"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 07, 2008

Laporan ini adalah dari Kak Salwa isteri Abang Bakaq aka penarik beca


Abang Bakaq ditahan di kediaman beliau di Taman Koperasi Polis Fasa 1 kira-kira jam 11.00 malam tadi. Empat orang polis lelaki dan seorang polis wanita berpakaian preman memperkenalkan diri bahawa mereka dari Bukit Aman. Kata mereka “saya datang kerana ada orang buat laporan polis terhadap Abang Bakaq dan blog yang di tulis. Abang Bakaq minta waran tangkap dari polis berkenaan,kata salah seorang dari polis tadi bahawa”polis Malaysia tidak perlu waran”.Hebat juga polis Malaysia ni kan,mungkin terlalu banyak tengok filem-filem aksi polis dari Hong Kong kot?

Jam 02.37 petang Kak Salwa di hubungi oleh Blak di hadapan kami dan ini berita yang kami terima dan diberitahu melalui perbualan telefon antara Blak dan Kak Salwa.

Pagi tadi beliau di hantar ke Balai polis Sentul dan pada jam 9 pagi tadi beliau di bawa ke Commercial Crime Division. Menurut kata Puan Salwa,Abang Bakaq mungkin ditahan sehingga esok atau sehingga siasatan selesai dijalankan.

Semoga Abang Bakaq dan juga isterinya Kak Salwa, tabah mengharungi dugaan ini. Doa saya dan juga rakan-rakan bloggers yang lain turut mengiringi Abang Bakaq sekeluarga. Ramai juga

Bloggers yang datang tadi dan pengalaman baru Nora bila dapat bersua muka dan mengenali bloggers dengan lebih rapat lagi. Kiranya macam majlis suai kenal para bloggers lah ni.

Esok pula,Nora ada kes mahkamah yang melibatkan kejadian di IPK tempoh hari. Berita ini diberitahu oleh penjamin Nora iaitu Encik Norazaidi pada jam 03.05 minit petang tadi dan Nora juga mohon doa dari allah swt agar jauhkan diri dari di aniayai dan menganiayai orang lain.

Berita yang baru Nora terima dari Blak sebentar tadi,Abang Bakaq di tahan reman sehari lagi.

3 comments:

Pemuda Malaysia said...

padan muka, tulislah artikel berunsur fitnah lagi..memang patut kene tangkap pun..

semoga ia menjadi pengajaran buat bloggers yang masih tak sedar diri lagi..

lagi satu saya nak beritahu, blog perisik rakyat ni tak reti susun gambar rasanya, sebab susun gambar pak lah n najib terbalik..bodoh betul..

Anonymous said...

pemuda malaysia,

kenapalah marah sangat kat blogger "penarik beca" ni, Pak Lah pun tak marah....... cuma dia perlu disiasat je.....

Mr Joker said...

biase la bro...takut pada kebenaran...