"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, August 02, 2008
Hai Umno, hang bodoh atau aku bodoh?
"Dua ringgit tak cukup buat tambang, bah".
"Awat pulak?! Jumaat lepas abah bagi dua ringgit buat tambang, hang tak gaduh pun. Hang tak kata tak cukup pun".
"Abah ni... Tak tengok berita ke?! Tu bulan lepas, bah. Bulan ni Pak Lah kata harga minyak naik. Bulan lepas tambang bas ikut harga minyak bulan lepas. Bulan ni harga minyak naik minyak, bah".
"O sungguh, semalam mak hang pi beli barang-barang dapoq, semua harga naik ke langit. Panjat atas kepala mak hang. Semalam masa abah pi minum teh tarik, cawan teh luku kepala abah. Mee goreng pulak jerut tengkok abah. Nah ambik ni, abah tambah sikit lagi".
Dialog di atas hanya imaginasi liar saya. Akan jadi seperti itukah? Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, berkuatkuasa 1 September ini.
Nampaknya, lepas ni kena ikut Mat Zain janggut pi musabaqah dengan Umno. Muzakarah, muqabalah semuanya mengarut ja. Yang betulnya macam Zain kata, dengan Umno kita kena musabaqah.
Tapi, nak musabaqah lagu mana? Datuk Mukhriz Mahathir kata, pemilihan Umno pada Disember nanti akan menentukan sama ada parti itu akan timbul atau tenggelam.
Pada masa yang sama, beliau juga mendedahkan, terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan sayap pemuda parti itu di seluruh negara.
Menurut anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu, penyelewengan itu antaranya termasuk perjalanan mesyuarat yang tidak cukup korum, kehadiran ahli atau wakil yang tidak dikenali, ahli hadir sama menghadiri mesyuarat di dua cawangan berbeza serta terdapat senarai ahli baru selain daripada senarai yang ditentukan pada mesyuarat pada akhir tahun lalu.
"Keadaan ini amat merunsingkan saya, kerana saya anggap pemilihan pada tahun ini sebagai yang terpenting dalam sejarah Umno. Bila berakhirnya pemilihan pada Disember nanti ia akan menentukan timbul dan tenggelamnya Umno," kata Mukhriz.
Adakah penyelewengan akan tenggelamkan Umno? Kalau dah gelong sana, gelong sini, nak tenggelamlah tu. Muzakarah, muqabalah, musabaqah dengan sang tenggelam?
Disiplin pun tak dak? Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan kewujudan tataetika pertandingan Umno pada masa ini seolah-olah menggambarkan ahli-ahli parti itu tidak mampu untuk mendisiplinkan diri lagi.
''Saya sedih, sudah 42 tahun menjadi ahli Umno dan sehingga akhir-akhir ini tidak pernah ada etika Umno. Budaya Umno dulu baik, tidak perlu ajar dan larang apa yang tidak boleh dibuat.
''Jika Umno ada etika, menetapkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh, seolah-olah ahli tidak dapat mendisiplinkan diri lagi,'' jelas beliau yang juga mendedahkan politik wang berlaku pada pemilihan pergerakan itu di peringkat cawangan yang sedang berjalan sehingga Ogos ini.
Penyelewengan, tidak dapat mendisiplinkan diri dan politik wang. Politik wang tu rasuahlah. Cukup lengkap. Tu pun dok main dalam gelap dengan orang nak selamat Melayu dan Islam konon. Rasa-rasa, dengan Melayu, dengan Islam , habis semua depa jual, depa gadai.
Hai Umno, hang yang bodoh atau akukah yang bodoh?!
Laaa... Ada lagi. Sikit lagi. Yang izinkan Tony Blair la'natuLlah datang tu kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kan? Takkan kerajaan Pak Lah panggil pulak. Kan ka dia nak jaga Melayu dan Islam.
~penarik beca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment