KUALA LUMPUR 6 Sept. - Polis memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berhubung kes beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pada masa yang sama, polis memerlukan masa bagi menyiasat kes-kes melibatkan Raja Petra.
Beliau berkata, para pegawainya masih mengumpul maklumat dan jika terdapat bukti yang kukuh, pihaknya akan mendakwa Raja Petra di mahkamah.
-Utusan Malaysia Online
TP - yang ni memang kita dah tau... kalau kene dekat belah pro Pakatan Rakyat, memang cepat je depa siasat.kalau yang kene dekat pro UMNO/BN, cepat je depa buat-buat tak tau...
Aish...kes Musa Hassan tu macam mana? tak salah aku masa Anwar buat report, dia bagi bukti-bukti & dokumen sokongan sekali...tak cukup bukti lagi ka?ke tengah teliti dulu?
Tak pun mungkin "fail hilang"...lagi 1...kes bukti dadah yang hilang dalam stor PDRM kat Johor tu apa cerita?tu lagi 1 kehairanan tahap tertinggi...
Kes dalam rumah sendiri punya susah nak dapat bukti,kes dekat luar rumah sendiri lajuuu je dapat kumpul bukti...
Ade apa-apa ke???
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment