"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 08, 2008

Demo: Zulkifli Hadapi PKR Esok

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) hari ini menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

"Hari ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam.

"Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.

"Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September.

"Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya.

Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.

Sementara itu ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.

"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.

Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.

"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya.

-mSTAR Online

TP - Tak pe YB... berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau yang lain-lain berani salak belakang-belakang, biaq pi depa... hari ni depa pertikai apa yang YB buat, mungkin hari esok bila kene batang hidung depa sendiri... baru depa tau...

Gua support lu YB..!

3 comments:

Anonymous said...

teruskan perjuangan YB...
kami tetap menyokong tindakan YB...
apa punya pkr da bg surat tunjuk sebab,sepatutnya bg duit minyak kat YB ntk pi demo haritu...ni dah memalukan org islam dlm pkr...ni mesti ada kaitan gesaan DAP suh bg tindakan kat pihak yg terlibat (YB ZUL)
kita nak jaga hati kawan pun jgn smpai cmni la geng,depa peleceh agama kita steady jek..ada ke karpal sign dpt surat tunjuk sebab??ada ke teresa kok dpt surat tunjuk sebab??
cisss...

Anonymous said...

Salam.

Tu la pasai, aku pun "loya" dengaq kata YB kena surat tunjuk sebab!!

Apakehey nyer yang salah?

Bela agama tu kan ker JIHAD?

PKR ni.. jangan sampai aku MARAH!

Dahle si RPK tu hina agama.. sekarang PRK pulak nak bela DAP?
Apani?..

AKU SOKONG YB ZUL.. hang tadak buat salah apa2.. hang anak jantan.. hang bela agama.. jangan TAKUT!

WAssalam.

Anonymous said...

kot ye pun biar DSAI jumpa secara tertutup ngan YB zul..ok jugak la..
ini smpai bg surat tunjuk sebab kenapa x leh ambik tindakan??
perghh hina sungguh seorg pejuang nak menegakkan islam dlm pkr..
ayuh yb zul lompat masuk Pas or duk bebas jek x da sapa mau kacau...apa punya pkr da...