"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 02, 2008

Muktamar terbuka untuk wartawan

IPOH, 1 Ogos: Walaupun muktamar PAS kali ini dijangka akan panas dengan pelbagai isu yang sedang berlaku sekarang, ia akan dibuka sepenuhnya kepada wartawan.

Orang ramai juga boleh mengikuti siaran secara langsung muktamar ini melalui webtv.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Publisiti Penitia muktamar ini, Misbahul Munir Masduki.

Selain mendengar perbahasan panas dari perwakilan dan pemimpin PAS, para peserta Muktamar PAS juga akan dapat berhibur dengan beberapa persembahan pentas, katanya.

Antaranya adalah nasyid, pentomin, nyanyian lagu-lagu ketuhanan dan juga pembacaan puisi. Persembahan itu akan dibuat di tapak gerai bersebelahan dengan Stadium Indramulia.

Muktamar kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Pada 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Dewan Bandaraya Ipoh manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillcity.

Muktamar PAS Pusat pula akan bermula jam 8.00 pagi pada 15 Ogos di Stadium Indramulia.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan memberikan Ucapan Dasarnya di majlis perasmian muktamar itu.

-SIASAH

No comments: