"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 24, 2010

Maklumat Keahlian PAS bukan Rahsia Lagi. INI BUKTINYA!!!!!!

Berita buruk kepada keseluruhan ahli-ahli PAS seluruh negara. Maklumat keahlian kamu bukan rahsia lagi. Gambar di bawah (rujuk di kaki artikel ini) saya ambil dari sebuah blog picisan yang mendedahkan keseluruhan maklumat serta butiran keahlian PAS saya. Sehingga ke tahap, alamat saya sewaktu saya mendaftar menjadi ahli, yang telah saya lupa, pun dia tahu. Malahan, nombor IC lama saya pun blogger picisan ni dapat.

Saya tak heran sangat maklumat saya ni diumumkan (NOTA: Mempamerkan no IC milik orang lain salah daris egi undang-undang), tapi bagaimana dengan orang-orang lain yang menjadi ahli PAS? Adakah mereka tidak kesah maklumat keahlian mereka tiada lagi kerahsiaan?

Bagaimanakah seorang blogger picisan macam dia ini boleh mendapat maklumat-maklumat rahsia parti? Itu yang sangat-sangat menghairankan saya.

Eloklah kes ini berlaku, supaya PAS dapat menutup “lubang-lubang” yang bakal menjatuhkan maruah PAS itu sendiri.

Tulang Besi

p/s - Blogger ni saya dah pernah dedah perangai suka sebar fitnahnya. Salah satu contoh boleh dibaca di sini.

Saya syak Batu Api ni orang yang bekerja dalam Pejabat Agung PAS. Itu sebab dia boleh dapat maklumat rahsia sebegini.

p/s - saya sudah "escalate" perkara ni terus ke Setiausaha Agung PAS Pusat. Saya yakin SU Agung sendiri merasa marah dan sedih akan berlakunya perkara ini. Saya 100% yakin perkara ini berlaku tanpa pengetahuan atau restu Setiausaha Agung PAS Pusat.

Saya minta maaf pada SU Agung kerana terpaksa menaikkan isu ini kerana bagi saya kerahsiaan maklumat keahlian PAS adalah isu BESAR dan amanah yang paling besar yang diberikan oleh ahli-ahli parti kepada PAS. Saya yakin Setiuasaha Agung juga bersedih atas berlakunya perkara ini

Tuesday, March 23, 2010

Pandangan "Mr. X" Mengenai Najib

Perubahan-perubahan yang diharapkan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi akan mengambil masa untuk mencapai sasarannya.

Sehubungan itu Najib perlu diberi masa supaya segala usahanya sejak memegang tampuk kepimpinan membuahkan hasil.

"Sudah hampir setahun Najib memegang jawatan Perdana Menteri tetapi pembaharuan yang cuba dibawa beliau tetap akan mengambil masa bagi menunjukkan hasil yang jelas.

"Namun, kita tetap memerlukan pembaharuan berterusan, terutamanya dari segi polisi dan tindakan yang bersesuaian dengan permintaan semasa anggota masyarakat,".

Beliau turut menekankan pentingnya pengumuman Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan pada penghujung bulan ini dalam mengembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Tegasnya, tanpa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) baru, negara tidak mampu kehilangan dana sedia ada seperti yang banyak berlaku sepanjang krisis ekonomi tahun lalu.

"Namun jika rakyat Malaysia melabur dalam negara, berhenti meninggalkan negara dan mula kembali, kita akan melihat pembangunan mendadak walaupun tanpa FDI.

"Sehubungan itu saya cadangkan pendekatan holistik dalam membentuk potensi penuh masyarakat kita kerana negara tidak mampu terus kehilangan kepakaran dan bakat tempatan," ujarnya.

Kepakaran tempatan yang keluar ke negara lain juga tidak dapat ditampung dengan terus bergantung pada pekerja asing berkemahiran rendah demi mengurangkan kos.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat kini menghadapi sedikit kekusutan tetapi sukar untuk menilai sokongan di peringkat akar umbi.

"Publisiti yang diterima Pakatan Rakyat juga mungkin memburukkan situasi mereka," katanya.

Sementara itu pada sesi soal jawab selepas majlis tersebut, Beliau berulang kali diminta oleh hadirin untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau yang hanya tersenyum dengan desakan daripada orang ramai itu berkata, dia akan mengambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu kerana masih mahu kekal dengan UMNO "buat masa ini".

Tulang Besi Menjawab Ali Zaidan....

Blogger Ali Zaidan telah membuat kenyataan berikut dalam blog saya:
"Ali Zaidan said...
Bukan Melayu tidak majoriti, tapi Islam tidak majoriti. Ini TGHH ada sebut.
Kenapa kau ubah perkataan melayu drpd Islam? Kau ni celaka nk bagi persepsi salah ke?
Kalau nk Islam menjadi majoriti dlm kerajaan, apakah dh boleh dianggap pro Umno?
Apa ni? Sangkaan celaka apakah ini?
Itupun entah betul ke tidak cerita kau pasal Mr X. Siapa Mr X? Anifah Aman?
Maklumat kau bukan boleh pakai. Kes rombak exco kelantan pun, dah nak hujung blan takdak apa2 pun lagi.
Spekulasi murahan!
March 20, 2010 8:45 AM”

Ali Zaidan said...
Kau yg kena baca tulisan kau.
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
Sejak bila TGHH atau pimpinan kata 'Melayu'. Yang ada ialah 'Islam mesti majoriti'. Kenapa kau pakai perkataan 'Melayu'?
Hah! Sendiri tulis sendiri tak boleh baca ke??!!"
Ali Zaidan mencuba segala upaya beliau untuk memberi keraguan terhadap artikel saya bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri" di mana saya berkata:
"Namun, apabila dibantah oleh Presiden dan beberapa kepimpinan PAS Pusat atas alasan "Melayu tidak Majoriti", maka Anwar telah mengubah perancangan beliau".
MO Ali Zaidan adalah mengambil butir-butir tidak penting dari artikel yang dia benci dan besar-besarkan perkara tersebut. Natijah yang beliau harap adalah supaya pembaca menolak keseluruhan artikel tersebut.

Itulah taktik murahan penyokong “ulamak” PAS bernama Ali Zaidan ini.

Kalau tengok cara dia menyerang Khalid Samad pun iras-iras blogger UMNO gayanya. Malahan, kalau dibaca sepintas lalu, kita tidak akan dapat membezakan antara Ali Zaidan dengan blogger-blogger UMNO yang membenci Khalid Samad.

Yang herannya, di mana Ali Zaidan pada masa Khalid Samad ditangkap ISA tahun 1985 dahulu? Masih terkencing terberak dalam seluar lagi kot. Lepas tu ada hati nak tunjuk hebat pada Khalid Samad.

Baru setahun jagung dah nak tunjuk taring. Ini namanya bodoh sombong. Kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di duga bang.

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat?

Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di laman UMMAHONLINE di sini.

Kenyataan dalam temuramah dengan Presiden membuktikan dakwaan Ali Zaidan 100% SALAH!!!!

ANALISA PROFIL ALI ZAIDAN

Saya amat yakin si Ali ni “geng Perpaduang” dan “geng penyokong ulamak” dalam PAS. Kalau dilihat profil beliau di bawah, beliau adalah seorang yang bekerja dalam sektor pembinaan (yang terkenal penuh dengan korupsi), beliau duduk di Bangi tempat geng Bangi duduk dan beliau meminati “Batu Api” dan Zulkifli Noordin.

Batu Api ni saya dah buktikan banyak kali pembawa fitnah dan pembohongan. Zul Noordin ni tak payah ceritalah akan kemunafikan beliau.

Jadi, tak heranlah kenapa Ali Zaidan bersikap bodoh sombong sebegini. Dah dari acuan yang sama dengan puak-puak tu, nak buat macamana?
Yang bestnya Ali Zaidan kata:
"Kenyataan Tukang Tulis.
Semua artikel tulisan Tukang Tulis telah dipastikan agar tidak bercanggah dengan fakta. Namun, menginsafi kekurangan dan kelemahan sendiri, Tukang Tulis berharap agar kesilapan-kesilapan Tukang Tulis ditegur oleh kawan-kawan. Tukang Tulis juga sedang me'reform'kan diri sendiri agar sentiasa bertambah baik. Semua tulisan halal dicopy dengan syarat link blog Tukang Tulis mesti disertakan. TKasih
Saya nak tanya adakah beliau mengaku bersalah apabila beliau dakwa Presiden PAS tidak meletakkan syarat Melayu dalam Kerajaan PR yang sepatutnya ditubuh pada September 16 2008? Ataupun beliau masih mengakui dakwaan beliau itu sebagai fakta?

Sengaja saya membawa kes Ali Zaidan bagi mendedahkan kepada pembaca sekelian mentaliti penyokong “Ulamak” dan “Geng Terengganu”. Mereka rasa kerana mereka menyokong ulama, mereka benar sentiasa. Apa mereka buat semuanya betul.

Patutlah puak2 ni semakin tidak popular dan semaking ditolak ahli-ahli PAS. Blog si Ali ni pun orang malas nak ikut.

Tulang Besi

September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?

Isu September 16 diperbincangkan semula sekarang ini. MP Katak, Zahrain, semakin acap menaikkan isu ini dengan mendedahkan beberapa maklumat yang kadang kala betul dan kadang kala salah.

Zahrain mendedahkan 8 nama:
"Beliau mendakwa mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku
Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)".
Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.

Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.

Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Muslim sahaja tidak cukup"

Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP Melayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).

Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).

Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.

PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline disini.

PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT

Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:
1.0 - Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan majoriti Melayu.
2.0 - Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung.
3.0 - Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 - Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16 dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 - Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi alasan-alasan yang dangkal.
6.0 - Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 - Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kita baca keseluruhan interview itu.
(bersambung)

Tulang Besi

Monday, March 22, 2010

Konspirator Di Belakang Blog Anti-Husam

NOTA EDITOR: Saya mendapat email dari salah seorang pembaca saya. Sekiranya benar pendedahan ini, saya meminta supaya penulis sanggup menjadi saksi. Kalau beliau sanggup, saya akan membuat aduan rasmi salah laku kepada SU Agung bagi diambil tindakan disiplin diambil terhadap para konspirator ini.

Sila hubungi saya pada bila-bila masa. Saya bersedia berbincang.
(BERMULA) Salam Tulang Besi,

Syabas sebab dedahkan Dr Shamsuri dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor. Sebenarnya, kes Dr Shamsuri ini lebih mendalam lagi perkaitannya. Saya salah seorang yang menghadiri siri-siri mesyuarat dan perbincangan mereka sebelum pemilihan PAS 2009 (dan selepas).

Blog Anti Husam adalah sebahagian dari perancangan mereka. Ketua kepada Blog Anti Husam ialah Suhaimi Embong dan Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu).

Mereka-mereka yang terlibat dalam konspirasi ini antaranya Dr Khazani Abdullah-CEO Sigtech, Dr Supyan Husin (pensyarah UKM), Dr Kayu, Suhaimi Embong, Mohad Adram, Dr Shamsuri (SU Politik Presiden), Roslan SMS, Najman dan ramai lagi.

Juga ada diantara mesyuarat ini telah dijemput SU Sulit Presiden PAS, Sdr Zaihan. Mereka ini ada buat satu NGO nama “Kumpulan Ilmuan” yang banyak mencuba untuk mendapat kontrak dari Kerajaan Selangor.

Dr Kayu adalah “Naqib” mereka semua ni. Saya hairan apa hebatnya ilmu Dr Kayu kerana beliau bukan pun Pensyarah Fakulti Islam UKM.

Mereka buat banyak pertemuan-pertemuan. Ada di Bangi, di Serdang, di SIGTECH dan banyak lagi. Tujuan pertemuan untuk menjatuhkan geng Erdogan yang mereka benci.

Ramai betul SU-SU yang berkaitan dengan pejabat Presiden terlibat dalam konspirasi ni. Tujuan utama konspirasi ini adalah menjatuhkan geng “Erdogan” dalam PAS.

Perkataan “Geng Erdogan” ini mereka yang cipta untuk melabel orang-orang seperti Husam Musa, Dr Syed Azman, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Dzul Ahmad dan beberapa orang lagi. Misalnya, penggunaan Pemuda Gombak untuk menjatuhkan Dr Hatta Ramli di Gombak adalah salah satu rancangan mereka. Saya ada merakam beberapa pertemuan ini secara rahsia dan bila waktu nya sesuai saya akan dedahkan rakaman itu.

Apa dosa "Geng Erdogan"? Mereka tak setuju PAS bekerjasama dengan UMNO dan tidak menguatkan Pakatan Rakyat. itu aje.

Perancangan-perancangan mereka cukup jijik dan tidak ada akhlak Islam. Termasuk perancangan mereka:

a. Menyebar fitnah terhadap Husam Musa melalui blog Anti Husam
b. Menjatuhkan Dr Hatta di peringkat Kawasan Gombak dengan menggunakan Pemuda Gombak
c. Memastikan Dr Syed Azman tidak menjadi calon di PRK Kuala Terengganu
walaupun majoriti cawangan di sana menyokong Syed Azman
d. Menyebarkan khabar fitnah kononnya ada “Proksi Anwar” dalam PAS
e. Mengagalkan Sept 16 dengan nasihat-nasihat songsang mereka
f. Memacu konspirasi menjatuhkan MB Selangor
g. Kononnya kepimpinan ulama akan dihancurkan
h. Kononnya ulama PAS akan dibuang
i. Kononnya kepimpinan ulama wajib dipertahankan dari diserang.

dan banyak lagi. Segala fitnah yang mereka sebarkan terhadap Husam Musa dan kumpulan “Erdogan”adalah bersumber dari puak-puak ini.

Yang saya nampak, mereka mendapat sokongan yang padu dari Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, di dalam melakukan kerja-kerja fitnah mereka.

Saya sendiri terlibat dalam menyebarkan beberapa fitnah ini dan saya merasa amat tertekan. Saya berharap dosa saya akan diampunkan Allah SWT hendaknya.

Syukur Dr Shamsuri telah didedahkan konspirasi beliau di dalam menjatuhkan MB Selangor. Semoga Allah menurunkan hukuman yang setimpal dengan kerja jahat Shamsuri.

