫氧核糖核酸殘舊為由,要求他重新給樣本的理由無法令他接受,因為脫氧核糖核酸不管過了多少年都是一樣的。

點名針對醫院負責人

他說,他不會指責普通醫生及警員,因為他們都是奉命行事,而且他們也很友善的對待他,他所要針對的人是有關當局的負責人。

他表示,他在接受身體檢驗,脫完身上所有衣物只剩下底褲,但是有關當局也要求他脫掉,以檢查他的私處。

他說,有關當局還要拍照,但是他拒絕,因為他們要的照片在10年前已經有了,根本不需重新再拍照,而且他也擔心他們可能將他的裸照上載至youtube。

“如果我都受到這樣的對待,平民百姓又怎樣?”

另外,他表示,妻子拿督斯里旺阿茲莎勸告他日後聘請助理時不要選擇太年輕或太英俊的,這導致他只能選擇80歲的老頭成為他的助理。

他也呼吁所有支持者不要輕易被警方挑釁。

星洲日報‧2008.07.20

translation

(Selangor ‧ Petaling Jaya) just party consultant, said that the Central Hospital in Kuala Lumpur during his imprisonment, he has collected about eight kinds of deoxyribonucleic acid (DNA) samples tested.

He said that these DNA samples were obtained from him, including his kidney DNA samples from the relevant authorities in the past six years in prison he achieved during these samples.

"In 2001, 2002 or even 2004, Kuala Lumpur Central Hospital, I have complete DNA samples ...... such evidence can be with the court, can not be challenging."

Anwar Saturday (July 19) at the party headquarters just delivered a speech to supporters that the doctors "will also citing his innocence" and asked him to the blood samples, from which a DNA test, But he was refused.

However, he said, the authorities concerned to DNA dilapidated grounds, asking him to re-sample of the reasons he can not accept, because the DNA regardless of the number of years is the same.

To a hospital for head

He said that he will not be accused of doctors and ordinary police officers, who are Fengmingxingshi, and they are very friendly treatment of him, he is to address the person in charge of the relevant authorities.

He said that he undergo medical examination, from all the clothing on the end only Diku, but the authorities also asked him to take off to check his private part.

He said that the authorities concerned to take pictures, but he refused, because they have to in the photo has been 10 years ago, is not re-photographed, but he also worried that they may be his photos uploaded to youtube.

"If I have been so treated, and how civilians» "

In addition, he said, his wife Wan Azizah Datuk Seri advised him not to the future employment of assistants when the choice is too young or too handsome, and this can only lead to his 80-year-old man chosen to become his assistant.

He also called on all supporters will not easily provoked by the police.

Sin Chew Daily ‧ 2008.07.20

Komplot jatuhkan Anwar, Pak Lah sekali gus!

oleh Mustafa Ali

(Isu tangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak polis baru-baru ini - penyunting)

Bagi saya, tindakan ini dibuat tanpa bukti yang kukuh dan satu tindakan yang tidak wajar sama sekali.

Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berdasarkan maklumat yang saya ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar.

Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burong serentak.

Lojiknya adalah, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa.

Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara.

Oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang.

Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak.

Tanpa suruhanjaya sebegini, rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan.

-DetikDaily

Anwar tetap dakwa ditelanjang

Jul 20, 08 12:05pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu lalu.

"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya.

Mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikian dalam ceramahnya di kampung Razali, dekat Kuantan, malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada hari beliau ditahan pada 16 Julai lalu untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Ketua Umum PKR itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada jam 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan tersebut.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

Pengarah HKL nafi

"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Anwar kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu, kata Dr Zaininah dalam kenyataan kelmarin.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.

-malaysiakini

TP - aku nak pi makan panadol jap...ngan 100 plus...pening...

Anwar patut beri kerjasama, kata Ibrahim Ali

Jul 20, 08 12:16pm
Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya, kata ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

ibrahim aliBeliau berkata, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu, kata Ibrahim, pihak polis juga telah memberikan jaminan tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Pasir Mas malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu..

Ibrahim berkata, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Lantik pendakwaraya mahir


Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai mantan timbalan perdana menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwaraya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

"Pendakwaraya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

-malaysiakini

TP - bang brahim, bang brahim......lupeke bang brahim tahun 1999 dulu pun polis bagi jaminan jugak...ketua polis pun bagi jaminan jugak...PM pun bagi jaminan jugak..."SAVE & SOUND"...tengok-tengok...lebam...bang brahim, bang brahim...sekali orang dah menipu bang brahim...sampai bila-bila akan dikenang bang brahim...baik bang brahim duk diam-diam dalam "frame" tu tunggu ani...

Usaha memalukan Anwar dah lama di rancang

aku cilok dari no2umno



Tertarik dengan artikel di Tranungkite yang mendedahkan bahawa usaha memalukan DS Anwar Ibrahim memang sudah lama di rancang. Rujuk artikel berkenaan Tranungkite

Artikel tersebut juga memaut satu lagi artikel yang telah di keluarkan oleh Marhaen pada 19.03.2008, 11 hari selepas pilihanraya. Tulisan berbentuk amaran itu telah di keluarkan oleh Pinochet Robert.

Sila rujuk berita tersebut ......

Tengku Adnan Ada Misi Khas
Tengku Adnan tidak tersenarai sebagai ahli kabinet sebab dia ada tugas besar yang perlu dilaksanakan sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Dolah Badawi telah menetapkan satu misi khas untuk mengembalikan UMNO ke persada politik perdana setelah UMNO/BN tewas teruk PRU12. Datuk Seri Anwar Ibrahim kena berhati-hati dengan segala tipu muslihat yang akan dilaksanakan oleh Ku Nan dengan kerjasama Datuk Shabery Cheek Menteri Penerangan. Jika tersilap langkah DSAI akan diaibkan sekali lagi seperti apa yang berlaku dalam tahun 1999. Begitu juga dengan pemimpin Barisan Rakyat yang lain. Anda semua sedang diperhatikan. Setiap langkah dan kata-kata akan dirakam dan diputarbelit sebaik mungkin untuk mengkucar-kacirkan gabungan Barisan Rakyat.

Dalam beberapa pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO Putrajaya, Ku Nan mengaku bahawa beliau telah menerima satu misi khas daripada Dr. Mahathir untuk merobah landskap politik UMNO khasnya dan negara amnya. Ia bermula dari tahun 1998 hinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim tersungkur pada tahun 1999 dengan fitnah licik yang diatur oleh Ku Nan dengan konco-konconya.

Pinochet Robert
Jika kenyataan di atas ada hubungkaitnya, bermulanya serangan kepada DS Anwar berlaku selepas 3 bulan selepas pilihanraya berlalu. Yakni pada tarikh lapuran polis dibuat oleh Shaiful Bukhari pada 28hb Jun 2008. Sebelum itu, Najib sendiri telah akui bahawa Shaiful berkunjung ke pejabat dan rumah kediaman TPM dengan alasan yang tidak masuk akal, melapurkan kejadian liwat kepada Timbalan Perdana Menteri secara terus. Jika serangan di buat pada tarikh yang disebut, tidak mustahil perancangannya dibuat lebih awal lagi, sekurang kurangnya pada awal tahun 2008 atau sebelum itu lagi.

Jika melihat kepada sikap Saiful Bukhari yang di dedahkan oleh beberapa kenalan beliau, Saiful Bukhari adalah seorang yang cukup mudah untuk di pergunakan sebagai senjata menjatuhkan DS Anwar kerana sikap giler glamour beliau. Rujuk berikut yang di petik dari Carigold Forum,
Salam,

Kalau ikut anak ana yang sama tahun dengan SBA, ada beberapa case sebenar nya SBA di UNITEN

1. Case RM20,000.00 duit Rakan Muda yang belum selesai
2. Tak attend kelas hingga di buang dari UNITEN
3. Rahsia bekerja dengan Tim PM
4. Hidup mewah, keluarga berpisah, ibu meninggal semasa tahun kedua (2005).....business keluarga jatuh, bercita-cita tinggi dalam politik
5. Baru bertunang dengan pembaca berita NTV 7 pada 17.05.08
6. Seorang pandai berkata-kata dan menunjuk watak baik dan kalau DSAI boleh terpengaruh apa lagi orang lain.

Itu lah sedikit maklum dari ana.

Wassalam
Pak Aman
Untuk lebih menonjolkan sikap gila popularnya, banyak terdapat gambar beliau diserata ceruk internet bersama para pemimpin UMNO. Biar pun ia menjadi koleksi peribadi, tapi tabiat sebegini, bukanlah suatu yang biasa di lakukan oleh pemuda yang sebaya dengannya. Kecuali mentaliti Shaiful memangnya bermasalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana dan bila beliau mula membabitkan diri di dalam PKR, sila rujuk artikel terdahulu yang telah di keluarkan lebih awal, sebelum kes ini meledak.
Musang Berbulu Ayam (Part 1)
Musang Berbulu Ayam (Part 2)

Jika merujuk kepada semua berita di dalam internet, terlalu ramai yang bersekongkol di dalam usaha ini. Cuma masa untuk mendedahkannya.

Dan aku, sehingga sekarang, perkara yang cukup pelik adalah bagaimana seorang mangsa liwat boleh TERSENYUM sambil melambaikan tangan untuk di rakam oleh jurugambar media. Rujuk [SINI]

Govt interfering in sodomy probe: Anwar Ibrahim

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim has charged Home Minister Syed Hamid Albar with interference in the probe into the sodomy charge against Ibrahim levelled by an aide. He alleged it was at the behest of Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi on Friday denied that anyone in his government was hatching any conspiracy against Ibrahim.

The probe would be allowed to be conducted unhindered, media reports Saturday quoted him as saying.

''It is to smear the credibility and reputation of our client. Syed Hamid should know better than to attempt to exert his influence on this matter, especially as he is a senior minister,'' Ibrahim's lawyer and political colleague R. Sivarasa said in a statement he issued at Ibrahim's house Friday.

On the other hand, the prime minister Friday challenged Ibrahim to immediately disprove the sodomy allegation against him by submitting to DNA tests.

Badawi said if Anwar had not committed the alleged crime, he should be willing to provide the sample without delay.

''If indeed he is not involved, give the sample now. He said he did not do anything. So he must give a fresh sample to prove that he did not do it. I want to see the results.''

Abdullah said the case could be concluded quickly. ''We want this to be resolved fast but (until Saturday) it still cannot be done,'' the New Straits Times said.

It's d j vu in Malaysia as L'affaire Anwar Ibrahim enters the second month with charges flying around just the way they did ten years ago.

Then deputy prime minister Ibrahim was slapped with a sodomy charge, combined with corruption. He was sacked by then prime minister Mahathir Mohamad.

He was prosecuted and suffered a long jail term. A court acquitted him in 2002.

The sodomy charge came back to haunt Ibrahim last month when Mohammed Saiful Bukhari Azlan, 23, a political aide he employed during the March elections, charged him with having sodomised him more than once in a posh Kuala Lumpur house.

Ibrahim has vehemently denied this, saying that all this was meant to prevent his return to parliament in a by-election.

He has emerged politically strong since the March election when an opposition alliance he leads won an unprecedented 62 seats in parliament and now controls five of the 13 states.

His wife Wan Azizah Wan Ismail is now leader of the opposition in parliament.

A ban on contesting elections imposed by a court on Ibrahim ended in April. Armed with the renewed political support, he had planning to get one of his supporters to vacate a parliamentary seat and contest a by-election.

He says his entry into parliament was sought to be stopped by the sodomy charge.

Last month witnessed high drama with Ibrahim taking refuge in the Turkish embassy, saying he feared for his life.

The diplomatic spat between Malaysia and Turkey, ignited by Ibrahim's refuge in Turkish embassy, was overtaken when the US state department cautioned Kuala Lumpur against a ''politically motivated probe'' on Ibrahim.

The Badawi government took strong exception, calling it an ''interference''. Besides the government and the ruling coalition lawmakers, the media went to town asking the US ''not to throw stones from a glass house''.

The US's own record in Guantanamo Bay against suspected Al Qaeda fighters and in Iraq was sordid, the New Straits Times said in an editorial.

The crisis was not abetting since Ibrahim was arrested, his statement recorded on the sodomy charge and released on bail earlier this week.

He says the same officials - Attorney General Gani Patail and police chief Musa Hasan - were the ones who fabricated charges against him ten years ago and are now holding key positions.

In order to placate public opinion at home and to ward off international criticism - the US had spoken up for Ibrahim ten years ago as well - the government ordered a probe against the two officials now holding top positions.

-NDTV

Data DNA Lama Masih Boleh Diguna, Kata Anwar

PETALING JAYA, 19 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya untuk tidak menjalani semula ujian deoksiribonukleik asid (DNA) kerana DNA beliau yang diambil dahulu, termasuk yang terakhir pada 2004, masih boleh digunapakai.

Anwar berkata tiada alasan kukuh mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

"Sepanjang enam tahun saya dipenjarakan berkaitan kes terdahulu, lima, enam kali darah saya diambil dan kali terakhir saya juga ada menjalani ujian DNA pada 2004.

"Sebenarnya sampel DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun. Jadi kalau sudah ada, saya tidak nampak apa sebabnya untuk saya serahkan sekali lagi," katanya ketika berucap di ibu pejabat PKR di sini, Sabtu.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Katanya beliau juga tidak mahu gambar tubuh badannya diambil ketika beliau diperiksa di Hospital Kuala Lumpur tiga hari lepas kerana ia hanya akan menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya.

"Sudah dua minggu tetapi saya tidak tengok lagi laporan yang dibuat Saiful Azlan Bukhari (individu yang mendakwa diliwat oleh Anwar), jadi secara teknikalnya saya tidak tahu apa kandungan pertuduhan dan dituduh di bawah apa," katanya.

Anwar berkata kerana beliau yakin tidak bersalah, beliau menerima dirinya dibogelkan dan diperiksa seluruh badan.

"Cuma saya tidak mahu gambar saya dirakamkan. Pada tahun 1998 mereka sudah mengambil gambar saya dalam keadaan sebegitu yang mengaibkan maruah saya," katanya.

Hari ini, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mempertahankan kenyataan asalnya bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas.

Sementara itu, Anwar berkata meskipun beliau kini melalui suatu keadaan yang 'kritikal' namun agenda untuk bertanding dalam pilihan raya kecil akan ditetapkan dalam sedikit masa lagi.

-- BERNAMA

TP - Polis bangang, PM bangang, DR.HKL bangang, BN bangang, penyokong BN bangang, yang pangkah BN masa PRU12 lagi la bangang sebab sokong orang-orang bangang...kalau dah yang bangang kene bangangkan dekat yang bangang, jawab dia bangangang!......mampuih la kome semua...

Hep !!! ... Pak Lah, jangan menyampuk

Kalau masa kecil aku dulu, selalu gak kena marah dek emak bapak kerana menyampuk kata orang tua. Tapi nak kerana jaga air muka aku, orang tua akan cubit@getit peha aku. Sakit beb, sampai menyeringai gigi. Tapi kalau orang tua pulak yang menyampok, patutnya di hempok. Contohnya seperti ini,

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.

"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel. - Selanjutnya
Bila cerita tentang tempoh DNA, kita perlu tahu, untuk apa ia perlu. Kalau setakat hentam keromo, kenyataan itu akan memalukan kita semula. Bayangkan kalau dunia membaca komen Pak lah. Aduiii... letih. Mana nak letak muka. Ada PM yang macam nih? Kita jugak yang malu ... korang check sumber berikut,
Question
Can DNA samples taken 10 years ago be used again today?
The crime is something about sexual intercourse. I just want to know whether DNA samples taken 10 years ago can be used again today to nail the perpetrator.

