"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 30, 2008

Sinar Harian: Dari Blog ke Blog

TINGKAT EMPAT NAJIB?

1. Satu inovasi yang diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila sahaja dia menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan satu badan penasihat khas yang dianggotai oleh menantu, anak dan kawan-kawan muda mereka. Kononnya mereka ini bijak dan pandai lebih daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Pendapat mereka ini lebih dipercayai oleh Abdullah daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO.

2. Lulusan Oxford dan Cambridge memang dianggap istimewa, tetapi yang lulus dari universiti-universiti ini bercambah dan ia tidak menjamin kebolehan yang luarbiasa. Lagi pun, orang-orang muda ini tidak punyai pengalaman mendalam dalam pentadbiran, politik dan ekonomi negara.

3. Yang lebih buruk ialah mereka mempunyai kepentingan tertentu dan berhajat untuk mendapat pulangan wang yang banyak daripada pengaruh mereka keatas Perdana Menteri dan Kerajaan.

Baca artikel penuh di [sini].


MENGAPA MUZIK PERLU APPRISIASI?

Teori aprisiasi muzik mula berkembang pada generasi muzik moden pada awal 1910. Ini antara beberapa subjek penting yang terakhir muncul dalam disiplin muzik, ia berkait rapat dengan teori analisa muzik ( music analysis ). Dengan aprisiasi, manusia belajar untuk memilih apa yang mereka patut dengar atau yang ingin mereka dengar. Ini objektifnya.

Pendengar umum adalah dari kebanyakkan yang tidak sedar apa yang ingin di dengarinya, malah apa sebenarnya yang sedang mereka dengarkan. Ini adalah dilemma dalam konteks kebudayaan, umumnya.

Proses mendidik citarasa ( taste ) bukan suatu usaha pendek dan mudah. Ia sentiasa beredar sesuai dengan nilai pada setiap zaman yang berubah-ubah. Koleksi idea dan gaya persembahan watak seni senantiasa mendorong citarasa manusia untuk terus memilih hiburan dan terapi jiwanya.

1 comment:

Anonymous said...

emm... thank you for this :))