
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, September 06, 2008
Pak Lah Nyaris Tumbang Digasak...
Pagi tadi aku sampai opis macam orang kene loteri... sebab aku dapat sms... sms tu habaq, hari ni acara lompat akan bermula... aku senyum je...
Tengahari lagi best... aku dah macam operator bomba... panggilan kecemasan tak renti-renti, letih aku menjawab.sms tok sah cakap... 1 pun aku tak layan, semua reti tanya update tapi x reti nak top up(hahahaha).
Aku jamin Pak Lah hari ni lagi bz giler... bz call segala MP & ADUN BN... sibuk dok riki lokasi MP2 & ADUN2 BN... khakhakhakha...
Malam tadi aku tengok muka Pak Lah dalam tivitigesuku aku tau dah... Pak Lah tak dan tido hari ni... pertama kali dalam sejarah pentadbiran Pak Lah, Pak Lah bekerja keras-sekeras-kerasnya hari ni.
Hari ni jugak 1st time yang pertama Pak Lah pakai telipon... wakhakhakhakha...
Dalam tivitigasuku tadi aku tengok muka Pak Lah merah... merah sebab kene bodo dekat Pakatan Rakyat... Pakatan Rakyat tengok je dari jauh Pak Lah gelabah seko-seko...
MP2 & ADUN2 BN pun bizi jugak hari ni... bz sebab 1/2 jam skali Pak Lah call depa tanya habaq...
Kah kah kah kah kah...
Sikiiiiiit lagi Pak Lah nak tumbang...
Kah kah kah kah kah kah
Kisah Khairy Jamaluddin Part - 2
Kali ini adalah lebih sesuai kalau kita pergi dahulu kepada yang asas.Siapa dia si Khairy Jamaluddin ?Buat masa kini, Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang yang paling perkasa di negara ini.
Beliau amat berbeza dengan ramai ahli politik lain yang sudah dikesan akan asal usulnya kerana perjalanan hidup mereka memang sudah sedia ada dalam pengetahuan umum.
Tetapi Khairy adalah laksana 'dewa kayangan' yang tiba-tiba muncul dalam arus perdana politik Malaysia.
Ramai yang mula terpinga-pinga apakah dia ini sengaja dihantar khas oleh kuasa tertentu, seperti CIA ataupun mungkin juga perkhidmatan risikan Singapura.
Bukan mudah seseorang itu mendapat kuasa besar semacam dia kecuali mereka menerima bantuan khusus daripada sumber tertentu?
Inilah yang pernah dibayangkan oleh Yahaya Ismail dalam bukunya dahulu.
TKT Mahathir sudah naik risau mengenainya sehingga pada saat akhir beliau menjadi Perdana Menteri dia telah mengarahkan Cawangan Khas Polis menyediakan satu laporan mengenai Khairy.
Inilah laporan yang dibuat pendua dan salinan dan dihantar kepada Najib Tun Razak.
Satu salinan lagi telah dikirimkan kepada sahabat akrab Khairy di NST (Ketua Editor Kalimullah Masheerul Hassan - ini satu cerita lain untuk satu waktu yang lain ya!) Di sebalik janji-janji untuk berkhidmat secara "Mesra, Cepat dan Betul" pegawai polis yang berkuasa mengenai laporan itu tidak berani menyentuh perasaan bapa mertua Khairy yakni bakal Perdana Menteri (semasa itu) Abdullah Ahmad Badawi.
Lagi pun, ketika itu Abdullah hanya menunggu masa kira-kira beberapa bulan sahaja lagi untuk mengungguli kuasa.
Justeru, satu laporan yang mengatakan segala-galanya adalah dalam keadaan baik telah dikeluarkan.
Namun demikian, kita mesti sedar bukanlah perkara aneh kalau ada satu-dua pegawai yang menganggotai pucuk pentadbiran digunakan oleh kuasa asing sebagai perisik upahan (tentu kita masih ingat kisah bekas Setiausaha Mahathir sendiri yang bernama Siddiq Ghouse, yang dikatakan seorang perisik upahan KGB).
