"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 02, 2010

2010 - Tahun Paling Lucah..!

Esok 3hb. Februari, 2010, perbicaraan terhadap tuduhan liwat keatas DSAI akan bermula.

Citer banyak tak de la... semua media perdana bermula pada 4hb. februari, 2010 akan jadi akhbar sex...

Tajuk besar "Liwat", lepas tu kompom cerita pasal "jubur", "air mani", "tonggeng" dan lain-lain akan jadi macam cerita kambing kena curi.

2010 akan jadi tahun paling "lucah"... tak caya..?

p/s - jauhkan anak-anak anda dari media perdana..!

Kalau Nasib Khalid Samad Persis Anwar, Maka....

Saya diberitahu oleh seorang kenalan bahawa nasib Khalid Samad persis nasib Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Mahkamah Mahathir. Ia membuat saya berfikir....

Sekiranya:
Maka....
RUJUK: JK Disiplin – Penjelasan Berhubung Pertuduhan

Dr Mahathir Telah Melaksana Program Ekonomi CIA Yang Terbukti Gagal di Amerika Latin

Saya ada terjumpa sebuah buku tulisan Naomi Klein bertajuk "The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism". Betapa banyak persamaan program ekonomi Dr Mahathir berbanding dengan pengalaman ramai negara2 yang gagal di bawah sistem kapitalism pasaran bebas seperti Chile, Russia dsbnya.

Saya rasa kalau ada anugerah untuk dictator paling pandai berlakon di “Academy Awards”, nescaya anugerah itu pergi pada Dr Mahathir Muhammad.

Ingat atau tidak projek penswastaan (dan perusahaan berat) Dr Mahathir Muhammad sewaktu mula-mula beliau menjadi PM. Penswastaan Dr Mahathir adalah program yang beliau tiru dari Magaret Tatcher dan Ronald Reagan. Pada waktu yang sama, Dr Mahathir dengan mulut murainya ke sana ke mari memaki serta mengutuk Barat. Ertinya, tindakan beliau mengutuk Barat tu tidak lebih dari satu sandiwara. Pada waktu yang sama beliau memaki Barat, beliau telah mengimplementasi segenap program Barat yang dipanggil “penswastaan”.

Penswastaan juga dilaksanakan oleh Suharto di Indonesia. Kita tidak hairan kalau Suharto melalukannya kerana Suharto adalah agen CIA. Beliau jadi Presiden pun dengan bantuan 100% dari CIA. Tapi Dr Mahathir sepatutnya tidak boleh melakukan demikian kerana beliau anti Barat dan anti Yahudi

PENSWASTAAN ERTINYA MENYERAH ASET NEGARA KEPADA KRONI DAN UMNOPUTRA

Kita sering bertanya kenapa kos hidup sekarang ini semakin mahal. Mengapa pada zaman 80’an, dengan gaji RM 1000 kita mampu sewa rumah, beli kereta dan menanggung persekolahan anak-anak. Tapi, sekarang ini, dengan pendapatan RM4000 pun kita masih terpaksa berhutang keliling pinggang.

Ini semua adalah berkait rapat dengan konsep PENSWASTAAN Dr Mahathir Muhammad yang kononnya dilakukan untuk MEMBANGUN MALAYSIA.

Hakikatnya, penswastaan adalah memberi kekayaan negara kepada kroni supaya kroni2 UMNO dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.

Misal yang paling utama adalah PLUS. Sekiranya Lebuhraya Utara Selatan dibina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, nescaya kadar tol yang kita bayar adalah SETENGAH atau SUKU dari kadar yang kita bayar sekarang ini.

LLM masih boleh mengenakan bayaran tol kepada pembina jalanraya sebagai bayaran balik, namun LLM sendiri tidak perlu membayar dividen kepada “pemegang saham” LLM. LLM tiada pemegang saham. Ia adalah milik kerajaan Malaysia.

Bila kadar tol yang sepatutnya dibayar menjadi dua atau tiga kali ganda dari kadar sebenar, maka secara otomatik segala harga barang keperluan akan naik berlipat kali ganda.

Maka, di situ, harga barang keperluan terpaksa naik dan tidak turun.


Misal lagi satu adalah MAS. Sebelum MAS diswastakan kepada Tajudin Ramli, MAS ada hampir RM900 juta dalam bentuk tunai. Ertinya MAS beroperasi dengan mencatat keuntungan yang begitu positif. Tapi, selepas diswastakan, MAS rugi berbillion-billion ringgit. Dan apabila MAS rugi, siapa yang kena tanggung kerugian? Kroni? Tidak. UMNO? Tidak. Daim Zainuddin? Tidak. Jawapannya adalah RAKYAT MALAYSIA.

Kerugian MAS itu sahaja menyumbang kepada kejatuhan “kuasa membeli” rakyat Malaysia kerana Malaysia terpaksa mengadakan bajet yang defisit.

Dan, termasuklah juga, “bail-out” yang lain yang berjumlah berbillion-billion ringgit yang semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam bentuk “Bajet Defisit”. Bajet yang defisit akhirnya MENGECILKAN nilai matawang Malaysia menyebabkan pendapat yang kita dapat selama ini semakin lama semakin mengecil.

Sebab itu, bagi orang yang pendapat tidak naik dalam masa 10 tahun kebelakangan ini, mereka akan dapat merasa betapa MENGECILNYA nilai wang yang ada dalam tangan mereka.

Rata2 rakyat Malaysia, di dalam 10 tahun kebelakangan ini, pendapat mereka adalah STATIK dan TIDAK BERUBAH dengan banyak.

Tapi, kos hidup naik melambung-lambung (walaupun data sebenar disorok oleh Bank Negara).

MAHATHIR MENGIMPLEMENTASI PROGRAM EKONOMI CIA YANG TELAH GAGAL DI AMERIKA LATIN

Dr. Mahathir sebenarnya melaksanakan program ekonomi yang dipaksa oleh CIA ke atas negara-negara Amerika Latin selepas CIA menjatuhkan pemimpin2 negara yang mereka anggap SOSIALIS. Pemimpin2 seperti Allende di Chile dan Arbenz di Guetemala.

Di Chile selepas CIA menjatuhkan Presiden Allende, mereka telah menaikan seorang dictator bernama Agusto Pinochet. Selepas Pinochet ditabalkan sebagai Presiden, polisi ekonomi yang dilaksanakan di Chile adalah :
a. Penswastaan harta rakyat
b. Deregulasi (i.e. seperti berlaku dalam sektor telekomunikasi)
c. Pengurangan perbelanjaan social
d. Pengurangan cukai korporat
e. Tekanan kepada mereka yang tidak sehaluan
f. Pengurangan kebebasan demokrasi dan kebebasan bersuara
g. Peningkatan kadar korupsi

Agusto Pinochet melaksanakan polisi ekonomi beliau berdasarkan kepada progam yang ditulis oleh ahli ekonomi University Chicago bernama Milton Friedman dari buku beliau bertajuk “Capitalism and Freedom”

Hasil dari perlaksanaan polisi ekonomi seorang Yahudi bernama Milton Friedman ini, Chile hampir jadi bangkrap, kemiskinan bertambah, korupsi naik menggila, rakyat kelaparan, demokrasi hancur, rakyat ditangkap tanpa bicara dan disiksa dalam tahanan, kadar kehilangan kerja naik menggila, dan yang paling menyedihkan adalah jurang pendapatan antara miskin dan kaya bertambah besar dan sampai sekarang tidak dapat diperbetulkan.

Program seperti di Chile dilaksanakan di hampir kesemua negara Amerika Latin seperti Argentina, Bolivia, Guetamala, Brazil, Mexico dsbnya.

Hasilnya, syarikat2 Amerika dapat masuk ke Amerika Latin dan merompak kesemua kekayaan rakyat dan meninggalkan majoriti rakyat kelaparan dan dalam kesusahan yang amat teruk.

Program yang terbukti gagal seperti di atas telah dilaksanakan oleh Dr Mahathir dengan begitu bersemangat sekali. Tak hairanlah rakyat Malaysia sekarang ini tidak dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat di dalam negara yang membangun

SEMUA PROGRAM PENSWASTAAN DR MAHATHIR GAGAL

Semuanya gagal. Semuanya terpaksa di selamatkan oleh Rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim telah cuba menghalang wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO dan UMNOPUTRA dan beliau membayar dengan mahal sekali usaha beliau.

Daim bebas menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan beliau serta budak2 beliau seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli. Dan bila Anwar menghalang, Daim menaja skim memfitnah Anwar sebagai peliwat. Ahli2 UMNO semuanya percaya bulat2 fitnah ini.

Semuanya kerana Dr Mahathir adalah seorang yang tidak TAHU BAGAIMANA MEMBANGUN NEGARA. Yang beliau tahu, guna wang rakyat dan beri pada kroni dan kontraktor2 luar negara. Bukankah KLCC dibina oleh syarikat Jepun dan Korea?

Nasib baik Malaysia ada wang minyak, tapi lambat laun wang minyak akan habis. Dr Mahathir telah berjaya mengkayakan anak-anak beliau.

Dan UMNOPUTRA semuanya hidup senang lenang pada waktu yang sama anak2 Melayu bergelumang dengan hutang keliling pingang setiap hari.

Banyak program2 sosial telah dikurangkan atas nama penswastaan menyebabkan syarikat2 monopoli seperti TNB sentiasa menaikkan kadar tariff, padahal TNB adalah monopoli. TUjuannya adalah untuk mengkayakan pemegang2 saham yang mana saham tersebut telah diberikan oleh Dr Mahathir dan UMNO untuk tujuan mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.

PENUTUP

Dr Mahathir adalah seorang yang lidah bercabang. Di waktu beliau memaki Barat dan yahudi, beliau dengan senang hati melaksanakan program ekonomi Yahudi/CIA yang terbukti telah gagal di Amerika Latin 10 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya, Dr Mahathir mesti ditangkap dan dibicarakan di mahkamah Hak Asasi Antarabangsa seperti yang berlaku kepada Agusto Pinochet. Bukan dibanggakan seperti sekarang ini.

Tulang Besi

DPPK Gopeng: SIASAT KENYATAAN ABDULLAH ABDUL KARIM

Kenyataan Saudara Abdullah Abdul Karim, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan penggantungan selama 6 bulan kepada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam sebagai mengejutkan dan tidak boleh diterima adalah satu kenyataan yang serius dan harus diambil berat oleh pimpinan PAS.

Saya menyatakan bahawa kenyataan tersebut bukan sahaja menyanggah kredibiliti Ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS, malahan secara langsung menyentuh kewibaan proses pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa tersebut oleh PAS Pusat dan seharusnya menerima respon segera oleh PAS Pusat.

Saya juga menyatakan bahawa satu siasatan segera harus diambil bagi menyiasat dakwaan beliau dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada hasil siasatan. Saya juga mengharapkan agar siasatan tersebut bukan sahaja menjurus kepada kritikan terbuka Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib, tetapi juga kepada kenyataan beliau yang mengatakan laporan beliau yang tidak mendapat perhatian dari Jawatankuasa Tatatertib.

Saya menyatakan bahawa isu besar dalam kenyataan tersebut adalah berkenaan laporan beliau yang gagal mendapat perhatian dari PAS Pusat walaupun kandungan laporan tersebut adalah cukup serius lantaran kandungannya yang menyentuh mengenai konspirasi di kalangan ahli PAS untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa Tatatertib PAS harus menyedari bahawa keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan dengan adil, tetapi yang paling penting dilihat adil. Kenyataan-kenyataan yang mengkritik keputusan Jawatankuasa Tatatertib harus diberi perhatian dan diperhalusi bagi mempastikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib tidak dilihat berat sebelah dan tidak adil.

Saya juga merasa hairan kenapa Jawatankuasa Tatatertib PAS beria-ia mengambil tindakan terhadap YB Khalid Samad, pada masa sama gagal untuk menyiasat kenyataan terbuka mantan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang menyatakan bahawa terdapat arahan dari pimpinan atasan untuk mengadakan kerajaan perpaduan dengan umno selepas keputusan pilihanraya 2008 diumumkan. Bukankah kenyataan tersebut lebih serius dari kenyataan YB Khalid tambahan pula dibuat pada muktamar PAS.

Yang benar,

HARIS ALIMUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng

Monday, February 01, 2010

Khalid Samad: Islam Mengharamkan Berlaku Zalim Hatta Kepada Binatang.

