KUALA LUMPUR: Majlis Peguam sepatutnya menjadi badan yang mendidik rakyat  mematuhi setiap keputusan mahkamah, termasuk membabitkan hak orang Islam dan hak  keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh  Abdul Aziz, berkata jika usaha pihak terbabit menganjurkan forum  berkaitan hak Islam dan berasaskan kes yang diputuskan mahkamah membabitkan  orang Islam, ia seperti cuba mempertikaikan keputusan badan kehakiman.
Bagaimanapun, katanya, Majlis Peguam bebas mengadakan sebarang forum berkaitan  Islam jika tidak ada agenda atau perkara boleh menghakis atau mempersoalkan hak  Islam.
“Kita (Jakim) tak kisah dia (Majlis Peguam) nak bincang perkara berkaitan hak  Islam. Yang kita dipersoalkan kalau (forum itu) ada agenda mempertikai  peruntukan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Islam.
“Jika itu berlaku, kita boleh pertikaikan integriti majlis itu,” katanya kepada  Berita Harian, semalam.
Kelmarin akhbar melaporkan Majlis Peguam mahu mengadakan satu lagi forum  berkenaan Islam yang akan turut menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan  Persekutuan, selepas menganjurkan forum yang membincangkan hak keistimewaan  orang Melayu.
Forum bertajuk ‘Memeluk Islam’ akan menyentuh artikel berkenaan yang menjelaskan  Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan membabitkan bidang kuasa  Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.
Forum itu akan berlangsung 9 Ogos ini di pejabat Majlis Peguam di sini, juga  akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes sebelum ini  termasuk berkaitan memeluk Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Foo Yet Ngo, berkata forum itu bukan bermakna  Majlis Peguam menentang mereka yang memeluk Islam dan berhasrat berbuat demikian,  cuma ingin membangkitkan masalah yang dihadapi keluarga yang terbabit berikutan  konflik dalam perundangan negara.
Wan Mohamad berkata, jika Majlis Peguam menganjurkan forum seperti itu untuk  tujuan mencabar hak Islam, Jakim juga boleh berbuat demikian bagi membincang dan  mempertahankan hak Islam.
Katanya, orang Islam lebih berhak untuk mempertahankan hak mereka mengikut  peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Jakim bersedia anjur forum terbuka mahu pertahankan hak Islam di masjid dengan  kerjasama 14 Majlis Agama Islam negeri di seluruh negara yang diletakkan di  bawah bidang kuasa Sultan,” katanya.
Ditanya apakah Jakim akan menganjurkannya, beliau berkata: “Bergantung kepada  siapa yang mulakan dulu,” katanya.
-TMB

1 comment:
Dizaman purba dulu manusia yang jahat dan kejam akan dijadikan pemimpin dan akan menjadi raja dan mendapat keistimewaan berganda. Harta orang lain menjadi harta mereka. Sikejam ni pula akan mendapat pengikut dan penyokong yang ramai kerana akan mendapat juga imbuhan hasil pakatan jahat ni.
Masa moden ni pula, orang yang pandai kelentung , menjadikan segala pekara logik. Kita dijadikan berbagai kelebihan dan keistimewaan, mungkin mengikut bangsa. Pendeknya, bangsa India ni memang pandai kelentung, bercakap atau berhujah. Orang Melayu ni dari dulu kena tipu , dari zaman kesultanan, hingga zaman ni.Hindraf, majlis peguam, mic dan banyak lagi semua kelentung kita.
Dari negara tergadai dalam aman , biar lebih baik tergadai dalam pertumpahan darah.
Post a Comment