"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Konspirasi. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves dan website Perisik Rakyatkerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari EXCO) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat EXCO yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato' Husam Musa dari EXCO Kerajaan Negeri Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato' Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato' Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.

Sekian
Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan - Harakahdaily

KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

Thursday, August 13, 2009

Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-UMNO di Selangor

Nota: Artikel ini dikirimkan kepada saya dari seorang yang duduk dalam PAS Selangor. Beliau adalah salah seorang yang menghadiri mesyuarat JK Khas di Bangunan SUK pada 30 Julai 2009 sekitar tengahari. Maklumat ini datang dari aktivis PAS yang tidak sanggup melihat PAS Selangor ditunggang bagai haiwan demi kepentingan politik pribadi beberapa orang yang berkepentingan.

>>>Amaran kepada YB Saari Sungip dan Mereka yang Seangkatan : Kamu akan Dibersihkan

Sebuah mesyuarat telah diadakan pada 30 Julai 2009 pada tengahari di Bangunan SUK Selangor. Mesyuarat tersebut antara lain bertujuan untuk membersihkan PAS Selangor dari unsur2 yang dilihat tidak tunduk pada PJ Selangor, Dato' Hasan Ali.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh penyokong2 UMNO dalam PAS Selangor. Antara yang hadir adalah Hj Yusof Ludin (bekas SU Negeri, bekas SB Bukit Aman), Roslan SMS, Suwardi Yaakob (penasihat PJ serta lawyer yang telah dipecat Bar Council), Dr Osman Sabran, Ustaz Mat Zain, YB Iskandar Samad, Khairuddin Osman dsbnya. Rata2 mereka yang dijemput adalah mereka yang selama ini dilihat pro kepada usaha membawa PAS masuk BN.

Agenda utama mesyuarat tersebut adalah memastikan senarai wakil-wakil rakyat PAS pada PRU yang terkehadapan adalah mereka-mereka yang dikenal pasti tidak sealiran dengan Pesuruhjaya Negeri.. Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat yang dilihat tidak bersetuju dengan usaha Dato Hasan Ali membawa PAS bekerja sama dengan BN akan dipastikan tidak menjadi calon dalam PRU yang terkehadapan ini.

Orang yang paling terkehadapan membawa idea ini dalam mesyuarat rahsia di SUK tersebut adalah Hj Yusof Ludin, YDP PAS PJU merangkap bekas pegawai Special Branch Bukit Aman. Dan idea beliau disokong kuat oleh Suwardi Yaakob, sekarang ini penasihat kuat kepada PJ.

Dalam mesyuarat tersebut, Hj Yusof Ludin telah menjalankan tugas beliau sebagai seoarng agen SB yang cukup hebat. Beliau mengutarakan betapa pentingnya wakil-wakil rakyat yang tidak “wala’” ini mesti dibuang dari senarai calon pada PRU depan.

Dalam mesyuarat tersebut, beberapa nama ADUN PAS yang jelas dibenci dan mahu dibunuh karier mereka telah disebut. Nama-nama tersebut adalah :
  1. YB Saari Sungib – Dia adalah “top-of-the-list”.
  2. YB Yunus Khairi dari Kuala Langat.
  3. YB Dr Rani Osman – Meru.
  4. YB Dr Halimah (pun disebut).
  5. Dr Shafiee - Bangi.
  6. an besar kemungkinan YB Qassim Lembah Jaya (tapi mereka masih 50-50)
Dan ahli-ahli Parlimen yang mahu digugurkan adalah :
  1. YB Khalid Samad – Shah Alam.
  2. YB Dr Siti Mariah – Kota Raja.
  3. YB D Dzul – Kuala Selangor.
Nama Saari Sungip adalah antara yang paling lama dibahaskan. Marah sungguh mereka ini kepada Saari Sungip. Saya rasa kerana Saari Sungip banyak mendedahkan rahsia terutamanya dari segi pemberian kontrak dan projek kepada umum.

Idea Hj Yusof Ludin ini disokong kuat oleh Roslan SMS dan Suwardi Yaakob. Hebat sungguh jarum Hj Yusof Ludin tapi tak hairan kerana background nya dilatih di Bukit Aman sebagai SB.

Bagaimana dengan Penentangan Ahli?

Pada mulanya idea “pembersihan” ini mendapat sedikit tentangan dari mereka yang menghadziri mesyuarat tersebut. Alasan utama adalah mereka takut akan tindakbalas dari ahli dan penyokong di atas keputusan yang bakal dibuat Pesuruhjaya nanti.

Tapi, Hj Yusuf Ludin memberi jaminan bahawa sejauh mana kemarahan ahli kelak, akhirnya mereka tetap akan tunduk kepada keputusan parti untuk memilih calon. Ini kerana tahap ketaatan ahli PAS ini tinggi kepada parti. Begitulah hebat Hj Yusof Ludin dari segi berhujjah kerana hujjah ini berjaya mendorong mesyuarat ke arah membuat keputusan yang seterusnya.

Natijah dari mesyuarat tersebut, ditubuhkan sebuah JK Khas yang bersifat rahsia terus dibawah Dr Hasan Ali bagi mengkaji serta menyiasat senarai calon yang baru.

Dengan kata lain, bagi senarai calon yang tidak disukai, JK Khas ini akan mengumpulkan sebanyak mana fakta dan hujjah, samada betul atau tidak, untuk digunakan bagi memastikan calon itu tidak dicalonkan. Ini termasuklah mengada-adakan cerita serta khabar2 fitnah seperti yang pernah dikenakan ke atas Dr Syed Azman sewaktu PRK Kuala Terengganu dahulu.

JK ini juga akan mengkaji orang-orang yang hendak mereka naikkan sebagai wakil rakyat yang kelak akan menjadi pengikut setia kepada Dato Hasan Ali dan agenda beliau untuk menjadi MB dan berkawan dengan UMNO itu.

Di dalam organisasi PAS, kita sudah ada Jabatan Pilihanraya Negeri yang bertanggungjawab ke atas urusan menyenaraikan calon. Biasanya senarai calon akan dipersetujui oleh Perhubungan Negeri.

Siapa dia Suwardi Yaakob?


Suwardi Yaakob ini bekas calon PAS di Perlis pada 1999. Beliau adalah seorang peguam yang telah dipecat dari Bar Council atas kesalahan disiplin. Biasanya Bar Council sukar untuk memecat ahlinya kecuali ahlinya telah melakukan penipuan terhadap anak guam mereka secara jelas dan terang.

Suwardi ini juga adalah rapat dan menjadi penasihat kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dr Harun Din. Tidak hairan kedua-dua tokoh ini pro kepada PAS bekerjasama dengan UMNO.

Suwardi inilah ”culprit” sebenar. Oleh kerana background beliau adalah lawyer maka beliau mampu meyakinkan beberapa pimpinan Pusat untuk mempercayai berita-berita karut berkenaan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Dalaman PAS Selangor