Adakah JK Disiplin tidak takut pembalasan dari Allah SWT? Adakah JK Disiplin tidak menyedari mereka telah melakukan kezaliman yang nyata ke atas Khalid Samad? Adakah JK Disiplin merasakan mereka berada di atas syariat Allah SWT?

Bagi saya, mulai hari ini, Ustaz Tuan Ibrahim tidak layak lagi menggelarkan dirinya sebagai pejuang Islam mahupun pendakwah Islam selagi kezaliman ini tidak dibetulkan.

Mana mungkin orang yang melakukan kezaliman ke atas saudara seislam yang lain boleh menjadi pentunjuk dan panduan dari segi ISlam? Sedangkan seorang wanita di zaman Nabi Musa dimasukkan ke neraka semata-mata kesalahan menzalimi seekor kucing. Apatah lagi sekarang ini kezaliman dilakukan ke atas seorang manusia bernama Khalid Samad.

(Rujuk juga artikel saya sebelum ini bertajuk "Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad")

Saya dinasihatkan oleh beberapa pimpinan PAS supaya jangan mendedahkan rakaman ini kepada umum untuk menjaga imej PAS. Tapi nampaknya JK Disiplin sendiri tidak hirau pasal imej dan maruah PAS di mata umum. Yang JK Disiplin pentingkan adalah kepentingan politik dalaman beberapa kerat pemimpin PAS yang sudah kemaruk mahu berselingkuh dengan UMNO.

Takpalah, kita serah pada Allah SWT sahaja kes ini. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Tulang Besi

Rakaman Bukti Hasan Ali Langgar Keputusan Muktamar PAS Shah Alam & Ipoh

Assalamu'alaikum,

Kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi AJK Disiplin PAS Pusat,

Dengan ini, saya Abdul Rahman Abdul Talib ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 ingin mendedahkan bukti tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang telah melanggar keputusan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam. Tindakan salah laku beliau adalah :

1.0 Mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO sehingga telah menjadi bahan kempen Barisan Nasional dan UMNO untuk menjatuhkan PAS.

2.0 Menyebarkan fitnah dan pembohongan berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang melawan keputusan Muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Untuk itu saya menyerahkan rakaman kenyataan Dr Hasan Ali yang membuktikan aduan saya di atas. Sila klik di sini.

BEBERAPA PENJELASAN KEPADA KENYATAAN HASAN ALI

Sebagai menjawab isu2 yang dinaikkan Hasan Ali dalam rakaman ini :

a. Isu SELCAT: Klik di sini, sini, sini, sini dan sini.

b. Isu "International Tourism Zone (ITZ)": Klik di sini dan sini.

c. Isu-isu lain : Klik di sini.

Saya berharap pihak JK Disiplin MENGKAJI SEMULA keputusan mereka atau membuat PENDAKWAAN BARU berdasarkan laporan saya ini.

Ingatlah hadeeth Nabi SAW yang bermaksud "Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi". Itu sahaja nasihat saya pada JK Disiplin PAS Pusat.

Sekian, terima kasih.

Abdul Rahman Abdul Talib
Ahli PAS


p/s - Satu salinan rakaman ini telah pun diserahkan kepada Dato Tuan Ibrahim oleh AB Banjary. Saya hairan bagaimana bukti ini tidak diambil kira oleh JK Disiplin di dalam membuat penilaian?

70% Tender Terbuka Dikuasai Bumiputra - Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

Sumber - Malaysian Insider

Karnival Penang Harmoni: Pakat Mai Penang...!!!

'Muslimin & Muslimat Serta Penyokong Pakatan Rakyat Dijemput Beramai-ramai'

Sunday, January 31, 2010

Kenyataan Khalid Samad Berkaitan keputusan JK Disiplin

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan Khalid Samad berkaitan dengan keputusan JK Disiplinj baru-baru ini. Saya cuma ingin meminta Khalid Samad bersabar dan ketahui bahawa beratus ribu penyokong berdoa dan mahukan keadilan. Ingatlah bahawa Allah SWT mendengar doa orang yang dizalimi. Allah itu Maha Adil dan Maha Mendengar.

Selamat membaca.

Keputusan JK Displin
Saturday, January 30, 2010

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saturday, January 30, 2010

Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.


Sumber - MerdekaReview