
Hari ni aku nak flashback balik apa yang berlaku tempohari mengenai pendedahan id Ustaz Ramlang Porigi.
Semuanya bermula sebaik aku balik dari Permatang Pauh.petang hari 18hb, Ogos, 2008 lebih kurang jam 4:00pm aku dapat call dari sorang informer mengesahkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam upacara Sumpah Mubahalah Saiful.
Berita awal sebelum pembongkaran dibuat boleh korang baca di
[sini].sebelum tu aku ada bincang dengan kawan-kawan tentang hal sumpah Saiful ni & bagi kami, kami kena buat sesuatu sebab dalam perkiraan kami sumpah Saiful akan memberi kesan keatas pengundi-pengundi di P-044 dan bacaan kami rate DSAI & Ariff pada masa itu ialah 50:50.
Pengesahan.Petang tu jugak lepas aku publish artikel awal aku, aku dapat buat beberapa call & dapat pengesahan bahawa maklumat awal adalah benar dimana Imam Masjid Wilayah tidak terlibat dalam upacara sumpah Saiful.
Dari situ, aku mula buat pencarian id Ustaz Ramlang Porigi dalam google search dan hasilnya macam yang aku publishkan dalam blog aku di
[sini] dan jugak di
TKO di
[sini].
Kenapa Mesti Dedah?
Disini jugak aku nak jelaskan kenapa perkara tersebut aku dedahkan & jugak tujuan ianya didedahkan.
Lepas aku buat search dalam google banyak maklumat tentang id Ustaz Ramlang Porigi aku dapat iaitu nama penuh, tarikh lahir, no ic, no talifon bimbit, alamat rumah & banyak lagi.cuma aku tak dedahkan semuanya dalam artikel aku.
Strategi Provokasi.Semua yang kami buat ialah sebagai strategi untuk memprovoke Ustaz Ramlang Porigi supaya tampil membuat pengakuan.perkiraan aku ada 2.
Yang pertama - hasil dari pendedahan ini, Ustaz Ramlang akan tampil membuat pengakuan bahawa dia "diarah" untuk hadir kemajlis sumpah sebagaimana info yang kami dapat seterusnya dapat menaikkan rating DSAI di P-044 mengatasi lawannya Ariff sekurang-kurangnya DSAI 63 & Ariff 27.
Yang kedua - pihak yang mengatur majlis akan menekan Ustaz Ramlang supaya membuat pengakuan bahawa semua itu adalah fitnah & terus bersekongkol dalam konspirasi liwat 2 & jika ini berlaku, tidak banyak yang dapat kami harapkan atas undi DSAI tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit perubahan walaupun tak banyak.
Saat Kritikal.Sehingga detik kritikal 25hb. Ogos, 2008 kami masih ternanti-nanti kemunculan Ustaz Ramlang untuk membuat apa-apa statement yang akan menentukan nasib DSAI & pada hari itu jugak aku dan rakan-rakan aku berada dalam keadaan sedikit stress kerana hasil survey yang kami buat, bacaan graff DSAI & Ariff ialah 50:50.masih tiada jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi Piliharaya Kecil P-044.
Ustaz Ramlang Lancar Nuclear.Petang ahad lebih kurang jam 4:00pm, aku dapat call dari PKR mengesahkan bahawa Ustaz Ramlang Porigi telah sampai ke Permatang Pauh & akan membuat pendedahan berkenaan majlis sumpah mubahalah Saiful.
Kami yang mendapat berita tersebut amat gembira & akhirnya teka-teki terjawab, strategi menjadi & kami juga saat itu bersujud syukur kepada Allah kerana dalam hujan renyai petang itu, Allah telah membantu kami. Allahuakbar.
Bom Dihantar Terus Ke Kem UMNO/BN.Tiada siapa yang dapat menjangkakan kuasa Allah swt & tiada siapa yang dapat menjangka bahawa pada sebelah malamnya pula Ustaz Ramlang Porigi telah hadir di Masjid Perda bersama Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat & disitu juga Ustaz Ramlang telah membuat pengakuan secara terbuka dikhalayak ramai tentang apa yang berlaku pada majlis sumpah mubahalah Saiful seterusnya meledakkan perubahan yang besar di Permatang Pauh.
Sebaik Ustaz Ramlang muncul disisi TGNA, markas-markas UMNO/BN tidak lagi galak seperti sebelumnya.tiada lagi kedengaran bunyi liwat, liwat, liwat, pungkoq, pungkoq, pungkoq & yang sewaktu dengannya.
Semua markas UMNO/BN seolah telah dibom dengan bom raja nuclears.ramai jugak petugas-petugas yang bertindak menukar baju biru gelap kepada biru muda & malam itu juga graff DSAI mengatasi Ariff sebanyak 25%!!!
26hb. Ogos, 2008 Hari Terakhir.Isnin, kami bangun dengan hati yang lega.tiada stress, tiada tekanan.semuanya dalam keadaan yang baik.aku keluar dari Quarters kami lebih kurang jam 11:00am & amat menggembirakan hari tu ialah bilamana aku dapat sms memaklumkan bahawa sejumlah besar ahli MCA, MIC & GERAKAN Pulau Pinang telah berada bersama-sama skuad gempur Pakatan Rakyat menyertai kempen dari rumah ke rumah menyatakan sokongan kepada DSAI.
Isnin ialah hari yang cukup santai bagi kami.jentera pilihanraya amat lancar tanpa gangguan pihak lawan.sokongan rakyat Permatang Pauh bertambah & dipihak UMNO/BN pula, markas mereka semakin kekurangan sokongan & jentera.
Sebelah malamnya DSAI berceramah di Jalan Baru & dalam hujan lebat itu, berpuluh ribu rakyat serata Pulau Pinang & juga Pelancong Politik memenuhi ruang yang ada di lokasi ceramah untuk mendengar amanat terakhir DSAI sebelum hari pembuangan undi.
Aku sempat menghubungi rakan yang menyusup ke lokasi ceramah Najib sebelumnya & info mengatakan ceramah Najib hanya disertai oleh lebih kurang 100 orang "rakyat" berjaket Barisan Nasional.
Terima Kasih Ustaz Ramlang & Kredit Pada Pakatan Rakyat.Sebetulnya keseluruhan sahabat-sahabat, penyokong-penyokong & ahli Pakatan Rakyat WAJIB mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ramlang Porigi kerana dia inilah yang telah menyelamatkan keadaan yang tergantung di P-044.
Kemunculan Ustaz Ramlang dipentas bersama TGNA juga adalah sebagai BONUS kepada Pakatan Rakyat.kewibawaan TGNA telah membuatkan kemunculan Ustaz Ramlang disisinya dilihat sebagai "killer" dalam kempen P-044.terima kasih pada TGNA kerana sudi menumpangkan Ustaz Ramlang seketika untuk menyelamatkan keadaan.
Impak dari pengakuan Ustaz Ramlang telah mengakibatkan UMNO/BN lumpuh sama sekali di Permatang Pauh & hasilnya Pakatan Rakyat meraih kemenangan yang besar dalam P-044.
Mohon Maaf Dari Topeng_Perak.Kesempatan ini saya ambil untuk memohon maaf yang tak terhingga dari hujung rambut, hingga kehujung kaki kepada Ustaz Ramlang, ahli keluarga Ustaz Ramlang, kenalan-kenalannya & pembaca semua kerana saya telah mendedahkan id Ustaz Ramlang & sedikit sebanyak dari kerja saya telah membuatkan Ustaz Ramlang bukan sahaja ditohmah malah dicaci oleh beribu-ribu individu didalam talifon bimbitnya(no hp tu bukan kerja aku).
Saya jelas juga perkara kenapa perkara mohon maaf ini "lewat" beberapa hari walaupun ada beberapa individu mendesak saya memohon maaf pada kadar "segera".
Sengaja saya "lewat"kan mohon maaf ini supaya pembaca semua faham apa yang saya lakukan & apa strategi saya sebenarnya bila saya mendedahkan id Ustaz seperti yang saya maklumkan diatas.
Untuk Makluman Pembaca.Untuk makluman pembaca juga, sebelum ini saya telah memohon maaf kepada Ustaz Ramlang di
[sini](terpaksa tumpang blog rakan sebab masa di P-044 saya kekurangan) & juga dalam blog saya telah saya jelaskan secara ringkas mengenai Ustaz Ramlang di
[sini] sebaik dapat maklumat Ustaz Ramlang berada di P-044.
Sebelum artikel ini ditaip & dipos juga saya telah menghubungi Ustaz Ramlang secara peribadi, Ustaz Ramlang telah memaafkan saya & artikel ini ditaip sebagai janji saya kepada Ustaz Ramlang walaupun Ustaz Ramlang tidak mengajukan saya supaya berbuat demikian(mohon maaf secara terbuka).
Diharap perkara ini(apa yang saya lakukan)jelas kepada para pembaca & andainya perbuatan saya tidak dapat dimaafkan oleh anda, itu hak anda & balasannya tetap akan saya terima dihari pengadilan kelak & akan saya terima akibatnya sepertimana yang tertulis.