Dua sebab utama mengapa geng mereka (Kumpulan Ilmuan) benci dgn MB Selangor:

1.0 - Kumpulan Ilmuan dibuang dari senarai program “SPICE”
2.0 - Percubaan mereka meletakkan orang-orang mereka untuk menguasai Kolej Universiti Islam Selangor ditolak oleh MB Selangor

Maka, tidak hairanlah Dr Shamsuri begitu bersemangat untuk menjatuhkan MB Selangor kerana membalas dendam.

Saya diberitahu, Dr Khazani melalui SIGTECH sedang dalam proses untuk mendapat kontrak-kontrak dan projek-projek yang besar-besar dari UMNO terutamanya UMNO Terengganu. Itulah sebabnya dia sokong sangat menubuhkan kerajaan UMNO-PAS. Supaya projek senang dapat.

Mudahnya, mereka adalah kaki-tangan kepada Harun Taib dan Geng Terengganu untuk menghancurkan kumpulan yang Harun Taib tak suka. Oleh kerana Harun Taib mahukan kerjasama dengan UMNO, maka mereka pun buat kerja hancurkan kepala-kepala penentang kerjasama dengan UMNO yang digelar “Geng Erdogan”.

Suhaimi Embong terus menerus berbohong kononnya dia terlibat dalam blog AntiHusam. Kalau dia terus menerus berbohong begitu, saya akan serahkan bukti pada TB akan keterlibatan beliau dan Dr Kayu.

Mereka ini sudah macam tiada agama. Saya menyesal ikut mereka. Saya tak tau berapa banyak dosa fitnah telah saya lakukan. Saya tak tau samada dosa saya akan dimaafkan oleh Allah atau tidak. Saya masuk PAS untuk berdakwah dan berbuat pahala, bukan untuk menyebar fitnah dan bohong macam ni.

Sekian

Ahli Geng Terengganu

Ibrahim Ali Tahu Siapa "Mr.X"

Dulu aku pernah buat 1 en-3 pasal "Mr.X", tapi aku tak ingat tajuk apa dan tarikhnya bila, kalau korang rajin, korang belek-belek la posting-posting lama aku (ada lebih dari 5,000 posting tuh... hahaha)...

Tapi seingat aku la, Ibrahim Ali and The Geng termasuk beberapa Ahli UMNO dan Pemuda UMNO memang tau sangat-sangat siapa "Mr.X". Ibrahim Ali banyak atur program roadshow sekitar Perak dan Selangor dengan "Mr.X" masa tu.

Kalau ikut apa yang Petra cerita dekat sini, memang apa yang Zahrain cerita tu betul. DSAI bukan calon PM sebenarnya sebaliknya calon PM dalam "Projek Terbengkalai" tu ialah "Mr.X", tanyalah Ibrahim Ali siapa "Mr.X". dia tau sangat-sangat.

Sebab-sebab Projek tu kantoi korang kena tanya Tulang Besi, dia lagi tau. mungkin tu la sebabnya Ibrahim Ali marah sangat dekat Parti PAS. maklumlah, dah banyak perabis duit untuk Projek tu. last skali, "Projek Terbengkalai". "Mr.X" tak jadi naik sebab... (tanya Tulang Besi).

UMNO LEBIH YAKIN DENGAN SYARIKAT YAHUDI BERBANDING SYARIKAT BUMIPUTRA (APCO)?

Tindakan UMNO mahu mengheret Anwar Ibrahim ke “Select Committee” Parlimen menampakkan kesakitan yang mendalam yang dialami oleh UMNO.

Kes ini mendedahkan betapa UMNO adalah parti yang hipokrit. Semenjak mula-mula Anwar dipecat dari TPM, Dr Mahathir telah menuduh Anwar agen asing dan agen Amerika. Namun, dengan terdedahkan perkaitan UMNO dengan APCO, sebuah ajensi “Perhubungan Awam” milik Yahudi bertaraf antarabangsa amat memalukan UMNO.

Laman web APCO mendedahkan perkaitan UMNO dengan mereka secara terbuka:
Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors", said Kraus. "APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion".
Diberitakan APCO dibayar oleh UMNO dengan duit rakyat Malaysia sebanyak 60 juta setahun. Kalau UMNO mengambil khidmat syarikat-syarikat Malaysia dan Bumiputra, UMNO hanya perlu membayar tidak lebih dari 10% dari kos itu.

MENGAPA SYARIKAT YAHUDI BERBANDING DENGAN BUMIPUTRA/MALAYSIA?

Untuk berkomunikasi dengan rakyat Malaysia, seharusnya syarikat Malaysia lebih layak. Ini kerana syarikat Malaysia lebih memahami cita rasa serta perasaan dan hati naluri rakyat Malaysia.

Mengapa perlu ambil syarikat dari luar negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel? Apakah syarikat-syarikat Malaysia tidak berdaya maju? Apakah syarikat-syarikat di Malaysia tidak bermutu tinggi?

Di bawa artikel ini, saya mendapat senarai beberapa firma “Perhubungan Awam” di Malaysia yang boleh didapati di internet untuk rujukan pembaca sekelian.

ADAKAH UMNO TAKUT RAHSIA MEREKA TERBONGKAR?

Syarikat antarabangsa milik Yahudi diambil kerana mereka orang luar. Jadi, sekiranya ada apa-apa “rahsia” UMNO yang mereka tahu, maka terjamin rahsia itu tidak terdedah.

Adakah itu sebenarnya mengapa APCO diambil oleh kerajaan Malaysia? Adakah perginya Zahid Hamidi bertemu Presiden Israel satu masa dahulu atas perancangan APCO juga?

Adakah pemecatan wakil Malaysia di IAEA juga atas perancangan APCO?

Soalnya mengapa perlu syarikat milik Yahudi untuk menjalankan kerja-kerja UMNO ini. Itu soalan yang perlu kita bahaskan kerana sehingga hari ini, soalan ini masih belum berjawab.

Tapi yang sahnya, slogan 1Malaysia adalah ilham pemikir Yahudi yang diambil kerja oleh APCO yang sebelum ini digunakan oleh Ehud Barak di dalam membawa agenda “1Israel”.

1Malaysia, 1Israel. Berjalan sehati sejiwa.

Tulang Besi

Lampiran: Senarai Firma PR yang boleh didapati di Internet.
Asiatica Intergroup Marketing Specialists
We are a marketing consulting firm that assists companies of all sizes to develop & implement winning marketing tactics for competitive advantage. Whether it is a single brochure design, website development, tele-sales activity or a complete marketing campaign, we have the expertise to get the job done professionally, and most importantly, within your budget.

27-2B, 1st Floor, Jln PJU 1/3C, Sunwaymas Commercial Centre, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 7803 7210,
Fax: 03 7803 0250,
E-mail:
customerservice@asiatica.com.my

Batey Communications
Asia’s most awarded communications company, established in Malaysia in l988, has specialist practices in Corporate, Financial, ICT, Travel & Tourism and Consumer Public Relations and a successful track record in Issues & Crisis Management and Events Management.

Level 3, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
Tel: 03 2092 3579,
Fax: 03 2092 2560,
E-mail:
sheela.knathan@batey.com.my

BRANDTHINK Malaysia
BRANDTHINK is an imaginative integrated marketing agency in Malaysia with services in Advertising, PR, Events and Interactive Marketing. We are famous for our work with major clients in luxury, fashion, lifestyle and technology - having launched iconic brands and products in Malaysia and being the go-to agency for reaching the affluent consumer.

B-3-2 Level 3, Tower B, Northpoint, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 2255,
Fax: 03 2287 2277,
E-mail:
info@brandthinkasia.com

GO Communications
At GO Communications, it’s not about winning awards, although we have won a few. It’s about spending your marketing ringgit the smart way. It’s about identifying your competitor’s weaknesses, delivering your marketing message, becoming part of the community & branding your products strongly & consistently. That’s what we do for our clients.

S111 & S112, 2nd Floor Centrepoint, 3 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel: 03 7710 3288,
Fax: 03 7710 3289,
E-mail:
gocomm@gocomm.com.my

Asia Public Relations Consultants
F1008, 10th Floor, Block F, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7954 5966,
Fax: 03 7954 9808


Edelman Malaysia
45-9 & 47-9, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03 2287 8689,
Fax: 03 2287 0234

Epic Communications
49-C Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03 7727 1161, Fax: 03 7727 3122


Eric Pringle Associates Public Relations (EPAPR)
7.20, 7th Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2161 7144,
Fax: 03 2161 8209


Essence Communications
Level 15, CP Tower, 11 Section 16/11, Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7952 5072,
Fax: 03 7954 9235


Ghazalie Rafeah Ali & Associates - GRA
Suite 310, Level 3, Block B, Phileo Damansara Two, 46350 Petaling Jaya
Tel: 03 7660 9950,
Fax: 03 7660 9980

Kim Chew Communications
Unit 1210, 12th Floor, Block A, 1 Jalan SS20/27, Damansara Intan, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03 7726 3430,
Fax: 03 7728 3432


One Four One
Level 11, Menara IGB, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur .
Tel: 03 2296 8999,
Fax:03 2296 8989


Ovation - Marketing Communications (MARCOM) solutions, product publicity, events

Pat-Lin Communications
Unit 507 Block D, Phileo Damansara 1, 9 Jalan 16/11, Petaling Jaya
Tel: 03 7660 0400, Fax: 03 7660 0460

Rantau PR
Suite 19A-23-3A, Level 23, UOA Center, 19 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2162 7269,
Fax: 03 2161 2278

RAPR Mileage Communications
RA House, 32 Jalan Telawi Dua, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2282 2333,
Fax: 03 2284 5768

Sunday, March 21, 2010

Kezaliman KERAjaan UMNO Menyamai KERAjaan Fir'aun

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang ketika menyambut perayaan dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang.

