KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Pengguna jalan raya tidak perlu bimbang menggunakan jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kerana strukturnya masih utuh, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I Datuk Ir Mohamad Husin.
"JKR ingin mengesahkan struktur jejambat MRR2 itu selamat digunakan," katanya dalam satu kenyataan.
"Tiada keretakan baru dilaporkan atau keretakan lama yang timbul semula seperti yang dilaporkan sebelum ini," katanya.
"Kontraktor akan memulakan kerja awal untuk memperbaiki retakan lekang di tiang sambut 28 di MRR2 esok," sambung Mohamad Husin.
Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama pakar-pakar Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil juru perunding dan kontraktor yang diadakan di sini hari ini.
Beliau berkata JKR juga telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan serta menyelia kerja pembaikan oleh kontraktor.
Ir Mohamad berkata seperti yang ditegaskan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohd semalam supaya soal keselamatan tidak boleh dikompromi, tindakan menutup lorong terkiri di kedua-dua belah arah akan diteruskan bagi membolehkan siasatan ke atas kesemua tiang sambut dan kerja pembaikan dilaksanakan.
Semalam, jejambat MRR2 yang menghubungkan Kepong dan Selayang ke ibu kota terpaksa ditutup buat kali ketiga selepas tiangnya dikesan mengalami kerekahan.
Ir Mohamad juga meminta para pengguna jalanraya agar mematuhi panduan papan tanda yang telah diletakkan di tempat terbabit.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment