Thursday, September 11, 2008
Pengamal Media Diberikan Surat Peringatan Untuk Patuhi Garis Panduan Ditetapkan KDN
Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata KDN mengeluarkan peringatan itu sejurus selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menarik balik sekatan terhadap beberapa laman web termasuk "Malaysia Today" hari ini.
Beliau berkata apa yang penting ialah untuk melahirkan kebebasan dan keterbukaan yang mempunyai sifat bertanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi menjamin keamanan serta ketenteraman awam untuk mengelak golongan yang boleh menghasut, menghina dan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
"Jadi ini adalah satu amaran atau satu ingatan dan setelah itu dilaksanakan. Saya berharap ia menimbulkan keinsafan dan kesedaran kerana kuasa media sama ada blog, cetak atau elektronik untuk mempengaruhi masyarakat secara keseluruhan adalah amat besar dan mendalam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini malam ini.
Beliau berkata tindakan menyekat beberapa laman web dahulunya bukanlah bertujuan untuk menghukum, sebaliknya hanya bersikap berhati-hati kerana ia dikhuatiri boleh membawa kepada ketegangan dan suasana yang menjejaskan ketenteraman awam.
Syed Hamid berkata KDN juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa syarikat media yang lebih menjurus untuk menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
"Mana-mana media yang kita anggap telah melanggar syarat-syarat dan garis panduan itu kita memberikan tunjuk sebab dan tunjuk sebab itu mesti dijawab dalam tempoh seminggu.
"Jangan pula dengan surat tunjuk sebab itu, mereka menganggap kita menyekat sesiapa. Tetapi kita mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat secara keseluruhan untuk menentukan tidak timbul konflik, tidak timbul rasa kemarahan disebabkan penulisan kita mengenai kaum, agama atau pun budaya," katanya.
Hari ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah menarik balik sekatan itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.
Mengikut rekod SKMM, sebanyak 126 laman web disekat sejak Januari sehingga kini kerana melanggar pelbagai peraturan termasuk menghina agama dan menipu pengguna.
Eksklusif: Pendedahan Kes Curi Balak Di Pahang.
-Pahang Daily
Berita dari Taipei
Lepas hang baca ni, make sure hang delete mail ni. Kalau depa dapat tau aku hantaq kat hang, naya aku.
Dah dua hari kami kat sini. Leceh betui. Ingat kata semua naik kapalterbang sama-sama, rupa-rupanya depa asingkan kami bila sampai Singapore. Ramai SB dari YB. Sampai Taipei, semua depa halau masuk hotel.Lagi satu leceh, nak call out pun tak boleh. Passport dengan handphone SB pegang.
Semalam baru lega sikit. Kami pi Shangri-La Leisure farm. Bukan besaq sangat, kandang kambing Maniam kat Sauk tu lagi besaq. Tapi kambing dia lain macam…nak kata Jamnapari, tak dak janggut. Nak kata Boer, aku pun tak kenai. Tak patut betui Pak Lah…dia syok kat kambing, dia suruh kami mai belajaq.
Yang syok…masa permanian beradas. Hang tau Bung Mokhtar buat apa?.. dia pi inject sperm dalam lubang pungkok kambing tu..kah.kah.kah.. Dia ingat kambing beranak ikut pungkok kot?
Lepas tu, kami jumpa Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua. Yang ni lagi satu lawak. Dia tanya…Anwar tak mai sama ka?
Pagi tadi, kami pi ke, Kaosiung..naik bullet train. Kami pi melawat pusat bioteknologi. Fuh! bessst! Hang pernah tengok ayam tak dak bulu ka? Memng tak dak! tapi kulit dia tebai, macam itik dah kena salai. Pusat bioteknologi Taiwan ni dah cipta ayam tak dak bulu, sebab setiap tahun, kerajaan taiwan menghadapi masalah nak buang bulu. Tu pasai depa cipta ayam tak dak bulu.
Tapi, tadi aku tengok ayam kaki empat. Aku tanya kat depa…pasai apa ayam kaki empat. Depa jawab…KFC cuma mau drumstick. Jadi kena increase drumstick production la..
Esok kami akan ke Pingtung University of Science and Technology. Jadual lusa dan seterusnya kami pun tak tau. Gila sungguh depa.
Tadi aku email kat Raja Petra. Kami semua dapat RM50,000 duit poket. Tapi nak belanja kat mana. Masuk jamban pun SB ikut. Pulak tu, satu-satunya tempat lepak yang ada benda tu…semalam jugak depa tutup. Tapi hang tok sah risau, MSK. balik nanti aku belanja hang kat Big Sister.
OK..MSK. Depa dah panggil dah. Buat roll call.
-PerakExpress
RM50,000 Wang Poket???
Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong had, in a posting on Tuesday, claimed that the party's two MPs - Datuk Eric Majimbun and Datuk Dr Chua Soon Bui - had rejected the Taiwan invitation plus RM50,000 pocket money allegedly given to each MP who went on the trip.
SAPP had decided in June to either move or support a no-confidence motion against the Prime Minister but its two attempts were anti-climatic. Its lawmakers failed to turn up in the first instance, while, on the second occasion, the Pakatan Rakyat motion by then Opposition leader Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, was rejected by the House Speaker.
Yong had also confirmed that he met with current Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim but has yet to indicate if SAPP will join PR on Sept 16 - the opposition's much ballyhooed date of taking over the government.
The BN backbenchers are in Taiwan ostensibly on an agricultural study tour but it is widely seen as an attempt to thwart Anwar's promised takeover.
Anwar has said he will go to Taiwan to convince the BN lawmakers to join his coalition by Sept 16, but concedes that the takeover date could change.
BN leaders, however, remain confident that it will never happen. Meanwhile, an irate Datuk Bung Moktar Radin said none of the lawmakers now in Taiwan were paid RM50,000 as alleged by Yong. He challenged the SAPP president to lodge a police report if he thought it was true.
"No such offer was made. We are in Taiwan at our own expense as we want to learn how to improve agriculture in our respective constituencies," the Barisan Nasional Backbenchers Club deputy chairman told the New Straits Times.
He also stressed that the tour had nothing to do with the opposition's plan to form a new government on Sept 16, saying Anwar should stop confusing the people by claiming that many BN MPs would defect soon. The MPs in Taiwan are scheduled to return next Wednesday.
-TMI
TP - Kah kah kah kah kah... ni tak lain tak bukan kes dengki... bukan dengki tak leh pi Taiwan... dengki... kah kah kah kah kah... dalam keadaan mcm ni pun sempat lagi... ops... bukan sempat lagi... terrr... memula nak cover ke"tamak"an... tapi bile dengar "wang besar" wang besar" wang besar"... trus panggil press... mana tahan beb... biasa makan taik...
Pak Lah Tanpa Masa Depan...
Consider these facts:
- His approval rating has tanked, from slightly over 50 per cent just before the general election to 43 per cent today. His tentative handling of the Datuk Ahmad Ismail episode, which allowed reckless comments by a political bit player to put the country on a security alert, is being assessed as a sign of a weak leader, short on confidence and support within his own party.
- The imminent return of his nemesis, Tun Dr Mahathir Mohamad, to Umno and the expected move by the former prime minister to campaign feverishly for Tengku Razaleigh Hamzah as the new president of the ruling party will put severe pressure on what only a month ago was a free pass to the party elections in December.
- The absence of a cohesive game plan to contain Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat is being tossed around by his critics in the Cabinet and party as a apocalyptic sign that Abdullah's two-year transition plan could lead them to political oblivion.
- More important than all the above reasons, the inability of the Abdullah administration to grease the political patronage wheels of Umno quick enough could lead powerful division chiefs to support the party president's political foes. Party warlords from across the country have sent word that the promises of contracts and projects for their constituencies have remained just that, promises. In some cases, letters of award have been deliberately withheld by senior Finance Ministry officials, flexing their administrative muscles with the full knowledge that the Finance Minister is too weak or distracted to take action against them. The equation is very simple for these division chiefs if Abdullah cannot deliver largesse to them, then he does not deserve their support.
- The Abdullah-Datuk Seri Najib Razak tag team is coming under some pressure, mainly from the Deputy Prime Minister's supporters who wonder if the PM's unpopularity will be a drag on Najib too. Some of them want Najib to be made acting PM soon while less ambitious ones just want Abdullah to do something.
Against this backdrop, Abdullah's loyalists and supporters concede that the three weeks run-up to the divisional elections in October could be much tougher than anticipated. They acknowledge that the doubts about him are percolating like never before, with critics assailing him for his body language right down to his manner of speaking.
They still maintain that the PM will garner sufficient nominations from the 191 divisions to contest the party president's position but for the first time are open to the possibility that Ku Li could obtain the 58 nominations he needs to challenge for the top post. Their confidence is based on the belief that he still can use the instruments of incumbency to hold the line. But position takes anyone only so far. Influence is achieved by results and the ability to exercise raw power. Abdullah has not been able to demonstrate either consistently during his time in office as the PM.
That is why Ahmad was willing to mock him publicly, knowing full well that Abdullah alone would not punish him. That is why some Umno division chiefs are keeping their options open on whether to give their nomination to the PM.
Yes, this is a crucial three weeks for Abdullah. Much of his political fortunes hinges on Najib's commitment to the transition plan and whether the senior members of the party, including the menteris besar, still believe that a smoother transfer of power is a better option than an all out contest. It is pretty much out of his hands.
-TMI
Abdul Razak Bukan Penipu, Kata Peguam
Wong yang mengemukakan hujahan balas di akhir kes pendakwaan berkata kenyataan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengenai reaksi Abdul Razak apabila ditanya mengenai kematian Altantuya sering bertukar dan tidak konsisten.
Pada perbicaraan terdahulu, Balasubramaniam yang diupah oleh Abdul Razak menyatakan bahawa Abdul Razak hanya tersenyum apabila ditanya mengenai Altantuya dan berkata "tidak tahu" tentang apa yang berlaku.
Bagaimanapun pihak pendakwaan berhujah Abdul Razak telah menipu dan tidak mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas orang yang ditangkap di hadapan rumahnya sendiri.
Wong berkata Abdul Razak juga tidak tahu mengenai tuntutan USD$500,000 dari Altantuya kerana perbincangan mengenainya hanya melibatkan Balasubramaniam dan Altantuya sendiri.
Katanya, pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan Abdul Razak menipu malah berdasarkan afidavit Abdul Razak, dia telah bertanya kepada pegawai atasan polis DSP Musa Safri tentang apa yang berlaku pada Altantuya dan dia juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Balasubramaniam kerana bimbang Altantuya akan kembali mengganggu sedangkan ketika sms dihantar Altantuya telahpun dibunuh.
"Pendakwaan tidak memberikan sebarang bukti yang menunjukkan Abdul Razak mengetahui tentang apa sebenarnya berlaku kepada si mati. Dengan ketiadaan bukti sedemikian, bagaimana mungkin Abdul Razak dikatakan telah berbohong tentang di mana si mati berada," katanya.
Wong turut berhujah bahawa rekod panggilan telefon dan sms tidak boleh membuktikan wujud kes prima facie ke atas tuduhan bersubahat sepertimana yang disabitkan ke atas Abdul Razak.
Katanya mengikut bil talian Maxis milik Abdul Razak, ia tidak menunjukkan sebarang panggilan keluar dan sms daripada dua buah telefon Abdul Razak kepada Altantuya.
Menyambung hujahnya Wong berkata dalam membuat keputusan pihak mahkamah perlu mengambil kira panggilan dan sms yang dibuat oleh DSP Musa kepada anak guamnya dan bukan hanya bergantung kepada rekod transaksi telefon Cif Inspektor Azilah Hadri, Abdul Razak, Balasubramaniam dan Altantuya sahaja.
Tambahnya pihak pendakwaan sebenarnya tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas persubahatan Abdul Razak dan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan anak guamnya.
Perbicaraan kes berprofil tinggi ini melibatkan Azilah, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dituduh membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Abdul Razak, 48, penganalisis politik, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung Isnin.
Ban lifted but RPK claims 'hidden agenda'
“I'm always suspicious of their next move. There is always a hidden agenda," he said when contacted.
According to a report in Star online, Energy, Water and Communications Minister Shaziman Abu Mansor has instructed the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to unblock the web portal.
He told reporters in Kuala Lumpur today that the decision was reached at the weekly cabinet meeting yesterday.
Shaziman said following the government's U-turn, the order to restrict access to websites or blogs, including the Malaysia Today news portal, has been withdrawn effective immediately.
First To Be Blocked
On Aug 27, the MCMC under Section 263 of the Communication and Multimedia Act, ordered all internet service providers (ISPs) to bar the controversial online portal based on complaints that the website posted offensive comments.
The errant web portal is believed to be the first to be blocked by MCMC. Previously the online content regulatory body had only acted against pornographic websites.
Various parties had protested against the ban, accusing the government of going back on its no-Internet censorship pledge guaranteed under the Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia 10 Point Bill of Guarantees.
However, it is unclear whether the ban has been revoked for all web portals inclusive of those with pornographic materials.
MCMC: ISPs Told To Unblock Site
A check with MCMC chief operating officer Mohamed Sharil Tarmizi revealed that his department had already adhered to the cabinet decision and issued instructions to all ISPs to lift the ban.
“Blocking is never a permanent solution. It is just a preventive action and a deterrent. Following this, we’ll leave it to the law to take its course,” said Mohamed Sharil.
However, Mohamed Sharil could not immediately confirmed whether the ban on other websites would be lifted as well.
Asked if he would rule out further action against Malaysia Today and other websites, Mohamed Sharil said: “We will continue to enforce the law as long as offences are committed”.
Kerajaan tarik balik sekatan ke atas blog
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.
“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
-Utusan Malaysia Online
TP - Ni baru la gentleman... tapi belum tentu jugak... kene paham... "sekatan" cuma keatas "blog" je... "blogger" pulak macam mana??? hah hah hah hah hah hah hah ... ini KERAjaan penipu ha... sikit pun aku tak caye...
Khak Ptuih..!
29 pemimpin BN di NS sertai PKR
Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.
Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.
Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.
Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.
"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.
"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.
"Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.
Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.
"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.
-malaysiakini
Pelanggar Hadron Besar (?) Sudah Dihidupkan!
Beberapa jam yang lalu mesin paling kompleks yang pernah dibina oleh manusia iaitu Large Hadron Collider (Pelanggar Hadron Besar?) telah dihidupkan di Geneva. Mesin yang dibina untuk kajian tentang cara alam semesta ini dilahirkan dibina khususnya untuk mencari sesuatu yang digelar 'Partikel Tuhan', atau partikel hipotetikal boson Higgs, yang dikatakan memegang kunci serta rahsia misteri kejadian alam semesta.
Aku, sebagai seorang skeptik dan saintis memang berharap projek ini berjaya, dan bumi tidak disedut masuk ke dalam Lubang Hitam. Tetapi nampaknya dari awal lagi kawan aku Stephen Hawking sudah letak bet projek ini tidak akan berjaya.
Apa-apa pun kita lihat dan tunggu sahaja, ya?
-aku tak peduli
Nasharudin Mat Isa Enggan Tandatangan Persetujuan.
Aku dapat tau, beberapa perjumpaan untuk bincangkan soal perubahan kuasa yang bakal berlaku dalam masa terdekat ni berjalan lancar & semuanya seperti yang dirancang tanpa ada banyak perubahan yang besar.
Maknanya perubahan akan berlaku seperti yang diwar-warkan selama ni.namblas doploh...
Dalam-dalam nak menuju perubahan ni, ada pulak sorang MP PAS yang melawan arus.sampai ke waktu ni Nasharudin Mat Isa masih belum menandatangani surat persetujuan pelan peralihan kuasa yang sedang dirancang oleh gabungan 3 parti PAS, DAP & PKR dan jugak MP2 BN untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.
Aku sedia maklum bahawa Nasharudin Mat Isa ni antara proksi UMNO dalam Pakatan Rakyat.dia jugaklah antara mereka-mereka yang berunding dengan Khir Toyo diawal pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Rasanya tak sesuai untuk seorang yang berimejkan Islamik & berada didalam parti PAS yang perjuangannya selari dengan 2 parti komponen Pakatan Rakyat bersikap begini.
Ada baiknya Nasharudin Mat Isa meletak jawatannya sebagai MP ditempatnya sebab dia antara yang dipilih oleh rakyat dikawasan yang diwakilinya untuk "perubahan"...
Mat Nash...kalau ngko rasa ngko tak nak berada dalam Pakatan yang cuba bentuk "Perubahan" rasanye baik ngko isytihar keluar je dari PAS kemudian pergi masuk UMNO/BN...sungguh aku cakap...Pakatan Rakyat tak rugi seposen pun tanpa kehadiran ngko...
Kehadiran orang-orang macam ni la yang bakal merosakkan Pakatan Rakyat.
Pendirian Nasha untuk pengetahuan korang : Nasha setuju kalau PAS bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan pusat & dia antara yang terlibat dalam muzakarah UMNO-PAS (tanpa pengetahuan Mursyidul Am) & Nasha sebaliknya tidak bersetuju rancangan peraluhan kuasa dengan penyertaan MP-MP BN kedalam Pakatan Rakyat.
Kenapa ini berlaku??? PAS+UMNO=Setuju...... Pakatan Rakyat+MP2 BN=Tak Setuju.
Mungkin Pakatan Rakyat tak tawarkan kuasa pada Nasha sebagaimana yang UMNO tawarkan...(mungkin)...
Bagi aku, Nasha lebih sesuai berada didalam UMNO kerana kebolehannya "berlakon" didalam PAS... ingat tak lagi siapa yang mengugut akan menyaman ahli PAS atau Pimpinan PAS yang bermuzakarah dengan UMNO?banyak lagi lakonan Nasha sebenarnya... lakonan seorang yang "berkopiah" tetapi mengimpikan kehidupan "ala-ala" Hollywood & mungkin jugak Nasha jugak berangan "dikelilingi" bidadari-bidadari cantik (aku tak tuduh dia simpan pempuan)...sape tau kan?
Cukup setakat ni dulu tentang Nasha.
Sorang lagi MP yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU-12 yang juga enggan menandatangani persetujuan tersebut ialah Pak Brahim Ali...
tapi yang ni biase la...
semua dah tau yang Pak Brahim ni proksi Ku Li... yang ni aku tak nak ulas panjang-panjang sebab... korang pun dah tau...
Nanti senang-senang aku sambung lagi...
-anonymous
BN Sarawak nafi anggota di Belaga sertai pembangkang
Dr Rundi yang juga setiausaha agung PBB dan anggota Dewan Undangan Negeri Kemena berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana anggota BN dari kawasan penempatan Orang Ulu yang terletak dalam kawasan projek empangan eletrik hidro Bakun itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kami sudah siasat, perkara itu sebenarnya tidak berlaku walaupun mungkin ada seorang atau dua anggota yang berada dalam keadaan 'atas pagar' di kawasan itu," katanya kepada Bernama.
Khabar angin mengenai perkara itu mulai bertiup kencang selepas salah sebuah penempatan rumah panjang Uma Apan, diruntuhkan oleh pihak berkuasa setelah penduduk kawasan itu diberikan notis mengosongkan kawasan itu ekoran perbalahan mengenai tanah.
Dengan projek empangan Bakun dijangka siap pada tahun 2011, kawasan penempatan berkenaan juga sebelum ini dikenal pasti akan dibangunkan dengan ladang kelapa sawit dan lain-lain industri berasaskan pertanian.
-mSTAR Online
Nik Aziz: Pas untung Dr Mahathir masuk semula Umno
"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.
Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik".
"Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham.
"Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan.
"Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.
-mSTAR Online
Mana Pak La Bengap Ni???
Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.
Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).
-Utusan Malaysia Online
TP - Mana Pak La ni..? tengak ratib lagi ka? minyak dah turun... tak reti-reti lagi ke si bongok ni??? janji nak turun... lepas janji, janji... lepas janji... janji lagi... turunnya tidak... haram jadah nye PM..!
Khak Ptuih..!
Mixed reactions to suspension
A check by Malaysiakini revealed that some had different views on his suspension while others accepted the Umno supreme council’s decision and called on all Barisan Nasional parties to close ranks after the stormy affair.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng described the suspension as 'mild'. He wanted Umno to sack Ahmad in order to prove that the party had completely disassociated itself from his views and threats of violence.
The DAP secretary-general is also puzzled why the Umno leadership did not act against its Penang leaders, who fully backed Ahmad’s racist taunts as well as saying that a vernacular daily’s journalist should be shot.
"No one will believe Umno's commitment, honesty and sincerity to eliminate racism and safeguard the interests and rights of all Malaysians across racial and religious boundaries," he said.
Speaking on his personal capacity, Penang opposition leader and Umno’s Penaga state assemblyperson Azhar Ibrahim expressed disappointment with the suspension.
He urged Ahmad, who was the chief of the Bukit Bendera Umno division, to be patient and buy his time before appealing against his suspension.
"Anyway, personally I think three years is a long time in politics, and Ahmad should wait for a while and let things cool down before he appeals," he added.
Azhar also said he was unsure if Ahmad was suspended for his racial statements or because he called on Gerakan to quit BN.
The opposition leader urged all BN leaders and members to accept the decision in good faith and end all squabbles over the matter, which he felt was blown out of proportion.
Below Are The Reactions From Other Leaders
Affifuddin Omar, ex-deputy finance minister and Umno life member:
Ahmad made racist statements and took a stand in his personal capacity, thus he should be responsible for it, not the Malays or Umno. Detain him under ISA (Internal Security Act) if need be.
If Umno was serious in wiping out racism, the party leadership should demand an apology from Hindu Rights Action Force (Hindraf) for its racist stance against the Malay special privileges.
Lau Chiek Tuan, Penang MCA deputy chairperson:
The suspension was on a defiant Umno member. The Chinese community demands an apology from the horse’s mouth itself.
Tan Cheng Liang, newly elected Penang MCA women’s chief:
Let’s bury the ghost and move forward as nation to face bigger challenges ahead
Ramli Mohd Yunus, Pokok Sena (Kedah) Umno division secretary:
Everyone jumped into the bandwagon and played the same outdated old racial issues. In the end, no one gained. Everybody lost.
Huan Cheng Guan, Penang Gerakan Youth leader:
The Umno supreme council's decision is correct and timely. We shall remain united and respect each other as one big family.
Meanwhile, Gerakan state Youth secretary Oh Teong Keong called on all BN parties to close ranks after learning harsh lessons from this episode.
Huan, Oh and two other Gerakan Youth leaders quit their positions from the BN state youth council recently in protest against Ahmad's political flare-up with Gerakan acting president Dr Koh Tsu Koon.
On the other hand, Gerakan state committee member Wong Mun Hoe described Ahmad's 'short' suspension as disproportionate compared to his offensive remarks against the Chinese community and disparaging statements against Koh.
Negara stabil, tentera tidak campuri isu perkauman - Panglima ATM
Sebaliknya, menurut Panglima ATM, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar), pihaknya menyerahkan kepada pemerintah untuk menguruskannya.kerana ia melibatkan elemen politik.
Bagaimanapun beliau mengaki bahawa negara masih berada dalam keadaan stabil.
Beliau menyatakan demikian di Kementerian Pertahanan sebentar tadi.
Dua hari lalu beliau menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.
-mSTAR Online
Ramlang ditukar ke Jakim
Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.
Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.
Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.
Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.
Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
"Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.
"Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang)," katanya.
Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.
Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.
-malaysiakini
"Namblas doploh, namblas doploh, namblas doploh...
Kata Pak La dalam hati... dalam hati Pak La dok ingat tu je... dah dekat... dalam kepala otak Pak La pulak dok main lagu namblas doploh, namblas doploh, namblas doploh... yang tu memang dah lekat dalam kepala Pak La.
Bukan dalam kepala Pak La je yang lekat ayat tu... dekat anak tekak Pak La pun dok main dengung tu je... namblas doploh. namblas doploh, namblas doploh...
Kira macam zikir wajib dah dekat Pak La ayat tu... macam lagu Melly Goeslow... tak tahan lagi, ingin bertemu... berjuta kata... lalalala... aih... musibat betul!dengus Pak La.
Duwe tige hari lepas pendek je zikir tu... namblas, namblas, namblas je... pas tu tah macam mana lepas Pak La antar budak-budak ameno pegi sekolah kebun dekat Taiwan terus si Nuwar ajar Pak La zikir baru... namblas doploh kata Nuwar.lagi kuat powernya kata Nuwar dekat Pak La masa Nuwar perturun zikir baru tu.
Memula Pak La tak caya zikir tu kuat kesan dia, Pak La ingat Nuwar saje je nak pekena Pak La... rupanya memang kuat dan mustajab zikir tu.buktinya, mula dari Nuwar ajar zikir tu, sampai la ni zikir tu tak lepas dari benak Pak La... satu pulak Pak La ni memang jenis benak, bila campur benak dengan benak terus jadi bengap...
Tapi Pak La tak kesah pasal bengap tu... memang Pak La tak penah kesah sebab Pak La kan benak... apa ada hal?
Ni dah dekat sbulan dah Pak La tak tido... mana nak tidonye kalau pejam mata je dok nampak nomber namblas doploh, namblas doploh, namblas doploh??? Pak La pejam mata je terus start wayang namblas doploh... slot cerita dia sama je... background nomber namblas doploh, pas tu ade pulak kerekter katak ngan kangaroo dok main lompat-lompat.
Yang Pak La paling tak tahan skali bila dalam slot tu dok main gambor katak ngan kangaroo dok main lompat dalam petak-petak... ada duwe petak. satu petak kaler biru tuwe, satu petak lagi ada pat kaler - biru muda, hijo, putih ngan merah... katak-katak ngan kangaroo-kangaroo tu dok lompat pakat-pakat x mo duduk dalam petak kaler biru tuwe. semua pelompat pelompat tu pakat-pakat pi lompat dekat kotak yang ada pat kaler tu.
Lagi pulak yang buat Pak La tak lena tidur bila Pak La terperasan antara nomber namblas ngan doploh tu ada simbol "+"... aish... namblas + doploh = tigeplohnam... coba'aaaaaannn..! Pak la cuba sedapkan hati...
Jin..! ooo jin..! Pak La panggil sayang disayang Pak La... YE..! yu tak nampak ke ai dok terkebil-kebil dari tadi kat kepale katil ni? jawab jin... aduih... berat dah ni... Pak La cakap kat Jin... ape yang berat La???
Nepkin ai ni... tak kan yu tak paham-paham lagi? stengah jam skali kan kene tukar nepkin ai ni... yu ni... ye la, ye la... jawab Jin sambil meluruskan kaki Pak La... aish... yu 'uk 'uk ke? Hah..? Pak La sengih... sikit je...musibat betul la yu ni... maki Jin... pelepap... laju je tangan Jin singgah kat dahi Pak La... bengap...!!! Pak La tekebil-kebil nampak tigeplohnam katak ngan kangaroo dok pusing-pusing kliling kepala Pak La...
Lepas tukar nepkin Pak La cube lelap mata lagi... baru je lelap wayang namblas doploh main balik depan mata Pak La... Pak La nekad... x pe... aku nak tengok sampai abis wayang ni...
Pak La layan... jantung Pak La dok dup dap, dup dap, dup dap, dup dap... musibat betul..! Pak La maki dalam hati... degup jantung pun bunyi lain macam dah... masa bunyi "dup" tu debar dia tak de la kuat sangat... bila bunyi "DAP" tu yang kuat sikit debar dia tuh... macam bunyik BASS pusat hiburan je... siyal betol... ni gile punye coba'an nih..!Pak La maki lagi...
Pak La sambung balik layan wayang namblas doploh... baru Pak La perasan... katak tu ada yang pakai songkok, ade yang calit kaler merah kat dahi & ada yang tepek syiling ying yang kat dahi... semua namblas katak... Kangaroo tu pulak pakai bulu ayam kat kepala dia macam red indiyen kat emerika... semua doploh kangaroo... kalau campur duwe-duwe tuh dah jadik tigeplohnam... coba'aaaaaannn..! Pak La cuba-cuba sedapkan hati...
Sesak napas Pak La dibuatnya... wayang gila ni x mo ilang-ilang dari mataa Pak La... rasenye aku x de bli pun teket wayang selame-lame ni... aku jual teket wayang ade la... cih... lupa... lama dah aku tak bagi makan hantu raya aku... Pak La sungut dalam hati... asek dok isi temolok Jin je... lepa pulak dekat hantu raya... makan tuwan dah ni...
Ni dah siang dah ni... mata Pak La merah menyala mengalah mata hantu raya Pak La yang Pak La tambat dekat bendera atas bukit pinang tu... ala... yang tu pun dah lama Pak La x bagi makan... mengamuk jugak hantu raya yang tu duwe tige hari lepas...
Pak La x sempat nak pikir dah... x leh nak konsentret langsong dah... dan dan Pak La nak pikir je, dan dan tu jugak datang nomber namblas doploh, namblas doploh... sambil tu baghu Pak La tringat... masa intro wayang tu Pak La baghu tringat seimbas, mase wayang tu tunjuk intro ketibaan katak-katak tu... Pak La macam baghu perasan katak-katak tu semer datang naik smilan keter pemampat.........
Jin..! Nepkin aku overload lagi nih..!
ABO : (2) Aku 'HERO' melayu - Operasi Lalang 2 untuk blogger'wan ?
Sebelum tu, aku nak tabik hormat buat teman-teman pengendali laman dan blog reformasi yang begitu ghairah, bersemangat, karisma dan banyak stamina mantap berdepan dengan ugutan dan hentakan. Tabik springg.. untuk blogger'wan semua ! Tak larat nak tulih nama depa, yang hangpa baca tu la depa !
Hampir semua depa ni bekerja secara sukarela, takdah upah yang diperolehi, malahan duit poket sendiri dikorbankan bagi mempastikan pengunjung puas dan beroleh info serta pandangan alternatif. Bukan semua bloggerwan kaya-kaya, banyak yang makan pagi dok kaih pagi, makan petang dok kaih petang. Nasib baik bolan posa ni banyak more kat masjid, boleh melantak kat sana, save sikit budget. Aku la tu !
Depa ni blogger'wan memang tidak dikenali, pada aku depa ni, adalah tokoh-tokoh yang berjaya mendefinisikan, juga memberi makna kepada satu era bersejarah dalam proses pembentukan Malaysia moden yang lebih matang. Hangpa tau kaa ?
- Tindakan keras mungkin akan berlaku dalam masa yang singkat;
- Mempengaruhi pendapat umum (public opinion) bahawa akhbar Internet dan Blog adalah berbahaya;
- Memberi amaran kepada yang berani agar jangan berani sangat dan menakut-nakutkan yang lemah semangat agar tutup blog mereka;
- Dan apabila akhbar arus perdana yang sensasi seperti Harian Metro turut terbabit, maka terbuktilah bahawa akhbar Internet dan blog kini benar-benar menjadi ancaman kepada daya maju - commercial viability - media arus perdana;
- Satu lagi legasi era Mahathir iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan mengalami proses dekonstruksi;
Walaupun gimik politik dia lagu macam baldi. Baldi orang buat isi ayaq, masuk jamban pastu cuci berak. Ni nak cuci berak laa...berak Umno yang tak cukup jamban ! Aku melalut kaa..sat nak cucuh rokok, pasai tu kot ! Ingat lagi dia kata apa pada 19.5.2008 jam 18.05 pm, ni nak bagi tau..
Tu cerita bulan 5 lepaih, ni pulak..
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan keluar daripada parti itu Mei lalu. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasrat tersebut selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.
tapi banyak syaratnya..nak tau syarat 'berantai' tu jengah kat sini..Pak Kara dah jumpa semua syarat chedet ! Hangpa ingat lagi kisah Operasi Lalang ? Kalau hangpa dah lupa, memang hangpa spesis melayu cepat lupa, banyak telan semut, masuk la semut gatai..
Aku rasala, lepas ni akan muncul Operasi Lalang 2, selepas mendapat nasihat dari 'taiko' tua ni ! Tak percaya ? hangpa tunggu laa..! Aku baru lalu Kem Kamunting petang tadi, banyak lori pasir dok lalu hala pi ke kem, kalau masuk kem, tau pasai apa..dok renovate la tu ! tambah bilik baru untuk sumbat ahli baru ! hahaha..! Tapi kalau bukan, takpa !
Hangpa jangan termakan dengan sandiwara UMNO laaa..yang kini cuba cetuskan isu perkauman...jalan terakhir Umno-BN hendak menyekat kemaraan pakatan rakyat adalah dengan mencetuskan rusuhan, senang nak tangkap sumbat dalam kem, dan akhirnya MAGERAN 2 mungkin dpat menyelamatkan UMNO/BN dari dikuburkan cepat...
*gambar*Perhimpunn di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang ( 1987 )
Ingat pesan Allah swt :
"wahai seluruh manusia.., kami jadikan kamu (semua) dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenali...sesungguhnya manusia yang mulia dari kalangan kamu adalah manusia yang paling takut kepada allah..".
*gambar*Perhimpunan balas : (1987) Jangan lagi diperbodohkan oleh BN dengan sandiwara ketua UMNO bahagian bukit jelutung...masa memerintah penang kenapa tak bising..dah kalah baru bising...bukankah disitu ada benda yang tak kena...?
Itu dulu, kes bukit jelutong, laa..bukit bendera..isu yang sama.."perkauman". Hangpa jangan ingat cakap-cakap bahawa Operasi Lalang 1987 akan berulang lagi. Toksah pandang remeh. Malah saya gerun untuk membayangkan apa akan berlaku selepas kesabaran Abdullah sampai penghujungnya. Pertembungannya dengan Mahathir mungkin akan memakan korban yang bukan sedikit, dan selalunya kambing-kambing hitam akan menjadi mangsa!
*gambar*(1987) Rais Yatim dari Semangat 46 pun join sama.
Operasi lalang 1987 dulu membawa isu-isu sensitif yang diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Sekarang pun jadi macam tu ! surat khabar cina dok main isu, hat melayu pun pi bantai sama, kes tang ni. Tak dak beza. Isu-isu 1987 yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei berulang semula seperti berikut :
- Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
- Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.
- Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.
Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru dihimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung jalan Abdul Aziz , kediaman Dato Harun Idris.
- Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.
Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimnpunan rasaksa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41.
Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu. Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata rifle M16. Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Kontroversi :
Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba. April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.
Akhir kalam, lepaih ni blog kena citer yang mulus-mulus, citer yang mungil-mungil, jangan citer bab 'ketuanan rakyat'. Tu semua 'haprak' pada pandangan Umno-BN. Kena citer bab menteri kahwin artis kaa, tak pa! menteri goreng cocok kodok pun takpa . Tapi jangan blog pi citer bab 'kodok' lompat. Tu dah masuk isu sensitif. Bahaya ! atau lepaih ni aku kena citer bab cucuh rokok plak. Aduss... 10 batang rokok dan jadi puntung. Kalau cam gini, Si Putung pun pengsan tengok aku baham rokok. Tu dia..jin pun dah naik boroi ! Jumpa lagi bab seterusnya...
-al-banjari online
Tiada Bukti Azilah Di Tempat Kejadian, Kata Peguam
Kuldeep berkata pada malam itu Azilah sebenarnya berada di Bukit Aman untuk mengambil pistolnya, malah katanya, tiada sebarang kenyataan daripada mana-mana saksi yang boleh mengesahkan Azilah berada di kawasan pembunuhan pada malam 19 Okt 2006.
Katanya, pihak pendakwaan juga tidak dapat mengemukakan sebarang bukti kewujudan DNA Azilah dijumpai di tempat itu ataupun saksi yang melihat sendiri untuk mengesahkan Azilah berada di situ.
Kuldeep yang mengemukakan hujahan balas di akhir kes pendakwaan itu turut menyatakan bahawa teman wanita Azilah, Lans Koperal Rohaniza Roslan telah menjelaskan bahawa Azilah berada di Bukit Aman pada masa yang sama (malam kejadian) bagaimanapun keterangan itu kemudiannya dicabar oleh pihak pendakwaan dan memohon untuk "mencabar keterangan" Rohaniza.
Pada perbicaraan terdahulu pihak pendakwaan telah mengemukakan hujah bahawa Azilah berada di tempat kejadian berdasarkan rekod panggilan yang dikesan oleh Celcom.
"Dakam keadaan itu, kesimpulan yang boleh dibuat terhadap tertuduh ialah dia tidak pergi ke tempat kejadian pembunuhan. Dengan itu dia tidak mungkin membunuh Altantuya seperti dituduh" katanya.
Kes pembunuhan berprofil tinggi ini melibatkan Azilah, 32, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi hari berikutnya.
Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, seorang penganalisis politik pula dituduh bersubahat dengan mereka.
Kuldeep turut berhujah bahawa Azilah tidak pernah memberi keterangan secara sukarela dan tiada rekod pada nota ataupun kertas dicatatkan mengenai pendedahan Azilah untuk menunjukkan tempat kejadian.
"Tiada maklumat direkodkan pada kertas dan ditandatangani oleh tertuduh (Azilah) yang menunjukkan dia memberikan kenyataan berkenaan," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung esok.
Dalami Al-Quran Untuk Peroleh Ilmu Pengetahuan, Kata Perdana Menteri
Di samping itu, kata Perdana Menteri, al-Quran juga hendaklah dibaca dan difahami dengan menggunakan tafsir al-Quran bagi mereka yang tidak memahami bahasa Arab.
"Lagi kita berilmu, lagi kita memuji kebesaran Allah S.W.T. Al-Quran juga mengandungi asal kejadian manusia daripada Nabi Adam a.s sehingga rasul terakhir Nabi Muhammad S.A.W," katanya ketika merasmikan Tilawah al-Quran Badan Perhubungan Umno negeri Melaka di Masjid Al-Alami, di sini Rabu malam.
Terdahulu, Abdullah yang juga Presiden Umno mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Beliau turut berbuka puasa bersama pemimpin Umno Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.
TP - Alhamdulillah...
11hb. September, 2001 - Al-Fatihah Untuk Mangsa-mangsa
Pada masa itu Mak Cik, suami dan anak kedua atau bongsu kami K, berada di Makkah kerana menunaikan Umrah.
Anak sulong Mak Cik, F berada di New York. Dia adalah pelajar di salah sebuah University di situ. Tiap-tiap pagi adalah routin bagi F melalui di hadapan World Trade Centre, the Twin Tower ke Universitynya.
Malah, Universitynya telah pun mengumumkan akan mengadakan sebuah lagi perpustakaan tambahan di salah satu dari dua menara itu.
Selesai Sunat Isyak di Masjidil Haram malam itu, Mak Cik dan K terus ke hotel untuk makan malam. Tapi suasa amat gamat sedikit di lobby hotel. Suami Mak Cik kelihatan pucat sedikit dan terus memberitahu, "WTC di New York kena terrorist attack, F tidak dapat dihubungi"
Mak Cik terus ke bilik untuk mengambil hp bagi menghubungi F. Dalam TV di bilik, Live - CNN dari New York, amat kecoh sekali tak usah nak cakap. Mak Cik hubungi hp F, Apartment F dan University F, semuanya gagal. Bergegas ke lobby hotel, Mak Cik minta tolong pula dengan Receptionist hotel, kot kot kalau dia boleh hubungi anak Mak Cik sebab mungkin hp tak boleh, phone fixed line boleh. Gagal jugak, malah berpuluh puluh orang Arab di hotel itu juga cuba menghubungi sanak saudara mereka di New York, gagal juga.
Mak Cik pun terus ke Kaabah. Berdoa dalam Hijir Ismail. Memohon agar F diselamatkan. Kami semua terdiam masa dalam bilik menunggu dan menunggu. Macam macam bermain di kotak fikiran selain dari berdoa berdoa dan berdoa. Selang beberapa jam F telephon hp Mak Cik. Alhamdulillah!! Lega bila mendapat tahu F selamat!!
Menurut F, pagi itu dia terdengar satu dentuman yang amat kuat di luar apartmentnya. Dia terus turun siap dengan video cameranya untuk melihat apa ke bendanya yang boleh mengeluarkan satu bunyi yang begitu dasyat. Dilihatnya dari tempat dia berdiri, salah satu dari menara itu telah terbakar, sangkanya mestilah satu kebakaran luar biasa.
Tapi, tiba tiba dia melihat pula sebuah kapal terbang meluru ke sebuah lagi menara di sebelah yang telah terbakar! Apa lagi cerita F pada kami, dia terus naik semula ke apartment dia dan dia hanya teringat untuk ambil Passport dan dompet dia keluar dari bangunan itu sebab lokasi terlalu dekat dan lambat laut mesti banguanan apartment dia pun roboh juga!
F kata seumur hidup belum pernah dia lari pecut macam itu di dalam asap hitam tebal yang mengandungi serpihan halus campuran, kaca dan lain lain entah resepi apa! Habis satu badan diselaputi abuk halus tetapi dia dan yang lain terus juga berlari berlari dan berlari, tak ada arah tapi tetap berlari ke hadapan!
Tiba di suatu kedai, orang kedai itu panggil dia, "Come in over here, we're pulling down the shutters!!" F masuk terus dalam kedai dengan keadaan yang boleh anda semua bayangkan termenggah kepenatan, ketakutan, ketidak tentu arah dan comot satu badan yang berabuk. F lihat ramai orang berlindung dalam kedai. Ramai yang cedera akibat berlari laju dan ada seorang perempuan mengandung sedang menangis kesakitan kerana patah kakinya.
Bila keadaan reda beberapa jam kemudian, pemilik kedai membuka semua shuttersnya dan F terus menujukan perjalanan keluar dari Manhattan. F kata pada masa itu dia cuma teringat hendak call Mak Cik sahaja. Akhirnya F berjalan kira kira jarak dari Subang Jaya ke Shah Alam untuk mencari pondok telefon terdekat dalam suasana kecoh seperti yang anda semua saksikan dalam tv. F hubungi kami dan Kami beritahu F supaya tinggal buat sementara di mana mana hotel terdekat memandangkan seluruh Manhattan telah ditutup pada siapa pun.
Menurut F apa sahaja hotel, hostel semuanya berderet-deret dengan ribuan manusia berabuk satu badan yang inginkan tempat tinggal. F berjaya juga dapatkan tempat tinggal dan seterusnya memulakan segala dari A, mendaftarkan dirinya dengan kedutaan Malaysia, memberitahu pihak University akan statusnya. O ya, ramai juga pelajar dan pensyarah serta kakitangan University F terbunuh dalam kejadian itu. Seorang Arab penjual kebab halal di hadapan University F juga turut terkorban. F sedih, Pak Arab itu peramah dan selalu bagi para pelajar potongan harga istimewa.
Kerajaan Amerika telah membayar pampasan ganti rugi kepada semua yang terlibat dengan 11-9. Segala penginapan, apa juga perbelanjaan mereka ganti sebab yang lari meninggalkan tempat tinggal mereka pada hari itu semuanya lari sehelai sepinggang.
F tidak mungkin akan dapat melupakan peristiwa ini sampai bila-bila. Cerita yang bakal anak anak dan cucu cucunya dengar dari dia satu hari nanti. Ini kali pertama kecemasan besar begini berlaku dalam keluarga Mak Cik, keduanya semasa F dan K hilang pada malam hari di lautan dekat Port Dickson pada tahun 2003 yang telah Mak Cik blogkan dulu.
Macam macam orang dah berusia seperti Mak Cik ini lalui...semuanya ada hikmah dan pengajaran masing masing pada kami. WaAllahuAlam. Tapi yang kita lagi amat sedih adalah rentetan yang berlaku pada dunia Islam akibat peristiwa 11-9 ini. Iraq menjadi mangsa dengan beratus ribu nyawa tidak berdosa terkorban, negara musnah, walaupun sah tidak seorang pun warga Iraq terlibat dalam serangan ini. Inilah akibat Politik Dunia. Politik peringkat Antarabangsa, Global.
-melayuangkat