"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 08, 2008

Australia Tak Best...Kita Pi Taiwan laaa..!

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) mengadakan lawatan sambil belajar, yang mencuri perhatian banyak pihak sejak pertengahan minggu lalu, - hanya selama lapan hari - ke Taiwan, bukannya China ataupun Australia, bermula hari ini.

Difahamkan seramai 50 daripada 78 anggota BN-BBC menyertai program tersebut, yang sebelum ini turut dikaitkan dengan 'usaha menghalang' sasaran pembangkang membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September ini.

Sebelum ini, BN-BBC merancang untuk mengadakan lawatan selama 12 hari bermula semalam.

Antara Ahli Parlimen yang sertai program itu ialah Libaran, Putatan, Bukit Katil, Kuala Nerus, Arau, Lengong, Kuala Kurau dan Tenggara.

Pengerusi BN-BBC, Datuk Seri Tiong King Siong berkata, pihaknya memutuskan untuk memilih Taiwan, bukannya China disebabkan kesuntukan masa.

“Memang pada asalnya kami hendak melawat China tapi kerana masa tidak cukup untuk menguruskan visa, kami mengambil keputusan untuk ke Taiwan,” kata beliau kepada mStar Online.

Jelasnya, disebabkan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan akan menyambut Aidilfitri awal bulan depan, maka tempoh lawatan itu dipendekkan menjadi lapan hari.

Bagaimanapun jelas Tiong, mereka akan tetap ke China dalam lawatan akan datang, kemungkinan selepas berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat semasa.

Hanya dua ahli Parlimen termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah mulai semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah menafikan lawatan sambil belajar BN-BBC itu ada kaitan dengan strategi BN menghalang usaha Pakatan Rakyat yang mahu menubuhkan kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN-BBC Datuk Bung Mokhtar Radin mengesahkan bahawa antara 48 hingga 50 anggota BN-BBC akan menyertai lawatan tersebut.

"Kita akan ke sana (Taiwan) tengah hari esok, selama lapan hari,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Terdapat segelintir ahli Parlimen pula tidak dapat menyertai lawatan itu kerana menunaikan umrah dan akan mengikut lawatan kerja menteri ke luar negara, jelas beliau.

Bung Moktar berkata, beliau dan Tiong sendiri akan turut serta dalam lawatan itu yang bertujuan untuk meneroka teknologi pertanian dan perindustrian.

Tambah beliau, semua anggota yang menyertai lawatan tersebut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 11 pagi ini menaiki pesawat Cathy Pacific.

Program kelab itu akan diuruskan oleh Pejabat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, kata beliau.

Ditanya sama ada lawatan itu ditaja oleh mana-mana pihak, Bung Moktar berkata, semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka.

Minggu lalu, timbul desas-desus ahli-ahli Parlimen BN akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya komen mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang beliau akan menemui ahli BN-BBC selepas mereka pulang bercuti daripada lawatan sambil belajar itu, Bung Mokhtar berkata:

“Benda ini hanya omong kosong. Anwar suka buat gempar saja. Selama ini pun kita tidak ke mana-mana.”

Jelasnya, dalam sejarah Malaysia belum ada kerajaan yang dibentuk dengan membeli ahli Parlimen dari parti yang memerintah.

“Dalam perlembagaan sudah termaktub perkara bentuk kerajaan ini kena gunakan cara yang betul bukan suka-suka,” katanya.

-mSTAR Online

2 comments:

Sukatikaulah said...

Doakan aje mudah-mudahan kapalterbang yang diorang naik tu meletup.Biar kurang sikit orang jahat dalam maalaysia ni.

Anonymous said...

Apalah mereka ni masa minyak naik barang naik, masa tulah nak pegi cuti belajar. Akhirnya duit rakyat juga yg habis.

Allah tau apa yg mereka plan