Segala kisah benar mengenai Khairy dan hubungan beliau dengan perkhidmatan risikan asing tidak akan tersiar secara merata kerana dia sudah terlalu rapat dengan puncak kuasa.
Berbeza dengan Siddiq Ghouse, Khairy kini sudah menjadi anggota keluarga Badawi dan sudah tentu kita tidak akan menuduh seorang anggota keluarga yang rapat sebagai seorang perisik? Namun, ini tidak mengetepikan tanggapan ramai apakah Khairy berjaya meloncat ke tahap itu tanpa bantuan daripada luar?
Sebenarnya, Khairy memang dapat bantuan daripada luar, tetapi mungkin bukan daripada orang asing.
Masanya memang amat sesuai untuk munculnya seorang anak muda yang bijak bestari seperti Khairy kerana selama dua puluh dua tahun TKT Mahathir mencengkam kuasa, UMNO sudah menjadi satu parti yang dianggotai oleh tukang angguk sahaja.
Tidak ada orang lain lagi, yang berani tidak sebulu dengan Mahathir dan sistem pentadbiran beliau.
Dalam parti yang dianggotai oleh tukang angguk dan pengamal rasuah, tentunya sesiapa yang nampak pintar dan mampu berceloteh boleh dianggap sebagai raja juga.
Maka kerana itu Khairy muncul sebagai ulat taik yang paling besar dalam tong taik yang bernama UMNO.
Eloklah kita mulakan dari tahap awal lagi.
Khairy Jamaluddin dilahirkan 29 tahun dahulu.
Bapa beliau ialah bekas seorang diplomat, Datuk Jamaluddin Abu Bakar yang sudah menjadi arwah sekarang.
Ayah beliau berasal daripada sebuah kampung kecil di Rembau dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang politik Negri Sembilan.
Salah seorang anak saudara Datuk Jamaluddin ialah Datuk Shahziman Abu Mansor, yang kini merupakan seorang Timbalan Menteri di dalam pentadbiran Abdullah Badawi dan beliau juga merupakan MP (Ahli Parlimen) Tampin.
Arwah Datuk Jamaluddin pernah berkhidmat di beberapa kedutaan kita di luar negara dan meninggal semasa berkhidmat di sana.
Cara hidup berpindah-randah begini yang memberi laluan kepada Khairy menerima pendidikan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom.
Khairy tidak pernah belajar di sekolah tempatan dan dalam negeri dan untuk satu tempoh yang panjang dalam hidupnya beliau amat kekok dengan bahasa ibunda sendiri, serta merasa tidak begitu selesa bersembang dengan ahli keluarganya.
Di sebalik khidmat luar negara yang panjang itu, Datuk Jamaluddin pernah juga pulang untuk berkhidmat seketika di negara sendiri.
Beliau pernah bertugas di Kementerian Belia dan Sukan semasa kementerian diterajui oleh Tan Sri Samad Idris.
Secara kebetulan Pengarah Belia ketika itu dan naik menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian ialah seorang insan bernama Abdullah Badawi.
Sebagai orang gomen, mereka berdua mengongsi kegemaran yang sama termasuk menganggotai kumpulan yang dikira "Malay ultra".
Apabila Abdullah melepaskan perkhidmatan awam pada 1974 untuk bertanding sebagai MP di Kepala Batas (yang pernah diisi oleh bapanya, bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim), mereka terus menjalin talian persahabatan itu.
Apabila Jamaluddin meninggal dunia, Abdullah dan isterinya Endon Mahmood Ambak, terus menjalin persahabatan dengan janda Jamaluddin, yang berasal daripada Kedah.
Sesungguhnya kerjaya Datuk Jamaluddin bukanlah hebat sangat.
Beliau dianggap sebagai seorang yang angkuh, bergaya dan sombong.
Beliau kerap cemuh oleh para pembantunya kerana sikap beliau yang lebih mementingkan perkara yang remeh-temeh.
Seorang pembantu beliau pernah berkata bagaimana Datuk Jamaluddin pernah berkata bagaimana beliau lebih menghormati seseorang "yang pandai menyimpul tali-leher yang cantik daripada kualiti laporan yang disediakannya"
Khairy memang cepat pandai semasa belajar dahulu walaupun memang ada unsur-unsur besar kepala dalam dirinya.
Beliau begitu kritikal akan dasar pemerintahan negara.
Walaupun beliau pernah menunjukkan kekagumannya terhadap pentadbiran Mahathir, sebenarnya dia tidaklah sampai menjadi pengkagum Mahathir.
Malahan, dia pernah menentang banyak tindak-tanduk Mahathir.
Itupun secara diam-diam dan menyorok-nyorok.
Semasa menuntut di Oxford beliau pernah menyatakan keraguannya terhadap Mahathir kepada rakan-rakannya rakyat Malaysia di seberang laut.
Sewaktu itulah dia menarik perhatian seorang insan bernama Omar Ong.
Omar Ong adalah insan berketurunan Cina.
Beliau adalah anak Mustapha Ong, bekas Setiausaha Sulit Menteri Penerangan Mohamad Rahmat, dan pernah satu ketika berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik di New York dan Brazil. Kini Mustapha Ong menetap di New Zealand.
Si Mustapha Ong menjadi terkenal dalam 'skandal' Anwar Ibrahim.
Sepanjang perbicaraan itu telah terdedah kisah bagaimana dia cuba menyogok rasuah kepada seorang pemandu teksi keturunan Arab di New York, yang bernama Jamal Amro.
Tujuan sogokan itu ialah agar Jamal sanggup mengaku yang dia menyediakan budak lelaki dan wanita untuk menghibur Anwar.
Jamal Amro enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan polis menuduh Mustapha Ong cuba menyogok beliau.
Mustapha Ong mendapat perlindungan daripada Mahathir walaupun keghairahan beliau itu menyebabkan kerajaan menjadi teraib, dan keaiban itu khusus terasa oleh masyarakat diplomatik di seberang laut.
Apapun, Omar Ong ternyata memang mempunyai cita-cita tinggi.
Dia cuba naik dengan memaut kepada orang politik yang sedang meningkat bintangnya sebagai satu laluan mudah untuk merangkul kuasa.
Omar pernah mengetuk pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui ihsan dan bantuan segelintir Setiausaha Politik beliau.
Usaha itu ternyata berjaya apabila Anwar diminta menerima ketibaan Omar Ong dan kumpulan beliau secara peribadi.
Beberapa pertemuan susulan diadakan dan Omar Ong menjadi begitu berharap bahawa Anwar akan memudahkan pencapaian idamannya.
Akan tetapi, ada pula beberapa halangan disebabkan tentangan daripada beberapa orang Anwaristas seperti Suhaimi Ibrahim, Fuad Hassan, dan Zahid Hamidi yang begitu rakus tidak mengongsi Anwar dengan pihak lain.
Entah macam mana Omar berjaya bertemu dengan Daim Zainuddin secara tidak disangkanya.
Sejurus itu Omar sedar akan sesuatu yang besar sedang menggelegak di tahap atasan di mana Anwar Ibrahim dikatakan berkemungkinan akan dilanyak dan dilenyek.
Dengan pantas Omar bertindak untuk mengubah haluan dan melupakan "Projek Anwar" dan cuba mendekati Najib Tun Razak pula.
Tindakan ini dibuatnya kira-kira tiga bulan sebelum Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir.
Akan tetapi, Najib bukan calang-calang manusia untuk ditembusi oleh Omar Ong.
Beliau sedar betapa Najib sudah dikepungi oleh para loyalis yang ternyata setiakawan sejak beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dahulu dan sudah tentu sesiapa yang baru muncul akan ditapis secara rapi.
Kerana itu Omar berpendirian adalah lebih baik dia cuba nasibnya dengan Hishamuddin Hussein.
Ketika itu Hishamuddin Hussein merupakan muka baru dalam politik UMNO.
Cuma dia mempunyai nama besar di sebalik namanya sendiri.
Memang tidak syak lagi, selepas kematian Hussein Onn, TKT Mahathir berpendirian yang dia masih terhutang budi kepada Perdana Menteri Ketiga itu dan keluarganya.
Mahathir melonjakkan Hishamuddin ke laluan ekspres dalam dunia politik sehingga mengetepikan orang lama dalam Pergerakan Pemuda UMNO seperti Nazri dan Zahid Hamidi. Hishamuddin naik pangkat beberapa kali dalam masa setahun.
Kenaikan pangkat yang bertubi-tubi itu telah menghenyak kepintaran Hisham.
Dia bukanlah seorang yang pintar sangat masa zaman persekolahannya.
Hisham pun bukan petah sangat bercakap.
Muka Hisham pun bukan laku sangat disebabkan senyuman sinisnya yang mudah mengimbau ingatan kepada senyuman seorang Pope (Papa Katholik) yang terbaring kaku selepas mati.
Omar Ong mula membantu menaikkan semangat Hishamuddin dan sahabatnya di Oxford yang bernama Khairy kerap datang membantunya.
Tidak lama kemudian, Hishamuddin mula lebih bergantung harap kepada Khairy berbanding kepada Omar Ong.
Sebagai membalas jasa, Hishamuddin telah memperkenalkan Omar Ong dan kumpulan beliau kepada orang yang rapat dengan Dr. Mahathir seperti Setiausaha Politik, Datuk Johari Baharom dan Ketua Pengarah ISIS, Dr. Nordin Sopiee.
Secara kebetulan ketika itu, anak perempuan Abdullah Badawi bernama Nori telah masuk berkhidmat dengan ISIS sebagai seorang pembantu penyelidik.
Nordin telah memperkenalkan Nori kepada Khairy.
Abdullah Badawi sudah menjadi Naib Presiden UMNO ketika itu dan berkemungkinan menggantikan Anwar Ibrahim seandainya sesuatu musibah seperti helikopter terhempas menimpa beliau.
Memang berlaku kejadian helikopter Anwar jatuh terhempas.
Dia tidak ada dalam helikopter itu semasa kejadian.
Tetapi pada September 1998 Anwar telah tersingkir.
Seperti kebanyakan rakyat Malaysia Khairy tidak mempercayai segala tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Anwar.
Akan tetapi, masa itu adalah satu keemasan baginya.
Itulah masa yang perlu dirangkul oleh Khairy dan Omar Ong.
Ada satu metos yang berlegar selepas kejatuhan Anwar.
Metos itu mengatakan bahawa Khairy sentiasa menaruh simpati terhadap perjuangan 'Reformasi" Anwar.
Ada berita angin mengatakan satu kisah betapa seorang pelajar pernah secara terbuka meminta Mahathir melepaskan jawatannya dalam satu pertemuan Mahathir dengan pelajar-pelajar di London.
Desas-desus itu mengatakan bahawa pelajar tersebut adalah Khairy, sebenarnya.
Ada pula satu cerita mengatakan bahawa ketika itu Khairy merupakan sahabat lelaki kepada Nurul Izzah, anak sulung Anwar.
Tetapi, persahabatan mereka tidak menjadi apabila Dr. Wan Azizah isteri Anwar enggan memilih Khairy sebagai Setiausaha Politik beliau.
Sebaliknya Azizah telah melantik Nik Affendi Jaafar (kini bertugas sebagai Pengurus Kanan Hubungan Seranta KWSP).
Nampaknya semua desas-desus ini sengaja direkacipta oleh para penyokong Anwar yang mahukan Khairy menyebelahi mereka, walaupun secara senyap-senyap.
Yang sebetulnya Khairy sendiri sudah nampak akan kelompongan yang disebabkan kejatuhan Anwar secara mendadak dahulu dan Khairy telah mengambil kesempatan itu untuk melonjakkan dirinya ke puncak mercu kuasa politik negara.
Inilah ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah semasa itu Dr. Mahathir.
Khairy telah menggunakan khidmat Nordin Sopiee untuk cuba mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri.
Permohonan beliau telah disokong oleh Hishamuddin Hussein.
Apabila Mahathir menolak, setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerak-geri Khairy, si Khairy telah cuba mendapatkan peluang dengan orang yang berpangkat rendah sikit daripada Mahathir.
Dia tidak pergi kepada Abdullah, tetapi kepada Najib.
Ketika itu Najib dilihat sebagai orang yang paling cocok menggantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Malahan, Asiaweek telah bersuara lantang mengatakan Najib adalah tokoh yang perlu diperhati untuk jawatan itu.
Akan tetapi Najib amat teliti untuk mengambil orang baru kerana tidak mahu menyentuh perasaan orang lama yang setia kepadanya.
Malahan tidak ada sebab dia mesti mengambil Khairy kerana dia sudah yakin yang Mahathir akan memilih beliau sebagai pengganti.
Inilah keputusan yang amat disesali Najib kemudiannya.
Impian Najib tidak kesampaian pun.
Mahathir berpendirian adalah lebih mudah mengawal negara ini melalui Abdullah sebagai Timbalannya.
Mahathir tidak memandang tinggi terhadap Abdullah kerana dia pernah menyokong kumpulan Tim B dalam UMNO satu ketika dahulu (yang setia kepada Musa Hitam).
Orang semacam ini mudah dijadikan boneka yang baik.
Sejurus nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah menitiskan air mata di luar bilik penantian, kerana terkejut beruk dan tidak percaya akan nasib mereka.
Ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Abdullah mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong.
Sebagai contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan dua Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas dan bukan lagi dua orang.
Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah diberikan kepada Khairy.
Bagaimanakah Khairy berjaya merangkul jawatan itu? Inilah keadaan sama-sama saling bantu membantu.
Abdullah telah meminta Nordin Sopee memberikan beberapa cadangan akan nama orang yang patut mengisi jawatan yang kosong.
Dua nama telah dikemukakannya. Khairy dan seorang lagi nama penyelidik ISIS (yang kini bertugas dalam kerajaan juga) akan tetapi penyelidik ISIS itu telah gagal pemeriksaan keselamatan (ibu beliau adalah seorang penyokong Reformasi) lagi pun anak perempuan Abdullah sedang dilamun cinta dan begitu ghairah menyokong nama calon yang nombor satu.
Beginilah nasib baik Khairy.
Dia mula meniti tangga kejayaan kerjayanya.
Dengan pantas dia membalas jasa orang-orang yang membantu mendorong dia kepada laluan ekspres tadi.
Omar Ong telah ditempatkannya dalam pejabat Najib sebagai Pegawai Khas untuk menentukan segala-galanya ditanggung beres.
Inilah ketentuan dan perjalanan dan aktiviti politik dalam tong taik yang bernama UMNO.
-bersambung
Friday, September 05, 2008
UMNO Penang Pertahan Ahmad: Go Racist..!
GEORGE TOWN Sept 5 - All 13 Umno divisions in Penang have backed Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail's decision not to apologise for calling the Chinese in Malaysia immigrants during the recent Permatang Pauh by-election campaign.The decision to back Ahmad was made at an informal meeting of Penang Umno division heads late last night.
Umno president and head of Penang Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did not attend the meeting.
Speaking to reporters here today, Ahmad also threw down a challenge: "If the Chinese can question the special rights of the Malays, the Malays can also question the citizenship of the Chinese."
-TMI
TP - Hah... dah terang lagi bersuluh... ni la dia kenyataan akhbar tanpa selindung-selindung lagi... memang UMNO ni parti perkauman... jaja la lagi sentimen perkauman... tiup kuat-kuat bara tu biaq menyala...
Haram jadah depa nih... tunggu la hangpa pembalasan dari pencipta... elok hangpa tidoq malam ni, mimpi mungkaq nangkiq datang tanya 2-3 das soklan... geng-geng ni aku nasihatkan supaya pegi mampus cepat-cepat...
Hangpa didup pun menumpang bumi Allah, satu hapa pun Allah tak claim ngan hangpa, skarang hangpa nak tunjuk lagak nak mngaku tanah bumi Malaysia ni hak hangpa...
Khak ptuih..!
MCA Pun Nak Tinggal BN???
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat hari ini menyeru semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berganding bahu sebagai sebuah pasukan bagi mengatasi masalah dan tekanan yang mereka hadapi selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.Katanya BN perlu menilai semula dan kembali mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalannya selama ini.
Beliau berkata walaupun Umno adalah tulang belakang BN, tetapi ia tidak mempunyai penguasaan terhadap parti gabungan itu dan oleh yang demikian, Umno perlu menimbang secara serius kebimbangan yang dirasai oleh parti lain.
"MCA boleh tinggalkan BN, tapi itu hanyalah antara pilihan yang ada. Langkah paling penting dan tepat yang patut dilakukan sekarang ialah pemimpin semua parti komponen berganding bahu bagi menangani isu yang sedang dihadapi ini," katanya kepada pemberita di sini.
TP - memula SAPP cerita pasai nak tinggal Barisan Nasiyonal... pas tu tadi Gerakan pun cerita nak tinggal Barisan Nasiyonal jugak... ni MCA pulak cerita nak tinggal Barisan Nasiyonal... Pak Lah cakap Tak Daaaaaakkk...!(sambil menguap panjang)...
Tak lama dah tuuu......
17 Sept: DSAI Jawab Pak Lah
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Khabar angin kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sidang akhbar petang ini mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini."Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita," kata Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
TP - kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...(panjang sikit gelak kali ni)... DSAI pun jawab balik dekat Pak Lah macam ni...
DSAI - "Saya telah pastikan 16 Sept berlaku.Barisan Nasional bergantung kepada ahli-ahli partinya untuk tidak meninggalkan Barisan Nasional tetapi orang-orang Barisan Nasional telah meninggalkannya"...kata DSAI di Putrajaya hari ini(17 Sept)...
Pak Lah - zZzZzZzZzZzZzZzZzZ... laaa tido pulak ngok ngek nih..!!!
Pak Lah Balas Balik...
TP - kah kah kah kah kah kah kah... Hari ni Koh Tsu Kon warning, Pak Lah jawab... esok sape pulak nak warning..?
hari-hari seterusnya Pak Lah akan menambah sukatan Panadol yang Pak Lah makan tiap-tiap hari... patut la selalu tido... banyak makan Panadol rupenye...
Depa Bagi Signal Dah..!
Sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.
Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini hari ini.
Koh berkata apa yang dituntut oleh Gerakan antaranya ialah perubahan sikap dan pendekatan serta mewujudkan semula semangat bermusyawarah yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen supaya suara semua parti dapat didengar, diambil kira dan dimasukkan dalam agenda BN.
"Simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu, tapi mungkin lama-kelamaan, kita semakin sibuk, semakin mementingkan diri sehingga kita terlupa," katanya.
Bagaimanapun, Koh mengakui perubahan telah mula berlaku dalam BN namun parti itu menganggap ia belum mencukupi.
"Kita sudah bermesyuarat lebih kerap dalam lima bulan yang lepas ini di peringkat Dewan Tertinggi BN dan Jawatankuasa Pengurusan BN berbanding lima tahun dahulu.
"Ia satu permulaan yang baik. Kami bincang banyak isu tapi masih perlu buat perubahan. Tapi nak buat perubahan, bukanlah dalam masa sebulan dua," katanya.
Koh berkata pemimpin BN juga perlu mendengar luahan hati rakyat dan suara tidak puas hati termasuk yang mula kedengaran dari dalam BN sendiri.
"Bukan senang untuk saya menangani perasaan ini. Suara-suara ini mesti diambil kira," katanya.