Haji Hadi menambah:
“Kerajaan BN [juga maksud: UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan” [rujuk: Suara Keadilian, 16-23 Mac 2010].
Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.

Jadi, dipendekkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?
i. Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.

ii. Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?

iii. Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?

iv. Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?

v. Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?

vi. Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?
Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO. Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.

Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.

Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).
Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.

Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.

Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.

Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.

Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.

UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga.

Contoh: ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.

UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.

Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.

UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.

Contoh: Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.

Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]

UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.

UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.

Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.

Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud: Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat, berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu, janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu".

Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar menjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.

Firman Allah swt: "Janganlah engkau takut hai Musa! sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu, nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu. Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun, mereka takkan berhasil melakukannya."

Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata: "Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt".

Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah, maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.

Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.

Firman Allah bermaksud: "Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)

Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.

-Tun Telana

1Malaysia - 1Israel...

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

16 Sept: Zahrain Tidak Berbohong - RPK

Ucapan Zahrain sebabkan Anwar keluar dewan

Ucapan sulung ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat BN yang akan lompat parti, lebih daripada mencukupi, lapor Bernama

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

"Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai perdana menteri keenam," kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Di peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Kekecohan berlaku apabila beberapa ahli parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut, kecuali dikeluarkan usul.

Zahrain kemudiannya menyambung ucapannya dengan mendakwa mereka juga dibohongi kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.

Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menurutnya, menjadi perjuangan peribadi Anwar yang menyebabkan ketua pembangkang itu akhirnya bertindak keluar Dewan.

Ketika itu kedengaran ahli parlimen BN yang berteriak "pengecut" dan "berani, tunggu", mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan dan mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar parti kerana tidak percayakan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang.

Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.

Zahrain kemudian mengulangi dakwaannya bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP sebagai ditaktor, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Saya turut simpati dengan kesedaran terlewat ini," kata Tian Chua lagi yang turut mempersoalkan kenapa Zahrain menerima anugerah Datuk Seri daripada kerajaan negeri.

Zahrain berkata perkara itu tidak timbul kerana pingat itu dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan beliau sebaliknya mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperjuangkan Islam dengan membangkitkan isu wang zakat dan isu perarakan Maulidul Rasul di negeri itu.

"YB Bagan (Lim Guan Eng) bukan saja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tohmahan jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat dengan tender Golf Bukit Jambul melalui syarikat modal dua ringgit, yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan.

"Saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia. Dan yang paling malang tindak-tanduk diktatorial, cauvinis, ekstrem, anti-Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan YB permatang Pauh (Anwar)," katanya.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada DAP sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagaimanapun menangguhkan ucapan Zahrain pada pukul 5.30 petang bagi membolehkan persidangan disambung semula esok.

Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini. Sebenarnya, terdapat beberapa kebenaran dalam apa yang Zahrain Hashim nyatakan jadi saya rasa Anwar Ibrahim tidak harus keluar daripada Parlimen. Dengan berbuat demikian ia seakan tuduhan Zahrain telah kena tepat di kepalanya, dimana saya juga mengandaikan begitu. Tetapi Anwar tidak sepatutnya mendedahkannya dengan ketara. Bermain poker lah , seperti saya. Senyum dan tunggu sehingga tiba masa anda untuk menyerang balik. Aiyah, Anwar, kamu seorang pemain poker yang teruklah!.

Sebagaimana saya berkata, Zahrain tidak berbohong kesemuanya. Dan sebaliknya fakta yang ditimbulkan Zahrain di dalam Parlimen menjadikannya dakwaan yang amat serius. Anda tidak boleh berbong di Parlimen. Jadi Zahrain tidak berbohong. Dia hanya tertinggal banyak fakta lain dalam kenyataannya di Parlimen hari ini(semalam).

Ia adalah benar di mana pembangkang itu telah diberitahu -- atau sekurang-kurangnya sebahagiannya telah diberitahu -- tentera dan Agong dalam keadaan ‘sedia' untuk mengadakan angkat sumpah kerajaan baru. Abdullah Ahmad Badawi telah sepatutnya diusir pada 2008 dan seseorang akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam.

Tetapi Perdana Menteri yang baru ini tidak semestinya Anwar. Ia adalah orang lain, seorang ahli Umno. Dan ianya bukan Najib. Ia adalah orang lain. Dan Zahrain , sudah tentu mengetahuinya walaupun beliau tidak menyebutnya di dalam Parlimen hari ini (semalam).

Plotnya adalah seperti berikut. Saya disuruh berjumpa Bul, nama pendek untuk Bulat. Semua ‘pelajar lama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahu saya bercakap tentang siapa. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas -- seorang ahli Umno daripada Badan Disiplin Umno yang menganggap saya saudaranya dan menasihatkan saya untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan nama saya di mahkamah -- juga mengetahui siapakah Bul dan apa yang saya katakan.

Apapun saya dan Bul telah bertemu untuk pertama kali di La Bordega di Jalan Telawi, Bangsar. Isteri saya turut hadir, dan juga orang keempat yang duduk di situ tanpa membuka mulutnya dan tanpa mengatakan sebarang perkataan, seolah-olah dia seorang ahli KGB (Yeap, itu yang saya fikirkan).

Bul kemudiannya menceritakan kepada saya cerita tentang Rosmah Mansor, ADC LT KOLONEL NORHAYATI Hassan, dan suami Norhayati yang berpangkat Lt Kolonel, dan terlatih dalam penggunaan bagi C4 dan berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh. (Saya mengetahui ‘terlatih dalam penggunaan bagi C4' juga turut disahkan oleh orang lain, tentera Kolonel yang menjalankan latihan itu , jadi saya berasa yakin yang maklumat ini adalah betul).

Saya bertanyakan Bul apa dia mahu saya lakukan dengan maklumat ini. “Dedahkannya,” jawab Bul.

Saya memberitahu Bul jika saya melakukannya mereka akan menangkap saya dan menghantar ke penjara. Bul berjanji kepada saya jika itu berlaku mereka akan tampil ke hadapan untuk memberi keterangan. Mereka tidak akan membenarkan saya untuk dihantar ke penjara, Bul meyakinkan saya. Mereka akan datang untuk membantu saya dan memastikan yang kebenaran itu dibongkar.

Selepas pertemuan itu isteri saya memberitahu supaya saya melupakannya. Ia terlalu berisiko, isteri saya berkata. Jadi saya tidak melakukan apa-apa.

Bul kemudian meminta satu lagi pertemuan dan kali ini kami bertemu di Selangor Club untuk makan tengah hari pada hari Ahad. Lelaki misteri seperti ‘KGB' juga turut di situ, begitu juga isteri saya. Bul menyoal sama ada saya akan bertindak di atas maklumat yang dia berikan kepada saya dan saya menyambut, tidak. Saya tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.

Bul meyakinkan saya ianya benar. Dia telah membaca laporan Intelligence Millitary yang telah dihantar kepada Perdana Menteri Pak Lah, Bul meyakinkan saya.

Saya memandang isteri saya yang menggelengkan kepalanya. Bul memberitahu isteri saya jangan risau. Bul menyatakan dia menawarkan jaminannya yang saya tidak akan diapa-apakan. Ini adalah 'dinamit' dan Pak Lah mengetahui ia akan jatuh tetapi beliau masih berdiam. Dan Najib juga akan jatuh maka Malaysia akan mendapat seorang Perdana Menteri baru. Kemudian kami boleh bercakap tentang membentuk kerajaan perpaduan bersama Pakatan Rakyat dan mungkin menawarkan Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mendengar nasihat isteri, saya memberitahu Bul saya akan lakukannya. Tetapi dia mesti membela saya jika apa-apa terjadi. Tiada masalah, Bul berkata. Kol Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO mempunyai senaskhah salinan laporan yang telah dihantar kepada Pak Lah dan sedang menunggu untuk tampil ke hadapan bagi mendedahkan semua perkara.

Bul mahu tahu bila saya akan lakukannya dan saya kata mungkin saya akan menulis artikel tentangnya pada hari berikutnya. Tidak, tiada artikel, Bul menegaskan. Sebuah artikel tidak cukup bagus. Ia mesti satu akuan berkanun. Kerajaan tidak peduli sebuah artikel. Tetapi kerajaan itu tidak boleh mengetepikan satu akuan berkanun. Jadi ia mesti suatu akuan berkanun.

Sementara itu, saya dan isteri bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali untuk mengetahui sama ada dia bersetuju dengan calon baru untuk Perdana Menteri atau dia memilih untuk Najib untuk mengambil-alih. (Tan Sri Sanusi Junid boleh mengesahkan ini). Dr Mahathir memberitahu kami dia tidak menyebelahi Najib dan bersetuju dengan lelaki yang dinamakan oleh Bul.

Jadi kami telah mengaturkan pertemuan antara lelaki ini untuk bertemu Dr Mahathir dan mereka telah bertemu beberapa kali. Dr Mahathir juga menghantar Datuk Andrew Leong bertemu lelaki ini untuk membuat perjanjian. Saya, sebenarnya, disusun untuk pertemuan antara Andrew Leong dan lelaki ini. Saya turut serta menjadi pemerhati dalam pertemuan itu.

Perjanjian itu telah dipersetujui. Saya akan menandatangani Akuan Berkanun. Pak Lah akan digulingkan. Najib akan disekat dari mengambil alih kerajaan. Dan Perdana Menteri baru itu akan mengambil alih kerajaan dengan restu Dr Mahathir.

Tidak lama kemudian sesuatu telah berlaku. Calon untuk Perdana Menteri baru diminta untuk mengesahkan yang dia bersetuju kepada penubuhan Majlis Presiden apabila dia menjadi Perdana Menteri. Dan Majlis Presiden, akan diketuai oleh Dr Mahathir dan memberi ‘panduan' kepada Perdana Menteri baru.

Calon untuk Perdana Menteri berkata tidak. Jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan membuat keputusan bagaimana negara ini ditadbir. Dia tidak akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada Majlis Presiden yang mempunyai kuasa sebenar di belakang pentadbirannya. Dr Mahathir, sebenarnya telah mengumumkan semasa satu mesyuarat dihadapan kira-kira 1,000 anggota ahli Umno di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya yang Majlis Presiden ini akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan datang akan menjawab tentangnya.

Bila lelaki ini berkata tidak, Dr Mahathir membuangnya dan berpaling kepada Najib. Najib telah kembali dalam perancangan dan lelaki ini sudah terkeluar. Tetapi sialnya, dalam sementara waktu itu saya telah telah pun menandatangani Akuan Berkanun yang bukan sahaja untuk menyingkirkan Pak Lah tetapi juga menolak Najib.

Saya adalah satu keaiban kepada mereka. Mereka perlukan Najib sejak lelaki itu tidak setuju dengan penubuhan Majlis Presiden manakala Najib bersetuju. Jadi mereka perlukan sesuatu untuk membersihkan nama Najib. Untuk melakukannya, mereka perlu menjatuhkan saya.

Kepada pembaca-pembaca yang disayangi, inilah sebab mengapa saya dalam keadaan kesusahan ini. Saya sepatutnya menjadi pemangkin menyingkirkan Pak Lah dan menghalang Najib daripada mengambil alih kerajaan. Tetapi perjanjian itu telah rosak. Dan insan lain yang sepatutnya untuk mengambil alih telah diketepikan. Dan saya diberi ‘kad merah' dan keluar padang.

Ini membuatkan isteri saya menjadi marah gila. Bila saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Bul menelefon isteri saya dan berkata bahawa lelaki ini hendak bertemu dengannya. Isteri saya memberitahu Bul untuk memberitahu lelaki ini pergi jahanam dan meletakkan telefon.

Isteri saya kemudiannya bertemu Anwar untuk memberitahunya keseluruhan cerita, yang kebanyakannya Anwar sudah mengetahui. Anwar pergi untuk bertemu lelaki ini, yang telah sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru. Anwar memberitahunya saya telah menandatangani Akuan Berkanun itu kerana mereka yang menyuruh saya berbuat demikian. Dan ia sepatutnya untuk membuka jalan kepada lelaki ini , bukannya Najib, untuk mengambil-alih jawatan Perdana Menteri.

Tetapi dia tidak berani tampil ke hadapan untuk menyingkap apa sebenarnya berlaku dan mengapa saya sendiri yang menandatangani Akuan Berkanun. Isteri saya kemudiannya mendesak Anwar pergi ke mahkamah untuk bertemu saya dan memberitahu saya secara peribadi, dan Anwar turuti. Saya akhirnya tahu bahawa mereka telah meninggalkan saya sebagai ‘kemusnahan sampingan' dan sebab itu saya bersendirian sekarang.

Apapun, saya kaitkan cerita ini dengan kenyataan kepada Special Branch, yang telahpun direkodkan. Saya sepatutnya kemudiannya menandatangani kenyataan saya itu, proses normal apabila mereka mengambil kenyataan semasa anda menjadi tahanan ISA.

Tetapi mereka tidak pernah membenarkan saya menandatangani kenyataan saya. Pada hari saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya, mereka telah menghantar saya ke Kamunting. Saya mungkin satu-satunya tahanan ISA yang tidak diberi untuk menandatangani kenyataan. Dengan jelas, mereka takut membenarkan saya menandatangani kenyataan saya supaya jika kerajaan ini jatuh satu hari nanti, kenyataan ini tidak akan jatuh kepada tangan sebuah kerajaan yang baru.

Datuk Zambri Ahmad, orang kanan dalam Special Branch yang bertanggungjawab menyoal siasat saya, mengetahui apa sebenarnya yang saya katakan ini. Dia turut mengesahkan dia secara peribadi mengenali Kolonel Azmi, orang nombor dua dalam Special Branch MIO yang saya katakan tadi.

Jadi Zahrain tidak berbohong di Parlimen hari ini (semalam). Apa yang diberitahunya dalam Parlimen perihal tentera dan Agong sedang bersedia untuk mengangkat sumpah kerajaan baru adalah benar. Zahrain hanya tidak memberitahu kepada Parlimen keseluruhan cerita sebenar. Dan saya hanya menyusun kepingan-kepingan gambar yang tidak lengkap.

Terima Kasih Zahrain. Dengan menimbulkan perkara ini di Parlimen membenarkan saya menambahkannya cerita untuk anda. Muchos gracias.

Sumber - Pulakdah!