"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 13, 2008

TAMPARAN KEPADA GOLONGAN PENDESAK !!!

Salam Semua....

Aku berada di kuala lumpur atas urusan yang telah di aturkan mggu lalu,di kesempatan itu,sempat jugala aku bertemu teman se-bloggers-malaya dengan matcomot serta perisik rakyat....lama juga la kami punya dok borak di pelita nasi kandar di jalan ampang depan dengan corus hotel...walaupun ada angin2 seorang ustaz yang rapat dengan pelita nasi kandar nih akan menjadi calon Bee End di PRK Pmtg Pauh...tu cuma khabar angin ya...

Aku sempat la bertukar2 pandangan sambil dok pekena teh O..bergelas2 sampai naik kembung perut aku...dari jam 12tgh hari-4ptg...selesai berbincang saja aku bertemu dengan teman aku seperti yang di janjikan di hotel corus...tak jauh la depan pelita sj...

Lepas selesai perbincangan lebih kurang jam 6ptg...aku terus ke tmn melawati pekena satay kajang yang top tuh...haji samuri,samsuri ka samurai ka....aku pun lupa nama tuan haji tuh...maaf ya tuan haji....Aku terserempak dengan YB Amiruddin Shaari & pembantu dia samsul hidayat masa aku ker kereta nk pulang...maklumla perut pun dh kenyang...tadi pekena ayaq dengan satay lagi...borak ada la dalam 10min....tiba2................

Aku menerima sms dari perisikrakyat & matcomot yang memaklumkan....-Y.A.B. Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan telah mengesahkan bahawa beliau akan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernamaan calon 16 ogos ini...info dari TV PAS-...ianya bagai 1 tamparan atau pukulan maut TKO kepada golongan pendesak yang makin liar dengan kenyataan2 media berbaur hasutan.....

Tok Guru juga berkata 'Anwar belum di bawa ke mahkamah lagi...sibuk dah nak luruhkan nama baik Anwar...Tv,Radio & Akhbar dh tuduh Anwar.Binatang ini akan masuk neraka jika Anwar tidak maafkan..Mana buleh maruah Anwar tidak dibela'....

Aku tetiba rasa nak sebak,teman aku S/U AMK Kedah juga berasa sayu ketika bercakap dengan aku...'lihatlah sikap tanggungjawab Tok Guru sesama islam & inilah yang di namakan nilai seorang sahabat....

T.kasih la kpd 2 org teman yang sempat menghantar sms,cuma aku terfikir sejenak kpd beberapa kenyataan liar yang di keluarkan oleh golongan pendesak yg berbaur ugutan terhadap Pakatan Rakyat...mereka sanggup mengenepikan nasib rakyat terbanyak yg memerlukan pembelaan....

Golongan2 ini cuba brmain dgn politik sempit hinggakan rata2 merungut dgn sikap segelintir mereka ini yang cukup angkuh serta sombong mengenai isu2 yg kononnya merekala sebagai juara,pejuang rakyat,mereka jugala yg menegakkan dasar parti tetapi semuanya hampeh...aku nk letak dlm bakul sampah sj puak2 nih...

Nasihat kpd golongan ini...ikutila contoh serta sifat yg di bawa Tok Guru Nik Aziz...sekurang2nya sikap kesederhanaan ini telah mempertahankan Kelantan selama 18 tahun...ada setengah tu yang nk tunjuk pandai cuma dapat bertahan sepenggal saja...tu pun nak tunjuk lagak pandai...Hadap2 mereka ini sedarla...wallahualam...

-BANGUN DENGAN KEKUATAN

No comments: