Tuesday, December 30, 2008

Anti Rasulullah blog - Hamid, Shabery, MCMC should explain why so tardy in taking action - malaysiakini

While all right-thinking Malaysians, regardless of race or religion, agree that stern action should be taken against those responsible for the blog which insults Prophet Mohammad, many are asking why the authorities have been so tardy and laid-back in acting when complaint was first made many weeks ago.

Although Utusan Malaysia first reported about the blog last Saturday, 27th December 2008, with the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, responding on the same day by directing the Home Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar and the police to act quickly against the blog over insults to Prophet Muhammad, in actual fact, the authorities had been aware of the blog concerned for weeks.

This was revealed by the Information Minister, Datuk Ahmad Shabery Cheek who said on Saturday that the woman in her 20s whose photograph and identify were used in the blog containing insults to Prophet Mohammed had denied owning the Internet domain and had in fact met him two weeks ago to ask RTM to help clear her name.

Shabery said:
  • “She sought help from RTM to publicise the matter because the web log, which also contains Deepavali messages insulting the Hindus, was not hers and had tarnished her reputation and the company she works for.
But neither Shabery nor RTM gave her any help although she had lodged reports with the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to trace the people responsible after coming to know the existence of the blog several months ago.

Instead, the woman was picked up by the police at 6 pm on Saturday to “assist in the investigation” and later released on police bail!

The police said today that they have identified several suspects in connection with the offensive blog and several people would soon be called up to assist in the investigations under the Sedition Act.

The question Hamid Albar, Shabery and MCMC should answer is why the police, the RTM and MCMC had been so tardy and laid-back in taking action against the blog concerned when the woman victim had lodged reports with the police, the Information Minister and the MCMC weeks before the Utusan Malaysia report last Saturday and why she had to be taken into custody to “assist in investigations” despite her earlier complaints!

-Lim Kit Siang

Fitnah: Rashid timbang saman pemimpin pembangkang - malaysiakini

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang memfitnah beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

"Saya menyimpan semua bukti-bukti yang ada dan akan menyerahkannya kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat," katanya selepas Majlis Pecah Tanah tapak bangunan ibu pejabat SPR yang baru, di sini.

Abdul Rashid berkata, beliau serius dalam hal ini memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

"Mereka serang saya secara peribadi. Mereka ingat saya ini macam Perdana Menteri sedangkan saya mempunyai ahli-ahli suruhanjaya yang mana kita berbincang setiap kali membuat sebarang keputusan.

"Tengoklah nanti. Saya kutip semua bukti-bukti ini. Jangan main-main kerana saya tidak akan melepaskannya begitu sahaja.

"Mungkin ada ahli Parlimen yang akan hilang kerusi nanti," katanya.

Abdul Rashid berkata, tindakan undang-undang itu nanti hanya melibatkan parti pembangkang memandangkan tiada pemimpin parti pemerintah yang memfitnah beliau.

Ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan itu semasa memegang jawatan Pengerusi SPR, Abdul Rashid berkata, beliau tidak mahu melibatkan suruhanjaya itu memandangkan tuduhan-tuduhan kepadanya adalah bersifat peribadi.

Abdul Rashid telah menerajui SPR sejak tahun 2001 dan telah mengendalikan tujuh pilihan raya umum sejak menjawat jawatan pengerusi dan sebagai setiausaha sebelum itu.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mencadangkan kuasa yang ada pada SPR ketika ini dikaji semula supaya SPR mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan pilihan raya.

"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi berhubung hal ini dan nampaknya memberi reaksi positif.

"SPR mesti mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan pilihan raya supaya ia boleh memainkan peranan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata, hal itu perlu supaya SPR tidak lagi dituduh sebagai badan yang lemah dan tidak mampu bertindak jika berlaku sebarang masalah.

Abdul Rashid berkata, beliau berpuas hati dengan tugasnya sepanjang menerajui SPR selama tujuh tahun.

"Saya boleh katakan semua pilihan raya yang dikendalikan itu berjaya. Saya sangat gembira," katanya.

Ditanya sama ada beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Abdul Rashid berkata: "Tidak ada. Kalau ada pun, saya simpan dalam hati."

Polis Pahang Terima Laporan Berhubung Blog Hina Nabi Muhammad

Polis Pahang menerima laporan pertama berhubung kewujudan sebuah laman blog yang menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW oleh Pergerakan Pemuda Umno Maran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata laporan itu dibuat pada Sabtu lepas oleh Naib Ketua Pemuda Maran, Hairul Amin Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada pukul 3.45 petang.

"Sabtu lepas kita ada menerima laporan pertama yang dibuat di Pahang berhubung kewujudan laman blog menghina Nabi Muhammad SAW dan kita akan siasat perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Menurut Mohd Haris laporan itu dikemukakan atas dasar rasa tanggungjawab parti itu memperjuangkan agama, bangsa dan negara kerana blog itu secara terang-terangan memaparkan artikel menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dikemukakan Hairul Amin mengikut Akta Hasutan.

Sistem Parol Dekatkan Banduan Dengan Masyarakat

Selain mengurangkan kesesakan banduan di penjara, sistem parol yang diperkenalkan di negara ini sejak Julai lepas mampu mencapai matlamat membantu banduan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Ini diakui beberapa pihak terlibat termasuk banduan yang menjalani sistem itu yang dikenali sebagai orang yang diparol (ODP) dan pihak bertanggungjawab menyelia mereka.

Pengarah Parol Pulau Pinang, Rosomon Abu Bakar berkata tujuh daripada sembilan banduan yang dibebaskan selepas menjalani sistem parol di Pulau Pinang berjaya menjalani kehidupan mereka dengan baik dan diterima masyarakat.

"Setakat ini mereka tidak menghadapi sebarang masalah. Ini hasil daripada penerimaan masyarakat terutamanya anggota keluarga dan majikan yang memberi sokongan kepada mereka sepanjang tempoh parol", katanya dalam satu temubual di sini.

Beliau berkata, ini kerana dalam tempoh parol, ODP telah diberi peluang menjalinkan hubungan dengan anggota keluarga dan masyarakat.

SEBELUM PAROL

"Sebelum mereka dilepaskan secara parol, pihak kami membuat tinjauan tempat kediaman ODP dan menghubungi keluarga dan saudara mara mereka yang bersetuju menerima mereka untuk tinggal bersama semasa menjalani perintah parol", katanya.

Walaupun masyarakat kini boleh menerima bekas banduan, beliau tidak menafikan masih ada segelintir di kalangan mereka yang memandang serong terhadap golongan itu.

Pelaksanaan sistem parol dimasukkan dalam satu seksyen baru menerusi pindaan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2007 iaitu Seksyen 46A yang diluluskan di Parlimen tahun lepas.

Menerusi peruntukan baru itu, banduan yang dihukum penjara minimum satu tahun layak mengikuti sistem ini dengan syarat sudah menjalani separuh daripada tempoh penjara tanpa mengambil kira merit hukuman yang diberikan kepadanya kerana berkelakuan baik dan sudah melalui proses pemulihan.

Pada Julai lepas, kumpulan pertama seramai 64 banduan terpilih menjalani sistem parol.

PENGALAMAN ODP

Seorang ODP yang dibebaskan baru-baru ini berkata, semasa berada di bawah sistem parol, beliau berpeluang menjalani kehidupan dengan bebas seperti orang biasa.

"Walaupun saya masih berada dalam parol, saya dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa dan yang paling menggembirakan saya diterima oleh keluarga, majikan dan masyarakat", katanya yang dipenjarakan berikutan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Chun, 24, berkata, semasa dalam tempoh parol, beliau bekerja di sebuah pasar raya di sini dan akan terus bekerja di tempat yang sama setelah dibebaskan.

Ah Chun, yang merupakan antara wanita pertama dibebaskan sejak sistem parol diperkenalkan ,telah menjalani separuh daripada lima tahun hukuman penjara dan menjalani perintah parol selama empat bulan.

Seorang lagi ODP (lelaki) yang juga enggan dikenali berkata, beliau dipenjarakan kerana terlibat dalam kegiatan lumba haram, kini bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di sini di samping membantu abangnya berniaga di pasar malam.

"Mula-mula saya keluar dari penjara, saya rasa semua orang pandang serong kepada saya, tapi sebenarnya tidak. Keluarga dan masyarakat akan terima kita kalau kita sanggup berubah dan memajukan diri", katanya yang merancang menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara.

PERINGKAT AWAL


Sementara itu, Pegawai Parol Daerah Seberang Perai Utara, Ahmad Shukri Mat Hussain berkata, pada peringkat awal ODP dikehendaki melapor diri satu kali seminggu di pejabat parol dan kemudian tempoh itu dipanjangkan kepada sekali setiap bulan.

"Mereka akan lapor diri di pejabat parol dan kita akan buat pemeriksaan air kencing. Selain itu, ODP juga perlu menghadiri sesi kaunseling", katanya menjelaskan terdapat pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) turut membantu dalam proses pemulihan ODP.

Beliau berkata pegawai parol juga akan melawat ODP di rumah dan tempat kerja mereka bagi memastikan proses parol berjalan lancar.

"Kalau mereka langgar syarat yang ditetapkan, perintah parol boleh ditarik balik dan mereka terpaksa kembali ke penjara untuk meneruskan hukuman", katanya yang bertugas menyelia dan membimbing ODP sepanjang perintah parol.

Beliau berharap ODP, yang telah dibebaskan, akan terus menjalinkan hubungan rapat dengan pegawai parol bagi memastikan mereka tidak mengulangi kegiatan jenayah.

Sistem parol diwujudkan bagi membantu banduan menyesuaikan diri dengan masyarakat serta mengelak mereka daripada berulang kali masuk penjara memandangkan statistik Jabatan Penjara menunjukkan 25 hingga 30 peratus penghuni penjara adalah banduan yang berulang kali.

Selain itu, sistem itu juga bertujuan mewujudkan penglibatan masyarakat terhadap aspek pemulihan banduan di samping mengurangkan kos operasi penghuni penjara.

India PKR keluar parti beramai-ramai? - malaysiakini

Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini esok - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum esok yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.

"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."

"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.

Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.

Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Gangguan Internet Berlanjutan Sehingga 4 Januari - malaysiakini

Gangguan talian internet yang dihadapi baru-baru ini, dan yang mana sebelum ini dijangka akan dibaik pulih sebelum menjelang tahun 2009, nampaknya menemui jalan buntu, apabila kabel bawah tanah putus lagi buat kali kedua.

Kabel yang putus sebelum ini, iaitu kabel Sea Me We 4 telah pun siap diperbaiki sepenuhnya pada Disember 25, tetapi masalah dihadapi apabila kabel yang sama putus buat kali kedua, tetapi di kawasan yang lain, iaitu lebih kurang 388 kilometer daripada Alexandria, Mesir.

Kumpulan yang sebelum ini memperbaiki kabel tersebut, terpaksa pulang dan mengambil kabel tambahan untuk memperbaikinya, yang mana kerja membaik-pulih dijangka akan dimulakan pada 31 Disember, dan dijangka talian internet kembali pulih pada 4 atau 5 Januari 2009.

Sebelum ini, kabel tersebut terputus buat pertama kali pada 19 Disember mengakibatkan gangguan hubungan internet antara Eropah dengan Afrika dan Asia.

-aMaNz

Wang Tabung Derma Tok Mun Lesap..! - malaysiakini

"Tak sempat dah...dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat".

"Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak," itulah luahan Maimun Yusof, 89 semalam.

Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, itu mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Punca utamanya ialah deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihanraya ini 'lesap'.
Pada ketika Maimun menyatakan tidak akan bertanding, Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meneruskan kerja politiknya dengan menemui orang ramai di Kuala Terengganu seramai mungkin.

Beliau yang turun padang semalam bertemu dengan pengundi di Kedai Kopi Ladang.
Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).Tok Mun Tidak Bertanding Dalam Pilihan Raya nanti.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)... dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)...Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat)," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Menurut laporan Bernama, Tok Mun berkata walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Dis lalu berhubung kejadian tersebut.

"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun mengganggapnya semua sudah terlambat.

Wan Farid berkata parti pembangkang khususnya PAS tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

PAS juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu PAS kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.

BN sebaliknya sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil dan bertekad meraih sokongan lebih besar daripada pengundi kawasan tersebut.

Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini.

-Rakyat Malaysia

Kekal atau keluar? Pemimpin India Pakatan putuskan esok

PETALING JAYA: Lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di sini esok - pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum esok yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang semalam, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, "kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya."

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.

Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.

"Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa "mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional."

"Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri," katanya.

Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.

Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.

Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.

Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.

Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.

Malah esok, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.

Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.

PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Raja Muda Perlis dukacita blog hina Nabi Muhammad

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail (gambar) dukacita dengan kewujudan blog yang menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW.

Baginda bertitah, kewujudan blog sedemikian hanya akan memperdayakan masyarakat kerana penulisannya berdasarkan fakta yang tidak benar.

''Saya amat berdukacita kerana blog sebegini yang menghina Nabi Muhammad jelas ditulis tanpa fakta yang betul dan penulisannya hanya berdasarkan fakta yang diputar belit semata-mata.

''Usahlah kita mempercayai dakyah pihak yang mengeluarkan blog sebegini kerana ia hanya boleh memesongkan akidah kita terhadap agama Islam,'' titah baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perhimpunan dan Pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Perlis di Dewan 2020 di sini.

Perbuatan biadap, kurang ajar - Mufti

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW oleh satu laman blog tempatan baru-baru ini sebagai biadap dan kurang ajar.

Mufti Perak itu berkata, selama ini umat Islam tidak pernah membuat kenyataan yang menghina dan mengeji agama lain di negara ini.

''Walaupun orang Islam menganggap agama Islam adalah benar dan agama-agama lain tidak benar namun kita tidak pernah kata (ungkapkan) itu secara terbuka kepada penganut agama terbabit.

''Umat Islam amat menghormati agama-agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama Islam sendiri dan berdosa kalau kita berbuat demikian," katanya.

Sukar mengawal kemasukan blog palsu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukar mengawal kemasukan blog-blog palsu berikutan penggunaan Internet pada masa ini yang sangat meluas.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi berkata, SKMM juga tidak berhak melarang mana-mana individu untuk membuka pelbagai jenis blog kerana itu hak mereka.

Beliau berkata, SKMM tidak berupaya untuk memantau secara menyeluruh individu-individu yang membuka blog secara palsu iaitu dengan menggunakan identiti orang lain.

"Perkara seperti ini akan berterusan, ia tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana penggunaan Internet terlalu meluas.

"SKMM hanya boleh menutup blog-blog yang didapati benar-benar palsu serta diragui dan seterusnya mengenakan tindakan mengikut kesalahan-kesalahan tertentu," katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau mengulas mengenai langkah yang boleh diambil SKMM dalam menangani masalah kewujudan blog palsu ekoran laporan Perisik Rakyat pada 27 Disember lalu mengenai sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammah SAW.

Mohamed Sharil berkata, pengguna Internet pada masa ini semakin bertambah dan dengan peningkatan teknologi menjadikan Internet semakin susah untuk dikawal.

"Perkara ini terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengaplikasikan kegunaan Internet ini dengan cara baik atau buruk,'' ujar beliau.

SKMM jelas beliau, mengharapkan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa untuk memantau penggunaan Internet di kalangan anak-anak mereka bagi memastikan perkara-perkara seperti itu tidak berulang.

Penulis blog wajar dikenakan ISA

Individu yang bertanggungjawab menulis blog menghina Nabi Muhammad SAW wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana jelas berniat menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Ghazale Muhamad berkata, individu terbabit mempunyai niat yang tidak baik apabila mewujudkan blog tersebut.

Menurutnya, perbuatan individu terbabit jelas menghina masyarakat Islam di negara ini selain berhasrat mendatangkan huru-hara di kalangan masyarakat.

''Saya merasakan ada usaha oleh pihak tertentu untuk memecahbelahkan persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan mewujudkan blog tersebut.

''Sekiranya ada unsur-unsur mendatangkan kekacauan melalui kewujudan blog ini, maka amat wajar individu yang bertanggungjawab ke atas perkara itu dikenakan ISA,'' katanya selepas melawat bayi Maal Hijrah di Hospital Melaka (HM) di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, kelmarin.

TP - ISA??? apapun kesalahan rakyat Malaysia bagi aku, tak sepatutnya disumbat dalam ISA.

Bicarakan mengikut undang-undang dan biar mahkamah yang menjatuhkan hukuman. ISA??? no more ISA...!!!

KPN: Polis masih siasat

Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung sebuah laman blog yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, setakat ini kerja-kerja mengumpul maklumat sedang giat dijalankan oleh pihaknya.

Beliau berkata, perkembangan terkini mengenai penangkapan mahupun perkembangan kes tersebut akan diberitahu dalam tempoh terdekat.

''Tangkapan dan tindakan menahan mana-mana individu akan diberitahu kelak,'' katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Mengenai tanggapan orang awam yang mempertikaikan proses siasatan itu, Musa menambah, siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jelasnya, pihak polis sentiasa peka dengan keadaan semasa dan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

''Kita tidak boleh nak tangkap seseorang itu sesuka hati. Ia perlu ada bukti dan siasatan yang menyeluruh,'' katanya.

Lagi laporan polis terhadap penulis blog - malaysiakini

Setelah dua laporan polis dibuat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pemuda UMNO Kota Melaka semalam terhadap penulis blog yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini Gerakan Belia 4B Malaysia membuat laporan yang sama.

Laporan dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi gerakan itu, Hasan Abd. Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira pukul 11 pagi.

Ketibaan Hasan disertai lebih 30 anggota Belia 4B negeri dan cawangan Parlimen Jasin.

Menurut Hasan, laporan polis tersebut mendesak pihak berkuasa terutama polis supaya mengambil tindakan segera mengheret individu terlibat ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

''Belia 4B juga meminta semua 3,800 cawangan gerakan ini di seluruh negara agar membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dan bertindak,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di pekarangan IPD Jasin di sini hari ini.

JAIM membuat laporan polis pertama berhubung perkara itu di Balai Polis Bukit Baru diikuti Pemuda UMNO Kota Melaka di Balai Polis Melaka Tengah, semalam.

BN Terengganu 'umpan' RM6.1 juta tarik pengundi Cina - Mustafa Ali

Masyarakat Tionghua diingatkan supaya tidak mudah termakan 'umpan' pilihan raya dengan penyaluran bantuan dana berjumlah RM6.1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAS Terengganu menyifatkan pemberian peruntukan tersebut sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik kerana berlaku disaat Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal diadakan pada 17 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata PAS tidak mempunyai 'halangan' jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukkan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

Namun begitu, katanya pengagihan peruntukkan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.

"Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat .

"Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, PAS tidak menghalang sebarang peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN tetapi melihat perkara tersebut sebagai 'umpan' pilihan raya.

Katanya, setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pelbagai peruntukkan dan bantuan diagihkan kepada rakyat yang menjadi amalan parti pemerintah.

Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P.36 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato� Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.

Gerakan Freemason di Malaysia? - malaysiakini

Beberapa blogawan menggesa agar pengharaman secara rasmi dibuat terhadap Gerakan Freemason. Bagi Aku, apa sahaja pertubuhan yang memudaratkan Umat Islam dan Kerukunan negara wajib diharamkan secara serta-merta. Blog Perisik Rakyat MENYOKONG 100% terhadap pengharaman Freemason melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia juga perlu didedahkan melalui Buletin Utama ataupun rancangan 360. Kesedaran dan 'level of awareness' di kalangan Umat Islam harus dipertingkatkan.

Parti-parti Politik sewajarnya membawa usul ini di Perhimpunan Agung mereka.

Desakan dan gesaan ini boleh dibaca di blog:
Maklumat tambahan terhadap Gerakan Freemason:

Jabat-tangan Freemason (Freemason Handshake)

http://www.youtube.com/watch?v=Sk2L5mcJgYk&feature=related

Bukti Kewujudan Fahaman Freemason di Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=sNlqQbgKFF8

Soalan Cepu Emas tanpa hadiah

Adakah Pertubuhan di Malaysia selain Freemason yang berkomunikasi sesama ahli mereka dengan menggunakan kod Jabat tangan? Jika ada, apakah dia?

TP : Bloggers Pembela Negara disarankan agar mendesak Pergerakan Pemuda UMNO untuk membawa usul ini ke Perhimpunan Mac akan datang. Masalahnya, mahu ke Pemuda UMNO layan?

*artikel asal diciplak dari blog Bila Harimau Sudah Menaip kemudian diedit tanpa belas kasihan tanpa kebenaran.

Ceramah PAS "Mansuhkan ISA" kecoh, Pewaris serah memo hapus ternakan babi

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.