Answer
if the DNA is stored properly, it can certainly last 10 years. it would need to be in solution with an elution buffer of about pH 8 (water is not best, but can be used for long term storage-but must be stored at -80C) and deeply frozen (at least -20C but -80C is best). it would need to be purified of contaminants before hand, as certain contaminants can affect the integrity of the DNA. DNA can also be stored dry and in that case should also preferably be stored in a freezer, but it is very hard to resuspend for use after it has been dried for a very long time. - i work with DNA in a research lab
Kita bukan cerita tentang sumber DNA, tetapi kita kena fikirkan tentang BUTIRAN ANALISA DNA. DNA mungkin tidak setahan mana kalau tiada kemudahan menyimpan, tapi Keputusannya analisa DNA boleh disimpan di dalam bentuk Soft copy atau sebaliknya. Kalau sebut nama Rosmah dan ICnya, butiran pun keluar. Tak payah nak cungkil cungkil kuku, potong rambut, colet air liur dan sebagainya. Gua petik sikit keratan ini
Who can guarantee that the DNA samples held in the police databases and laboratories will not one day be analysed by nosy people working for, say, life insurance companies to find out if someone is likely to develop this or that disease? Germany, Austria, Finland, Sweden, Denmark and the Netherlands have all removed this risk by ordering the destruction of the samples once the ID has been established. Other countries allow police and labs to keep them–forever in Britain, for 40 years in France's planned database and for various periods in different U.S. states. The excuse is usually that the sample might need to be examined again in the future - unesco.org
DNA mungkin tak kekal lama, itu anggapan saja. Tapi aku pelik juga bagaimana DNA Dynasour yang tertimbus beratus tahun dahulu masih boleh di perolehi datanya. Cuba korang check SINI. Kerana itu apa juga alasan kerajaan dan polis dalam kes DS Anwar, aku tak ghairah nak caya. Alasan kerajaan selalunya tak boleh pakai. Setakat bagi alasan, semua orang boleh buat. Kalau bodoh, terus terima. Kalau bijak, kena buat penyelidikan dan buat kesimpulan. Betul atau tidak, betul atau bohong. Nak caya lagi, baca berita berikut,
Majlis Peguam meminta polis menggunakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil pada 1998 bagi membantu siasatan mereka berhubung tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu khas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata tidak menjadi keperluan bagi polis untuk mengambil DNA yang baru daripada Anwar bagi menentukan sama ada beliau melakukan kesalahan itu atau tidak.

"Sampel DNA seseorang itu adalah sama dan ia sudah diambil pada 1998, jadi mengapa perlu sampel yang baru diambil sekali lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. - Bharian
Benda mudah ni semua orang boleh fikir kecuali puak puak UMNO yang otak dah tumpul bagai dah kena weng nya daun ketum. Yang polis pulak, mengada ngada apesal?

-no2umno

Abdullah : Percayalah pada ku

Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetap mempertahankan kenyataan asalnya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas.Pengarahnya, Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain berkata demikian di sini

Anwar dalam laporan akhbar mendakwa telah dibogelkan dan alat sulitnya diukur. Harap-harap tiada mana-mana Mufti mencadangkan supaya Anwar dan Dr Zaininah bermuhabalah bagi menentukan siapa yang bercakap benar.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa, Polis hanya akan menyerahkan salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya apabila beliau dihadapkan ke mahkamah kelak.

"Terlalu banyak tuduhan dan dakwaan dilemparkan ke atas kami dalam soal ini dan perkara lain. Kami akan terus bertindak secara profesional dalam pendekatan kami dan menjalankan tugas kami mengikut undang-undang," kata beliau.

Memanglah patut orang tuduh polis macam-macam.Polis buat macam-macam dalih.Polis bertindak keatas Anwar seolah-olah beliau telah melakukan satu jenayah yang besar semata-mata atas tuduhan Saiful yang tidak pun disertakan dengan pembuktian yang sahih

"Sudah dua minggu tetapi saya tidak tengok lagi laporan yang dibuat Saiful Azlan Bukhari (individu yang mendakwa diliwat oleh Anwar), jadi secara teknikalnya saya tidak tahu apa kandungan pertuduhan dan dituduh di bawah apa," rungut Anwar yang terpaksa diambush dan digiring oleh polis bertopeng dan terpaksa pula merengkuk semalaman dalam lokap.

Polis tanpa malu masih mahu mengaku bahawa mereka bertindak secara profesional. Sesungguhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital dan polis susah untuk dipercayai dan PM Abdullah Badawi nampaknya beriya-iya sangat mahu memberikan keyakinan kepada Anwar supaya percaya kepadanya.

Boleh percaya kah? Ingat tak lagi kata Mahathir? Ya, Mahathir kata, Abdullah ini seorang yang kuat menipu! Walaupun Mahathir juga terkenal sebagai seorang pembohong, dalam hal ini, eloklah percaya kata-kata Mahathir – kita ambil iktibar sebagaimana kisah syaitan yang ditangkap mencuri lalu mendedahkan rahsia kelebihan ayatul-Kursi.

Cuma dalam hal ini, Mahathir bukan mendedahkan rahsia Abdullah sebagai seorang pembohong, sebab hal tersebul merupakan hal yang dah termaklum , Mahathir hanya membetulkan idgham bighunnahnya sahaja.

-alhusseyn