Update Crossover: No crossover meetings held by BN parties
KUALA LUMPUR: No press conferences were called Friday afternoon by the Barisan Nasional component parties said to be announcing their crossovers to Pakatan Rakyat.
A SMS is being widely circulated that Gerakan, PPP, Sabah Progressive Party, Liberal Democratic Party, Parti Bersatu Sabah, SPDP and UPKO would be crossing over to Pakatan.
The SMS had claimed that the officials of the seven parties would be meeting at their respective headquarters to announce their withdrawal from Barisan.
The SMS claimed this would be the first block crossovers to Pakatan to enable it to form the next government.
Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who is in Kota Baru, confirmed his party did not have such a meeting Friday.
PPP president Datuk M. Kayveas also denied holding such a meeting.
In Kota Kinabalu, party leaders of PBS, LDP, SAPP and Upko said they had not held any meetings on such a matter.
PBS Information Chief Datuk Johnny Mositun described the SMS as ridiculous and an irresponsible act to confuse the people.
"I guess it is part of a gimmick to this so-called Sept 16 new government formation," he added.
SAPP secretary-general Datuk Richard Yong said there was no such thing as the party scheduling a press conference to withdraw from Barisan.
Upko secretary-general Datuk Wilfred Tanggau laughed when asked about the matter.
"This is mischievous ... no such thing," he said.
LDP president Datuk V.K.Liew said: "There is nothing to be paranoid about (Datuk Seri) Anwar Ibrahim’s attempt to form the government through this senseless and undemocratic means. "The SMS is revolting to LDP as it is a cheap trick," he added.
TP - Berita sebelumnya dekat [sini] sah bohong. yang memula SMS hilang tak dapat dihubungi.aku x mo bagi tau sape. aku bagi no hp je... pandai-pandai la korang. 012 207 5349
Musa Dah Boleh Jalan
Musa, yang kelihatan sihat dan ceria, berkata beliau kini dalam keadaan yang sihat dan semakin pulih setelah menjalani pembedahan selama empat jam itu dan akan kembali bertugas bulan depan.
Beliau yang berjalan tanpa bantuan tetapi secara perlahan-lahan turut melahirkan rasa kesalnya terhadap berita yang disiarkan dalam akhbar mingguan "Suara Keadilan" edisi 4-11 Sept 2008, yang seolah-olah menipu rakyat yang sentiasa menantikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya.
"Saya terbaca berita dalam akhbar itu yang mendakwa saya lumpuh dan nazak. Saya kesal dengan laporan tu. Bagi saya, ia satu berita palsu yang zalim, disebarkan orang-orang tertentu yang ingin membinasakan saya," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Musa berkata sepanjang pembedahan itu beliau tidak langsung mengalami kesakitan sehingga dibenarkan pulang pada 25 Ogos lepas.
"Malah, kesihatan saya pulih dengan cepat sekali. Alhamdulillah," katanya sambil menunjukkan bekas pembedahan jantungnya yang semakin pulih.
Musa turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor yang merawatnya di IJN dan semua tenaga kerja IJN, serta rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.
Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbitan itu kerana menyiarkan laporan palsu tersebut, Musa berkata: "Adik beradik saya ada berbincang dengan saya mengenai perkara itu (tindakan).
"Tapi itu terpulang pada mereka kerana mereka pun rasa tak seronok dan tersinggung bila cerita begini keluar," katanya.
Ketua Polis Negara yang kini cuti sakit selama 49 hari, menghabiskan cutinya dengan berehat di rumah.
"Buat masa ini jawatan saya dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar," katanya.
Breaking News:1st.Crossover..! ~ Malaysiakini
Today 5th.Sept, 2008 simultaneous press conference at 3pm: Gerakan, PPP, SAPP, SPDP, UPKO, LDP and PBS will be announcing their withdrawal from BN at their respective party HQ.
They will also be the first block crossover to Pakatan Rakyat.
Change begins today!
REFORMASI!
Mereka juga akan menjadi gerombolan pertama yang melompat ke Pakatan Rakyat.
Perubahan bermula Hari ini!
REFORMASI!